๐๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐‚๐ข๐ง๐ญ๐š ๐๐ž๐ซ...

By asunnaraa

998K 46.1K 2.5K

"๐™ˆ๐™ค๐™œ๐™– ๐™–๐™ ๐™ช ๐™ฌ๐™–๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™˜๐™ž๐™ฃ๐™ฉ๐™– ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™–๐™ ๐™๐™ž๐™ง๐™ฃ๐™ฎ๐™–." - ๐’ท๐“Ž ๐’œ๐“ˆ๐“Š๐“ƒ๐“ƒ๐’ถ๐“‡๐’ถ๐’ถ ๏ผฅ๏ฝ‰๏ฝ๏ฝŽ ๏ผท๏ฝ๏ฝš๏ฝ‰๏ฝ† | ๏ผฌ๏ฝ…๏ฝ„... More

Asunnaraa's quote
PROLOG
BAB 1
Bab 2
BAB 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50

Bab 39

15.8K 817 71
By asunnaraa

Hara menoleh sedikit kepala ke arah belakang pembaringannya. Tika itu juga dia mengerling jam dinding.

11 malam.

Eian sudah lengkap berpakaian tidur. Dari pagi dia keluar sampai malam baru balik. Dia tersentak taktala Hara baring merapatinya.

"Abang..." Hara mendongak sedikit untuk memandang suaminya yang turut berbaring di sebelah.

"You love me, right?" Soalan dari mulut isterinya membuatkan Eian terpegun seketika. Badannya mengeras.

Melihat Hara masih memandangnya, dia mengangguk.

"Hara tak nak abang angguk ke geleng. Sebut, abang."

Eian mengeluh kecil sebelum dia tersenyum. Pelik pula isterinya malam ini.

"I sayang you, Hara."

Spontan, Hara menjauhinya sedikit. Dia lihat bibir mungil itu melorek senyum. Namun, bukan senyuman seperti kebiasaan. Itu senyuman saat mereka masih belum berbaik. Mengapa?

"Hara tidur dulu, goodnight." Tidak menanti balasan suaminya seperti kebiasaan, dia memejamkan mata. Eian diburu kehairanan, tidak pernah Hara bersikap seperti ini. Adakah dia tersilap cakap? Atau Hara terasa kerana dia pulang lewat?

Malas mahu menyesakkan fikiran yang sudah sedia serabut sejak berjumpa Melina, dia turut lena di sebelah isterinya. Mendengar dengkuran halus Eian, Hara mencelikkan matanya. Matanya memandang wajah kacak Eian yang kelihatan tenang sewaktu tidur itu.

Persis bayi.

Saat dia merenung wajah itu lama, dia tersenyum kelat.

Sejak kita kahwin, abang tak pernah cakap abang cintakan Hara. In fact, dari awal kita kahwin abang dah marahkan Hara. Tapi Hara tetap sabar sampaikan Allah makbulkan doa Hara. Abang mula terima Hara dalam hidup abang. Abang cakap abang sayang Hara. Tapi, bukan tu yang Hara nak dengar. Malam ni Hara sedar...

Dia menyentuh pipi suaminya. Dielus lembut.

Abang tak cintakan Hara.

Bibirnya tercebik menahan air mata. Mata dikerdip berkali-kali. Namun saat itu juga air matanya mengalir. Sebelah tangan menekup mulut agar esakan tidak bergema dalam bilik itu.

"I sayang you, sayang." Itu apa yang dilafazkan oleh suaminya saat mereka berada di lawatan Terengganu beberapa bulan lepas.

"I sayang you, Hara."

Malam ini, suaminya sekali lagi lafazkan sayang dan bukannya cinta.

Sakit.

Sayang dan cinta bukanlah memberi maksud yang sama. Malam ini dia terluka. Terluka dengan apa yang dia nampak tengah hari tadi dan terluka dengan suaminya. Saat esakan hampir meletus, dia mengetap bibir bawahnya.

Mungkin Hara tak patut paksa abang untuk cintakan Hara. Hara terima semua ni, walaupun menyakitkan.

                   



"Abang..." Eian mendongak sebelum mematikan telefonnya. Dia cuma memandang Hara yang sudah mengambil tempat di sebelahnya bersama beg kertas.

Untuk apa?

"Semalam waktu abang keluar, abang Izz datang hantar barang yang abang kirim dekat Kak Aira." Beg kertas yang dipegang diletakkan di atas riba Eian.

Wajah Eian berubah riak. Saat ini dia rasa berpeluh dan tidak mampu meneguk air liur.

"Hara tak tahu abang buat apa semalam tapi apa yang Hara tahu, abang bukan keluar dengan abang Izz." Hara tidak menoleh sedikit pun ke arah suaminya. Dia sedar Eian sedang memandangnya.

"Ha.."

"Ada apa-apa abang nak share dengan Hara?" Suara Hara yang mendatar itu membuatkan lidah Eian kelu.

"Abang pergi mana semalam, hm?" Hara cuba memberi peluang kepada suaminya untuk berterus terang.

"I..I pergi jumpa kawan I yang lain."

"Huh?" Tak dapat ditahan senyuman sinis di bibir Hara.

"Hara cukup sabar bila abang tipu Hara semalam. Kenapa abang nak kena tipu Hara lagi hari ni?" Hara membetulkan duduknya agar dia dapat memandang tepat wajah suaminya yang resah.

"Tipu? Apa yang I tipu you?" Eian cuba menutup salahnya.

"Sudahlah abang. Jangan pura-pura macam abang tak faham apa yang Hara cakap ni. Hara tak marah pun kalau abang jujur. So kenapa kena tipu?"

"Selain dari abang Izz, siapa lagi kawan abang? Hara kenal semua kawan abang. Now, tell me siapa? Amril?Khairul? Azman? Widad?"

Sejak mereka berbaik, Hara sudah mengenali semua kawan baik suaminya. Jadi, tidak hairanlah jika dia dapat menyenaraikan semua nama itu.

Lidah Eian kelu apabila diasak oleh isterinya.

"Kenapa abang diam?"

Eian menarik nafas sebelum dia mencerlung tajam ke arah isterinya.

"Kenapa nak besarkan isu kecil macam ni?"

Hara menentang berani pandangan tajam suaminya.

"Oh, sekarang abang cakap Hara besarkan isu ni lah?"

"Apa kena dengan you ni, Hara? Since when you pandai control hidup I? Sejak bila pula I tak boleh keluar rumah?Kenapa pula you nak tahu I pergi jumpa siapa?" Suaranya ditahan agar tidak ditinggikan.

Hara menggenggam tangannya di riba.

"I'm your wife! Abang pergi mana, jumpa siapa sekali pun Hara tak kisah. Tapi Hara cuma tak boleh terima kenapa abang kena tipu Hara."

Bebola mata Hara turut sama naik apabila suaminya berdiri sambil meraup wajah.

"You know what? Inilah punca I tak nak kahwin. I rasa rimas! Rimas bila hidup I kena control. Melina pun tak pernah control hidup I macam ni." Dia tidak sedar nama Melina meluncur dari mulutnya.

Hara bungkam. Halwa telinganya tidak menipu. Memang benar suaminya telah membandingkan dia dengan Melina.

Dia ketawa kecil. Tidak kuat namun masih mampu menarik perhatian suaminya. Dia berdiri sama dengan Eian yang memandangnya hairan.

"Wah, now abang dah pandai bandingkan ex abang dengan Hara?Siapa isteri abang sebenarnya? Abang takkan tahu sekarang ni betapa terlukanya hati Hara bila abang bandingkan Hara dengan dia!"

"You yang buat I bandingkan you dengan dia tahu tak?!" Saat ini Eian menjunjung egonya.

"What? Sekarang Hara pula yang salah?Hara cuma nak tahu abang keluar pergi mana je. Abang yang tiba-tiba ungkit nama ex abang!"

"Hara tahu abang pergi jumpa dia kan semalam?"

Eian tergamam.

"Kenapa, abang? Abang dah rasa menyesal ke kahwin dengan Hara?"

Tiba-tiba Hara menggeleng laju.

"Hara silap. Sebenarnya dari awal kita kahwin lagi abang dah rasa menyesal kan? Abang pun bukannya cintakan Hara. Setiap perkataan sayang yang keluar dari mulut abang tu belum tentu abang maksudkan."

"Har..."

Hara memintas bicara suaminya. Dia mengelak sedikit apabila Eian ingin menyentuh lengannya.

"Sekarang ni Hara nak abang jujur dengan Hara." Dia merenung ke dalam mata cantik suaminya. Lama.

Tidak diendahkan degupan jantung yang tidak selari itu. Tidak dihiraukan nafas yang tidak teratur itu.

"Betul abang cintakan Hara?"

Bebola matanya bergerak-gerak memandang anak mata Eian. Tangannya terketar-ketar di sisi.

"Hara...I.."

Hara tersenyum nipis bersama setitis air mata yang jatuh ke pipi. Dia bergerak menjauhi suaminya.

"Kalau betul abang cintakan Hara, abang takkan teragak-agak untuk cakap. Jadi sekarang baru Hara sedar dan faham..."

Dia menekur lantai. Matanya dipejam sambil bibirya diketap. Dia tidak mahu menangis lagi. Cukuplah.

"...Cinta abang terlalu mahal sampai Hara tak layak untuk dapatkan. Abang terlalu mulia sampai perempuan macam Hara ni tak layak untuk berdiri sama tinggi dengan abang. Terima kasih sebab sedarkan Hara yang tak semua Hara nak, Hara akan dapat."

Dia meninggalkan suaminya yang masih kehilangan kosa kata itu. Bilik mandi menjadi tujuan kakinya. Shower dibuka bagi menghalang bunyi esakan bergema.

Eian terduduk di kerusi sebelum matanya memandang pintu bilik.

Apa saja yang you buat dalam tu...

...tolong jangan menangis.

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 62.5K 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan dar...
614K 22.9K 46
"kakak, kakak nak tahu tak tadi ibu terserempak dengan kawan abah ni.. tinggi, handsome, putih mcm korea. Kakak kan minat korea." "bohonglah mesti t...
41.8K 3.8K 73
(SEQUEL USTAZ, TUNGGU SAYA! by @aiensohko) Cover editor - @sirapbang- ๐Ÿ•Š๏ธ Pergi dan pulang bersama harapan. Bertahun-tahun menyimpan rasa. Dalam doa...
12.5K 1.2K 29
"Live a happily ever after? Ayat itu hanya wujud dalam cerita dongeng barat. Tidak semua cerita berakhir dengan bahagia. Mungkin hidup kita serba ser...