๐๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐‚๐ข๐ง๐ญ๐š ๐๐ž๐ซ...

By asunnaraa

1M 46.4K 2.5K

"๐™ˆ๐™ค๐™œ๐™– ๐™–๐™ ๐™ช ๐™ฌ๐™–๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™˜๐™ž๐™ฃ๐™ฉ๐™– ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™–๐™ ๐™๐™ž๐™ง๐™ฃ๐™ฎ๐™–." - ๐’ท๐“Ž ๐’œ๐“ˆ๐“Š๐“ƒ๐“ƒ๐’ถ๐“‡๐’ถ๐’ถ ๏ผฅ๏ฝ‰๏ฝ๏ฝŽ ๏ผท๏ฝ๏ฝš๏ฝ‰๏ฝ† | ๏ผฌ๏ฝ…๏ฝ„... More

Asunnaraa's quote
PROLOG
BAB 1
Bab 2
BAB 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50

Bab 46

22K 829 60
By asunnaraa

Bangunan berwarna putih itu dipandang sepi. Dalam diam, helaan nafas berat terpacul dari bibir. Bagaimana dia ingin melalui hari-hari yang akan mendatang? Mampukah dia di saat hati taktala ini masih rapuh dan tidak kuat? Tuhan, bantulah dia.

"Haraaaa!" Laungan itu menarik Hara ke dunia sebenar. Realiti yang bukan fantasi. Penuh pancaroba dan onak duri.

"Rindunya aku dengan kau! O.M.G kau nampak lain gila!" Tubuh Hara dipeluk erat oleh dua sahabat baiknya. Siapa lagi kalau bukan Balqis dan Yana.

"Aku pun rindu kau orang berdua juga." Dia cuma senyum nipis. Tak seperti kebiasaan.

"Aku gerak dulu tau, ada class dengan sir Badrul." Hara membetulkan tudungnya yang agak senget akibat dipeluk rakus oleh sahabat dunia akhiratnya itu.

Tudung?

Alhamdulillah, kini dia sudah berjinak-jinak untuk menutup auratnya dengan sempurna. Entah, terbit rasa malu dalam dirinya apabila rambut dibiar menjadi tatapan lelaki yang bukan bergelar suaminya. Timbul rasa berdosa apabila mengingat kembali saat dia tidak mengenakan hijab.

Dia tahu banyak mata yang memandang ke arahnya dengan pandangan terkejut. Ada juga yang terpaku. Namun dia tidak peduli, penghijrahan ini datang dari hatinya.

"Sir Eian dah tak ajar kau ke Hara untuk sem ni?" Soalan itu membuatkan Hara terdiam.

Jantungnya bagaikan disentak kuat taktala mendengar nama yang meniti di bibir Yana. Perlahan, dia menggeleng.

"Aku pergi dulu." Hara meninggalkan dua orang sahabat baiknya yang kelihatan keliru. Hara tidak seperti yang mereka kenal. Hara yang sekarang lebih banyak mendiamkan diri dan senyuman di bibir kelihatan sungguh palsu.

Ya memang benar, Hara tidak memberitahu masalah rumah tangganya kepada Balqis mahupun Yana. Selama hampir sebulan dia menghilangkan diri, tidak sekali pun dia menghubungi rakan-rakannya itu. Dia perlukan masa bersendirian tanpa gangguan.

"Oh my god, is this you Hara?"

"MasyaAllah Hara! Cantiknya kau pakai tudung!"

"Ledy Hara ke ni?"

Hara cuma pekakkan telinga. Bukan sombong, tapi pelik sangat ke apabila dia berhijab sampai semua nak beri reaksi seperti itu?

"Tak ada orang kan dekat sini?" Soal Hara kepada rakan sekelasnya, Nadia.

Nadia menggeleng sebelum bersuara.

"Manis kau pakai tudung, Hara."

Hara melabuhkan punggung. Tote bag diletakkan atas meja. Dia senyum. Kelat.

"Alhamdulillah, Allah masih bagi aku peluang untuk tampal diri aku yang banyak berlubang sana sini."

