๐๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐‚๐ข๐ง๐ญ๐š ๐๐ž๐ซ...

By asunnaraa

1M 46.4K 2.5K

"๐™ˆ๐™ค๐™œ๐™– ๐™–๐™ ๐™ช ๐™ฌ๐™–๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™˜๐™ž๐™ฃ๐™ฉ๐™– ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™–๐™ ๐™๐™ž๐™ง๐™ฃ๐™ฎ๐™–." - ๐’ท๐“Ž ๐’œ๐“ˆ๐“Š๐“ƒ๐“ƒ๐’ถ๐“‡๐’ถ๐’ถ ๏ผฅ๏ฝ‰๏ฝ๏ฝŽ ๏ผท๏ฝ๏ฝš๏ฝ‰๏ฝ† | ๏ผฌ๏ฝ…๏ฝ„... More

Asunnaraa's quote
PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50

BAB 3

20.2K 995 63
By asunnaraa

Pap!

Bahu Hara terhinjut apabila mendengar hentakan kuat dari arah hadapan. Bukan dia sahaja yang terkejut, malah kesemua yang berada dalam dewan kuliah itu turut terkesima.

Wajah Eian yang umpama harimau menanti membaham mangsa itu dipandang dengan wajah yang takut. Masing-masing sudah saling berpandangan. Belum pernah lagi mereka melihat amukan daripada pensyarah muda itu.

"Apa semua ni? I tunggu email daripada you all semalam, tapi sorang pun tak hantar lagi! Date line should be yesterday, am I right? But why none of you hantar dekat I?!"

Mata Eian mencari kelibat seseorang.

"Ledy! You as class representative untuk my subject, kenapa tak ingatkan mereka?! Tak gunalah kalau I suruh you jadi C.R tapi you tak bertindak!"

Hara terkedu. Dia dimarahi oleh orang ramai. Ditengking! Bukan salahnya, namun rakan-rakan sekelasnya yang masih tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. Hara sudah siap sepenuhnya, tetapi dia terlupa untuk menghantar email kepada Eian. Haruskah dia dipersalahkan?

"Ledy Hara! When I'm asking you, I should hear the answer." Eian memandang tajam ke arah Hara yang terkulat-kulat di tempat duduknya.

"Sorry sir, but that is not my fault! I'm already asked them to send an email to you but they were not finished yet. I'm done my part." Hara cuba menahan suaranya daripada meninggi.

Salah satu sikap Hara adalah dia bukanlah  seorang yang penyabar.

Eian terdiam apabila mendengar jawapan Hara.

"So kenapa you pun tak hantar?"

Hara meneguk air liur. Eian tersenyum sinis.

"All of you buat research baru yang tak sama dengan tajuk haritu. Make sure more that 1700 words! Hantar dekat I two weeks from now."

Eian kembali menatap slide yang dipaparkan. Setelah memastikan pelajar-pelajarnya sedang mencatat nota, dia teringat akan sticky note yang disimpan.

Dia menyeluk poket. Sticker note itu dipandang lama sebelum dia mencapai iPhone kepunyaannya. Dia tidak dapat melihat nama pemilik nombor telefon itu memandangkan bahagian itu terkena air. Nombor yang tertera ditekan di skrin. Namun belum habis menekan nombor, contact panggilan 'sayang' tertera di skrin telefonnya.

'Kenapa nama dia pula yang naik?'

Dengan kerutan di dahi, dia cuba menghubungi nombor itu. Eian merenung tepat ke arah Hara yang sedang menoleh ke arah skrin telefonnya. Hara kemudiannya mendongak memandang ke hadapan. Lelaki itu terus mematikan panggilan.

'Betullah nombor dia. Kenapa dia tinggalkan nombor ni dekat kereta aku?'

Mic yang terpasang di meja segera dihidupkan.

"Ledy Hara, meet me at cafeteria after this class. Thank you."

Seisi dewan kuliah dapat mendengar butir bicara Eian. Masing-masing memandang ke arah Hara. Hara menjongketkan bahu tanda tidak tahu punca Eian ingin berjumpa dengannya.

                        *********

"Ada apa sir Eian nak jumpa saya?" Eian yang baru sahaja selesai makan mendongak memandang Hara yang sedang berdiri di hadapannya.

"Have a sit."

Hara memandang sekeliling sebelum dia menarik kerusi di hadapan Eian.

"Jangan nak takut sangatlah, Ledy. You bukan buat apa-apa pun dengan I."

"Saya cuma tak nak orang salah faham."

Eian mengangguk mengerti.

"So let me straight to the point. You punya buku ke yang tertinggal atas kereta I?"

Hara menutup mulut menggunakan kedua-dua telapak tangannya. Matanya membulat.

"Audi merah tu Sir Eian punya ke? Tapi kenapa sir parking kereta dekat tempat student?"

"You pun tau kan yang parking untuk staff and lecturer jauh ke belakang. Risiko kereta I untuk diapa-apakan tu tinggi."

Hara menahan gelak. Kereta tu bagaikan manusia pula.

"Back to our main topic. Tu buku-buku you ke?"

Hara mengangguk laju.

"Macam mana boleh tertinggal ni, Ledy?" Kedengaran Eian seakan-akan mengeluh.

Belum sempat Hara ingin membuka mulut, Eian secara tiba-tiba mendekatkan dirinya dengan meja dan tangannya mula membetulkan rambut Hara. Hara terkesima!

"After class kita lunch sekali ya, sayang."

Sayang?! Hara sudah gelabah!

"Er apa yang ..."

Eian memberi isyarat supaya dia kekal senyap.

"Eian." Hara dan Eian sama-sama menoleh ke arah suara itu.

"Eh, Fasha! You buat apa dekat sini?" Eian bangkit dari kerusi manakala Hara masih terkulat-kulat.

"Your mom kata you dah masuk kerja last week dekat sini. That's why I datang ni nak ajak you pergi lunch."

Eian menggosok tengkuknya.

"Oh I'm so sorry Fasha! I dah janji dengan girlfriend I."

Fasha memandang Hara lama.

"Student ni girlfriend you, Eian? Are you try to make a joke? If yes, it is not funny!"

Fasha ketawa sumbang.Hara memandang Eian meminta penjelasan.

"Sayang, ni Fasha. Kawan rapat I masa dekat tempat belajar. And Fasha, this is my lady, Ledy Hara binti Dato Hassan."

Hara sekali lagi terkejut. Bagaimana lelaki ini tahu nama ayahnya?

Fasha memandang Hara atas bawah. Tak dinafikan bahawa Hara lebih sempurna berbandingnya yang agak berisi dan kulit yang tidak terlalu cerah.

Telefon Hara berbunyi. Hara menghembus nafas lega.

"Hello mummy. Ya, Hara dekat kampus lagi. After lunch Hara dah tak ada class sebab lecturer dah cancel."

Eian mengerling wajah Hara yang sedang berkomunikasi dengan mummynya. Fasha tidak dihiraukan.

"Ala mummy, siapa nak teman Hara kalau macam tu? Hara tak biasa drive jalan tu lah mummy..."

Bibir Eian mengukir senyum apabila mendengar nada manja Hara.

"Tak apalah kalau macam tu, nanti Hara minta siapa-siapa teman Hara. Bye mummy, assalamualaikum."

Hara mengeluh perlahan.

"Kenapa Ledy?"

"Ada masalah sikit."

Eian memandang Fasha.

"You balik dulu boleh tak?"

Fasha pada mulanya enggan,namun akhirnya dipaksa oleh Eian. Tinggallah Eian dan Hara bersendirian.

"You nak pergi mana lepas ni?"

"Mummy saya ajak pergi butik kahwin. Nak kena siapkan last preparation."

Eian membulat mata.

"You dah nak kahwin?"

Entah mengapa, timbul perasaan tidak senang apabila mendengar bicara gadis itu.

"Eh bukan! Saya ni muda lagi lah, sir. Lainlah sir Eian."

"Hello Ledy, you ingat you sorang muda? Setakat beza umur tak sampai 10 tahun, apa lah sangat kan?"

Hara tergelak kecil.

"So siapa yang kahwin kalau bukan you?"

"Adik mummy yang nak kahwin."

Eian mengangguk tanda mengerti.

"Hara!"

Eian dan Hara pantas menoleh ke arah suara itu. Kelibat Yana dan Balqis dikenal pasti.

"Eh sir Eian pun ada?!"

Sungguh, Balqis tidak dapat menyembunyikan reaksi terujanya apabila melihat jejaka idaman universiti ini.

Eian hanya senyum segaris.

"Ledy, I think I have to go right now."

Gadis itu mengangguk perlahan sebelum menghantar pemergian lelaki itu dengan ekor matanya.

"Oit!"

Sergahan Balqis mengejutkan Hara yang sedang merenung Eian.

"Amboi! Kemain kau sekarang eh? Siap lepak dengan Sir Eian tu lagi dekat sini."

Hara tidak menjawab sebaliknya wajah lelaki itu terlayar di fikirannya. Rambut tersisir rapi, mata yang mampu menundukkan pandangan gadis, rahang yang agak tajam membentuk, hidung yang tak terlalu mancung dan yang paling menawan sekali adalah bibirnya!

Bibir itu seakan-akan menarik perhatian Hara untuk merenungnya lama. Bibir yang semula jadi pink itu menandakan lelaki itu bukanlah seorang perokok. Apabila lelaki itu tersenyum, bibir itu kelihatan seksi pada pandangan Hara!

"Hara!"

Lamunannya tersentak.

"Apa kau ni Qis?" Hara sudah membuat muka toya.

Berang pula apabila dikacau ketika sedang membayangkan semula wajah tampan Eian.

"Kau teringat siapa? Aku panggil banyak kali kau tak dengar pun."

Hara tersengih.

"Eh Qis, aku dah lewat ni. Bye, aku pergi dulu!"

Sengaja Hara ingin melarikan diri daripada disoal oleh rakannya. Tidak sempat Balqis ingin menghalang Hara.

Dalam perjalanan menuju ke tempat letak kereta, Hara berhenti di salah sebuah wakaf.

"Macam mana aku nak pergi butik tu?Aku dah lah tak biasa drive dekat highway. Maksu ni pun satu, kenapalah pilih butik yang jauh sampai ke Melaka tu?! Macam lah dekat KL ni tak ada butik..." Hara membebel sendirian tanpa disedari ada seseorang sedang memerhatikannya.

Dengan langkah longlai, dia menuju ke mini cooper berwarna merah kepunyaannya. Dia memang menyukai warna merah. Namun, dia tidak suka mengenakan apa-apa yang berwarna merah di tubuhnya.

Hara, Hara...Dia gadis yang amat pelik!

Baru ingin memboloskan diri dalam kereta, bahunya dicuit.

"Eh?" Hara terkejut.

Lelaki itu tidak senyum walaupun segaris.

"Sir buat apa tengah-tengah panas dekat sini?"

"Memang parking lot ni you punya sorang ke? Or Dato Hassan punya?"

Eian tersenyum. Namun sinis. Dan menjengkelkan!

Hara tersedar sesuatu perkara. Lelaki di hadapannya ini sebenarnya agak beku dingin. Cuma dia harus pandai melayan agar lelaki itu berubah menjadi seorang lelaki yang sangat manis dengan senyuman.

'Eh? Apa kau merepek ni Hara?'

"You ni sempat lagi nak berangan kan, Ledy?" Eian berpeluk tubuh.

'Relax, Hara. Dia tu lecturer kau.'

"Sir Eian ni pelik lah. Tadi dekat cafe siap gelak-gelak dengan saya. Tak sampai berapa jam, sir jadi garang balik."

