My Secret Diary: With Him

By Numuba

122K 8K 1.5K

Sambungan My Secret Diary is here! Masih lagi cerita tentang aku yang clumsy dan over-thinking! Kali ni cerit... More

AUTHOR IS HERE
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
BAB 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
BAB 60
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
TAHUN 2021
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79

Bab 9

1.9K 112 5
By Numuba

Okey tak.

Aku tak melayang pun. Maaf kan drama-queen ini. Aku sekadar terduduk atas jalan raya dan lutut aku tersentuh sikit bumper depan kereta yang hampir langgar aku. Masa kereta tu brek, ngam-ngam je dengan lutut aku. Fuh!

Aku bangun, dengan kucing dalam dakapan aku. "Awak okey?" Satu suara bagaikan angel menari-nari di telinga aku. Angel mana lagi kan yang aku kenal? Affuan lah. Wow tebalnya muka aku nak pandang muka dia sekarang ni. Lepas dengar cerita dia semalam, punya panjang lebar, aku rasa malu nak hadap dia lagi. Malu lah. Ya lah, happy memang happy. Siapa tak happy kalau crush zaman sekolah dulu... yang aku ingat akan lost contact... tengok-tengok suka aku? Hah! Mesti lah aku happy! Tapi aku malu lah. 

Kenapa? Tanya lah hati aku haha. Nanti mintak number whatsapps hati aku. Hati aku jarang online so kalau korang dapat bluetick tu kira bersyukur la. Lol aku gurau ngan korang pun tak boleh. Ambik serius sangat kenapa. Blah ah.

"Okey je." Aku jawab, kasi kasar sikit. Dengan lelaki, jangan dibagi muka sangat. Dia sengih. Eeiii tanteknya gigi dia. Apahal dia ni sempurna sangat ni? Single pulak tuh! Eh kejap..single? Ye ke single? Tapi kalau dia dah sampai lamar aku, takkan tak single pulak kan? Ish.. tapi... ah sudah.. mula dah over-thinking aku.

"Awak bukan kena cepat ke? Ada Family Day tu kan? Mak awak tunggu tu." Jari runcing dia menunjuk ke arah mak yang dah bercekak kat pintu pagar. Aku sengih pada mak. "Saya pergi dulu makcik.." Affuan masuk ke dalam kereta dia semula yang dah block jalan sebab nak kisahkan aku. Kereta dia mula hilang dari pandangan. 

Aku letak kucing tadi atas tembok kemudian mengambil tempat di tempat duduk pemandu. Kami bertolak ke dewan, dilatari bebelan mak pasal tabiat aku yang suka terjah ke tengah jalan raya semata-mata nak selamatkan kucing.

-----

Dah ramai di dewan serbaguna ni. Semua props dah siap dah. AJK dah pakai baju sama semua. Haaa ni baru lah Family Day yang aku suka. Kalau lah pergaduhan pasal AJK Makanan tu tak habis lagi, mau aku baling kerusi kat makcik pakcik tu semua supaya berhenti malam tu jugak. Nasib baik mak ada.

Aku dan mak bawak keluar plastik merah besar berisi polisterin makanan dan berjalan ke meja makanan. Tapi mak macam tak larat, aku lupa mak makin tua. "Mak letak lah dulu kat tepi tu, nanti Han ambik untuk trip ke-2." Aku pinta pada mak. Mak angguk. Baru aje mak nak ke tepi sikit, satu tangan , eh dua rasanya, tah aku tak ingat sebab berlaku cepat sangat, mengambil plastik besar daripada mak aku. "Biar saya tolong." Dia beri senyuman manis bak bidadara pada kami berdua.

Konfem lah mak tak cair tengok senyuman dia, tapi aku ni haaaa masya allah.. aku pulak tertahan-tahan senyum sebab excited dia ada kat Family Day ni. "Hah terima kasih la Aakif.. makcik nak ke dalam dewan dulu,uruskan apa yang patut.." Mak mula beredar.

EHHHHH? Mak tinggalkan aku dengan Affuan ni? Hanya. Aku. Dan. Affuan?

Duhai hati, tolong lah kuat. 

Aku cuba berlagak selamba macam tak ada rasa apa sepanjang perjalanan singkat ke booth makanan tapi tu lah... muka aku tak bekerjasama. Muka aku bercampur antara ekspresi nak sengih-sengih gatal dengan wajah tenang coverline. Siriyesli hodoh. Aku harap dia yang tinggi tak nampak la muka aku macam tu. Dia kena tunduk kalau nak tengok muka aku.

"Awak sengih kenapa?" setempek muka Affuan memenuhi layar mata. "Warghhh!!" Aku terundur ke belakang. BAPAK DEKAT MUKA DIA DENGAN MUKA AKU! Gila bapak dekat! Aku rasa jantung aku bukan jantung dah. Perghh nasib baik aku tak jatuh terduduk! Karang habis semua makanan ni. 

"Kenapa kau buat macam tu?!" Aku marah dia. Suara aku tertahan-tahan. Kalau tak, dah lama aku keluarkan suara mak lampir aku kalau tak kenangkan ada ramai rukun tetangga keliling ni. "Ughhh!!" Aku cepat-cepat pintas dia dan terus ke booth makanan. Okey aku jujur aku memang marah sebab apa yang dia baru buat tu sangat buat aku malu! Macam mana kalau masa muka dia dekat dengan muka aku tadi, dia nampak betapa meriahnya ketidaksempurnaan pada muka aku? HD lagi! Malu tau tak! 

Aku cepat je sampai kat booth makanan, di mana mak dah tunggu dengan tagging di tangan. "Mana Affuan?" mak tanya. Aku tak jawab. "Maaf lambat sampai..." Affuan muncul di sebelah aku. Aku merengus. Tak nak dekat dengan dia! Dah la buat jantung aku dup dap dup dap pastu dia bagi hati aku tak keruan pulak. Ish! Babap kang! Baik aku jauhi dia. Jaga hati, jaga mata pun senang bila jauh.

Eh jap jap.

"Kenapa kau ada kat Ipoh? Bukan kau dok Taiping ke?" Aku tanya tanpa memandang dia. Eh kenapa aku rasa macam dah pernah tanya soalan ni...hmm. "Dia beli rumah kat area Ipoh Han oii... Dia kerja kat pusat bandar tu. Mak yang ajak dia join majlis Family Day ni sebab Abang kamu tak boleh harap." Eh mak jadi tukang jawab. Aku jeling dia sikit. Tengok-tengok dia tengah pandang aku. Hak alah dia ni nak tengok-tengok anak dara orang free-free pulak! 

Tak...sekarang ni yang dia tengok aku sambil senyum ni apahal! Cair tau tak, cair?

"Oh...alang-alang kamu berdua kat sini kan, ni haa amik..." Mak hulur pada kami dua helai baju. Baju AJK Family Day. Aku bukak lipatan dan tengok saiz. Nasib baik 2XL, muat la aku pakai. Eh kenapa mak bagi bagi baju ni?

"Mak baru daftarkan kamu berdua jadi AJK Sukaneka sebab bahagian tu tak cukup orang. Tak ramai nak volunteer acara comot-comot tu." Mak terangkan sambil tangan ligat keluarkan polisterin dari plastik besar. "Haaa jadi AJK? Dengan dia?" aku tuding pada Affuan. Affuan buat muka konfius sambil tilik baju AJK yang baru dapat.

"Tak adalah kamu berdua saja. Ada la dua tiga orang lagi. Kenapa? Nak berdua aje ke?" Mak bertanya dengan nada sinikal. Ish mak ni! Malu aku! Aku jeling Affuan sekilas.

Affuan sengih lebar!

-----

"Kamu berdua yang muda tu, follow je budak-budak tu pass belon sampai ke belakang. Bila jatuh tak pecah tak apa. Kalau pecah, terus tiup wisel okay?" arah ketua AJK Sukaneka. Ya, korang boleh agak acara apa ni kan? Ni acara yang pass-pass belon air ke belakang dalam satu barisan tu. Tapi bukan pass tau! Kena baling belon air tu ke belakang tanpa pandang belakang dan orang belakang sambut. Tau kan game ni?

Aku dan Affuan pun turuti arahan. Tak ada lah masalah sangat dapat kerja sama dengan dia sebab kami tak perlu berkomunikasi pun. Syukur...

Sebaik sahaja hon dibunyikan, kanak-kanak semua mula baling belon ke belakang. Aku follow rapat setiap kali belon tu berjaya di baling ke belakang. Jiran tetangga semua tengah bersorak. Kami juga menjadi fokus penonton, selain daripada budak-budak yang dok baling belon ni. Kadang-kadang aku jeling Affuan dan aku perhatikan dia memang fokus dengan tugas dia. Tak ada curi-curi pandang kat aku. Eh? Perasan la kau ni, Han!

"Alamak..alamak kakkk!!" Tengah aku mengelamun, tak sedar pulak satu belon menuju ke arah aku.Salah seorang peserta tu tersalah baling belon. Dia baling senget. Ke arah aku! Aku sangat dekat dengan peserta jadi memang padu la belon air tu hentam aku.

SPLASHHHHHH!

Terdiam dua tiga saat.

Lalu aku meletuskan tawa. Budak-budak yang mulanya takut aku marah, turut ketawa sekali. Apa lah sangat basah sebab belon air ni. Ketawa berpindah ke penonton sekali. Aku tengok badan aku yang memang basah mainly kat bahagian badan aku. 

Oh.
Gee!

Baju murah ni nipis sungguh! kebasahan ni buatkan baju ni menampakkan badan aku! Ah ah apa nak buat ni? Kalau aku bangun, semua tengok! Aku rasa nak menangis dah ni.. apa ni tak ada siapa ke nak tolong?

Tiba-tiba satu tuala terbang melayang menutupi kepala aku. Bila aku selak tuala ni, aku nampak Affuan di depan, dan dia kata, "Tutup badan tu" tanpa pandang aku.










Continue Reading

You'll Also Like

877K 35.3K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
44.3K 5.2K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
76.7K 8.8K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
828K 84.5K 72
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...