Jodohku,Classmate Ku?✅

By kimiafina

1.7M 92.8K 6.3K

❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sika... More

Watak
1:Kes
2:Keputusan.
3:Kahwin
4:Tempat baru
5:Sekolah
6:Kelas 5 Sains 1
7:Whatsaps
8:Buat lagi
9:Dedah
10:Kem
11:Pemilihan
12:Latihan
13:Hari perkhemahan
14:Ice breaking
15:Kawad kaki
17:Cemburu
18:I like you
19:Change
20:English class
21:Putus
22:Weird
23:Project
24:Denda
25:Lepas rindu
26:Pujuk
27:presentation
28:Terpilih
29:Projek pelajar
30:care about you
31:Hug you
32:Showcase
33:Real story
34:Makan malam
35:Tenangnya kampung
36:Mak long
37:Natasha
38:Siapa Anisa?!
39:Jujur
40:Sambutan Hari Raya
41:Maafkan aku!
42:study and exam
43:Result SPM(last chapter)
Author's note
Special chapter🎉
You tube channel!
promote time😀
Thank you😭
Raya's version
Rizq X Hanin(1)
Rizq X Hanin(2)
PENGUMUMAN🙈
E-BOOK

16:Saingan

31.3K 1.9K 50
By kimiafina

Khalil tersenyum sinis sebaik sahaja dia selesai melakukan kawad kaki. Dia pasti, dia boleh menang. Apa sahaja yang dia inginkan pasti berhasil.

Sekarang tiba giliran PKBM untuk tampil menunjukkan kekuatan mereka dalam kawad kaki. Rizq menarik nafas untuk mengumpul kekuatan.

"Guys... Aku harap korang buat betul-betul macam latihan yang kita buat. Ingat! PKBM tak pernah kalah. Kalau kita kalah, aku maybe tarik diri. Faham?! "Ucap Rizq dengan menggunakan suara yang kuat.

Terkejut wafi apabila Rizq mengatakan yang dia akan tarik diri dalam pertandingan itu. Biar betik?! Wafi bertekad yang dia akan lakukan yang sehabis baik.

"P. K. B. M tidak pernah gentar. Akan lakukan apa sahaja untuk memperoleh kemenangan!! "Sambut semua ahli PKBM. Sambutan itu memberi semangat kepada si ketua pelatun untuk menjalankan tugasnya.

"Baik! Persembahan yang amat dinanti-nantikan oleh kita. Unit yang mendapat johan pada setiap tahun. Unit yang telah banyak menyumbang nama kepada sekolah kita. Unit ini telah diketuai oleh saudara Rizq Haikal sebanyak 31 anggota termasuk ketua pelatun. Dipersembahkan... PKBM!!! "Laung si pengacara majlis.

Beserta laungan itu, banyak pelajar yang menjerit menyokong unit itu terutama sekali pelajar perempuan. Hanin menjeling adik-adik junior yang galak memerhati suaminya.

"Aku yakin min.. Mesti PKBM menang punya.. Setiap tahun takde siapa yang boleh lawan diorang. "Ujar adik junior itu kepada kawannya yang dipanggil min. "Tambah pula, ketua pelatun diorang tu handsome doe.. Tapi sayang... Dia dah ada girlfriend.. "Tambah dia lagi. Yang mulanya senyum teruja sekarang sudah masam mencuka sambil memuncungkan mulutnya ke depan.

Min menggosok belakang kawannya yang mungkin putus harapan itu. "Tapi... Itu bukan penghalang untuk aku terus sokong dia. Aku yakin diorang menang! "Ujarnya lagi.

Min menggeleng kepalanya. Hanin yang mendengar Agak cemburu apabila perkataan girlfriend yang disebut. Dia tahu itu Asyikin dan bukan dia. Maybe.. Keseluruhan pelajar sekolah ni tahu yang Rizq couple dengan Asyikin.

Hanin terus memandang hadapan. Malas dia nak mendengar lagi. Dia lihat Rizq gagah dalam memberi arahan kawad. Kadang Rizq ni boleh menjadi contoh untuk dia melatih ahli puteri islam.

Sokongan padu yang tidak henti-henti dari para pelajar membuatkan Rizq bangga dengan persembahan dilakukan. Dia tidak senyum dulu sebab keputusan pemenang nanti baru boleh membanggakan dirinya.

Seusai pertandingan kawad kaki pada tengah hari itu, semua pelajar dikehendaki makan dan solat dahulu sebelum keputusan diumumkan.

Rizq yang sudah berpeluh membuang topi yang dipakai, lalu dikibaskan di hadapan mukanya. Dia duduk di tepi longkang.

"Bro, serius ah kau nak tarik diri kalau kalah? "Soal wafi lalu melabuhkan punggung di tepi Rizq.

Rizq hanya mengangkat bahunya. Malas dia nak jawab. Itu sekadar untuk menaikkan semangat mereka sahaja.

Wafi kembali memandang hadapan apabila tiada balasan dari Rizq. Dia kehilangan kata.

Dia menepuk bahu Rizq lalu bangun. "Jom makan then kita pergi solat. Nanti lambat pulak! "Ajak Wafi.

Rizq mengeluh malas lalu bergerak ke dewan makan.

°°°

Kelihatan Isma terkedek-kedek lari ke arah Hanin. "Anin, anin, anin... "Panggil dia laju. Lagaknya macam orang lari beratus meter saja.

Hanin pelik. "Apalah kau ni? Boleh relax tak? "Tegur Hanin apabila Isma yang tersengih-sengih di hadapannya.

