Mata Kera

By AfeefahAfif

60.9K 4.7K 321

Kata orang...malang tak berbau.. penyakit jangan di cari.. Tapi kadang-kadang tanpa kita sedar juga ada orang... More

Petang.
Cerita tersebar.
Hujan Malang.
Hati Gembira.
Marah.
Kali ke dua.
Berani.
Rasuk.
Menggali
Menggali ( Part 2 )
Menggali ( Part 3)
Menggali ( Part 4 )
Mayat berulat.
Pulang.
Datang.
Terlepas.
Terlepas (Part 2 )
Terlepas (Part 3)
Terlepas (Part 4)
Tinggal Dua.
Pengantin Mati.
Fitnah.
Koma Si Dendam.
Sedar.
Dendam.
Dendam.( Part 2 )
Dendam Mira
Misi membalas dendam.
Langkah Pertama.
Khadam baru.
Pertemuan.
Di khianati.
Bongkar
Buru Dan Di Buru.
Lari.
Malang.
Hidup Baru.
Makanan Setan.
Amanah yang belum terlaksana.
Culik.
Cari
Kemalangan
Takut.
Bunuh!
Kelu.
Semakin Tamat
Cahaya Hidayah.
Berakhir kematian.
Mencari.
Lepas.
Akan Bermula.
Sudah Bermula
Serentak.
Serentak (Part 2 ).
Hujung Nyawa.
Nyata Rupanya.

Serentak ( Part 3)

905 71 10
By AfeefahAfif

Tercungap-cungap nafasnya setelah melarikan diri dari Flat tadi. Mira membelok ke arah sebatang lorong di celah-celah bangunan kedai. Dia menyembunyikan diri di bawah tangga seketika. 

"Ahh..tak guna betullah. Ada saja yang nak menyibuk bila aku nak hapuskan kau.!"marahnya seorang diri. Segala apa yang telah di siapkannya selama ini bertukar sia-sia saja. Semuanya musnah begitu saja. Rambutnya di rentap kuat sambil tubuhnya di hentak-hentak ke dinding.

<<<>>>   <<<>>>  <<<>>> 

Ustaz Bahrain juga tak faham apa yang terjadi. Tiba-tiba sahaja tubuh Brahim kemerah-merahan lalu rebah tidak sedarkan diri. Brahim juga berhenti meratib yang bukan-bukan. Seolah-olah pihak di sebelah sana lesap begitu saja. Atau mungkinkah Mira sudah mengaku kalah? Ustaz Bahrain bingun sendirian.

"Aku tak faham apa yang jadi tadi. Macam hilang tak pernah ada. Pelik." Faroq turut meluahkan rasa peliknya setelah kereta mereka bergerak tidak jauh dari rumah Brahim.

"Entahlah. Tak tahu nak cakap. Kau tahu? Tangan aku yang berat tadi tiba-tiba jadi ringan."cerita Ustaz Bahrain.

"Samalah aku pun. Terduduk aku bila tangan aku jadi ringan tiba-tiba tadi. Astargfirullah...mungkin Allah dah bantu kita,weh."kata Faroq.

Ustaz Bahrain mengangguk mengiakan apa yang berlaku. Stereng kereta di pusing ke kanan lalu kereta membelok masuk ke perkarangan sebuah rumah bercat hijau muda.

"Nak ziarah Jubin sekejap."kata Ustaz Bahrain sambil membuka pintu. Faroq turut mengikut sama. Lama sudah dia tidak menjejakkan kaki ke rumah keluarga Bahrain. Kali terakhir ketika ayah Ustaz muda itu meninggal dunia. Tinggallah Bahrain seorang diri. Anak tunggal itu begitu tabah melalui kehilangan orang tuanya.

"Hmmhh...."nafasnya di hela panjang sebaik saja dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi rotan di luar rumah. Lama matanya memerhati kawasan rumah Ustaz Bahrain. Kemas dan terjaga. Keningnya berkerut tiba-tiba.

"Eh? Sejak bila ada buaian kat pokok cempedak ni?".

"Assalamualaikum..". Suara salam menegur Faroq yang ralit berfikir tentang wujudnya buaian.

"Maaf,ya. Tumpang lalu." Cendana terus melintas di hadapan Faroq.

"Ehhh..."larang Faroq.

"Ha? Kenapa?" Soal Cendana.

"Tak boleh masuk. Ni rumah orang lelaki."larang Faroq sambil menghalang  Cendana dari masuk ke dalam.

"Tapi saya tinggal di sini. Abang suruh."kata Cendana.

"Abang mana?" Soal Faroq lagi.

"Ustaz Bahrain." Jawab Cendana.

Faroq terbeliak. Sejak bila pula hal ini terjadi.

"Bahrain. Ni isteri kau ke?" Laju saja soalan itu di tujukan pada Bahrain sebaik saja dia muncul.

"Bukanlah...dia anak Jubin."jawab Bahrain.

"Dia duduk sini ke,weh?"

"Ha ah..kenapa?"Ustaz Bahrain menyangkut beg yang di ambilnya tadi ke bahu. Selipar di sarung ke kaki semula.

"Saya balik dululah,Pakcik Jubin." Kata Bahrain.

Jubin mengangguk sambik menghulur tangan.

"Abang balik dulu. Nanti abang datang lagi untuk isi barang dapur."kata Bahrain pada Cendana. Gadis itu mengangguk sahaja.

Faroq turut menghulur tangan pada Jubin. Matanya tak lari dari melihat Cendana.

"Kenapa muka Cendana tu macam muka Kak Qhasidah,weh?"

"Entahhhh.." malas Bahrain melayan Faroq ketika ini. Fikirannya masih lagi pada senarai barang-barang dapur yang di berikan oleh Jubin tadi.  Ada sesuatu yang tertulis di situ yang agak mencabar untuk di beli olehnya.Kotex.!

🌷🌷🌷

"Aku lapar.!"

Mira diam tidak membalas. Dia tahu dengan keadaan sekarang,dia memang tidak dapat memberi makan kepada Letong. Dia harus mencari jalan agar semuanya kembali pada plan asalnya.

"Aku lapar!" Bentak Letong lagi.

"Ya..aku tahu..kau tak nampak ke apa yang kita tengah hadap ni? Boleh fikir tak kat mana aku nak cari makanan kau? Bodoh!" Sumpah Mira. Panas hatinya.

"Aku tak peduli. Aku mahukan makanan aku!" Letong semakin menghampiri.

Mira tidak berganjak walau seinci pun. Dia tahu,Letong sengaja menduga rasa takutnya.

"Kalau kau lapar sangat pergilah cari makanan sendiri. Kat hospital pun banyak orang mengandung. Pilih je."kata Mira. Tidak sedikit pun dia mengalih pandangannya dari wajah Letong.

Letong mengundur dengan rasa tidak puas hati. Lama dia memerhati Mira. Dia tahu Mira takkan mudah mengalah. Sudah lama dia bersama Mira. Faham benar dengan perangai tidak mudah putus asanya.

"Pergilah cari makanan sendiri. Aku tak larang. Balik bila aku panggil."Mira merebahkan tubuh pada lantai simen. Perumahan terbengkalai itu menjadi tempat berteduh buatnya sementara waktu ini. Rasa sakit mula menjalar di seluruh tubuhnya. Semuanya kerana Ustaz Bahrain. Mira mendesis seorang diri menahan sakit.

"Aku akan pastikan kau mati di tangan aku, Qhasidah.!"

Mira berguling ke kiri dan ke kanan. Rasa sakit merayap dari kaki hingga ke kepala. Dunia terasa berputar-putar. Mira cuba bangun namun tubuhnya hilang keseimbangan lalu tersungkur kembali. Kepalanya terasa bagai ingin meletup. Meraung-raung dia menahan kepalanya sebelum terdiam pengsan.

🌷🌷🌷

"Allahumma solli a'la Muhammad...
Astargfirullah.. Astargfirullah.. Astargfirullah.."

"Insya Allah..semuanya akan berakhir tak lama lagi."kata Pak Husni. Air yang sudah di bacakan ayat Ruqyah di hulurkan pada Karissa. Gadis itu menyambut lalu meneguk sehingga habis.

"Terima kasih,Pak Husni. Saya harap Mira takkan dapat jumpa saya. Saya takut sangat."

"Tak ada yang akan berlaku jika Allah tak inginkannya. Kamu tidurlah di sini dahulu. Nanti-nanti kita fikirkan bagaimana nak tolong kamu. Rehat dahulu,ya." Kata Pak Husni.

