๐๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐‚๐ข๐ง๐ญ๐š ๐๐ž๐ซ...

By asunnaraa

1M 46.4K 2.5K

"๐™ˆ๐™ค๐™œ๐™– ๐™–๐™ ๐™ช ๐™ฌ๐™–๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™˜๐™ž๐™ฃ๐™ฉ๐™– ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™–๐™ ๐™๐™ž๐™ง๐™ฃ๐™ฎ๐™–." - ๐’ท๐“Ž ๐’œ๐“ˆ๐“Š๐“ƒ๐“ƒ๐’ถ๐“‡๐’ถ๐’ถ ๏ผฅ๏ฝ‰๏ฝ๏ฝŽ ๏ผท๏ฝ๏ฝš๏ฝ‰๏ฝ† | ๏ผฌ๏ฝ…๏ฝ„... More

Asunnaraa's quote
PROLOG
BAB 1
Bab 2
BAB 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50

Bab 8

15.4K 896 110
By asunnaraa

"Awak ni dah kenapa, Mariam? Dari tadi abang tengok Mariam kehulu kehilir."

Puan Mariam melabuhkan punggung di atas sofa buatan Itali itu dengan muka masam.

"Macam mana saya tak risau, abang!Eian tu nak bawa girlfriend dia datang kejap lagi."

Dr.Jamaluddin terdiam. Dalam diam dia turut tidak menyenangi akan kehadiran teman wanita anak terunanya.

"Assalamualaikum!"

Puan Mariam dan Dr.Jamaluddin berpandangan. Dengan hati yang berat Puan Mariam melangkah ke muka pintu.

"Waalaikumussalam." Eian mengucup tangan Puan Mariam dengan penuh hormat.

"Hai mama!" Melina menghampiri Puan Mariam sebelum bertindak memeluk tubuh itu.

"Aunty." Puan Mariam membetulkan panggilan lalu terus melangkah masuk ke dalam rumah.

Eian mengerling ke arah teman wanitanya yang sudah masam mencuka.

"Come, kita jumpa papa."

Melina membontoti Eian melangkah ke ruang tamu. Sempat dia mengutuk ibu kepada teman lelakinya.

Berlagak betul! Kau tunggulah aku kahwin dengan anak kau ni!

"Papa, ni Melina. Melina pernah datang waktu birthday mama haritu."

Dr.Jamaluddin tersenyum nipis.

"Have a seat, Melina."

Melina terus mengambil tempat di sebelah Eian. Berbulu mata Puan Mariam melihat aksi gedik perempuan itu.

"Kak Gayah! Tolong buatkan air untuk tetamu ni."

"Baik puan."

Eian yang mendengar arahan mamanya terus berubah riak muka. Satu perkara tentang mamanya adalah jika dia menyenangi tetamu yang bertandang, dia sendiri yang akan menjamu tetamu itu tanpa bantuan pembantu rumah.

Tahu sahajalah dia bahawa mamanya masih tidak menyukai Melina.

Dia mengeluh berat.

"Ada apa bawa tetamu datang ni, Eian?"

Eian memandang mamanya yang duduk berhadapan dengan Melina.

"Eian saja nak Melina berkenalan dengan mama, papa."

"Haah aunty! Nantikan kami nak kahwin, so Mel nak lah kenal-kenal dengan mentua Mel. Kan sayang?"

Eian tersenyum senang.

"Kahwin? Bilanya kamu berdua nak kahwin?" Puan Mariam tersenyum sinis.

"Mama..."

"Tak sekarang ni kita tak pernah discuss pun tentang majls kahwin Eian, kan?"

"But mama..."

Puan Mariam mengalihkan pandangan ke arah suaminya.

"Abang, Mariam kena siap-siap sebab kejap lagi Mariam nak jumpa kawan sekejap."

Dr.Jamaluddin berkerut.

"Siapa kawan awak?"

"Ala abang, isteri Hassan. Kita pernah jumpa dia dekat company baru dia tu."

"Oh!"

"Saya naik dulu."

Baru berjalan selangkah, Puan Mariam berpusing sedikit.

"Eian kalau rasa nak kahwin, cari calon yang menyejukkan hati mama. Biarlah tak bertudung pun, tapi nilai perwatakan dia. Ni dah lah tak bertudung, perangai pun selamba je buat mama macam kawan."

Zapp! Eian dan Melina seakan-akan tertelan cicak.

Dr.Jamaluddin tersengih lucu. Dia sudah masak dengan perangai isterinya. Mulutnya main cakap jika ada yang tidak menyenangkan hatinya.

"Eh minum lah ni."

Melina tersenyum kelat di hadapan ayah teman lelakinya sebelum mencapai gelas minuman.

Eian tersedar sesuatu!

"Papa, mama nak pergi jumpa siapa?"

"Wife uncle Hassan. Kenapa?"

"Siapa nama wife dia?"

Dr.Jamaluddin berkerut. Dah kenapa dengan Eian ni?

"Tak silap papa Karina kot."

Dia ingat-ingat lupa nama isteri kepada rakan baiknya.

Eian menarik nafas lega. Nasib Karina bukan Kirana.

"Erm papa, kami balik dulu lah. Takut lewat pula hantar Mel balik."

Eian bangkit dan mengucup hormat tangan ayahnya. Melina hanya tersenyum segaris sebelum dia membontoti teman lelakinya ke kereta.

Dalam minda, Melina perlahan-lahan memikirkan cara untuk menambat hati mama Eian yang kekwat itu!

Eh? Melina ni macam bercakap di hadapan cermin.

"Darling, masuk lah cepat. Lambat nanti you balik jalan kaki."

Terkial-kial Melina berlari masuk ke dalam kereta bersama bibir muncung.

                       *********

"Hara! Tolong bukakan pintu kejap!"

Hara yang sedang menonton televisyen mengerling ke arah mummynya yang berada di ruangan dapur basah.

Kakinya di atur ke muka pintu sebelum dia melihat wajah wanita yang kelihatan sebaya dengan mummynya.

"Ya? Aunty cari siapa ya?"

Wanita itu memerhati gadis di hadapannya.

Cantik! Persis bidadari.

"Er aunty nak jumpa dengan Datin Kirana."

Baru Hara tersedar sebelum dia menepuk perlahan dahinya.

"Sorry aunty! Lupa pula mummy ada cakap yang kawan mummy nak datang."

Wanita itu tersenyum kecil melihat wajah gadis itu terus menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya.

"Jemput masuk."

Hara memberi ruang kepada wanita itu untuk melangkah masuk ke rumah banglo tiga tingkat itu.

"Aunty duduk dulu ya. Hara nak panggil mummy kejap."

Hara berlalu ke ruangan dapur sebelum dia menghampiri mummynya yang sedang memotong kek batik.

"Mummy, kawan mummy dah sampai tu."

Datin Kirana meletakkan pisau pemotong kek di atas meja. Pinggan yang berisi kek diletakkan di atas dulang sebelum teko bersama cawan turut dicapai.

"Hara tolong mummy bawakan ni ke depan."

"Alright."

Hara menatang dulang dengan penuh berhati-hati menuju ruang tamu.

"Maaflah Mariam, saya tengah potong kek tadi." Hara hanya memerhatikan sahaja dua orang wanita yang sedang berpelukan kejap itu.

"Tak apa lah. Ana apa khabar? Sihat?"

Datin Kirana melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Puan Mariam.

"Sihat alhamdullilah. Lama tak jumpa kan. Awak macam mana sekarang?"

Puan Mariam tersenyum sambil menggeleng kecil.

"Macam ni je lah, Ana. Tak ada apa yang berubah pun."

Mata Puan Mariam tertacap ke arah Hara yang sedang meletakkan cawan di hadapannya.

"Jemput minum, aunty."

Puan Mariam mengangguk sambil tersenyum.

"Saya tak pernah tengok anak awak. Selalu dengar awak bercerita je."

Datin Kirana mengerling ke arah anaknya.

"Eh lupa pula nak kenalkan. Ni anak tunggal saya. Ledy Hara."

"Sedap nama ya."

Hara hanya tersengih.

"Er Hara naik dulu ya. Taknak kacau mummy dengan aunty berborak."

Baru ingin bangun, Puan Mariam menegah perbuatannya.

"Eh duduklah sini Hara. Boleh aunty kenal-kenal dengan Hara."

Hara diam sebelum memandang mummynya. Datin Kirana mengangguk tanda setuju.Dia kembali duduk di sofa itu.

"Hara ni baru habis sekolah ke?"

"Eh taklah aunty! Hara umur dah nak masuk 21 dah."

Hara hanya mampu tersengih. Muda sangatkah mukanya?

Puan Mariam menepuk dahinya.

"Maaflah, Hara. Aunty tengok Hara ni muda lagi."

"Ramai yang cakap macam tu, Mariam. Katanya muka macam baby face. Nasib lah dia tinggi."

Kenyataan Datin Kirana menimbulkan ketawa dari Puan Mariam.

"Jadi Hara sekarang belajar dekat mana?"

"Dekat UKM, aunty. Hara ambil course medic."

"Lah! Sama lah dengan anak aunty. Cuma dia tu lecturer dekat situ."

Datin Kirana menyampuk.

"Wazif ke?"

"Ye lah, Ana. Tu je lah anak saya. Dia baru masuk mengajar dekat situ dua bulan lepas."

Selepas itu Hara tidak dapat fokus dengan perbualan antara mummynya dengan Puan Mariam.

Ada sesuatu yang belenggu di benak fikirannya.

Wazif? UKM? Lecturer? Dua bulan lepas?

Hara berkerut.

Anak aunty Mariam ni Eian Wazif ke?

Eh! Tapi takkanlah.

Hatinya berperang dengan akal.

Boleh jadi Eian anak aunty Mariam.

Agak-agak lah, Hara. Takkan lah mummy kau berkawan dengan mama Eian.

Hara semakin keliru. Apa makna di sebalik kebetulan ini?

"Hara!"

Lamunan Hara terhenti. Matanya menyorot memandang Datin Kirana.

"Berangan apa tu? Mummy panggil dari tadi tak dengar."

Hara tersengih malu sambil tangannya berpura-pura membetulkan rambutnya.

Datin Kirana menggeleng perlahan sebelum dia memandang kawan baiknya itu.

"Wazif tu bukan ke haritu awak cakap dah ada girlfriend? Bila langsungnya?"

Riak muka Puan Mariam berubah.Hara perasan akan perubahan itu.

"Tak berkenan saya dengan budak perempuan tu! Tadi dia ada datang rumah, tu saya terus cepat-cepat nak datang rumah awak ni."

"Awak tak nak cuba kenal-kenal dulu ke dengan budak tu?"

Puan Mariam mengeluh.

"Bukan tak nak, Ana. Tapi perangai dia tu! Pening kepala saya tiap kali dia datang. Selamba dia je buat saya macam kawan dia. Salam pun tak. Tanya khabar pun tak."

"Eian tu pun satu. Apa lah dia nampak dekat budak tu?"

Hara terkedu.

Eian?!

"Biasalah, Mariam. Anak-anak ni bukan boleh dipaksa. Nanti ada je benda bukan-bukan dia nak buat."

"Betul tu."

Puan Mariam memandang Hara.

"Ha, Hara tak ada calon lagi ke?"

Hara memandang wanita itu sebelum menggeleng.

"Tak ada siapa yang nak, aunty."Hara tersenyum hambar.

Anak aunty pun tak pandang Hara.

"Takkanlah Hara yang cantik macam ni tak ada orang nak. Sejuk mata aunty tengok Hara ni."

"Hara biasa je lah aunty. Tak ada apa yang special pun."

"Mariam, Hara ni bukan tak ada orang yang nak. Dia je memilih."

Puan Mariam tersenyum melihat telatah ibu dan anak yang saling bermain mata itu.

"Tak apa, Hara. Kita kena pilih betul-betul pasangan kita. Nak hidup dengan dia bukan sehari dua. Kalau boleh biarlah perkahwinan terjadi sekali seumur hidup kita."

Laju Hara mengangguk.

"Betul tu, aunty. Mummy, tengok aunty Mariam pun sokong Hara."

Kecil besar je Datin Kirana melihat anaknya itu.

"Amboi anak sorang ni! Mummy cubit mulut tu nanti."

Hara terus menghamburkan tawanya apabila melihat wajah cemberut mummynya.

"Eh kejap. Tadi awak datang dengan siapa?"

"Driver saya hantar."

"Balik macam mana?"

"Nasib awak tanya. Terlupa pula nak call anak saya. Kejap ya."

Puan Mariam mengeluarkan telefonnya.

"Allah! Waktu macam ni lah bateri habis."

"Pinjam telefon saya lah."

Baru Datin Kirana ingin mencapai telefonnya, Puan Mariam bersuara.

"Saya tak hafal nombor dia pula."

Hara terus bersuara.

"Biar Hara tolong call Eian."

Hara pantas menekup mulutnya. Alamak! Dia terlepas cakap!

Baik Datin Kirana mahupun Puan Mariam, masing-masing memandang Hara.

"Panjang cerita dia. Nanti Hara bagitahu. For now, aunty guna dulu phone Hara."

Hara mendail nombor Eian sebelum menghulurkan kepada Puan Mariam.

Pantas Puan Mariam menyambut.

Panggilan disambung. Belum sempat Puan Mariam ingin bersuara, Eian sudah berbicara.

"Jarang-jarang contact sayang ni muncul depan skrin I."

Terus Puan Mariam memandang Hara.

"Sayang apa nya?"

Hara membulat mata! Dia lupa! Pasti lelaki itu tidak menukar nama yang disimpan dalam contact itu.

"Eh? Ni mama ke?" Gugup suara Eian.

"Ye lah siapa lagi? Ni mama pinjam phone Hara. Tak tahu pula mama nama Hara dah bertukar jadi sayang."

Zupp!

"Macam mana mama boleh jumpa Hara?"

"Nanti mama cerita. Ni, mama nak minta tolong ambil mama dekat rumah aunty Kirana."

"Mana lah Eian tau rumah kawan mama tu kat mana."

"Nanti mama suruh Hara share location. Bye."

Belum sempat Eian menjawab, Puan Mariam sudah mematikan panggilan.

Telefon bertukar tangan. Puan Mariam perasan wajah pucat Hara.

Puan Mariam berdehem sengaja. Lucu pula dia melihat riak wajah Hara taktala ini.

"Taknak cerita dekat aunty ke?" Puan Mariam menahan tawa.

"Err."

Hara memandang Datin Kirana untuk meminta bantuan. Namun Datin Kirana berpura-pura tidak melihatnya.

"Sebelum tu Hara tolong share location dekat Eian, ya?"

Pantas Hara mengangguk laju.

Setelah itu, Hara memandang Puan Mariam kembali.

"Sebenarnya Sir Eian tu lecturer Hara." Hara menekur lantai.

"Eh kejap! Anak awak ke yang kami jumpa dekat Melaka haritu?"

Datin Kirana memandang Puan Mariam dan Hara bersilih ganti.

Puan Mariam berkerut manakala Hara mengangguk perlahan.

"Kecilnya dunia!" Datin Kirana tergelak kecil.

"Macam mana pula Eian boleh sampai ke Melaka?" Puan Mariam masing termangu-mangu.

Datin Kirana memandang Hara supaya menjelaskan hal sebenar.

"Erm...Sir Eian tolong hantarkan Hara ke sana. Hara kena jumpa mummy dengan maksu dekat butik kat Melaka tu. Tapi Hara tak berani nak drive sorang dekat highway. Nak dijadikan cerita Sir Eian tawarkan nak hantar."

Puan Mariam tersenyum penuh makna. Dalam diam dia ingin merancang sesuatu.

"Kenapa pula tadi Eian sebut sayang?"

"Err."Hara menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Eian! Kenapalah bijak sangat kau pergi sebut sayang!

"Tak apa lah, Hara. Apa salahnya kan?Semua jadi ni ada sebab dia. Mana lah tau kali kedua aunty jumpa Hara, Hara jadi menantu aunty pula." Puan Mariam tergelak kecil.

Hara tersenyum hambar.

Taktala itu juga loceng rumah berdering.

Hara berdebar!

Continue Reading

You'll Also Like

1.8M 51K 69
COMPLETE โœ… (The Best Floriarity Romance 2020๐Ÿ…) (Top๐ŸฅˆNovelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah 360 darjah apabila dituduh berhubungan b...
2.2M 90.6K 82
~ Pulangkan dia padaku, tak tertanggung merindu, biarkan kami hidup di bawah langit cinta-Mu ~ โ„ Amir Jayden dan Kayla Sofea. Kerana satu kejadian, m...
185K 12.2K 76
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . ๐“๐จ ๐ญ๐ก๐ž ๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ก๐จ ๐ฉ๐ซ๐จ๐ญ๐ž๐œ๐ญ๐ž๐ ๐ก๐ž๐ซ ๐ฆ๐จ๐ซ๐ž ๐ญ๐ก๏ฟฝ...
446K 33.2K 90
Marissa Jasmine, menyamar sebagai Orkid Dhialisa dengan satu tujuan. "Saya Orkid Dhialisa, PA Encik Harraz." - Marissa Jasmine Segala-galanya bermu...