Hara tidak jadi untuk masuk ke kereta. Dia turut berdiri di sebelah keretanya berhadapan dengan Eian yang sedang berpeluk tubuh.

Matahari kini benar-benar berada di atas kepala mereka. Sungguh terik!

Eian yang menyedari Hara seakan-akan bermandi peluh, dia segera melindungi Hara daripada terkena cahaya matahari.

Hara tergamam. Panas sudah tidak terasa kerana lelaki itu berdiri betul-betul di sebelahnya. Dia tidak nampak sekaki payung namun dia hanya lihat sebatang tubuh yang sedang berdiri tepat di hadapannya.

Lelaki itu menggunakan badannya untuk melindung Hara?!

"Sir nak apa ni sekarang?" Hara menyoal untuk menghilangkan gugup.

"Come with me." Lengan Hara dipegang kejap.

"Where to?" Hara mengeraskan badannya.

Eian mengukir senyum. Namun senyuman itu agak pelik.

"Ledy, can you just follow me?" Bisikan itu terlalu rapat di telinga Hara.

Eian berpusing membelakangkan Hara. Baru selangkah, tangan kekar itu disambar oleh Hara.

"Sir."

Eian memandang semula Hara. Keningnya diangkat.

"Baju sir dah basah."

"Oh, never mind. Nanti I tukar. Jom, Ledy. Nanti kita lambat."

"Sir tak ada class ke?"

Eian sekadar menggeleng.

Hara tiba-tiba mempunyai idea nakal.

"Siapa nak ikut sir? Sir dah berpeluh-peluh macam tu. Tercemar hidung saya dengan bau busuk peluh sir tu."

Eian terngadah. Tidak pernah lagi dia berjumpa dengan mana-mana perempuan yang berani mengatakan dirinya busuk. Eian tidak cepat melatah. Dia mendapat idea untuk mengenakan gadis itu semula.

"What did you said, Ledy?"

Hara terkedu. Senyuman lelaki itu seakan-akan tampak misteri.

"Er..."

Eian menarik kuat tangan Hara sehingga gadis itu terdorong ke dalam pelukannya. Menyedari Hara tidak lagi mampu mengimbangkan tubuhnya, kedua-dua tangannya melekap di pinggang Hara.

Hara ingin memarahi lelaki itu namun sebaik sahaja dia mendongak, pandangan lelaki itu terarah kepadanya.

"What did you said? Come again, Ledy. I want to hear that." Bisik Eian lembut.

Hara menggeleng laju.

Eian menarik lagi pinggang Hara sehingga tiada ruang di antara mereka.

"Am I that smelly, Ledy? hm?"

Lutut Hara menggeletar. Nada Eian seolah-olah ingin menggodanya.

"Sir, jangan lah macam ni. Nanti orang nampak." Hara sedaya upaya menolak Eian namun tidak berhasil.

"Ledy Hara..."

Bisikan itu mematikan pergerakan Hara.Dia kaku dalam pergelutan itu!

Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 90.6K 82
~ Pulangkan dia padaku, tak tertanggung merindu, biarkan kami hidup di bawah langit cinta-Mu ~ โ„ Amir Jayden dan Kayla Sofea. Kerana satu kejadian, m...
12.1K 1.4K 15
[SHORT STORY] "Dari kecil, nasib baik jarang menyebelahi aku," -Ratu Alana "Dari kecil juga, aku tak pernah faham apa itu kasih sayang,"-Elaine Dua...
1.8M 51K 69
COMPLETE โœ… (The Best Floriarity Romance 2020๐Ÿ…) (Top๐ŸฅˆNovelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah 360 darjah apabila dituduh berhubungan b...
1.7M 61.9K 72
๐ŸŒธ Previously known as DIA. ๐ŸŒธ My First Romance Story. ๐ŸŒธ 100% completed. ๐ŸŒธ No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup...