7

3K 63 0
                                    

Hani POV

                Aku tiba-tiba terasa mahu tertawa lucu. Ya. Aku ketawa dengan kuatnya bila teringat nota-nota yang aku tinggalkan untuk dia. Sengaja mahu membuatkan dia tertekan bermasam muka sepanjang hari. Balasan untuk apa yang dia buat kepada rumah aku... okay,.. kami. Rumah kami.

Rumah tu berselerak! Cukup berselerak. Setiap minggu. Macam bukan orang je yang tinggal kat dalam rumah tu. Dan mungkin dia sudah membaca nota aku yang terakhir. Aku bukan sengaja mahu menghabiskan duit dia. Aku bukan jenis orang yang suka menghabiskan duit tak tentu pasal. Aku cuma beli dua, tiga jenis kain untuk projek kedua aku. Aku guna kad kredit dia pun bukan sebab takde duit. Cuma aku beli kain tu secara online dan aku takde kad kredit. Aku pinjamlah kad kredit dia.

Sarah sedang seronok bersiap-siap untuk berjumpa Safran. Sambil bernyanyi kecil. Habis semua baju di dalam almari dikeluarkan. Mahu mencari baju yang sesuai.

Aku melihat dengan pelik. Apa yang seronok sangat keluar dengan Safran? Aku tak boleh duduk dengan dia walau hanya seminit!. Lelaki tu menyebalkan. Bunyi telefon di atas meja belajar aku kedengaran membingitkan. Itu sebab aku mengkhaskan bunyi yang paling sesuai untuk si pemanggil. Supaya semua orang tahu yang si pemanggil memang selalu membingitkan telinga aku.

                “Yup..”

                “Mana duit belanja yang aku bagi minggu lalu? Dah habis? Sampai kau belanja dengan kad kredit aku? Kan itu untuk emergency je!”

                Sepatutnya aku rasa sedih bila kena ceramah seperti itu. Tapi aku terasa lucu bila dia mengamuk seperti itu. Terasa seperti mendapat kemenangan sejati. Tahniah Hani. Aku kebanggaan seketika.

                “Kau dengar ke tak ni?!”

                Aku tersenyum. Biarkan dia membebel sendiri.

                “Kau patut lebih bertanggungjawabla Hani!. Takkan minggu lalu bagi lima ratus, lima ratus juga kau habis kan? Boros!”

                Isy! Bercakap tak tengok bukti! Aku cuma pakai RM 50 ringgit je untuk minggu lalu. Sebenarnya duit yang dia bagi dua, tiga minggu lalu pun tak habis dipakai. Sudahnya semua masuk ke dalam bank semula.

                “Aku beli barang untuk projeklah.. Secara online. Oversea punya barang. Aku mana ada kredit kad nak purchase. Aku pinjamlah kad kredit kau.”

                Lama-lama dengar dia membebel sebak juga sikit. Aku tak suka kena tuduh-tuduh tanpa bukti yang kukuh ni. Kalau mama aku yang buat macam tu dah lama aku sentap sambil menangis terguling-guling atas lantai.
                “Oow.”

                Senyap seketika. Mujur Sarah keluar seketika ke bilik sebelah untuk bertanya pendapat tentang pemakaiannya. Dia dah menyampah bila bertanya tentang pendapat aku. Sebab aku akan kata, everything is fine. Beautiful.. bla..bla..bla. Dah memang betul pun. Aku kadang-kadang cakap juga. Orang cantik.. pakai apa pun cantik. Dia balas pula. Sebab itulah dia pilih baju berjam-jam, sebab dia tak cantik macam aku. Eh,, ada pula aku yang terlibat.

                “Kau ada duit belanja ke? Tak ambil je dalam dompet aku tadi.”

                Aku mencebik. Ceh! Tak reti nak minta maaf. Begitulah selalunya. Nak bagi offer duit je untuk tujuan pendamaian. Takut aku tak balik untuk bersihkan rumahlah tu.

                “Duit hari tu pun belum habis. Ingat nak bank-in sikit dalam bank. Malas nak pegang duit banyak-banyak.”

                Kenapa aku bagitahu rancangan aku dekat dia. Aku dah putus fius sikit kot sebab berpusing-pusing seperti menari tango dengan Sarah tadi.Aku tak pernah bagitahu  dia apa-apa yang aku rancang. Kecuali kalau nak berjalan ke mana-mana. Aku mesejlah dia. Itu pun dia yang isikan kredit jadi aku tak rasa berat hatilah nak sms dia. Aku takkan membazir duit untuk menghantar mesej dengan dia.

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITAWhere stories live. Discover now