[C] Free Topup ♡JJK

snowflwr द्वारा

300K 40K 2.4K

Unknown number yang baik hati nak sedekah topup secara percuma. Kau nak? Aku nak! Woi topup free kot. Siapa y... अधिक

prologue
01
02
03
04
05
06
07
08
09
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
Ending?
042
043
044
045
046
047
048
049
051
052
053
054
055
056
057
058
059
060
061
062
063
064
065
066
067
068
069
070
071
072
073
074
075
076
TRAILER
077
078
079
080
081
082
Makluman
083 : Final (1)
084 : Final (2)

050

2.8K 327 21
snowflwr द्वारा


Warning! Chapter ni a bit cringey.

Aku harap kau ok baca chapter ni. Sebab ada part geli-geli sikit. HAHAHAHA MAAF K MAAF.

・・・

Ha-hachum!

Aku menggosok hidung yang terasa pedih. Dah merah pun hidung ni.

"Ahhh aku benci flu!"

Rungut aku dengan cemikan wajah. Aku rasa macam nak demam. Kepala pun berat je.

"Ada budak demam la."

Aku jeling Jaehyun yang berdiri tegak didepan pintu bilik aku. Sibuk.

"Kau buat apa kat sini? Serabut je."

Jaehyun tersengih. Dia masuk kedalam bilik aku dengan muka tebal dia.

"Tadi Jungkook hantar kau balik en Kyung?"

Dia tanya sambil mencangkung didepan aku. Aku alihkan pandangan kearah lain. Tangan sibuk menggosok hidung yang kian merah.

"Em dia ah hantar. Harap kau ambik, sempat lah aku mereput dulu depan pagar sekolah tu."

Aku perli dia dengan nada biasa. Aku perasan yang Jaehyun jeling aku dua tiga kali tapi, kesah apa aku?

Dah lah tak ambik aku tadi. Nak kata tak tengok whatsapp, ada je bluetick tadi. Sampah betul! Nak balik jalan kaki, hujan pula. Nak taknak, aku tumpang juga si anak Jeon tu. Memandangkan aku dan dia je yang masih belum balik. Tu pun balik naik motor. Redah hujan juga ah. Tapi better lah dari redah hujan dengan jalan kaki kan?

Aku redha.

Semua ni gara-gara detention class cikgu Jaehi. Argh geram kalau ingat balik! Fuh sabar Kyung.

Hachummm!

"Perrghhh perempuan ke jantan? Bergegar rumah dengar kau bersin."

Jaehyun sudah duduk bersila diatas lantai. Aku jeling dia tajam. Weh kitorang ni memang rajin menjeling. Mohon faham.

"Jangan kacau akulah Jae. Takde mood nak gaduh ni."

Rungut aku. Jaehyun mencebik. Tangannya naik menyebak rambutnya kebelakang.

"Jungkook tu baik ah Kyung. Asal kau taknak terima dia?"

Tiba-tiba Jaehyun tanya soalan tu. Dengan pandangan redup ft suara sayu dia. Dah kenapa suara sedih tu? Aku pandang dia pelik.

"Asal pandang aku macam tu? Pelik ke soalan aku?"

Tanya Jaehyun lagi. Kali ini dia sudah berbaring dilantai beralaskan lengan sendiri.

"Takde ah. Aku cuma pelik kenapa tiba-tiba kau sibuk nak masuk campur hal aku dengan Jungkook. Maksud aku, sejak bila Woh Jaehyun pandai masuk campur hal hati perasaan orang ni? Aku syak kau ni lepas baru tengok drama. Drama apa kau tengok duh? Drama tangkap leleh eah? Emo semacam je."

Aku tarik selimut untuk selubung diri dalam tu. Sejuk tiba-tiba. Aish sah aku demam ni.

"Haih!"

Terdengar keluhan kuat dari Jaehyun. Aku selak selimut sikit untuk tengok dia yang berbaring dilantai. Jelas muka frust dia.

"Kau dah kenapa mengeluh macam tu? Ada masalah ke?"

Tanya aku. Jaehyun lirik aku sekilas dan kembali pandang kipas yang ligat berpusing disiling bilik.

"Takde apa ah. Aku cuma terfikir perasaan Jungkook. Dia tu macam sungguh-sungguh nak dekat kau tau? Tapi kau sikit pun tak bagi dia peluang. Mesti hati dia pedih gila balipbaya kan?"

Kali ini aku terus keluar dari selimut. Aku gagahkan diri untuk turun dari katil. Tanpa kata, aku labuhkan tapak tangan diatas dahi Jaehyun.

Tak panas pula. Dah tu, dah kenapa mamat ni?

"Apa kau ni?"

Jaehyun tolak tangan aku perlahan. Dia bangun dan duduk berhadapan aku, bersandar didinding bilik.

"Kau kenapa? Emo je. Nak kata period, eh macam tak masuk akal sangat je."

Pap!

Tangan Jaehyun menempek pelan didahi aku. Muka dia kelat.

"Bodo taknak simpan sikit ke Kyung? Agak-agak ah. Ada pula masuk sampai bab piyed. Piyed tu kaum kau je weh. Kaum aku takde yang piyed."

Rungut Jaehyun bikin aku ketawa. Ketawa ke? Entah. Lemah semacam je ketawa aku kali ni.

"Habis tu apa? Asal kau macam ni weh?"

Tanya aku. Jaehyun garu kepala dia yang aku tak pasti gatal atau tidak. Eheh.

"Aku baru lepas tengok drama sedih tadi. Sebak weh. Tu yang terikut-ikut emosi tu."

Jelas Jaehyun dan senyum kekok. Aku mencebik. Dah agak dah! Jaehyun ni memang spesies hantu drama weh. Macam-macam storyline drama ada dalam kepala otak dia ni.

"Ah kau. Sensitif teruk. Pergi keluar sana. Aku nak rehat. Sakit kepala lah."

Halau aku sambil menolak badan Jaehyun. Dia mengeraskan badan dan tanpa aku sedar, air mata dia dah merembes macam air terjun.

Shet- dia kenapa doh?

"E-eh k-kau asal sia?"

Tanya aku perlahan. Bahu dia aku sentuh dengan hujung jari telunjuk. Hujung ya hujung! Aku takut nak sentuh lebih-lebih. Buatnya emo dia tunggang terbalik, mahu ditepisnya tangan aku.

"Kenapa drama tu sedih sangat? Aku sebak gila weh. Kau bayangkan dalam tempoh sejam setengah tu aku kena tahan perasaan nak nangis sebab ibu tumpang sekaki dengan badan-badan sekali dia tumpang join aku layan drama?! Seksa Kyungggg."

Terhincut-hincut bahu Jaehyun. Aku dah garu kepala. Pusing.

"Tapi takkan ah dalam bilik aku juga tempat kau nak lepas perasaan kau?"

Tanya aku. Jaehyun pandang aku dengan rembesan air mata dia. Ehek buruknya muka.

"Tak boleh ke?"

Dia tanya aku balik dengan kerutan kening. Air mata masih lagi mengalir. Macam taknak berhenti pun ada. Lahai emonya kau. Kalah kaum hawa.

"Aku tak kata tak boleh. Tapi tu lah, aku nak rehat. Lagipun aku tengah demam ni."

Jelas aku. Jaehyun gosok mata dia yang kian merah dengan lengan sweatshirt yang dipakainya.

"Takpe kau rehat je. Aku malu ah nak redah ruang tamu masuk bilik aku. Ibu tengah berzumba depan tu. Wuwuwuuu sedihnya."

Dia tarik hingus dalam-dalam. Bibir bawah diketap sekuat hati. Aku larikan pandangan kearah lain.

"Hm yelah. Berwuwu lah kau sorang-sorang sana. Nanti kalau dah ok, terus masuk bilik kau. Aku nak rehat ni."