Baru ingin mengeluarkan telefon sementara menanti kedatangan pensyarahnya, hidung menangkap bau. Bukan bau yang sedap dihidu tetapi bauan yang amat menyengat rongga hidungnya.

Dia menoleh.

Rasa nak mengucap sekejap bila tengok rakan sekelasnya sedang seronok bersarapan dalam kelas. Dia tidak kisah, tapi bau nasi goreng itu membuatkannya loya. Dia cuba menenangkan diri.

Seminit.

Dua minit.

Lima minit.

"Uup!" Hara menekup mulutnya kemudian berlari keluar dari dewan kuliah. Tandas terdekat dituju sebelum...

Uwek! Uw..uwek!

Pili air dipegang kemas. Sebelah tangan menggosok dadanya perlahan.

"Awak okay tak ni?" Soalan yang menyinggah di telinga Hara itu dipandang sepi. Dia tidak mampu untuk mengangkat muka bagi melihat siapa gerangan yang bertanya.

"Awak na..."

Uwek!

Sekali lagi dia muntah. Namun hanya cecair jernih sahaja yang dimuntahkan. Perutnya sebu taktala itu. Habis meriding bulu roma.

Sudah yakin dirinya kembali okay, Hara membasuh mulut dan menegakkan badan. Dia pandang sekilas ke arah perempuan yang bertanya kepadanya tadi. Dia senyum nipis.

"Muka awak pucat sangat ni. Nak saya tolong hantar pergi bilik rawatan?"

Hara menggeleng lemah. Tisu ditarik dan dilap pada mulut. Perlahan dia menapak keluar dari tandas itu. Baru beberapa langkah, dia pening melihat ramai orang yang sedang lalu lalang di situ. Pandangannya jadi berbalam. Gelap. Langkah longlainya diberhentikan. Sesaat sebelum...

"MasyaAllah Hara!" Tubuh itu sempat ditahan dari menyembah bumi. Berderau darahnya taktala melihat tubuh yang jarak beberapa langkah sahaja dengannya terhuyung-hayang. Mujur dia sempat menahan pinggang itu dengan tangannya.

Hara celikkan mata sekejap sebelum dia pengsan. Tangannya terkulai.

"Wake up, sayang!" Pipi itu ditepuk.

Ramai orang mula mengerumuni Eian yang sedang menahan badan Hara. Tak tunggu lama, Eian menyelitkan tangan di belakang pelipat kaki isterinya dan sebelah lagi ditahan belakang badan itu.

"Move!" Mereka pantas memberi laluan kepada pasangan itu.

                        


"Alhamdulillah, sayang!" Tubuh Hara ditarik ke dalam pelukan. Berita yang  disampaikan oleh doktor di klinik sebentar tadi membuatkan senyuman tidak lekang dari bibir.

Hara kaku tidak membalas pelukan itu. Tangan masih di sisi. Sesekali mata meliar memandang segenap ruang tamu. Masih seperti dulu.

"I don't know how to descibe tapi abang bersyukur sangat! Akhirnya I'll become a father for real soon!" Mata isterinya ditatap teruja.

Namun, Hara sedikit pun tidak menunjuk sebarang reaksi. Gembira pun tidak, teruja jauh sekali. Di wajah itu jelas tiada riak muka. Kosong.

"You are not happy with it? Hara pregnant dah masuk tiga minggu dah sayang." Tangannya ingin mengelus pipi Hara namun ditepis.

"Seronok dengar berita tu? Seronok dapat jadi ayah?" Mendatar.

Eian mengangguk teruja dengan senyuman yang masih bergayut di bibir.

"Senangnya jadi awak kan? Dah buat hal, lepas tu hari ni muncul depan saya and you act like nothing happen between us! Awak boleh tanya saya happy ke tak sedangkan awak tahu betapa terlukanya saya dengan awak?" Hara menggeleng bersama senyuman sinis.

"I don't want this child. You know what? I felt so disgusting sebab saya rasa macam saya mengandungkan anak awak dengan betina tu!" Penuh emosi dan amarah.

