[C] Mr Sexy | JJK

By iamyourcupcake

473K 47.9K 5.5K

Semuanya perlu berada di dalam genggamannya. Gelar si dia, Jeon Jungkook. Si Mr Sexy. Start: 18/10/2018 End:... More

Mr Sexy | JJK
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30 / Akhir Part 1
Ending Explaination
New • Coming Soon
Special Chapter 🎊
Q & A: Jungkook Kasanova

31/ Akhir : Part 2

11.3K 1.2K 324
By iamyourcupcake

Mr Sexy | JJK

Bab akhir : Part 2

Tamat pada 01:56 pagi, Ahad 2/12/2018.

----

"Saya rindu awak, Jeon Jungkook. Bila lagi nak bangun? Saya dah bosan ni. Tak rasa kasihan ke?"

Aku bisik kata-kata tersebut ke telinga Jeon Jungkook. Selimut putih hospital yang membaluti tubuh badannya aku betulkan agar nampak kemas.

Sudah hampir dua bulan lelaki itu terlantar tidak sedarkan diri di atas katil Hospital SeonJu.

Dalam tempoh itu jugaklah, aku tidak putus-putus berdoa agar keajaiban dapat berlaku.

Aku hanya dapat bayangkan dalam akal fikiran. Gambaran susuk tubuh milik Jungkook yang sedang mendepakan tangan. Senyuman bahagia terukir di wajahnya.

Bibirnya pula setia menyebut namaku. Tetapi, aku sedar angan-anganku terlalu tinggi.

Dia langsung tidak menampakkan harapan untuk bangun. Aku terlalu berharap begitu tinggi.

"Tolong bangun. S-saya rindukan Jeon Jungkook. Tak rindu saya ke?"

Beep.

Beep.

Bunyi mesin pernafasan Jungkook tiba-tiba mengeluarkan bunyi. Aku segera menekan butang kecemasan apabila aku melihat dada Jungkook sedikit berombak.

"J-jungkook, jangan takutkan saya."

Nafas yang dihembusnya terlalu kuat menyapa gegendang telinga. Air mata aku terus mengalir begitu laju.

Kau jahat, Jungkook.

Kau nak tinggalkan aku ke?

---

Jae Hee setia menanti status keadaan Jungkook di luar bilik yang menempatkan Jungkook.

Peluh dingin merenik halus di dahinya. Dia biarkan sahaja rambut panjangnya terurai menutupi sebahagian wajah.

"Cik Shin Jae Hee, penjaga Jeon Jungkook?"

Suara garau seorang doktor lelaki bernama Kim Seokjin membuatkan kepala Jae Hee terus mendongak ke atas.

Doktor muda itu melemparkan senyuman kelat kepada Jae Hee.

Lagilah membuatkan wanita itu semakin gelabah.

"Jangan risau. Dia masih okay. Encik Jeon Jungkook dah bangun. Tetapi, saya nak pesan. Keadaan dia agak tidak stabil. Jangan paksa dia ya?"pesan Dr Seokjin.

Jae Hee hanya mengangguk lemah. Tombol pintu bilik hospital itu dia pulas dengan penuh berhati-hati.

---

Pandangan aku terarah kepada susuk tubuh badan Jungkook yang sedang duduk membelakangi aku.

"Jeon J-jungkook, boleh saya masuk?"

Tiada sebarang sahutan. Dia hanya kekal dia membisu.

Aku melangkah perlahan-lahan menghampiri Jungkook.

"Jungkook, a-awak marahkan saya ke?"

Dia masih diam.

Jungkook memalingkan wajahnya untuk memandangku. Lama dia merenung anak mataku.

"Kau bagi aku tidur lama sangat Shin Jae Hee. Rindu aku tak?"

Aku tergamam apabila kata-kata tersebut meluncur keluar daripada bibir Jungkook.

Tanpa mengambil masa yang lama, aku menerpa ke arah Jungkook. Satu pelukan rindu aku hadiahkan kepada dia.

"S-saya rindu awak macam orang hilang akal. Lama betul a-awak tidur. Jeon Jungkook tak rindu saya ke?"

Tingkah laku seterusnya membuatkan bibir aku terbuka luas. Aku tergamam. Perasaan di hati tidak dapat ditentukan statusnya pada detik itu.

Detik yang membuatkan aku tanam dalam ingatan untuk selamanya.

Jungkook menyerang aku dengan ciuman yang hangat. Lama kami berkeadaan sebegitu sehingga pipiku mula terasa panas.

Kelopak mataku dibuka apabila aku dapat rasakan sentuhan bibirnya sudah terhenti.

Jungkook mengelus pipiku dengan lembut.

"Jeon Jungkook tak akan rindukan kau. Sebaliknya, si Mr Sexy yang akan setia di dalam hati Jae Hee seorang. Kau kalah, Shin Jae Hee."

T-takkan aku gagal?

Aku ingin bangun untuk menjauhi Jungkook. Tetapi, lengan kekarnya memeluk aku dari arah belakang.

Aku rindu Mr Sexy tetapi hati aku sudah lama yakin aku berjaya mematikan sisi jahatnya itu.

Andaianku ternyata salah.

"Kau dan aku. Jae Hee dan Mr Sexy hidup bahagia. Selamanya. Tanpa si dia. Aku cintakan kau Jae Hee."ucap Jungkook.

Nadanya penuh ikhlas. Tetapi, perasaan cintaku hanya ditemani rasa takut.

"Saya c-cintakan awak juga, Jeon Jungkook."

Lafazku jujur. Namun, aku takut. Siapa sangka si Mr Sexy tetap menjadi juara dalam permainan ini.

Aku terlalu naif.

Dia begitu licik, Shin Jae Hee.

"Sekarang, nama aku seorang sahaja terpahat di hati kau. Hanya seorang Jungkook. Jeon, Mr Sexy pilihan hati."

Tuhan, kejutan tidak disangka yang aku dapat.

Aku bersyukur?

Tanya dia. Mr Sexy ada jawapannya.


-TAMAT-

A/N:

Penamat yang lain daripada yang lain.

Saya tutup siri kedua ini dengan ucapan berjuta-juta terima kasih.

Komen korang menjadi dorongan untuk saya meneruskan karya ini sehingga akhir.

Terima kasih sekali lagi.

Untuk 31k reads dan 9k votes.

Likes dan komen?

Harap tiada silent readers untuk bab akhir.

Nak tahu feedback korang sepanjang perjalanan story pelik ni.

--

Maaf jika terlewat mengepos bab akhir.

🎈😭

Continue Reading

You'll Also Like

1.8K 180 11
Dani Inayat X Fareehal Dahlia
58.3K 3.7K 17
Kim Eunseo baru sahaja berpindah ke Seoul. Tetapi, malang baginya, baru sehari sahaja, dia sudah terserempak dengan 5 orang budak yang popular di sek...
1.3K 140 22
"a song titled Moonlight is dedicated for you ."-MYG . . . . . . .
108K 5.9K 24
" Bagi aku rogol kau sekali boleh ? "