Aku terus bangun dan baringkan tubuh keatas katil. Aku lirik Jaehyun yang sudah baring mengiring sambil memeluk lutut diatas lantai. Fuh serius sebak teruk budak ni.

・・・

Zip sweater dinaikkan apabila angin malam agak kencang. Plastik ubat ditangan digenggam dan dimasukkan kedalam poket sweater.

"Sejuknyaaaaa."

Rungut aku. Cakap pun dah keluar asap dimulut. Suhu malam ni lain macam sia sejuknya. Ke sebab aku demam?

Aku baru balik dari beli ubat demam sebenarnya. Boleh je suruh Jaehyun belikan. Tapi tadi lepas aku bangun tidur, aku nampak dia pun dah tertidur atas lantai dalam keadaan mengiring peluk lutut. Nak kejut pun macam tak sampai hati je. Penangan drama leleh dia punya pasal. Adeh.

Brak!

Dalam tengah mengelamun, aku dah terlanggar seseorang. Pantas aku pandang gerangan yang dilanggar aku.

Jungkook.

Hm cerita aku cliche weh. Maaf. ಠ⌣ಠ

"Eh kau buta ke?"

Dia bersuara keras. Kalut dia berdiri sambil menepuk sweater hitamnya.

"Sorry weh. Aku tak sengaja."

Aku meminta maaf perlahan saat suara keras dia menyapa pendengaran. Kecut perut tetiba. Jungkook terus pandang aku.

"Lah kau ke? Ingatkan siapa tadi. Kau ok tak ni?"

Dia pandang aku. Aku hanya angguk ringkas sebagai jawapan. Wajah Jungkook aku amati. Pandangan aku terhenti pada hidungnya. Weh hidung dia merah macam aku. HAHAHAHA k tak lawak aku tau dah.

"Kau kena flu juga ke?"

Tanya aku. Kini aku dan dia sedang berjalan bersebelahan. Ok macam tak percaya kan? Huhu aku malas nak larikan diri sebenarnya. Dengan keadaan kesihatan yang tak berapa baik ni. Layankan aje lah.

"Eh macam mana kau tahu? Stalk aku ke sia? Shet- creepy odo."

Jungkook jauhkan jarak kami tiba-tiba. Aku guling biji mata. Aku dekat dengan dia lalu jari aku jentik hujung hidung Jungkook selamba.

"Hidung kau dah macam rudolph. Aku tahu lah."

Jawab aku. Jungkook pegang hidung dia dan kembali pandang aku.

"Oh aah. Hahahahaha kau pun kena flu?"

Soal dia. Aku gosok hidung aku dan angguk perlahan. Jungkook tersengih.

"Kau tau ni maksudnya apa? Maksudnya, kita berjo-haaachium!"

Dia terbersin depan muka aku tanpa sempat habiskan ayat dia. Abangang bertingkek-tingkek. Mata aku terpejam untuk beberapa saat dan-

Hacum!

Aku pula yang terbersin depan muka dia. Ha ambik kau. Puas hati aku. Dengan pandangan kuyu, aku gosok hidung aku menggunakan jari telunjuk.

"Ergh bakteria merebak doh."

Rungut Jungkook dengan kerutan dahi. Aku mendekat dengan dia lalu kaki dijinjatkan sedikit supaya wajah kami berhampiran.

"E-eh kau kenapa?"

Dia pandang aku. Aku perasan yang mata dia bergetar macam tengah nervous?

Aku hanya diam tak membalas. Ralit aku tenung anak mata coklat gelap kepunyaan Jungkook.

"Weh? Kau nak cium aku ke? Dekat sini? Public kot."

Dia masih bertanya dalam nada gugup. Tangannya naik memegang sisi lengan aku.

"Maksud aku, kau boleh cium aku tapi kita boleh cari tempat private si-"

Hacum!

Aku bersin depan muka dia tanpa sempat dia habiskan ayat. Dengan muka derk hati kering aku, aku menjauhi Jungkook yang macam terpempan. Terkelip-kelip mata dia. Hah deserve that. Gatal sangat.

"woAHHH! DUA KALI KAU SEMBUR BAKTERIA DEKAT MUKA AKU! DUA KALI!"

Dia meraup muka dia kasar. Sebelah tangan dah bercekak pinggang. Tak duduk diam aku tengok dia ni. Dah macam cacing panas.

Aku tergelak kecil. Dia pandang aku dengan pandangan tak percaya.

"Serius Kyung? Kau gelak lepas dah- ugh!"

Jungkook menyebak rambutnya kebelakang. Dia gosok hidung dia yang memerah seperti aku.

"Tu aku kata kau lain dari yang lain."

Tiba-tiba dia bersuara lembut. Pandangannya jatuh kearah wajah aku.

"Cara kau, sikap kau. Sumpah berbeza Kyung. Sebab tu aku suka kau. Even kau punya perangai tak nampak ciri-ciri jantina kau. Aku ok. Aku boleh terima. Sebab kau Ahn Sekyung."

Situasi yang sepatutnya aku hayati dengan ketawa sepenuh hati tadi dah berubah kepada situasi dimana dia, sudah berdiri didepan aku dan tangannya sudah menekup pipi aku yang mula berona merah.

Merah sebab suhu. Bukan blushing.

"Aku boleh tunggu hati kau terbuka sepenuhnya untuk aku. Sikit pun aku tak pernah jemu cuba tarik perhatian kau."

Dia dekatkan wajah kami hingga hidung dia dan aku bersentuhan. Aku hanya diam membisu. Tangan aku kemas didalam poket sweater. Sebelah tangan memegang erat plastik ubatan didalam poket tadi.

"Macam mana serabut sekali pun kau dengan sikap aku, aku nak kau tahu yang aku takkan berhenti tarik perhatian kau."

Dia selit rambut yang menutupi sebahagian mata aku dibelakang telinga.

"Sebab aku dah betul-betul sukakan kau."

Ujarnya perlahan. Seakan membisik. Aku gigit bibir bawah. Entah weh, aku rasa- kelakar tapi dalam masa yang sama, ada satu perasaan yang aku sendiri tak tahu nak jelaskan macam mana.

Ok part kelakar tu sebab aku dan dia berdiri ditengah-tengah jalan. Kiri kanan kami orang sibuk lalu-lalang. Dah lah aku dan dia sama-sama demam. Hidung dua-dua merah je.

"MAMA! ADA RUDOLPH!"

Jeritan seorang kanak-kanak menjarakkan aku dan Jungkook. Aku dan dia memandang kearah kanak-kanak itu. Ibu kanak-kanak tadi datang dan mendukung anaknya. Dia memandang kami dan dia seperti terpempan saat pandangannya bertautan dengan Jungkook.

"Hana."

Bisik Jungkook tapi aku masih dapat dengar sebutan dia dengan jelas. Diorang kenal?

・・・

Tbc-

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

Chess- J.J.K✔ ♥ द्वारा

किशोर उपन्यास

74.3K 6.9K 57
"Kau tahu, dulu aku tak tahu nak cakap dengan kau ke tak" "Samalah, awkward weh" - Aku dengan dia tak pernah nak cakap. Sampailah satu masa dia tegur...
794 98 20
Apa perasaan kau bila buka mata je, terus nampak muka musuh kau sedang tidur nyenyak sebelah kau. Tak cukup dengan itu, korang dah ada anak umur lima...
[c] call | jungkook ay. द्वारा

फैनफिक्शन

2.2K 1.2K 13
+ he's looking at me.. he's has no face. p/s : penulis tidak menyarankan anda untuk membaca karya ini sekian makan serai. © ssawvaend storyline
7.1K 1K 14
» Takdir Tuhan telah membawa kita berdua bersama dan saya sangat bersyukur, awak adalah hadiah istimewa bagi saya. KIM TAEHYUNG ISLAMIC FANFICTION |...