Bukan aku, kau dan dia.. Tapi...

By HJRSC92

121K 2.2K 119

Siapa kata cinta selalu ada? Cinta yang tak semestinya tragis macam romeo & Juliet Cinta yang tak semestinya... More

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITA
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
810tion.....
Iklan lagi.. :)
Tiada Drama Di Kampus : The Trailer

15

2.9K 51 0
By HJRSC92

Hani POVs

“Hani... lama tak jumpa..”

Aku memberhentikan langkah.  Berundur beberapa langkah untuk berdepan dengan orang yang menegur. Aku tersenyum lebar.

“Maliki..”

“Yes..aku Maliki.”

Aku tersenyum. Malikilah yang berjaya membawa aku keluar dari dunia aku yang begitu pudar. Dia yang mengajar aku cara ‘bermain’. Aku pernah terluka. Ya.. aku baru teringat tentang perkara itu. Itulah kali terakhir aku menangis kerana lelaki. Itulah kali terakhir aku  menjadi seorang yang percaya dengan cinta. Maliki terjumpa aku sewaktu aku menangis teresak-esak dan hampir membunuh diri. Kerana cinta. Aku malu dengan sejarah silam itu. Sejak itu aku tidak lagi jadi mangsa cinta. Maliki membantu aku berdiri untuk melawan. Maliki mengajar aku untuk mengenali semua taktik licik lelaki.

“Sejak bila bekas pelajar kolej dijemput datang ke majlis sambutan ahli baru kelab hoki ni?”

Aku bertanya dengan nada sarkastik. Maliki tersenyum lebar. Maliki berpeluk tubuh berjalan mengikuti langkah aku. Mesti ada sesuatu yang membawa Maliki ke sini. Aku mengambil meja yang agak tersorok dari yang lain.

Maliki mengambil tempat di sebelah aku. Pandangannya masih tertumpu kepada aku. Meja yang mempunyai 10 tempat kosong itu masih belum terisi oleh ahli-ahli hoki yang lain. Hanya kami berdua sahaja yang sudah mengambil tempat duduk di meja yang agak tersorok itu.

“Apa yang kau mahu Maliki? Some help?”

Maliki tersenyum sambil menyandarkan tubuhnya yang agak berotot itu di kerusi. Walaupun sudah setahun menghabiskan pengajian di kolej ini, Maliki tetap kelihatan begitu sasa. Mungkin dia selalu bersenam untuk memastikan badannya tetap menarik di mata orang/perempuan.

Aku tersenyum sinis bila teringat sesuatu. No more broken heart. Motto kami berdua.

“Umur aku dah 25 tahun. Dekat masuk 26 tahun.”

Aku ketawa kelucuan bila mendengar mukhadimah dari Maliki. Dan aku tahu kemana tajuk ini akan pergi. Aku lebih awal menghadapinya. Maliki mengerut dahi. Kemudian meletakkan tangannya di atas bahu aku.

“Apasal kau ketawa? Aku belum habis cakap lagi..”

Aku semakin kelucuan. Aku menarik tangannya yang diletakkan di atas bahu aku. Berat. Dan aku terasa lain. Rasa bersalah. Tapi cepat-cepat aku
padam rasa itu bila terlintas wajah Safran dibenak aku.  

“Aku dah tahu keseluruhan cerita dengan intro kau yang macam tu. Apa yang kau mahu aku tolong? Cari calon untuk kau? Seorang yang boleh kau buli-buli?”

Maliki menukar posisinya untuk berhadapan dengan aku. Dia merenung aku lama. Walaupun tanpa berkata apa-apa, aku sudah tau apa yang mahu disampaikannya. Aku cepat-cepat mengangkat kedua –dua tangan aku kemudian menggeleng laju.

“No..No..And no. Lagipun, aku dah kahwin. Mahu sakit jantung mak kau kalau tau kau bawa pulang calon menantu yang dah ada suami.”

