Our Fate

By shashim_

43.3K 4.1K 854

Jika dulu timba cari perigi, sekarang sudah terbalik. Perigi cari timba. Jika dulu dia dikejar, sekarang dia... More

Prolog =)
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Announcement
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37

Bab 4

1.3K 130 14
By shashim_

•••••

Don't forget to vote and comment 💕

•••••

Qalisya menggeleng kepala. Kenapa dengan aku ni? Kenapa wajah dingin lelaki itu bermain-main difikiran? Kenapa jantung aku berdegup kencang? Kenapa aku takut untuk berhadapan dengan dia? Kau ada buat salah ke Qalisya? Ya, kau ada buat salah besar Qalisya. Kau reject dia kaw kaw tiga tahun lepas! Haishh. Serabut kepalanya memikirkan tentang kejadian tengah hari tadi.

Selepas dia dan Hayyan diusik oleh Fatty, wajah lelaki itu menjadi semakin dingin. Boleh pula serentak dia dan Hayyan bangun untuk ke dapur.

"Sihat?" Dia cuba memecahkan kesunyian yang mencengkam ruang dapur itu dengan memulakan perbualan dengan Hayyan. Namun hanya sepi.

Lelaki itu hanya diam menanti giliran untuk membasuh tangan dan pinggan.

"Tak apa, letak je pinggan tu. Saya boleh basuhkan."

Hayyan tidak membantah. Pinggan diletakkan di dalam singki dan tangan dibasuh. Dia terus meninggalkan Qalisya sendirian di dapur setelah itu.

Qalisya memerhatikan belakang tubuh Hayyan. Lelaki itu kelihatan lebih segak dan tegap berbanding 3 tahun lepas. Handsome walaupun hanya memakai hoodie dan jeans sahaja.

Tanpa sedar satu keluhan kecil terkeluar daripada mulut comel milik Qalisya. Benci benarkah engkau pada aku?

"Mengeluh apa kak oii."

Qalisya mengurut dadanya. Terkejut disergah Qalish begitu. Habis terbang semua lamunannya. Tiada lagi bayangan Hayyan.

"Angah ni terkejut along. Bila masa duduk sebelah along ni?" Wajah adiknya yang berkulit sawo matang itu ditatap.

"Adalah dalam lima minit macam tu. Sempat jugalah Qalish nampak along tergeleng-geleng kepala sorang-sorang. Fikir apa tu long?"

"Tak ada apalah Qalish." Qalisya kembali memandang laman rumahnya. Sejak balik tadi dia duduk di laman. Belum masuk lagi. Asyik melihat pokok-pokok bunga yang ditanam arwah ibunya sampai mengelamun memikirkan Hayyan.

"Kalau tak ada apa takkan sampai mengeluh? Pandang pokok-pokok bunga tu macam nak tembus? Cubalah cerita dengan Qalish."

Qalisya hanya berdiam. Cerita dekat Qalish? Itu namanya menempah tawa adiknya itu sahaja. Memang adiknya itu akan gelak sampai terguling. Dia yakin itu!

"Termenung pula. Angah tanya ni. Along dah kenapa? Marilah cerita."

Qalisya menjeling Qalish.

"Tak payah sibuklah. Benda tak penting pun."

"Wahai kakakku Nur Qalisya Amani, tak perlulah nak berahsia sangat. Qalish je pun. Lepas mak dan ayah, kau ada aku dan Qalif je tau long."

"Iya, tahu. Tapi jangan risau. Kakakmu ini baik-baik sahaja."

Qalish memandang kakaknya dengan perasaan ragu-ragu.

"Boleh percaya ke ni?"

"Iya 100% boleh!" Qalisya menjawab sambil mencubit kedua-dua belah pipi adiknya. Dia tergelak apabila Qalish mengaduh.

"Sakitlah!" Qalish merengus.

Qalisya sengih. Dia mengusap kepala Qalish dan berlalu meninggalkan adiknya itu. Kaki dibawa menapak ke bilik. Pintu segera dikunci dan badan direbah ke katil.

Rasa geram kembali menerjah diri Qalisya apabila mengenangkan Hayyan yang dingin.

"Kau sengaja nak balas dendam ke Hayyan?"

"Atau kau memang benci aku?"

"Atau kau memang hilang ingatan ke tak ingat aku?"

Qalisya mula bermonolog. Ingin sahaja dia membaca fikiran Hayyan. Biar dia tahu apa yang difikirkan lelaki itu. Tapi itu sangat mustahil. Mana boleh dia sebagai manusia biasa nak baca fikiran orang.

Qalisya wait! Why you're not stop thinking about him? Is it important?

Qalisya mula kusut. Kenapa sejak berjumpa Hayyan semula, hanya nama lelaki itu yang menerjah minda? Kau dah kenapa?

Kau suka dia? Eh hilang akal ke aku nak suka dia tiba-tiba? Habis tu apa? Ego? Yes! Ego! Itulah jawapan paling tepat.

Kau sibuk fikir pasal dia sebab kau ego Qalisya! Ego kau tercabar bila dia dah tak kejarkan kau. Ya itulah jawapan kepada persoalan kau selama beberapa harini.

Tiba-tiba dia teringat bagaimana kali pertama dia berjumpa dengan Hayyan di family mart dan dia memberi ceramah kepada Hayyan. Kali kedua dia berjumpa di restoran dan mereka duduk satu meja dan waktu itu juga Hayyan memberi ceramah kepadanya supaya berpakaian seperti wanita. Cisss. Dia tersenyum seorang diri apabila teringat peristiwa-peristiwa di mana Hayyan mengejarnya.

Arghhh! Sah yang kau gilakan dia, Qalisya. Tapi tak akan aku tiba-tiba nak jilat ludah aku balik. NO! NO! Serabutlah.

Dia mengambil tuala mandi dan terus ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Selepas membersihkan diri, dia ke dapur untuk menyiapkan makan malam untuk keluarganya. Maklumlah dia satu-satunya anak dara dalam keluarganya jadi dia bertanggungjawab untuk memasak dan menguruskan rumah untuk keluarganya.

"Masak apa tu?"

Qalisya menoleh sebaik sahaja suara adik bongsunya menyapa halwa telinga.

"Masak makanan kesukaan semua orang dalam rumah ni."

Qalif menayangkan riak teruja.

"Udang masak sambal petai? Wah dah lama juga tak makan."

Qalisya tersenyum. Suka melihat wajah teruja adiknya.

"Masak sedap-sedap ni ada apa-apa ke Lisya?"

Soalan daripada ayahnya mengundang tawa kecil Qalisya.

"Tak adalah ayah. Lisya saja je masak lauk ni. Teringin."

Apabila semua masakan sudah siap dimasak, Qalisya meletak semua hidangan di atas meja. Dia memanggil adik-adiknya untuk turun ke bawah.

Selesai sahaja Qalish membacakan doa makan, mereka sekeluarga mula menjamu selera.

"Auww sedapnya along masak. Dah boleh dah kahwin," sakat Qalish bersama sengihan apabila dijeling kakaknya itu.

"Betul cakap angah. Dah cukup pakej dah along ni. Bila nak kahwin? Qalif tak sabar nak ada anak buah." Giliran si bongsu pula menambah perisa. Sengaja mengapi-apikan si kakak yang jelas membenci topik itu.

"Kalau Qalif tak sabar nak dapat anak buah, ayah lagilah. Lagi tak sabar nak menimang cucu. Entah bila ayah boleh merasa ada cucu pun tak tahulah."

Qalisya mengeluh.

"Kenapa dengan semua orang ni? Kalau pandai masak memang kena kahwin ke?" Qalisya memandang wajah seorang demi seorang manusia di meja makan itu.

"Tak adalah macam tu. Tapi dah layak dah nak jadi isteri orang. Masak reti, kemas rumah reti, pandai jaga makan pakai kami semua. Kami cuma nak tengok kamu bahagia je Lisya."

Ayat yang meniti di bibir Encik Zaid merunsingkan kepala Qalisya.

"Jodoh semua tu kan rahsia tuhan. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, cukup ada ayah, angah dan adik, Lisya dah bahagia."

Selesai makan, Qalisya terus ke bilik untuk menunaikan solat isyak. Selesai solat. Dia termenung.

"Apalah ayah dan adik-adik aku ni. Aku bukannya tua sangat. Tak habis-habis suruh kahwin. Takut aku tak laku ke?" Qalisya mula bermonolog. Makin lama, makin panjang bebelannya.

"Kalau aku tak laku pun, diaorang malu ke? Teruk sangat ke kalau tak laku? Atau aku ni jantan sangat? Aku kena jadi feminine balik ke?"

Wajah kacak dan suara merdu Hayyan yang pernah menegurnya suatu masa dahulu kembali menerjah.

"Kalau rasa diri tu perempuan, pakailah pakaian yang serupa macam perempuan. Pernah dengar tak hadis nabi tentang larangan lelaki menyerupai wanita atau sebaliknya?

Daripada Abi Hurairah r.a berkata : Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.

Hadith Riwayat Abu Daud. Hah saya bukan baik sangat tapi saya tahu la sikit-sikit.

Saya tegur sebab menegur orang yang buat kesalahan itu satu kewajipan dalam islam. Saya tak nak dapat saham dosa awak sekali kalau tak tegur. Cubalah pakai pakaian yang feminin sikit lepas tu jangan lupa bertudung. Kalau pakai tudungkan mesti nampak comel."

Qalisya kenapa dengan kau ni? Kenapa mesti nama dan wajah lelaki itu yang kau ingat-ingat? Kau betul-betul sukakan dia ke? Orang yang kau pernah reject kaw kaw dulu tu?

Qalisya mengeluh. Itulah dulu cakap besar. Haa sekarang padan muka. Dia pula tak layan kau. Inilah padah kau kena tanggung selepas kau bercakap besar Qalisya. Tuhan dah balikkan hati kau, buat benda yang bertentangan dengan yang kau cakapkan dulu.

Tuhan, dia ke orang yang layak untuk aku? Dia ke jodoh aku? Kenapa aku asyik teringat dia?

"Ya Allah, kalau benar dialah jodohku kau dekatkanlah dan permudahkanlah aku dan dia, jika tidak kau jauhkanlah aku dari dia..."

Continue Reading

You'll Also Like

3.1M 276K 90
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
398K 19.9K 67
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
806K 83.2K 67
โš ๏ธBewareโš ๏ธ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
500K 20.3K 39
แด‹แด€ส€สแด€ แด˜แด‡ส€แด›แด€แดแด€ ssส€สœแด…แด‡แด‡ ๐‘ป๐’†๐’๐’ˆ๐’Œ๐’– ๐‘ธ๐’‚๐’š๐’” ๐‘ฌ๐’Š๐’“๐’ ร— ๐‘ต๐’–๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’“๐’š๐’”๐’”๐’‚ ๐‘ซ๐’Š๐’๐’…๐’‚ "ryssa sukakan abang" - ๐๐ฎ๐ซ ๐ƒ๐š๐ซ๐ฒ๐ฌ๐ฌ๐š ๐ƒ...