๐๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐‚๐ข๐ง๐ญ๐š ๐๐ž๐ซ...

By asunnaraa

1M 46.4K 2.5K

"๐™ˆ๐™ค๐™œ๐™– ๐™–๐™ ๐™ช ๐™ฌ๐™–๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™˜๐™ž๐™ฃ๐™ฉ๐™– ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™–๐™ ๐™๐™ž๐™ง๐™ฃ๐™ฎ๐™–." - ๐’ท๐“Ž ๐’œ๐“ˆ๐“Š๐“ƒ๐“ƒ๐’ถ๐“‡๐’ถ๐’ถ ๏ผฅ๏ฝ‰๏ฝ๏ฝŽ ๏ผท๏ฝ๏ฝš๏ฝ‰๏ฝ† | ๏ผฌ๏ฝ…๏ฝ„... More

Asunnaraa's quote
PROLOG
Bab 2
BAB 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50

BAB 1

36K 1.2K 66
By asunnaraa

"Hai, jom pergi cafe sekali dengan saya."

Hara mendongak. Terdengar keluhan kecil terbit dari bibir mungil itu.

"Aku makan dengan kawan-kawan aku." Hara mengemas barang-barangnya dan bangkit menuju pintu keluar dewan kuliah.

"Wey, kau kenapa datang dengan muka monyok?"

Hara menarik kerusi di hadapan kawan-kawan baiknya.

"Macamlah kau taktahu, Yana. Hara, ni mesti kes ajak kau keluar makan kan?Lelaki mana kali ni?"

Hara mengangguk lemah.

"Budak class aku tadi. Dia ajak pergi cafe sekali. Aku macam biasalah, aku tolak dia time tu juga."

"Susahnya jadi Ledy Hara binti Dato Hassan kan? Semua lelaki terkejar-kejarkan dia. Tapi dia? Uish keras juga hati kau ni kan? Aku nak tengok lelaki mana yang bertuah nanti."

Hara memandang Balqis dan Yana bersilih ganti.

"Penatnya hidup macam ini!"

Tersentak dua orang kawan baiknya itu apabila dia menjerit. Pandangan orang disekeliling tidak dihiraukan.

Yana dan Balqis memilih untuk diam. Buat mereka yang tidak mengenali Hara, sudah pasti mereka akan beranggapan bahawa Hara ni over dan attention seeker. Namun mereka berdua telah mengenali Hara sejak semester satu lagi. Bukan mudah menjadi Hara. Setiap pagi pasti ada bunga di atas meja. Sebelah petang pula kebiasaannya Hara akan menerima bekalan makanan dari cafe dan kadangkala ada yang mengirimkan coklat. Namun, Hara tidak pernah mengambil semua tu. Dia akan buang atau beri pada orang lain.

"Aku nak pergi beli makanan kejap."Yana dan Balqis hanya menghantar Hara melalui pandangan mata sahaja.

Ledy Hara. Ya, dia sememangnya umpama bidadari suci dari kayangan. Kulit yang putih gebu, bibir kemerah-merahan, hidung mancung, rambut keperangan semula jadi yang mencecah pinggang, ketinggian yang ideal dan bentuk tubuh yang sempurna. Tiada siapa yang mampu mengalihkan pandangan daripada Hara. Semua berebut-rebut mahukan Hara.

Tidak lama selepas itu, Hara kembali bersama nasi ayam dan jus tembikai.

"Nasib tak ramai orang." Hara membaca doa sebelum menyuap perlahan nasi ayam ke mulutnya.

"Guys, nak dengar gossip tak?"

Hara mengangkat kening dengan mulutnya penuh dengan nasi ayam.

"Madam Suliza dah tak ajar kau lepas ni."

"Mana kau tau? By the way siapa ganti?"

"Aku dengar ada orang cakap. Yang ganti tu nanti lecturer lelaki. Nama dia aku tak sure. But actually, madam Suliza yang ganti dia sebab haritu dia tak masuk sebab ada masalah sikit."

Hara dan Yana hanya mengangguk mengerti.

"The best is dia single, weh!" Balqis cuba menahan nada terujanya.

Jus tembikai yang tinggal suku disedut sampai habis sambil matanya meliar melihat suasana di cafeteria itu.Tiba-tiba dia tersedak.

"Uhuk uhuk!"

Yana pantas menghulurkan tisu.

"Kau dah kenapa, Hara?"

Hara menggeleng laju sambil cuba untuk bertenang.

"Guys, pusing belakang kejap."

Serentak itu kawan-kawannya berpusing. Mulut mereka melopong.

"Hara!" Balqis mula menjerit kecil sebelum merenung kembali wajah Hara.

"Hara, handsomenya! Wey, asal aku tak pernah nampak dia?" Yana pula menjerit kecil.

Hara menepuk dahi. Over pula kawan-kawannya tu.

"Aku suruh korang tengok je. Bukan usha." Nada suara Hara mendatar.

Jam dikerling. Alamak! Dah terlewat 10 minit!

"Aku dah lewat dah! Apa-apa call okay?Bye!" Hara terus berlari menuju dewan kuliahnya.

'Matilah aku! Dah lah bukan Madam Suliza yang masuk. Selalu dengan madam boleh bagi excuse.'

Dia sudah tidak hiraukan peluh di dahi. Tiba sahaja di hadapan pintu dewan kuliah, dia membaca doa penenang hati sebelum mengetuk dan menolak perlahan daun pintu.

Dia tidak dapat melihat wajah pensyarah barunya itu memandangnya tubuh tegap itu membelakanginya.