Maliki terundur sedikit kebelakang. Terkejut. Oh! Aku terlupa bagitahu dia tentang perkahwinan aku dengan Safran. Maliki seperti mahu berkata sesuatu namum mengetap mulutnya selepas beberapa saat dia mahu berkata sesuatu. Dia agak tergamam. Aku mengerut dahi melihat tingkahnya.

“Kahwin?”

“Eya..Kahwin..”

Aku berkata perlahan. Takut ada yang memasang telinga pula.

Maliki menarik nafas panjang.

Apa kena dengan budak ni. Eh! Bukan budak.. Dah boleh panggil bapak budak dah ni. Ni mesti stress sebab mak dia paksa dia kahwin. Dah fobia dengar perkataan kahwin ke?

“Kahwin?.. Apa dah jadi dengan janji kau yang no more boyfriend, no more love and broken heart?”

Aku tertawa lucu.

“Pertama sekali Encik Maliki... Suami. Bukan boyfriend. Dan aku tak kawin dengan dia sebab cinta.. yak!.. and kalau takde cinta.. dan takkan ada. Just FYI.." Aku memberi penegasan. Cinta? Dengan Safran. Eiuww.

"Ertinya takkan ada broken heart.” Sambung Aku dengan senyuman bangga.

Maliki meraup wajah. Jelas kelihatan yang dia agak kebingungan.

“Jadi? Kahwin?”

Oh.. Bab tu yang dia tertinggal. Aku pun bagi cerita tak ikut bab. Terus bagi kesimpulan. Kan dah bingung anak teruna orang ni. Anak teruna lagi ke? Ragu-ragu hati dan akal aku ni.

 “My grandma. Kahwin paksa, kahwin muda, kahwin apa-apa kahwin lagi yang orang sekarang panggil. Dan aku tahu benda tu lucu sebab aku yang macam ni boleh terkena dengan badi kahwin ‘paksa’ ni. Its so silly.. Don’t ask for details.

Maliki tertawa. Kelihatan wajah kelegaan terpamer di wajahnya. Dia ingat aku nak keluar dari kelab tanpa cinta kami ni ke? Dahlah ahli dua orang je. Aku dan Dia.

“So, kahwin atas kertas jelah ni..takde hubungan apa-apala..”

Kata Maliki. Aku membuat senyuman lebar macam senyuman joker. Aku tahu. Evil smile. Aku dah nampak Maliki macam takut-takut. Itulah senyuman yang selalu aku buat sebelum kenakan orang. Tapi kali ini aku bukan nak kenakan Maliki. Aku tersenyum malu campur nakal. Dah jadi evil smilelah.

 “Aku tak kata aku budak baik...”

Senyum aku bertambah lebar bila dahi Maliki bertambah kerut.

“Maksud..?”

Maliki membesarkan matanya bila melihat aku mengangguk.

“Kau yakin lelaki tu takkan jatuh cinta dengan kau?”

Pertanyaan Maliki membuatkan aku tergelak. Pssssh, Safran jatuh cinta? Aku rasa dialah orang paling layak jadi ahli ketiga kelab tanpa cinta aku dengan Maliki ni. Aku mahu menjawab pertanyaan Maliki apabila ada tangan yang menepuk perlahan bahu aku.

 “Aku nak cakap kejap.”

Sarah. Berpeluk tubuh. Pergaduhan petang tadi bukanlah yang pertama. Dah berkali-kali kami bergaduh seperti itu. Bila dah sejuk hati, sama ada aku atau Sarah yang akan meminta maaf. Kali ini mungkin Sarah sudah tau yang dia patut minta maaf. Sebab dari tadi aku tak tegur dia bila masuk ke dewan tadi.

“Okay.. kejap..”

Aku mengalihkan pandangan kepada Maliki. Meminta diri seketika.