Jam sudah berganjak ke pukul dua pagi kini. Seisi rumah terbangun bila mendengar jeritan dari Karissa. Mimpinya sungguh menakutkan. Mimpi tentang Mira yang takkan berputus asa untuk menangkapnya. Karissa meraung-raung,menjerit dan menendang bila Letong berjaya menangkap kakinya. Mujur saja mimpinya itu tamat bila Pak Husni dan Najwa datang merenjis air.

🌷🌷🌷

Penduduk Flat Arbi di gemparkan dengan berita penemuan beberapa mayat dan rumah yang sudah seperti tempat pemujaan. Rumah bernombor D17 kini menjadi kawasan panas buat penduduk dan pasukan polis. Hasil siasatan menemui dua mayat yang sudah reput serta beberapa plastik terisi bangkai ayam dan turut di jumpai ialah tulang-tulang kecil yang belum dapat di kenal pasti.

"Karissa mana?" Soal Akmal pada Sofi. Dia yang kebetulan baru keluar dari Hospital selepas kemalangan tempoh hari terkejut besar dengan berita yang di dengarinya.

"Karissa? What do you mean?" Sofi terbeliak.

"Karissa ada sekali masa aku lari hari tu.!" Akmal menekan suaranya. Suaranya di perlahankan kerana Izhar asyik menoleh ke arah mereka berdua.

"Mari ikut aku." Akmal bangun menuju ke tempat parkir di ikuti Sofi.

"Mal. Kau biar betul?" Sofi seakan tidak percaya mendengarnya.

"So where is she? Cuma Mumy and Lilah je yang polis jumpa. Tak ada orang lain."kata Sofi.

"Sekejap." Akmal mengangkat tapak tangannya ke arah Sofi.

"Bang.!"panggilnya pada pengawal yang sedang ralit memerhati kawasan parkir.

"Ya?"

"Nak tanya. Rumah hujung tu dulu bukan banyak orang ke?"

"Ha'ah..dulu banyak orang..Tak tahu tiba-tiba lesap macam tu je. Bulan lepas ada seorang perempuan yang terjun dari beranda dapur tu. Nasib jatuh dalam tong sampah tu. Kalau jatuh atas jalan boleh patang riuk. Tingkat tiga kot.."cerita dari "pak guard" membuatkan Sofi ternganga akibat terkejut.

Sofi dan Akmal terdiam. Nampaknya Karissa berjaya melarikan diri.

"Habis tu mana perempuan tu?"soal Akmal lagi.

"Kami hantar pergi hospital. Masa ketua Flat pergi melawat dia dah keluar dah. Ada orang yang jemput dia."

"Siapa?" Akmal pelik.

"Dalam borang tu di tulis ayah dia."

"Ayah?!" Akmal dan Sofi berkata serentak.

"Kenapa?"giliran pengawal flat pula yang terkejut.

"Dia tu anak yatim piatu,bang. Mak bapak dia dah tak ada..macam mana boleh ayah pula yang jemput?" Sofi mula tidak keruan.

Pengawal tadi semakin terkejut.

"Kita kena bagi tahu pada polis ni. Bahaya budak tu nanti. Entah-entah pembunuh tu yang menyamar jadi ayah dia tak?".

"Tunggu dulu,bang. Biar kami yang beritahu."cepat-cepat Akmal menahan pengawal keselamatan itu dari terus melangkah.

"Baiklah. Ada apa-apa lagi?"

"Tak ada,bang. Terima kasih.."balas Akmal dengan senyuman. Sebaik sahaja pengawal itu menjauh dia berkali semula ke arah Sofi. Lelaki itu berwajah muram kini.

"Aku harap dia masih hidup,Mal."kata Sofi.

"Me too."

Continue Reading

You'll Also Like

210K 13.6K 52
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah p...
101K 4.4K 19
Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang tinggal di asrama kerana tidak dapat balik untuk CUTI SEMESTER. Ini adalah pertama kali mereka terpaksa t...
28.4K 1.5K 10
Cerita ini adalah bukan rekaan.Cerita ini dikongsikan oleh seorang gadis berasal dari SABAH. Ceritanya bermula ketika dia dijadikan WARIS kepada ilmu...
94.8K 1.5K 29
Peristiwa hitam yang berlaku pada puluhan tahun lalu kini kembali. Zaki dihantui kembali makhluk yang pernah mengancam nyawanya. Adakah zackruddin da...