10

2.8K 60 0
                                    

Author note:) -->Terlebih saya nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin. selamat menjamu selera walaupun dah sampai raya ke-8 kalau tak silap.. n please vote n komen.. :) 

POV hani

                “Hani... hani!..”

                Aku memberhentikan kereta secara mengejut apabila Sarah memanggil nama aku dengan paniknya. Aku pandang ke cermin depan, Ema dan Fika menggeleng kepala. Bila pandangan beralih ke arah Sarah, aku menjungkit kening bila melihat sengihannya itu.

                “Kau apasal? Nasib tak jadi apa-apa tadi? Nak terkeluar jantung aku ni.”

                Ema memulakan bicara. Sengihan Sarah semakin lebar.

                “So sorry... aku hampir terlupa.”

                Jawab Sarah sambil menggosok kedua tapak tangannya tanda minta maaf.

                “Apa yang kau terlupa? Tadi membebel.. tak sabar nak jumpa boyfriend dia tu. Sekarang ni suruh berhenti pula.”

                Fika pula bertanya.

                “Aku lupalah nak ambil kek untuk Safran. Aku dah tempah petang tadi.. kita ambil kejap ya?”

                Aku hampir tertawa. Mamat tu dah besar panjang. Nak ke dia potong kek lagi. Apa-apalah Sarah.. Janji kau bahagia. Bisik aku di dalam hati.

                “Kat mana kau nak ambil kek tu?”

                Aku bertanya. Malas mahu memanjangkan cerita.

                “Love cafe. Kat sebelah blok sana tu..”

                Aku cepat menghidupkan kereta kembali dan menuju ke cafe yang Sarah maksudkan itu. Tidak mahu terlambat sampai. Takut nanti entah apa jadi dengan rumah tu. Habislah..

~~~~~~~~~~~~~~~~~

                Ramai tetamu yang sudah ada sewaktu kami sampai.Kebanyakkannya menjemput budak-budak kelab hoki. Tapi itu pun sudah memenuhi perkarangan rumah. Minta-mintalah Safran tu dah bagitahu dekat jiran-jiran yang dia mengadakah party. Dah nak pecah gegedang telinga aku ni bila melangkah masuk ke dalam rumah. Setakat ini tiadalah party liar yang berlangsung. Sesetengah kumpulan sedang bertanding sesama sendiri dalam permainan hoki. Tak sangka pula Safran sanggup mengeluarkan permainan konsol dari bilik dan diletakkan di ruang tamu. Selalunya memang tak bagi orang lain pegang dia punya Wii tu. Di depan  rumah kelihatan ramai tetamu berkumpul di bawah khemah yang sudah disediakan. Kenduri kahwin ke? Ya, aku tengah sarkastik sekarang.

                “Meriahnya...”

                Sarah memegang kotak kek memandang ke kiri dan ke kanan,mungkin mencari kelibat Safran.

                “Temankan aku letak kek ni kat dapur.”

                Wah. Merokok dekat langsir aku!!! Hitamlah juga langsir tu disebabkan asap rokok. Tanpa mengendahkan Sarah. Aku kelam kabut mendekati salah seorang dari tetamu Safran kemudian mengambil rokok di tangannya dan cepat-cepat mematikan api rokok itu. Lelaki itu membuat muka bengang campur terkejut.

                “Tolong minta maaf dengan tetamu saya.”

                Aku berpeluk tubuh sambil mendongak sedikit untuk mencari wajah Safran. Walaupun nada suara Safran amat lembut, aku tahu dia sedang menahan hati, jiwa, raga dan lain-lain. Agaknya kalau hanya kami berdua di rumah ni memang sudah terjadi perang dunia ketiga.

                “Sooory...”

                Sarah cepat-cepat memegang tangan aku perlahan, seperti mahu menarik aku keluar dari situasi sekarang ini. Kek tadi mungkin sudah diserahkan kepada Ema ataupun Fika.       

                “Sarah.. bila you sampai?.. anyway, bukan i suruh you yang minta maaf..”

                “Ya.. saya tahu.. tapi Hani memang macam ni.. Dia fobia sangat kalau tengok orang merokok.. Maafkan dia ya..”

                “Aku tak rasa bersalah pun.”

                Safran menarik nafas panjang sambil cuba menghadiahkan senyuman tak ikhlas. Aku pandang ke arah lelaki yang merokok sebentar tadi. Kelihatan dia masih kebingungan.

                “Jangan merokok di dekat langsir Ak...”

                “Appa kata kita pergi tengok makanan dulu.”

                Mujur Safran cepat memintas ayat aku sebelum sempat aku membocorkan segala-galanya. Lelaki yang merokok tadi mengaru belakang lehernya apabila aku masih melihatnya dengan muka garang. Sempat aku terdengar perokok tadi mengatakan ‘pelik’ sambil berlalu dari tempat dia berdiri.

Safran membesarkan mata tanda amaran apabila Sarah tidak melihat. Aku hanya membuat ekspresi wajah beku. Tidak terganggu dengan amaran Safran itu.

Bukan aku, kau dan dia.. Tapi tentang KITAWhere stories live. Discover now