“Its okay.. Aku pun ada hal. Nak cari orang lain untuk ganti ‘tempat kau’”

Aku tertawa kecil. Aku tak risau. Maliki boleh jumpa 10 orang calon untuk maknya. Itupun kalau maknya mahu perempuan yang miskin dengan pakaian. Aku melambai Maliki sebelum berjalan mengikuti Sarah.

“Ada apa Cik Sarah?”

Aku berpeluk tubuh sambil memerhati sekeliling. Kalau-kalau ternampak muka yang dicari. Masih belum ada. Aku seperti mahu ketawa terbahak-bahak bila cuba membayangkan betapa kalutnya pakcik tu bila terbangun dari tidur. Mungkin bila majlis sudah habis baru dia terbangun.

“Aku nak...”      

“Okay.”

Sarah melihat aku seperti aku sudah tumbuh kepala kedua bila aku memintas ayatnya. Aku tersenyum kecil.

 “Okay.. aku tahu kau nak minta maaf.. Aku kenal kau dari tahun pertama lagi Sarah.. Tak susah nak baca fikiran kau tu.”

Kali ini Sarah turut tersenyum.

“Aku nak minta maaf pasal aku panggil kau the P word. Tapi aku tak menyesal panggil kau drama queen.”

Aku tertawa kecil.

“Samalah. Aku langsung tak menyesal panggil kau drama queen petang tadi.”

Kami berdua membuat muka serius. Kemudian aku terbayang wajah budak-budak hoki petang tadi bila dengan suara Sarah yang selalunya lemah lembut ini menjerit. Macam youtube tengah buffering. Statik je semuanya. Semua muka bingung! Aku dan Sarah berpandangan kemudian ketawa sambil menekan perut. Senak perut.

“Reaksi diorang semua tu terlalu lucu. Dah macam CD rosak. Yang tengah angkat kotak pun boleh statik bila dengar suara kau.”

Ya.. Aku dan Sarah tak pernah gaduh lama-lama. Kadang-kadang kami akan mengimbau balik situasi semasa kami bergaduh dan membuatnya sebagai bahan lawak.

“Indeed. Lucu sangat. Kau nampak reaksi Que bila aku mention pasal P word. Muka dia tersentak sangat tau. Rasa macam nak minta maaf sebab mencemar pendengaran dia je. Rasa bersalah pula hati aku ni.”

Aku tersenyum lebar. Sarah pun perasan. Tapi aku yakin dia bukan tersentak!. Dia gembira bila ada orang sependapat dengan dia.

“Anyway... mana Prince Charming kau tu?”

Aku menahan senyum bila Sarah terus membuat muka geram.

“Tulah! Dah jam 9.00.. kau tahu tak dia janji nak ambil aku jam 7.30.. aku tunggu dekat setengah jam! Then aku terpaksa ikut kereta junior yang nak pergi sini tau. Dahlah kau pun takde.. Kau pegi mana? Merajuk? Dengan beg laundry pun takde dalam bilik tu.”

Aku menggeleng. Aku lebih prefer perang dingin dengan Sarah. Dia ni banyak mulut. Jam juga otak aku nak process ayat yang keluar dari mulut dia tu. Bertalu-talu.

“Aku balik rumah sedara.. sebab nak tengok Adam & Hawa..”

Aku terierit keriangan. Tak sabar nak tengok episode seterusnya. Selalu aku hanya  ‘sedut’ wayang tu dari mana website. Tapi setelah berjaya memujuk Safran untuk bertukar ke astro beyond. Aku takkan nak lepas peluang tengok dari tv safran yang besar tu.

“Wahh.... bestnya.. Aku nak tengok juga. Kalau rumah aku besar. Memang hari-hari aku balik rumah. Kau tolong rakamlah ya... aku nak tengok juga..”