'Eh, macam kenal je baju ni? Kenapa aku macam pernah nampak?'

' Hara oi, sempat lagi kau fikir benda tak penting ya?'

Hara menapak ke arah pensyarahnya. Dia berharap agar pensyarah baru itu tidak memarahinya. Dia berdehem untuk menyedarkan pensyarah itu akan kewujudannya di belakang.

Pensyarah itu menoleh. Mata Hara terbuntang. Lidahnya kelu berbicara.

'Ni lah lelaki yang buat aku tersedak tadi!'

"Yes? May I help you?"

Lemah lutut Hara apabila mendengar suara gemersik itu.

"Er sir, saya terlewat hm 20 minit masuk kuliah sir." Hara tidak merenung mata pensyarahnya itu. Dia tidak kuat. Akhirnya dia memilih untuk memandang bibir seksi merah lelaki itu.

"Look into my eyes when you talk to me."

Hara meneguk air liur. Dia memandang lama mata lelaki itu sebelum dia alihkan semula.

"Apa alasan you lambat masuk class I?Pergi shopping? Bergossip?"

Seisi dewan kuliah diam tidak bersuara. Mungkin juga mereka tidak biasa lagi dengan pensyarah baru ini.

"Saya erm saya lewat keluar makan tadi. Tu yang saya terlupa saya ada class." Hara menunduk.

Kedengaran lelaki itu mengeluh.

"Go back to your sit. Lain kali kalau you lewat lagi, I will deduct 10% from your mark. Get it?"

'Uish, kejamnya.'

"Alright sir." Hara berpusing untuk kembali ke tempat duduknya namun kakinya terhenti apabila pensyarah itu memanggilnya.

"Hey lady." Hara menoleh ke arah lelaki itu.

'Dia panggil lady as L.E.D.Y or L.A.D.Y?Tak mungkin dia tau nama aku.'

"Yes?" Hara pegun apabila lelaki itu mendekatinya. Haruman wangi dari tubuh lelaki itu dapat dihidu dengan jelas kerana jarak mereka begitu hampir. Lelaki itu menyeluk poket seluarnya sebelum mengeluarkan sehelai sapu tangan.

Lelaki itu mengelap lembut peluh di dahi Hara sebelum bunyi pen terjatuh. Mereka berdua tersentak. Lelaki itu berdehem sebelum menghulurkan sapu tangan kepada Hara.

Hara terus menyambut dan kembali ke mejanya. Sungguh, Hara tidak mampu untuk memberi tumpuan kerana jantungnya berdegup laju. Sapu tangan itu digenggam.

3 jam kelas bersama lelaki itu membuatkan Hara tidak boleh fokus. Dia hanya merenung ke hadapan namun fikirannya melayang ke arah lain.

Apabila lelaki itu keluar dari dewan kuliah, Hara menarik nafas lega.

"Siapa nama lecturer baru tu?" Soal Hara kepada rakannya di dalam kelas.

"Eian Wazif bin Dr Jamaludin."

'Oh, anak Dr.'

Jam dilirik.

'Finally hari yang malang berakhir.Eh?malang ke Hara?'

Hara menggeleng sendirian sebelum membawa dirinya keluar dan parkir lot dituju.

Terkial-kial dia ingin mengambil kunci kereta bersama buku-buku di tangannya.Dia meletakkan buku-buku itu di atas Audi berwarna merah  yang terparkir di sebelah mini cooper miliknya.

"Ha! jumpa pun kunci." Hara bicara sendirian. Dia menghidupkan enjin sebelum kereta itu dipandu keluar dari perkarangan universiti. Mujur sahaja rumah orang tuanya berdekatan dengan kampus. Mudah baginya untuk berulang-alik.
             
                      **********
Eian menekan butang sensor keretanya. Baru sahaja ingin masuk ke dalam kereta, dia melihat ada beberapa buku yang tebal tersadai elok di atas bonet keretanya. Dia mengambil buku-buku itu sambil matanya meliar mencari pemilik barangan itu. Namun, tiada seorang pun yang berada di situ.

Nak tak nak terpaksalah dia memegang buku itu buat sementara waktu. Esok dia harus mencari pemilik buku-buku yang 'menumpang' di keretanya.

Kereta Audi yang sedang membahagi jalan raya menarik perhatian orang ramai. Itu belum lagi pemilik kereta yang berjalan. Mahu meleleh air liur masing-masing.

Continue Reading

You'll Also Like

207K 16.3K 16
*เฉˆโœฉโ€งโ‚Šหš Dumb&Dumber Universe >> "๐—ง๐—ฎ๐—น๐—ธ ๐—ฐ๐—ต๐—ฒ๐—ฎ๐—ฝ, ๐—œ'๐—บ ๐—บ๐—ผ๐—ฟ๐—ฒ ๐˜๐—ผ ๐—ฎ๐—ฐ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป๐˜€," โAku tak mudah dibuat jatuh cinta. Maka percayalah, kau san...
185K 12.2K 76
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . ๐“๐จ ๐ญ๐ก๐ž ๐ฆ๐š๐ง ๐ฐ๐ก๐จ ๐ฉ๐ซ๐จ๐ญ๐ž๐œ๐ญ๐ž๐ ๐ก๐ž๐ซ ๐ฆ๐จ๐ซ๐ž ๐ญ๐ก๏ฟฝ...
1.3M 59.1K 57
" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diab...
1.7M 61.9K 72
๐ŸŒธ Previously known as DIA. ๐ŸŒธ My First Romance Story. ๐ŸŒธ 100% completed. ๐ŸŒธ No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup...