1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETE...

By Yasmyns_Dahlia

426K 32.6K 7.7K

Marissa Jasmine, menyamar sebagai Orkid Dhialisa dengan satu tujuan. "Saya Orkid Dhialisa, PA Encik Harraz."... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
BAB 81
BAB 82
BAB 83
BAB 84
BAB 85
BAB 86
EPILOGUE
CHIT CHAT
Dendam Cinta 2

PROLOGUE | DENDAM CINTA

26.1K 1K 230
By Yasmyns_Dahlia

START : 1/6/19


     "WALAU apapun yang terjadi, you tetap kena bertanggungjawab dengan kandungan ni! I tak kira, Harraz!" ujarnya lalu mengetap bibir kuat. Tangisan cuba ditahan dari dihambur. Bibirnya diketap.

"Nonsense! I tak boleh bertanggungjawab. Mana I nak campak muka I ni bila parents kita tahu nanti? You tahukan pengaruh Papa I macam mana? Mana kami nak sorok muka nanti?! I nak you gugurkan kandungan tu!" Oktaf suara meninggi tak semena-mena. Mencerlung matanya memandang si gadis yang mula tercebik hiba.

"You gila ke, Harraz?! Cukup-cukuplah dengan dosa yang kita buat dulu! You nak tambah dosa membunuh pula? Mana hati dan perasaan you, Harraz?! Sejahat-jahat I, I tak tergamak nak bunuh budak ni! Dia tak tahu apa-apa Harraz! Kita! Kita berdua yang salah!" Tidak kurangnya dia, nada melonjak naik menengking lelaki tidak berhati perut itu. Air matanya yang cuba ditahan akhirnya gugur mencemari pipi.

"Baik, kalau you nak sangat simpan budak tu, it's up to you. But, jangan sesekali you petik nama I sebagai bapa kepada anak dalam kandungan you!" tengking Harraz seraya berjalan meninggalkan gadis itu berseorangan. Hatinya terbakar bila wanita itu masih enggan menggugurkan kandungannya.

Lisa tergamam. Dia hanya memandang langkah kaki lelaki itu yang semakin jauh. Air mata yang menitik dibiarkan jatuh membasahi pipi. Hatinya sakit. Jiwanya remuk. Sampai hati lelaki itu memperlakukan dirinya sebegitu. Mana pergi ihsan dan hati perut kau, Harraz?

━━━━ ◦ ❖ ◦━━━━

     KAD akses itu kembali disimpan ke dalam handbagnya. Kaki melangkah masuk ke dalam ruangan kondominium itu. Gelap. Suram.

"Lisa? Kau dekat mana?" Kunci kereta diletakkan di atas meja sambil tangan meraba-raba dinding untuk mencari suis lampu. Suasana yang gelap itu menyukarkan dia untuk berjalan apatah lagi kakinya asyik tersadung pada segenap ruang yang berbucu. Tangan masih lagi merayap mencari suis lampu.

Tap! Ruangan tersebut kembali terang. Mulut sedikit ternganga apabila melihat rumah yang seperti dipecah masuk. Berpinar mata Marissa melihat barang-barang yang berselerakan di atas lantai.

"Bersepahnya! Dengan bantal merata-rata. Apa kena dengan Lisa ni? Baru seminggu aku takde dah huru-hara rumah ni!" Mulut menceceh perlahan sambil tangan tidak berhenti mengutip bantal-bantal yang bertaburan di atas lantai. Sakit mata dia melihatnya!

Dhialisa ataupun lebih senang dikenali dengan panggilan Lisa merupakan teman baiknya sejak kecil. Tambahan pula, kedua ibu bapa mereka berkawan baik. Jadi, dia sudah menganggap Lisa seperti adik beradik kandungnya sendiri. Lagipun, dia dan Lisa sendiri anak tunggal. Jadi tidak ada masalah bagi mereka untuk berkongsi kasih sayang. Tipulah kalau dia kata mereka tidak pernah bergaduh. Sekuat mana pun sesuatu ikatan, pasti ada juga selisih faham yang terjadi. Bagi mereka, itulah asam garam sesebuah hubungan bagi menambahkan lagi rencah kasih sayang hubungan mereka.Tidak kira apa jua hubungan sekalipun. Asalkan ia satu ikatan yang suci.

Prang!

Tersentak Marissa apabila mendengar bunyi yang datang entah dari mana itu. Seolah-olah bunyi itu seperti kaca pecah. Jantungnya sudah mula berlari laju. Ah sudah, apa benda pula yang dia dengar tadi tu?

"Lisa? Kau buat apa tu?" Kaki diatur dari satu bilik ke satu bilik. Mencari teman baiknya yang dari tadi tidak nampak batang hidung.

'Kunci'...Desisnya perlahan apabila dia cuba membuka pintu yang didiami Orkid Dhialisa. Segera kunci pendua yang berada di dalam satu bakul kecil yang terletak cantik di atas almari kaca itu dicapai.

"Argh!"

"Ya Allah Lisa, apa yang kau dah buat ni? Kenapa sampai macam ni jadinya?" Terkejut dia melihat rakannya yang terbaring lemah itu. Dengan pantas, dia mendapatkan Lisa yang sedang mengerang kesakitan.

"Lisa kenapa kau buat macam ni? Kenapa kau sanggup cederakan diri kau sendiri? Apa dah jadi, Lisa?" Marissa bertanya perlahan. Dia mengusap perlahan rambut teman baiknya itu. Tidak betah dia mahu melihat Lisa yang sedang menahan sakit.

"Har...Harraz... ke...kenapa dia sanggup tinggalkan aku? Aku sa...sayang dia. Aku meng...andung Ris. A...anak dia. Ta...tapi kenapa dia taknak bertanggungjawab? Dia su...suruh aku gugurkan anak ni. Tapi aku t...tak sampai hati. Aku takut. Dia tinggalkan aku Ris! Dia dah tinggalkan aku!"

Tersedu-sedu Lisa bercerita. Nafasnya berombak laju. Tangan Marissa dipegang erat. Seolah-olah menzahirkan rasa sakit yang dihadapinya. Berkecai juga air mata yang sedari tadi ditahan. Kepala digeleng-gelengkan tidak percaya.

"Kau kuat Lisa! Aku tahu kau kuat! Kau tunggu, aku pergi call ambulance. Tolong bertahan Lisa... Aku masih perlukan kau! Kau tunggu ya?! Aku tahu kau kuat... Sekejap je... Aku pergi call ambulance dulu!" Baru saja Marissa hendak bangun, dia kembali terduduk. Pegangan erat tangan Lisa tidak membenarkan dia pergi. Air mata tidak henti-henti mengalir. Bahu terhenjut-henjut menahan tangis. 

"A...aku sa...sayang kau. Janji de...dengan aku yang kau tak a...akan balas semua ni, Ris... Biar aku seorang yang rasa sakit ni. Jaga mama, papa aku baik-baik. Aku sa...sayang kau Ris." Sesudah dengan itu, matanya terkatup rapat. Deruan nafas sudah tidak kedengaran. Marissa menggoncang tubuh yang kaku itu. Ditepuk perlahan pipi Lisa untuk menyedarkannya. Marissa mengetap bibirnya perlahan.

"Lisa! Bangun! Jangan tinggalkan aku! Aku sayang kau Lisa..." Petir di luar sabung-menyabung. Mutiara jernih tidak henti-henti mengalir seiring dengan titisan hujan yang kedengaran di luar tingkap. Mencurah-curah membasahi bumi. Seolah-olah turut berduka dengan pemergian Lisa.

    ━━━━ ◦ ❖ ◦━━━━

     JENAZAH Dhialisa selamat dikebumikan. Tidak putus-putus ucapan takziah yang diterimanya. Marrisa termenung memikirkan peristiwa pahit itu. Makin difikir, makin sakit hatinya. Mana pergi hati perut lelaki itu? Sanggup dia tinggalkan Lisa dengan keadaan macam tu? Marissa memejam matanya bagi meredakan sedikit rasa amarah terhadap Harraz.

Kenapa cepat sangat kau pergi? Nafas ditarik sedalam mungkin. Menggali kekuatan yang kian tenggelam dilubuk hati. Dia harus kuat. Kuat demi Lisa.

"Ris? Mari balik. Tak elok duduk termenung macam ni. Kalau arwah masih ada, mesti dia tak suka. Aunty faham apa yang Ris rasa. Tapi ini semua dah ketentuan Ilahi. Tiada siapa dapat menghalangnya Ris." Datin Roziah menepuk perlahan bahu Marissa.

Wajah wanita tua itu kelihatan tersenyum namun, pasti tersembuyi rasa sedih yang mencengkam jiwa. Itu anaknya. Ibu mana yang tidak sedih melihat pemergian anak tercinta. Sudahlah itu satu-satunya anak yang dia ada. Namun apakan daya, hidup perlu diteruskan juga. Mahu meratapi pun, sudah tiada guna. Orkid Dhialisa memang tak akan kembali ke dunia.

Bibir Marissa memaksa mengoyak senyuman. Pahit. Itu yang dapat dirasakan. Tidak mampu untuk menahan secalit senyuman itu, ia kembali pudar tidak berseri. Tak berdaya dirinya kala ini. Pemergian Lisa masih tidak dapat diterima lagi.

"Aunty, uncle, mama dengan papa balik dulu ya? Ris nak duduk sini sekejap. Ris nak 'spend time' dengan Lisa dulu. Nanti Ris menyusul kemudian," ulasnya sambil memandang tanah yang masih merah itu.

"Tapi Ris..." kata-kata Dato Malik terhenti apabila Datin Syarifah mencelah.

"Biarkan dia dulu, bang. Dia masih belum dapat terima lagi tu. Awak tahukan betapa rapatnya mereka? Bagi dia masa. Lambat-laun nanti dia terima juga. Jom, kita beransur dulu." Datin Syarifah bersuara. Kasihan dia melihat anaknya.

"Yalah...Ris, kami balik dulu ya? Kamu jangan lewat sangat balik. Hari pun makin gelap ni. Kami tunggu kamu dekat rumah." Sempat Dato Malik menitip pesan sebelum mereka berempat berlalu meninggalkan Marissa yang masih berteleku memandang kubur teman rapatnya.

Menggeleng tidak mengangguk pun tidak. Dia hanya menekur tanah yang masih merah itu. Pemergian Lisa benar-benar memberikan impak yang besar buat dirinya.

Tangan perlahan-lahan mengusap batu nisan. Terukir di situ nama Orkid Dhialisa. Secantik namanya, secantik itu jugak orangnya.

"Aku janji dengan kau, aku akan balas balik setiap perbuatan dia! Aku akan buat benda yang sama macam mana dia dah buat pada kau! Aku sayang kau, Lisa..." tuturnya perlahan. Air mata yang mula bertakung, segera diseka. Dia tidak mahu menangis lagi. Dia harus kuat. Kuat untuk membela nasib Orkid Dhialisa.

Kau kena kuat Ris! Jangan biarkan dia hidup bahagia. Ya, dia tak akan hidup bahagia setelah apa yang dia buat pada kawan aku! Kau tak akan bahagia Harraz!

"Harraz, the game will begin. Kau tunggu dan lihat apa yang akan menanti kau." Serentak berkata begitu, bibirnya mengoyak senyuman. Sinis.

Continue Reading

You'll Also Like

2.8M 149K 61
6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung r...
41.9K 3K 51
𝟬3 | π—›π—˜π— π—Ÿπ—’π—–π—ž Ι΄α΄œΚ€Κœα΄€Ι΄ α΄‘α΄€α΄€Ιͺʟ | ʏᴀʀᴀ Κœα΄€Ι΄ΙͺΙ΄α΄€ " If my love for you is a crime , I want to be the most wanted criminal " Ditugaskan menjadi detekti...
332K 14.8K 62
Selepas kematian kekasih hatinya, dia sudah tidak seperti dulu lagi. Dia adalah Hafiki Arash. Dulu Hafiki Arash adalah seorang lelaki yang baik dan p...
582K 36.9K 48
-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi...