Asyraf Mikael(Slow update)

Autorstwa asyazana

92K 3.3K 332

×ASYRAF MIKAEL× Lelaki yang segak bergaya. wajahnya yang tampan memang menjadi pujaan wanita. Seorang yang ag... Więcej

Bab 1
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
attention!
attention!
Bab 15
Bab 16
Bab 17

Bab 2

6.8K 238 7
Autorstwa asyazana

Asyraf Mikael yang sedang mundar mandir di depan rumah sewa perempuan itu hanya mampu menahan sabar dengan perangai Risha yang baginya sudah terlalu lama bersiap, itu lah perempuan bersiap berjam jam mengalahkan nak pergi majlis VIP padahal dia hanya mengajak perempuan itu pergi dinner bersama keluarganya saja.

Bukan dia tidak tahu Risha berdebar hendak berjumpa dengan familynya ,mesti gadis itu tengah berfikir baju apa yang hendak dipakainya .inilah masalah perempuan baju dah penuh dalam almari tapi satu baju pun tidak tahu hendak pakai yang mana.

Sebelum ini Risha selalu saja pergi kerumah Asyraf malah dia sangat serasi dengan Datin syida mummy Asyraf, tapi entah kenapa setiap kali mummy Asyraf ingin mengajak Risha kerumah pasti gadis itu akan menjadi tidak tentu arah hendak dikatakan segan ,tidak juga, tapi entahlah Risha selalu ingin kelihatan cantik dihadapan orang tua Asyraf.

Mummy Asyraf amat menyayangi Risha bahkan dia amat berkenan dengan perwatakkan Risha, pertama kali dia membawa Risha kerumahnya dia dapat melihat betapa bahagia nya mummy. Risha juga sangat rapat dengan Hana kepala masuk airnya.

"Apalah yang minah ni dok belek- belek lama sangat.muka dah lawa nak lagi berhias bagai. ishh nak bagi siapa tengok."
rungut Asyraf seorang diri.

Bukan dia tidak tahu perangai Risha yang tidak suka bermakeup berlebih tapi saja dok belek baju mana sesuai nak pakai.lagipun jika Risha bermakeup berlebih dia tidak akan benarkan. baginya cukup Sekadar memakai yang simple saja.
Pantang baginya jika gadisnya itu melawa sakan.senang saja aura cemburunya itu keluar.malah dia akan tuduh Risha yang bukan -bukan.melawa,biarpun setakat nak ke kolej sekalipun dia cukup tidak gemar dengan keadaan itu.

Sedang diri berperang dengan perasaan sendiri dia dikejutkan dengan satu teriakan dari dalam rumah gadis itu, bergegas dia membuka pintu lalu masuk kedalam rumah gadis itu, melilaukan pandangan ke serata tempat mencari dari mana datang tempikan itu.Asyraf melaung kuat memanggil nama gadis Risha.

"Risha asal kau ni? jangan buat aku paniklah."hampir gugur jantungnya mendengar teriakan dari gadis itu.

Risha yangg terdengar suara Asyraf laju saja dia memekik meminta tolong.dia paling tidak suka makhluk Allah yang satu ini. sungguh menjijikkan dah lah terbang kalau tak terbang boleh juga dia arwahkan.sungguh mahkluk ini buat dia pengsen .

Lipas itu bagaikan hilang pertimbangan dia terbang keserata tempat bagai lipas yang sesat .sekejab ke dinding sekejab ke almari. tengah berkemban feeling nak cari baju keluarlah pula lipas yang boleh tahan lincah. sampai terpekik terlolong .nasib baik dah pakai baju yang kat dalam ,kang tak pepasal dia tayang badan dekat lipas. No way!

"awak sini tolong saya, saya takut."laju dia memanggil Asyraf yang berada di ruang tamu.

Pasti lelaki itu terkejut mendengar jeritannya tadi, ini semua angkara lipas buat malu saja.

Asyraf yang terdengar suara Risha seperti hendak menangis segera menapak ke bilik gadis itu untuk melihat keadaan Risha.

"Kenapa ?Ada apa dengan kau ni terjerit-jerit." Kata Asyraf sebaik dia membuka pintu bilik Risha.

"Awak ada lipas lah kat situ.lipas tu terbang.seram saya." macam nak nangis dah mengadu dekat Asyraf sambil menunjuk tempat terakhir lipas itu mendarat betul-betul dihujung katilnya.

"Tak apalah dia tu kecil je lah,sekali pijak dah mati. ishhh ,aku ingatkan apalah tadi." Kata Asyraf sambil lilaukan pandangan di hujung katil .

Risha hanya mencebik mendengar Kata lelaki itu. tidakkah lelaki itu tahu bahawa dia paling takut dengan haiwan yang bernama lipas, nak lagi yang terbang lincah macam tadi .

"Kau pergi pakai baju. jangan sampai aku terkam kau pula dekat sini. kau jangan cari pasal dengan aku." Kata Asyraf sambil mengosok hidungnya menghilangkan rasa yang mula bertandang.

"Ishhh awak ni kan! habis lipas tu macam mana pula?nanti dia datang balik habislah saya."Kata Risha sambil menyilangkan tangan didada bukan dia tak perasaan mata lelaki itu. Dasar pervert!

"Kau nak aku habiskan kau. Atau lipas kecil yang sekali kau pijak mati terus."
Kata Asyraf sambil tersenyum nakal

"pervert gila kan awak ni.dah lah keluar. kang tak pepasal datang pula JAIS nak cekup kita kat sini." Kata Risha geram dengan perangai lelaki dihadapan nya ini. Fuh buang tebiat!

"Lah baguslah macam tu.untung kahwin free juga kan. lagi aku suka. " Asyraf masih tidak berhenti mengusik gadis itu.

Suka benar dia lihat pipi gadis itu yang dah bertukar warna.terkulat-kulat gadis itu olehnya.

" siapa nak kahwin dengan dia ni, dah lah gatal.tak kuasa saya." balasan dari Risha buat dia tersenyum .

"Aku gatal dengan kau je sayang." senyuman nakal Asyraf sambil mengangkat keningnya berkali Kali.

"Eh awak jangan nak bermimpi ye. baik saya kahwin dengan crush saya. dah lah hensem, baik pula tu." Kata Risha berjaya menyentapkan sekeping hati.

Terdiam Asyraf dengan balasan Risha benarkah Itu keluar dari mulut kesayangannya.

"Aku tunggu dekat luar, cepat sikit.mummy tunggu!" Berubah dingin bicara lelaki itu berlalu keluar dari bilik seraya menghempas pintu.

Terkejut Risha dengan perubahan drastik Asyraf dingin.salahnya juga main lepas saja, aduh mulut asal kau ni. marah dah orang tua tu.

Segera Risha mencapai baju yang ingin dipakainya.terpaksa lah dia memujuk Asyarf. Elok saja mood lelaki itu baik,terus berubah dek angkara mulutnya yang terlampau sopan.menyesal pula.

                                        🖤🖤🖤

Suasana di dalam kereta hanya sunyi sepi radio pun tidak terpasang hanya bunyi deruman enjin kereta saja, Asyraf di sebelah Risha yang tengah memandu itu sedang mencengkam kemas stereng kereta dengan wajah kelat dan dingin.sungguh terasa dengan kata-kata Risha.

Risha yang berhajat ingin memujuk Asyraf itu hanya hampa apabila tiada tanda bahawa Asyraf akan membalas pertanyaannya.bermacam soalan yang diutarakan tapi tetap dibiar sepi. Asyraf hanya berdengus saja sebagai malas hendak melayan Risha.

"Bie saya gurau je janganlah macam ni. kitakan nak pergi rumah mummy awak. nak dinner." kata risha hanya dibalas dengan angin. Sumpah kalau Asyraf dah macam ni memang tak dilayan punya.

Risha mengeluh sudahlah payah nak memujuk apalah nasib.

"Mummy masak apa ye bie? mesti sedap kan." pun sepi tanpa ada jawapan.

"Lah awak jangan lah serius sangat dengan apa yang saya cakap tu.is nothing lah." pujuk Risha tanpa berputus asa selagi Asyraf tak cakap selagi itulah dia rasa tak selamat. Ketahuilah bahawa lelaki macho disebelah ini sungguh payah dipujuk. Siapa nak ambillah.

Eh gurau je!

"Okay tak pakaian saya ni? " Tanya Risha lagi coba cari topik untuk berbual dengan Asyraf.

"Ya Allah bekunya dia ni, dah berbuih mulut aku tanya itu ini satu pun dia tak layan ,at least balas lah biar sepatah." bebel Risha di dalam hati.baik aku diam. macam mana nak pujuk orang tua ni? Aci tak kalau aku merajuk balik.

Asyraf hanya megerling Risha yang muncung disebelahnya. saja sebenarnya biarkan soalan wanita itu tidak berbalas.ajar sikit mulut Risha ini. main lepas saja. Tahu perangai aku macam ni janganlah nak sakitkan.

Asyraf membelokkan kereta Bmw miliknya automatik pagar itu terbuka sendiri. Tersergam banglo mewah keluarganya. terus Asyraf memarkingkan keretanya ditempat khas parking keretanya.

Enjin dimatikan tanpa menjemput Risha yang diam seribu bahasa. Asyraf terus masuk meninggalkan Risha disitu.sakit betul hatinya jika betul wanita itu mempuyai crush.lebih hebatkah darinya?dan jangan harap nak bercrush bagai. Cukup aku je crush dia seorang !Dasar Asyraf si pacamburu!

"Eh dia ni .tadi beria sangat nak aku ikut .tapi dia juga tinggalkan aku kalau tahu macam ni memang tak lah aku nak ikut .merajuk konon. kang aku merajuk memang taknya aku layan kau." bebel Risha sendirian geram dengan sikap Asyraf yang meninggalkan dia.amboi Risha bukan dia tinggalkan kau tepi jalan depan pintu je. Over!

Risha keluar dari kereta dengan wajah yang sebal .tidak mahu mummy Asyraf mengecam wajahnya yang cemberut.terus dia maniskan muka, yang pasti dia juga ingin mogok dengan Asyraf. Itulah perempuan dia memujuk alih-alih dia merajuk.well perempuan. Emang gitew!

"Assalamualaikum auntie?"senyuman manis Risha berikan kepada Datin syida yang berada didepan pintu.Asyraf entah hilang kemana.Datin syida hanya berblouse berwarna merun itu nampak sungguh cantik.haih cantik betul mak Asyraf ni sejuk betul mata yang tengok cuba tengok muka anak lelaki dia. Confirm emosi kau jatuh merundum.

"Walaikumsalam sayang.cantiknya malam ni, lama tak nampak Ris.Asyraf kata Ris baru balik dari kampung. betul ke? "Tersenyum Datin syida memandang wajah gadis ayu pilihan anaknya. Cop menantu aku!

Dia sangat berkenan dengan pilihan anaknya Ini, sesuai di jadikan sebagai menantu .tak sabarnya nak jadikan Ris ni sebagai menantu.boleh ajak bergosip. Shopping. Memasak. Nak harap anak daranya yang sorang memang tak. Nak ajak shopping bolehlah. Hana tunggu disuruh baru buat.

"Eh auntie lagi cantiklah, Ris biasa je mana boleh nak lawan kecantikan auntie." ya ris lawat mak dekat kampung."keluarga Asyraf selesa memanggil dia dengan panggilan ris.

"Auntie dah tua.kamu tu yang cantik sangat. bila lah kamu ni nak jadi menantu auntie?eh ya Ibu Ris sihat ke? "
Risha hanya tersenyum mendengar luahan Datin syida.

Sesungguhnya dia belum bersedia lagi.nanti kalau ada jodoh baginya tidak akan kemana.tapi semestinya Asyraf, pilihan hati aye.

"Takdelah. auntie still mantaian apa. Awet muda gitu. Alhamdulilah sihat ."seloroh Risha dia biasa bergurau begitu dengan mama Asyraf baginya seperti ibunya yang dikampung tetiba rindu pula dengan ibunya.

"Eh Ris ni yelah kita berdua cantik. jomlah masuk auntie masak special Hari ni ." cepat datin syida mengajak Risha apabila melihat kesuraman diwajah gadis muda itu, dia pasti gadis itu rindu dengan ibunya.anak manja Risha ni.

                                       🖤🖤🖤     

"Sedapnya auntie masak nanti Ris nak belajar dengan auntie lah, boleh? "Kata Risha apabila mereka sedang berada didapur.

"Lahh boleh apa salahnya, senang je tu nanti selalu datang sini kita masak sesama."kata datin syida pada Risha. Kan aku dah kata menantu pilihan.

"Untunglah bakal suami akak nanti, kalau akak belajar masak dengan mummy. mummy memang terer kan abang? " ujar Hana seraya meminta pendapat abangnya.

Asyraf yg tengah minum kopi buatan Risha hampir tersedak mendengar pertanyaan adiknya itu, kurang asam punya adik.

"Ehem ya."berdehem Asyraf hanya itu yg mampu sebagai balasan.

Tersenyum datin syida Dan dato razali melihat gelagat anak sulungnya itu. mereka tahu anaknya itu sangat menyayangi Risha gadis cantik itu.

"Siapalah bakal suami akak yang bertuah tu ye mummy."Hana tidak habis lagi mengusik abangnya, dengan sengaja megerling ke arah abangnya saja nak bagi abangnya tergugat.

Asyraf hanya bagi jelingan tajam kepada adiknya itu.kau tunggu eh.

"Eh akak nak tak. kalau Hana kenalkan dengan kawan Hana? "kata Hana mengenakan abangnya.

Terus berubah muka Asyraf mendengar kata dari mulut adiknya itu, dia menjeling Ris yang tengah tersenyum manis . kau tak tahu ke aku ni dah macam cacing kepanasan boleh pula kau senyum punya cantik Macam tu bebel nya didalam hati.

"Dah lah Hana jangan nak diusik abang kamu ni."tegas dato razali menegur anak perempuannya.

"Erkkk yelahhh orang gurau je hmm."sambil membuat muka mengejek abangnya.

"Dah dah lah tu."tegur datin syida pula.

Ris hanya berdiam diri tak berani bersuara selepas mendapat tatapan tajam dari Asyraf tak berani dia nak bersuara. Agaklah adik dia bergurau pun. Semua nak dimarah.

                                           🖤🖤🖤

"Elok elok bawa kereta tu Asyraf .malam ni. hantar Ris balik terus.jangan nak menyinggah lagi. Anak dara orang tu." kata Dato Razali kepada Asyraf.

"Baik daddy memang nak hantar balik pun."sambil menyalami tangan kedua orang tua nya diikuti oleh Risha. sempat dia mengosok kasar rambut adiknya niat balas dendam. HAHAAH .

"Ishhhh abang ni poyo!" Marah Hana dengan perbuatan Abangnya itu. Habis rosak rambut. Susah nak dapat abang terlebih macam Asyraf ni. Menyentap aje. Gurauan dengan serius tak reti nak beza mungkin. Nasib!

"Dah bye kak nanti hana send nombor kawan Hana. "sambil memeluk Risha dia berkata begitu tidak peduli dengan pandangan abangnya.rasakan Ris hanya tersenyum saja. Tak habis lagi ke. Kau tahu tak Hana abang kau ni buta gurauan.

"Assalamualaikum auntie. uncle kitaorang balik dulu tau.terima kasih sebab ajak Risha makan sini." kata Risha Asyraf dah masuk dalam kereta dah dengan muka yang ketat tak reti nak tunggu aku. Hahaha.

"Walaikumsalam.sama nanti kalau ada masa datang sini lagi bawa je Asyraf ."serentak mereka menyambut salam Risha berlalu masuk kedalam kereta.

"Insha allah ."Risha balik dulu. "

Sempat Asyraf menghidupkan on sebelum kereta itu mengundur pergi keluar dari tempat parking ,Ris hanya melambaikan tangan sehingga kelibat mereka hilang dari pandangan.

"Kau jangan nak macam macam eh, siap kau. " kata Asyraf dia harus bagi amaran pada gadis itu takut gadis itu betul- betul meminta nombor kawan hana itu. Why mana lah tahu kan. Aku bukan paranoid .walau itu hakikat.

"Ehh asal pula ni?" Risha yang kepelikkan mendengar suara disebelahnya sah suara Asyraf apa kau ingat hantu bukan tadi dia senyap ke.

"Jangan kau memandai nak minta nombor mana-mana jantan." Keras amaran Asyraf.

"Eh bila pula lah dia ni."risha hanya mengumam kecil, niat dihati nak minta maaf dilenyapkan terus. Hana bergurau lah pakcik oi. Suka cari pasal!

Lelaki ini selalu saja ragu dengannya.malas dia hendak bertekak, takut pergaduhan mereka tambah teruk lagi. Taklah teruk mana pun cuma Asyraf angin sumatra dia lain macam.

"Aku bagi amaran je." kata Asyraf apabila melihat muka cemberut gadis itu. Eh budak ni tak reti nak say sorry ke. At least kata lah sayang aku sorang ke. Takde lain selain aku. Payah!

Risha hanya diam sambil menghadap tingkap. malas nak hadap mamat kerek tu.aku apa nanti. Kita juga yang salah. Diam lebih baik.

Sampai saja didepan rumah Risha terus dia keluar tanpa pamitan.buka pintu lalu masuk kedalam. biarlah lelaki itu nak kata apapun yang pastinya dia cukup tidak gemar dengan sikap Asyraf yang menyebalkan. Ada faham sebal.

Risha mendengar Asyraf melaung namanya tapi dia buat tidak peduli. pasti lelaki itu marah dengan sikapnya. tapi dia juga marah dengan sikap lelaki itu. Dua-dua marah siapa nak pujuk.

Asyraf hanya mengeluh melihat gadis itu masuk.dia tahu gadis itu marah. tapi dia tidak suka jika gadis itu bersembang berkenan lelaki walaupun adiknya sengaja bermain tapi dia cukup tidak suka biarpun hanya satu gurauan. Siapa yang faham perasaan aku sila bagitahu dorang ni.

Enjin terus menderum laju meninggalkan perkarangan rumah itu, sedaya upaya dia mengawal barannya.dia sayangkan gadis itu. jadi dia cuba kawal selagi boleh. Malam ini tak tidur lena lah disebabkan satu masalah sekecil tahi kuman. Siapa suruh kau sentap je kerja. Eh aku pula yang kena.
























Cukup tak untuk Hari ni, saja nak siapkan seblum exam nak juga tahu feedback dari korang..

Perangai Asyraf memang macm tuh, nnti akan lebih banyak prngaii Asyraf yg akn kluar..

Comment n vote LA shian saya

Bagilaah saya semangat sikit nak update..

Sorry lah kalau Ada typo tak smpat nak cek nantii sya Ada masa ,sya cek.

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

901K 36.8K 101
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
65.5K 3.1K 63
2nd Next generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kena...
573K 21.9K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
304K 6.2K 55
( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung p...