"Err... Sebenarnya... Aku nak cakap dengan wafi. Boleh tak, kau tolong bagitau dia kejap? "Ujar Isma sambil mengebil-ngebilkan matanya berkali-kali. Nak buat muka comel letteww..

Hanin memuncungkan mulut ke hadapan tanda berfikir."aku rasa... Aku... "

"Alaaa... Bolehlah, Anin.. Aku teringin sangat nak cakap ngan dia... Please.... "Pinta Isma sekali lagi.

"Aku tak habis cakap lagi kan? Sabarlah... "Melihatkan mata Isma yang bercahaya memohon terus Hanin mengangguk.

"Yelah... Aku tolong tapi kau ikut aku. "

Isma mengangguk laju. "Thanks adik... "Terus Isma memeluk tubuh Hanin.

Hanin cepat-cepat menolak. "Ish, ish tak nak peluk. Baru sekarang nak mengaku kata diri tu tua... "Terus Hanin ketawa mengejek.

Isma terus memalingkan muka ke tepi. "Apalah... Orang tengah happy je.. Kita muda lagi apa?! "

Hanin terus ketawa berdekah-dekah. "Yelah tu... Muda lagi kan? Orang 17,dia dah 18..hahahaha... "Hanin terus-terusan ketawa apabila melihat muka cemberut Isma.

Sensitif sangat kalau bab umur. Kenyataan apa. Dia dah 18 tahun tapi still act like 17.

°°°

"Eh.. Min, kau tau tak siapa saingan Rizq? "Soal perempuan tadi yang sibuk menyokong Rizq bagai nak gila.

Min mengangkat bahu tanda tidak tahu. "Siapa, lin? "

"Khalil ketua pelatun kadet polis tu.. "

"Ish! Dia tu.. Walaupun handsome, aku still minat Rizq lagi.. Hahaha... "Ujar min sambil ketawa kecil. Biasalah kalau dah duduk dengan kawan, inilah jelah yang diceritanya.

Afina menunjukkan dua orang budak itu kepada Hanin yang tak habis -habis cerita pasal Rizq.

"Tengok tu, Anin. Tak habis-habis diorang cerita pasal Rizq. Kau tak jealous ke? "

"Tak. Buat apa aku nak jealous. Takde makna pun. "Ujar Hanin sambil menyuap nasi ke dalam mulut.

Dah Hanin kata begitu. Dia malas nak menyibuk lagi. Kalau Shafiza sah dia kena tampar sebab menyibuk. Rindu pulak perempuan tu.

°°°

"Baik! Kita dah tengok tadi semua persembahan dari semua unit. Sekarang tibalah masa untuk mengumumkan pemenang bagi setiap kategori. Kita mulakan dengan kategori ngo dahulu.. Johan bagi kategori tersebut jatuh kepada..... Puteri islam....!!! "

Terkejut Hanin dibuatnya. Rasa macam nak nangis. Selama ni orang selalu ejek mereka, tetapi kali ini mereka menang. Betul ke? Ke mimpi? Tolong kejut dia bangun, please...

Seusai Hanin menerima hadiah, keputusan untuk kategori yang satu lagi diumumkan.

"Untuk kategori yang kedua, dimenangi oleh.... "

"PKBM! "

"PKBM! "

"KADET POLIS! "

"PKBM! "

Masing-masing mempunyai sokongan tersendiri. Rizq memandang Khalil dan tersenyum sinis. Khalil memandang Rizq dengan pandangan yang tajam lalu memandang hadapan.

"Ya... Saya tahu keputusan yang ini memang dinanti-nantikan.. Kalau kita lihat setiap tahun kita buat perkhemahan mesti akan dimenangi oleh... PKBM.. but this year mungkin ke PKBM lagi atau unit lain? "Kata si pengacara majlis seperti mengusik jiwa dan perasaan mereka.

Semua sudah riuh menyebut unit kegemaran masing-masing.

"Dan keputusannya... Adalah... PKBM!!!!!! "Laung si pengacara majlis dengan kuat.

Rata-rata pelajar menyorak kesukaan. Puas dengan keputusan yang diberikan. Kali ini baru Rizq tersenyum tapi lebih kepada senyuman sinis yang diberikan kepada Khalil.

"Shit! "Maki Khalil lalu meludah di atas tar tapak perhimpunan. Dia tidak puas hati. Sikit-sikit jantan tu. Bukannya mereka pun hebat sama ke?

Sakit hatinya melihat Rizq menerima sijil di atas pentas. Nampak sangat lelaki itu ketawakannya walaupun tidak secara depan.

Kau tunggu Rizq, kau ingat kau akan selalu menang? Silap besarlah!

--------------------------------------------------

Here the update...
Thanks for voting.....
Mulanya nak buat Khalil yang menang tapi macam kesian pulak dekat Rizq.. Nak bagi Rizq enjoy dulu.. Nanti kita buat jahat dekat rizq pulak.. Hahaha...

*author gelak jahat*

Much love,

Peanut..

Continue Reading

You'll Also Like

16.1K 1.5K 14
Series 2 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. . 5 tahun berlalu dengan pantas. Setelah tumpas...
315K 13.8K 34
Ain Aqilah dan Farhan Farzil . Hubungan musuh terjalin hanya kerana berlakunya agenda di sekolah . Aqilah pula tidak menyukai Farhan . Begitu juga F...
362K 19.6K 86
Bagi dia umur 16 tahun tidak berhak untuk bercinta.... Bercinta hanya akan menyakitkan hati dan menyusahkan duit untuk membeli topup.Itulah makna 'be...
6.8M 334K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...