33

2.2K 45 1
                                    

Recap:

"Oh..Okay.. Biar menang ek? jangan malas nak kejar benda hitam tu.."

Aku duduk di kerusi cendawan berhadapan dengan pintu asrama. 

"Ala... bola tu la.. yang selalu kena pukul-pukul tu..."

Safran ketawa di hujung talian..

"Okay.. I emmm.... you.. "

Aku seganlah nak cakap.

"Yelah.... I love you abang... k,,, daaa..

Aku mengerut dahi.

"Yelahhhhhh... muah.."

Aku memasukkan telefon ke dalam poket seluar sambil tersenyum. 

"Arhgg!"

Gelap!... kepala aku ditutup dengan kain hitam. Tangan aku sudah diikat dengan tali. Apa dah jadi ni?.. 

 Safran POV

"Oh..Okay.. Biar menang ek? jangan malas nak kejar benda hitam tu.."

Dahi aku berkerut memikir benda hitam apa yang patut aku kejar. Bini aku ni suka hati je dia melabelkan semua benda. Aku mengaru kepala yang semestinya tiada kelemumur ataupun kutu. Dan aku tak menipu. Serius!

"Benda hitam?"

Aku bertanya dengan nada sememangnya keliru.

"Ala... bola tu la.. yang selalu kena pukul-pukul tu..."

Aku ketawa besar bila Hani menjelaskan apa sebenarnya yang dia maksudkan dengan bola hitam itu.  

"Oooh..... benda tu.. hockey puck lah sayang... Okaylah... I love you.."

Dan aku memang maksudkannya. Aku dah jatuh cinta dengan teruknya! 

"Okay.. I emmm.... you.. "

Sekali lagi aku dahi aku yang memang tiada kedut, berkerut selepas mendengar balasan dari Hani. Reception tak bagus ke?

"Cakaplah betul-betul.. nak segan-segan pula.. Nanti abang tak semangat nak main hockey.."

Aku tahu Hani masih malu-malu nak luahkan perasaan dia tu. Ini semua sebab kawan terbaik aku lah ni yang membuatkan hati Hani keras selama bertahun-tahun. Hah! panjang pula umur dia tiba-tiba muncul di depan aku. 

"Yelah.... I love you abang... k,,, daaa.." 

Suara Hani membuatkan aku mengalirkan tumpuan yang dari tadi pelik melihat Que yang kelihatan agak kekok hari ini. Satu-satu benda dari loker pemain milik Que terjatuh ke atas lantai. Gugup mungkin.

"Love you je? Takde muah-muah?"

Aku bertanya perlahan.Takut nanti Que terdengar. Sia-sia ada ceramah sebelum pertandingan hockey. Senyuman terukir sedikit bila membayangkan muka Hani bila diusik sebegitu. 

"Yelahhhhhh... muah.."

Ek...Marah ke cik adik.. Aku tersenyum lagi. 

"Okay sayang... love you both.."

Aku memasukkan telefon ke dalam loker bersebelahan dengan Que. Que seperti masih berada di dalam dunia dia sendiri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"What?!"

Aku hampir terbeliak mata mendengar kata-kata Sarah sebentar tadi. Macam mana boleh hilang? dia tu budak besar! budak kecil lagi yang boleh hilang tiba-tibaLagipun sebelum perlawanan hoki aku baru telefon dia. Macam mana boleh hilang?!

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITANơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