"Hara! How could you said that?" Eian kecewa dengan bicara isterinya. Dia mengaku dia silap, namun takkan sampai membabitkan anak mereka yang tidak bersalah?

"Salah ke apa saya cakap? Anak ni dalam perut saya, it's up to me sama ada saya nak simpan or gugurkan." Namun jauh di sudut hati, Hara sendiri tersiat-siat dengar tutur bicaranya sendiri.

"Ledy Hara! Sedar tak apa yang Hara cakap ni?! That baby are mine too!Sanggup Hara nak gugurkan anak kita yang tak bersalah langsung? Mana perginya Hara yang abang kenal dulu?Mana naluri keibuan Hara yang waktu Hara jaga Iriz dulu? Mana semua tu?" Eian cuba mengawal suaranya daripada meninggi di hadapan Hara.

Hara berpeluk tubuh.

"Hara yang awak kenal dulu dah lama mati sejak dia keluar dari rumah ni. Hati dia dah mati untuk jadi baik macam malaikat, terima je apa orang buat dekat dia. Hara yang sekarang, dia cuma pentingkan kegembiraan dia je."

"This is so not you, Hara." Eian meraup wajahnya sebelum bahu Hara ditarik. Mata menikam lembut wajah isterinya. Sudah lama tidak berjumpa, dia terlalu rindu. Sungguh!

Makin cantik. Lebih-lebih lagi apabila dia melihat isterinya sudah berhijab. Manis sekali!

"This is me. A real Ledy Hara."

Eian geleng.

"Sayang, abang sanggup buat apa saja yang Hara nak asalkan Hara terima anak kita. Dia tak salah, Hara. Kalau Hara nak hukum, hukum abang seorang. He will not deserve this, sayang. Please.." Eian pegang erat tangan Hara walaupun berkali-kali cuba direntap.

"Sanggup bagi saya kelar tangan awak?"

Sesaat Hara menanti.

Eian mengangguk sebelum dia bangkit dan mengambil pisau di dapur. Pisau itu diletakkan atas telapak tangan isterinya.

Hara pandang kosong pisau itu. Bibir terjungkit senyum. Sinis.

"Kalau saya kelar tangan awak sedalam mana pun, saya tetap tak dapat hilangkan rasa sakit saya. Sakit awak mungkin di tangan sahaja, letak ubat boleh hilang sakit. Sehari dua, luka tu kering. Tapi hati saya? Awak merayu sampai melutut dekat kaki saya pun, belum tentu Allah nak gerakkan hati saya untuk terima awak. Memaafkan itu mungkin saya akan buat. Tapi untuk hilangkan memori pahit dengan awak, saya tak mampu."

Eian tergamam saat melihat mutiara jernih yang menitis atas kekura tangannya.

Continue Reading

You'll Also Like

1.8M 51K 69
COMPLETE โœ… (The Best Floriarity Romance 2020๐Ÿ…) (Top๐ŸฅˆNovelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah 360 darjah apabila dituduh berhubungan b...
185K 12.2K 76
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . ๐“๐จ ๐ญ๐ก๐ž ๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ก๐จ ๐ฉ๐ซ๐จ๐ญ๐ž๐œ๐ญ๐ž๐ ๐ก๐ž๐ซ ๐ฆ๐จ๐ซ๐ž ๐ญ๐ก๏ฟฝ...
43.4K 3.9K 73
(SEQUEL USTAZ, TUNGGU SAYA! by @aiensohko) Cover editor - @sirapbang- ๐Ÿ•Š๏ธ Pergi dan pulang bersama harapan. Bertahun-tahun menyimpan rasa. Dalam doa...
207K 16.3K 16
*เฉˆโœฉโ€งโ‚Šหš Dumb&Dumber Universe >> "๐—ง๐—ฎ๐—น๐—ธ ๐—ฐ๐—ต๐—ฒ๐—ฎ๐—ฝ, ๐—œ'๐—บ ๐—บ๐—ผ๐—ฟ๐—ฒ ๐˜๐—ผ ๐—ฎ๐—ฐ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป๐˜€," โAku tak mudah dibuat jatuh cinta. Maka percayalah, kau san...