Aku mengangguk cepat. Takkan nak tengok cerita tu sorang-sorang. Tak seronoklah. Aku nak Sarah tengok sama cerita tu. Boleh bercerita panjang-panjang. Kalau cerita dengan Safran memang tak payahlah. Tak masuk cerita. Tangan dia tak boleh duduk diam. Opss.. budak bawah umur. Skip ayat tadi. Haha. Evil laugh kejap.

“Opss.. arah jam 11. Safran....”

Aku terpandang Safran yang baru menampakkan dirinya. Sarah memeluk tubuh bila ada gadis yang dahulu menegur Safran di pintu gelanggang.

"Dia tahu macam mana nak guna ketampanan dia. Baru sekejap dah ada yang menyambar. Macam ada magnet. No wonderlah dia lambat.”

Aku bukan mahu menjadi batu api. Tapi.. Come on Sarah! Safran takkan berubah dalam masa yang singkat hanya sebab mereka keluar berdua untuk beberapa kali. Macam soulmate  yang selalu Sarah bayangkan tu. Cinta takkan jadi begitu mudah. Kalau betul Safran adalah Mr.Right  Sarah, Safran tentu perasan Sarah dari dulu lagi. Bukan baru sekarang.

“Mungkin dia adalah masalah kereta ke,.. tertidur..”

Sarah berkata bagai tidak pasti. Aku menjungkit kening menambahkan ketidakpastiannya.

“Positif. Kita mesti fikir positif.”

Kata Sarah seperti mahu menyakinkan aku walaupun sebenarnya dirinya yang patut di yakinkan.

Yeah right.”

Aku tersenyum lebar.

Whatever..aku akan tanya dia. Dan dia akan jawab yang..”

“Dia tertidur. Atau kereta dia rosak di tengah jalan.”

Aku menyambung ayatnya dengan nada sarkastik.

“Kau fikir begitu ke? Ala... janganlah macam tu.. Ok! Budak perempuan tu dah mula bergesel macam cacing tak cukup tanah. Aku patut pergi sana. Bye.”

Aku mengerut dahi. Bergesel macam cacing tak cukup tanah? Peribahasa manalah dia cedok ni. Tak faham aku. Aku hanya melihat dari jauh Safran cuba melepaskan diri dari budak junior tahun 1 itu. Huh! Extreme. Baru masuk kolej dah terkinja-kinja nak mengoda senior. Macam takde matlamat hidup je.

 “Wanita islam bukan sahaja mesti memakai tudung untuk menutup aurat..tapi juga perlu menjaga tingkah laku dan batasan antara lelaki dan perempuan.”

Aku agak terkejut bila ada suara yang tiba-tiba menyapa tanpa salam. Que. Muka dia nampak bersih. Tenang bila aku melihat ke dalam matanya. Tapi cuma seketika sebelum dia melarikan pandangan. Aku terasa sedikit kecewa dengan tindakannya melarikan pandangan dari aku.

 “Ow... batasan antara lelaki dan perempuan? .. Maksudnya? Pegang seorang wanita tanpa sebarang lapisan kain? Dan juga tanpa kebenaran wanita itu? Tak begitu USTAZ QUE?”

Que menundukkan pandangannya sekali lagi sebelum menangkat wajah dan cuba berkata sesuatu. Tapi hati yang dilanda kemarahan membuatkan aku menarik nafas panjang dan berlalu dari tempat itu. Sempat melagakan bahu dengan kuat dengan Que. Ya. Kemarahan tu tak pernah surut Que. 

Continue Reading

You'll Also Like

339K 22.4K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
1.2K 107 38
izinkan sinar itu dipinjam selamanya.
2.5K 291 9
Bikin meradang bah kan kalau ada urang pandai2 mau mengatur kehidupan kita apa lagi love life kita? Biarpun tu urang mama kita sendiri. Tp like the...
1.4K 655 28
Orang tua selalu pesan, kalau makanan masih panas tak elok dibiarkan. Nasihat itu sekadar peringatan dan cukup mudah diingati. Namun siapa sangka di...