Sumpah Wardina.

By the_tisce

30.1K 587 113

Seorang lelaki yang mempunyai segala-galanya. Pangkat, rupa dan harta. Tetapi Tengku Iskandar bin Tengku Adna... More

Introduction
(1) Wanita
(2) Jaket Itu
(3) Hilang
(4) Aku Disakiti
(5) Banduan
(6) Kisah Sebenar
(7) Racun
8
9
10
11
12
13
14
15
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29

16

899 11 0
By the_tisce


"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat." (Surah An Nisa': Ayat 58)   

Suasana di Bandar Bangi pada ketika itu kelihatan agak hening dari yang sebelumnya. Nur Wardina memakirkan keretanya berhampiran dengan sebuah kedai runcit. Nur Wardina berjalan menuju ke sebuah kedai mencari makanan segera untuk dibawa ke asrama hotel. Sesekali jam tangannya dikerling sekilas. Sudah jam 8.30 pagi. Kerjanya bermula pada pukul 9. Nur Wardina menghembus nafas. Mujur sahaja dia sudah sarapan. Ini tinggal mencari makanan segera untuk makan malam sahaja.

"Wardina, pengarah cakap dia boleh bagi kau peluang.. Tapi..." kata Shaa sambil membetulkan rambut hadapannya

"Tapi apa Sha? Ada kerja extra ke? Aku sanggup buat."

"Hmm, tak. Dia cuma kata, kalau prestasi kau tak memuaskan...."

"...kami yang akan dipecat."

Perbualan wanita itu bersama Sha masih terniang-niang dalam kepalanya. Nur Wardina terasa hampa. Sungguh dia tiada niat untuk menyusahkan sesiapa. Dia cuba buat yang terbaik. Perkara yang sama berlaku di rumah Tengku Iskandar di mana Tengku Olivia mempertahankannya.

'Sha, kalau kau tahu aku ni bekas pembunuh. Kau takkan back up aku macam tu sekali.'

Nur Wardina mencapai beg dompet di dalam beg galas kecilnya. Beg dompet itu dibuka untuk memeriksa isi di dalamnya. Mudah-mudahan masih ada baki duit untuk membeli makanan segera. Jika tiada, terpaksalah wanita itu berjalan lebih jauh untuk mengeluarkan wang di mesin ATM yang berada di hujung lot kedai.

"Erm, cukup kot? Instant food je kan?" Nur Wardina memerhati wang genap rm50 itu.

Nur Wardina menggenggam beg dompetnya erat. Tidak semena-mena, seseorang berbaju hitam berlari ke arah Nur Wardina. Menyedari akan kehadirannya, wanita tersebut menoleh ke arah lelaki itu.

"Cik..." kata lelaki tersebut tercungap-cungap kerana penat berlari. Nur Wardina aneh melihatnya. Dari atas ke bawah wanita itu memerhati lelaki yang berpakaian hitam dengan seluar pendek yang sudah koyak-koyak.

"Kenapa ni?" Soal Nur Wardina.

"Ada duit tak? Saya perlukan duit," kata lelaki itu straight to the point. Nur Wardina mengerut keningnya. Dah kenapa minta duit macam tu je?

"Kau ni siapa?" Soal Nur Wardina agak kasar.

"Alah, tak perlu lah tanya. Saya nak duit je," kata lelaki tersebut tanpa rasa malu.

"Aku pun takde duit untuk kau. Kalau nak duit pergilah kerja."

Tanpa diduga, bahu Nur Wardina dicengkam manusia itu membuatkan wanita itu terperanjat.

"HEI, apa ni?? Jangan sentuh aku lahhh!!!!" Jerit Nur Wardina apabila bahu dan tangannya yang memegang beg dompet dengan kejap itu dipegang oleh lelaki tersebut.

"Bagi je berapa banyak yang awak ada..." Dengan kasar, lelaki tersebut mencengkam lengan tangan Nur Wardina menggunakan kukunya yang panjang, sudah beberapa bulan tidak potong. Namun, tangan Nur Wardina masih kejap menggenggam beg dompet itu supaya tidak terlepas di tangan perompak gila itu.

"Auh. Sakitlah! Lepaskan aku! Ingat aku ada masa ke nak layan orang gila macam kau ni ha!!!!"

Bukkk! Lelaki gila itu terjelupuk di atas lantai akibat ditumbuk. Sudah pasti tumbukan padu itu bukan datang dari tangan wanita seperti Nur Wardina. Dia terpaku melihatnya kejadian itu. Matanya melirik pada lengan tangan yang terdapat kesan cengkaman. Merah! Mujur tidak berdarah.

"Kenapa kau kacau perempuan ni ha?!" Jerit Aizat Farhan yang datang secara kebetulan di tempat kejadian. Lelaki gila tersebut terus bangun dari baringnya dan berlari lintang pukang, jauh dari tempat itu.

Nur Wardina tercungap-cungap memohon oksigen. Nafasnya terasa bagai mahu terhenti apabila dia diserang sebegitu oleh orang gila. Tempat ni memang ramai orang gila ke? Namun, jantungnya kini berdegup kencang melihat lelaki di hadapannya kini. Merah wajahnya menahan rasa segan.

"Aizat..." Panggil Nur Wardina. Aizat Farhan menoleh pada Nur Wardina dan menghadiahkan senyuman manis.

"Are you okay?"

"I'm okay. Thanks to you," ucap Nur Wardina seikhlas hati. Senyuman manis kembali dibalas untuk lelaki itu. Mujur ada lelaki ini. Sungguh dia terhutang nyawa pada manusia di hadapannya. Tanpa Aizat Farhan, mungkin beg dompet kesayangan pemberian ibunya itu akan hilang begitu sahaja. Namun, senyumannya mati apabila matanya melirik pada seseorang di sebelah Aizat Farhan.

"Apa yang menarik sangat engkau ni sampai orang tu attracted dengan kau?" Soal Tengku Iskandar, seperti biasa suka menyakitkan hati Nur Wardina dengan kata-katanya. Nur Wardina tidak pula membalas soalan bodoh itu. Nafasnya dihela berat, menunjukkan wajah yang jelas mempamer rasa jengkel pada lelaki tersebut. Wajah lelaki itu pun tidak sanggup untuk dia tatap.

"Wardina, jom kita breakfast sama-sama?" Ajak Aizat Farhan membuatkan Tengku Iskandar mendengus kasar.

"Em, takpelah encik Aizat. Saya dah breakfast," jawab Nur Wardina. Aizat Farhan ketawa besar mendengarnya lantas matanya memandang Tengku Iskandar. Tengku Iskandar tidak pula ketawa bersama Aizat Farhan. Apa yang lawak sangat?

"Kenapa panggil saya encik?? Panggil Aizat jelah." Nur Wardina tersenyum kelat mendengarnya.

"Sebenarnya pukul 9 saya dah kena masuk kerja..."

"Oh, awak dapat kerja baru? Kerja apa?"

"Emm, kerja biasa-biasa je."

"Wah, ada orang dah boleh terima bekas banduan macam kau? Atau diaorang sebenarnya tak tahu kau bekas banduan?" Sekali lagi, Tengku Iskandar membangkitkan isu 'status' sebenar Nur Wardina membuatkan Aizat Farhan mencebik.

"Is, enough. Dia dah berubah dah pun."

"Berubah? Aku takkan maafkan dia sampai bila-bila." Nur Wardina menundukkan pandangannya. Cuma memekakkan telinga dari kata-kata lelaki itu.

Nur Wardina mengerling jam tangannya lalu matanya terbuntang. 9.15????

"Encik Aizat... eh, Aizat. Maaf ya. Saya minta diri dulu!" Ucap Nur Wardina lalu berlalu pergi meninggalkan Aizat Farhan dan Tengku Iskandar. Nur Wardina berjalan menuju ke tempat parkir kereta tadi lalu terus masuk ke dalam tempat pemandu. Tidak semena-mena, air matanya mengalir.

"Kenapa? Setiap kali lelaki tu ungkit pasal ayah dia, aku rasa bersalah? Aku tak patut rasa bersalah. Aku dah bayar semuanya. Tapi kenapa masih ada rasa macam ni. Ya Allah, kuatkan hambaMu ini."

++++

Ding Dong!

Loceng rumah mewah Tengku Iskandar berbunyi menandakan seseorang berada di luar. Seperti biasa, Mak Jah yang sedang sibuk di dapur terpaksa berlari terkedek-kedek mendapat pintu tersebut. Tombol pintu canggih itu dibuka dengan cermat lalu daun pintu dibuka. Wanita tua itu meneguk air liur melihat kelibat di hadapannya.

"Cik Brittani?" Ujar Mak Jah apabila kelihatan Brittani terpacak di hadapan rumah Tengku Iskandar dengan tangannya memeluk tubuh.

"Ermmm, Tuan Iskandar takde kat sini.... Dia kerja.." kata Mak Jah takut-takut dengan mata tertunduk ke lantai. Brittani mencebik kasar mendengar kenyataan dari orang gaji tua itu.

"Ada aku cakap aku nak jumpa dia ke? Tepi sikit!!!" Tengking Brittani sebelum menolak badan Mak Jah supaya ke tepi dan tidak menghalang laluannya masuk ke dalam rumah mewah itu. Brittani tersenyum lebar sambil memandang kebesaran rumah anak jutawan itu. 'Tak lama lagi rumah ni jadi milik aku!' Tanpa segan silu, Brittani mengambil tempat di sofa mewah rumah tersebut. Tangannya mencapai remote TV dan punat ON ditekan untuk menghidupkannya. Kaki Brittani diangkat lalu diletakkan di atas meja. Mak Jah pula hanya memerhati perlakuan wanita itu. Tidak berani mahu menegurnya. Tidak lama selepas itu, bebola mata Brittani melirik pada Mak Jah yang tercegat di hadapan pintu.

"Hoi! Kau ni orang gaji tua tak sedar diri, kan? Orang gaji buatlah cara orang gaji. Tercegat makan gaji buta je yang kau tahu? Pergilah ambilkan aku air! Lepas tu picit kaki aku ni," perintah Brittani berlagak seperti seorang permaisuri dalam rumah itu. Mak Jah yang tercegat itu tersentak mendengar arahan sebegitu lantas dia sendiri terpinga-pinga membuatkan Brittani semakin geram.

"CEPATLAH BODOH!!" Brittani mencampak remote Tv ke arah Mak Jah. Mujur tidak terkena wajah orang tua itu kerana dia sempat menepis. Dengan rasa terhina, orang tua itu berlalu ke dapur untuk menurut perintah Brittani. Dia sedar dia hanya orang gaji. Tetapi kenapa perlu dilayan seperti abdi? Sebenarnya ini bukan kali pertama Brittani melayannya seperti itu. Mak Jah sangat berharap Brittani tidak akan berkahwin dengan Tengku Iskandar kerana dia tahu perkara yang lebih buruk lagi wanita itu boleh buat padanya. Tengku Iskandar yang baik tidak pantas dengan wanita seperti itu!!

"Dah la tua. Lembab. Suruh ambilkan air je. Bukan kerja susah pun. Kalau aku jadi Iskandar, aku dah pecat orang gaji tua macam tu!" Bebel Brittani seorang diri sambil menonton televisyen di rumah Tengku Iskandar itu.

Beberapa minit kemudian, Mak Jah datang membawa air kosong dalam gelas kaca dan hulurkan pada Brittani.

"Cik..." Brittani menjeling air yang dihulurkan itu lantas bangun dari duduknya.

"Air kosong? Muka macam aku ni memang patut minum air kosong je ke?" Soal Brittani dengan rasa tidak bersyukur dengan apa yang ada. Mak Jah tertunduk ketakutan.

"Bukan... cik tak cakap pun nak air apa," jawab Mak Jah membuatkan darah Brittani naik serta-merta.

"Kau berani menjawab kan? Kau sedar tak kau tu orang gaji je? Taraf kau bawah tapak kaki aku je tahu tak???" Tanpa belas kasihan, tubuh Mak Jah yang sudah tua itu ditolak dengan kasar sehingga jatuh.

"Aduhhhh! Sakit!!!" Jerit Mak Jah yang tulangnya sudah tidak kuat itu. Segelas air yang dipegang Mak Jah tertumpah ke lantai menyebabkan Mak Jah basah. Mendengar suara jeritan Mak Jah, Tengku Olivia berlari menuruni tangga mendapatkan orang tua yang sudah terjelupuk itu.

"MAK JAH!!" Seru Tengku Olivia yang sudah berlutut mengusap bahu Mak Jah yang jelas dalam keadaan sakit pada ketika itu. Brittani menarik muka dari wajah wanita tersebut.

Tengku Olivia mendengus kasar lalu bangun dari duduknya, berdiri menghadap Brittani.

"Kau ni apahal ha? Kau tahu tak dia ni dah tua?" Soal Tengku Olivia kerana Brittani tergamak berlaku kasar pada orang gaji yang sudah tua itu.

"Aku tahu dia dah tua. So?" Jawab Brittani selamba.

"Kau ni memang takde hati perut, kan? Kalau patah tulang dia ni, kau nak tanggung kos rawatan ke? Beli makeup pun guna duit abang aku. Apa kau ingat kau besar sangat?" Lawan Tengku Olivia tidak mahu mengalah. Nasib Mak Jah harus dibela!

"Hei, orang gaji tua ni takkan bagi manfaat pada aku. Kenapa aku kena peduli pasal dia?"

"Dia banyak berjasa dalam keluarga aku. Yang tak bagi apa-apa manfaat tu, engkau sebenarnya! Aku doakan perkahwinan kau dengan abang aku takkan jadi! Berambuslah!!!!" Tengku Olivia menghalau Brittani keluar tanpa sedikit pun rasa takut. Brittani mula rasa geram dan menghentak kaki melangkah keluar dari rumah itu. Tengku Olivia menggeleng kepala melihat kelibat Brittani yang berlalu pergi, lantas kembali mendapatkan Mak Jah yang masih terbaring kesakitan.

"Aduh...."

"Mak Jah, Mak Jah okay ke??" Soal Tengku Olivia sambil mengusap bahu Mak Jah, seperti ibunya sendiri.

"Sakit..." Air mata yang keluar dari mata orang tua itu membuatkan Tengku Olivia mencebik teringat perlakuan Brittani sebentar tadi.

"Mak Jah, lain kali jangan bagi dia masuk. Memang betul dia bakal isteri abang saya. Tapi belum sah lagi. Dan dia takde hak masuk rumah ni sesuka hati," ujar Tengku Olivia dengan lembut.

"Mak Jah dah cuba..."

"Takpe, Mak Jah. Jom Olivia bawa Mak Jah ke bilik

++++

Tengku Iskandar memandu masuk ke ruang parking staff. Sepatutnya ruang parkir untuk CEO disediakan khas betul-betul di hadapan pintu masuk. Tetapi Tengku Iskandar sengaja mahu memeriksa kereta stafnya. Tidak tahu kenapa tiba-tiba hari ini dia lakukan kerja seperti itu.

Tengku Iskandar menekan brek kereta setelah menemui sebuah kereta Suzuki Swift bewarna biru yang diparkir bersama-sama dengan kereta staf yang lain.

"Aku dah agak dah. Dia mesti kerja dekat sini." Tengku Iskandar bermonolog sendirian. Tidak semena-mena, senyuman sinis terbit di bibirnya.

"Kau memang ditakdirkan untuk berada dalam penjara aku."

++++

"Kenapa kamu lambat? Tahu tak sekarang dah pukul 9.30?" Tegur Encik Muiz dengan tegas. Nur Wardina tertunduk memandang lantai.

"Maaf, encik. Saya ada hal tadi. Maaf sangat-sangat," ujar Nur Wardina dengan rendah hati.

"Okay, takpe. Lain kali jangan buat lagi, ya?" Pesan Encik Muiz membuatkan Nur Wardina rasa bersyukur mempunyai bos yang baik seperti lelaki itu. Jika Tengku Iskandar bosnya sekarang, sudah pasti segala maki hamun dan ungkitan yang dia terima.

"Baiklah, encik. Terima kasih banyak-banyak," ucap Nur Wardina seikhlas hati.

Tanpa membuang masa, Nur Wardina terus menuju ke kaunter pendaftaran dan mendapatkan kunci bilik yang dia perlu bersihkan. Sudah pasti tersebut merupakan bilik yang baru sahaja pelanggan check out. Dan sudah semestinya bilik itu dalam keadaan yang kotor.

"Erm, Wardina..." panggil Sha membuatkan Nur Wardina menoleh kea rah orang itu.

"Lepas kemas bilik tu semua, nanti tolong mop lantai dekat lobby, ya? Yana akan sapu sekejap lagi. Kau tinggal mop je, okay?" Nur Wardina tersenyum mendengarnya.

"Insha Allah," jawab Nur Wardina tanpa rasa terbeban sedikit pun.

"Wardina, maafkan aku," ucap Yana secara tiba-tiba membuatkan Nur Wardina aneh.

"Eh?? Tapi untuk apa?"

"Pasal tu. Kau kena kerja keras sebab taknak bagi aku dengan Encik Muiz kena pecat," ujar Sha penuh rasa bersalah. Nur Wardina menggeleng kepalanya.

"Sha, jangan merapu jauh sangat. Kau yang tolong aku dalam hal ni. Aku yang dah menyusahkan kau. Aku buat kau terlibat dalam masalah aku. Dan sebab kau aku masih berpeluang bekerja dekat sini."

"Hmm, aku rasa bersalah sebenarnya."

"Tak. Kau tak salah apa pun. Aku ni yang salah. Maafkan aku Sha. Aku janji, aku takkan biarkan pengarah pecat kau. Aku akan kerja betul-betul, seikhlas hati aku. Taka da istilah terpaksa dalam hidup aku."

++++

Tengku Iskandar yang berbaju style 'Business Casual' lengkap dengan kot hitam dan kasut kulit hitam mahalnya itu berjalan ke arah orang bawahannya yang lengkap dengan baju korporat. Beberapa orang lelaki berbadan tegap, juga berpakaian hitam berjalan di belakang Tengku Iskandar. Aliff Ashrul menyerahkan dokumen penting yang disediakan untuk bosnya itu bagi menghadiri mesyuarat dengan biro hubungan luar. Tengku Iskandar menyambut huluran dan membuka fail dokumen itu.

"Semua dah lengkap?" Soal Tengku Iskandar pada pekerjanya itu. Aliff Ashrul mengangguk perlahan. Tengku Iskandar memeriksa setiap dokumen yang disediakan satu per satu. Aliff Ashrul pula berdiri tegak, menunggu komen Tengku Iskandar. Tidak semena-mena, mata Aliff Ashrul melirik ke ruang lobi yang berada di tingkat bawah. Ruangan lobi itu mampu dilihat dari atas. Keningnya berkerut melihat wanita yang sedang mop lantai.

"Is," panggil Aliff Ashrul membuatkan Tengku Iskandar yang sedang memeriksa dokumen itu mengangkat kepala memandang manusia di hadapannya.

"Kenapa?"

"Perempuan tu..." Kata Aliff Ashrul sambil matanya melirik ke bawah. Tengku Iskandar juga membuang pandangan ke bawah, iaitu bahagian lobi itu. Tergamam lelaki itu melihat Nur Wardina sedang mop lantai lobi yang luas. Tidak semena-mena, jantungnya berdegup kencang. Atas sebab apa pun dia tidak tahu. Dokumen yang dipegang terlepas dari tangan begitu sahaja membuatkan helaian kertas bertaburan di atas lantai. Aliff Ashrul aneh melihat perlakuan bosnya itu.

"Is, kertas tuuu!" Terdapat sehelai kertas tanpa sengaja terjatuh ke bawah dari tingkat atas. Mata Tengku Iskandar terbeliak apabila kertas itu jatuh di lobi betul-betul di hadapan Nur Wardina.

Nur Wardina terperanjat melihat sehelai kertas jatuh di kakinya. Mujur bahagian lantai itu tidak basah dan mujur juga dia tidak terpijak kertas itu. 'Siapa punya ni?' Nur Wardina mengangkat kepala memandang atas, mencari empunya kertas itu.

Dengan tangkas, Tengku Iskandar memegang kepala Aliff Ashrul lalu memaksa lelaki tersebut memusingkan wajah. Tengku Iskandar juga berpusing ke tempat lain lain supaya lari dari pandangan Nur Wardina. Nafasnya tercungap-cungap. Dia tidak boleh biarkan perempuan itu tahu dia lah bos barunya. Rosaklah permainan dia nanti!

"Hei, kau! Pergi ambil kertas tu dekat bawah," arah Tengku Iskandar kepada salah seorang lelaki berbaju hitam. Lelaki tersebut mengangguk lalu menurut perintah.

'Nur Wardina bt Ismail. I've got you!'

Nur Wardina masih memandang ke atas. Matanya kabur mencari sesiapa tuan punya kertas itu. Wanita itu melihat kandungan kertas tersebut. Ia merupakan surat perjanjain antara ketua unit dengan pengarah. 'Macam penting je benda ni? Takkan taknak?' Omel Nur Wardina dalam hati dengan tangan sebelah lagi masih setia memegang mop.

"Cik!" Panggil lelaki berbaju hitam yang diarahkan oleh Tengku Iskandar sebentar tadi. Nur Wardina menoleh ke belakang, memandang lelaki itu.

"Ini encik punya ke?" Soal Nur Wardina sambil menunjukkan kertas tersebut. Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum. Dalam masa yang sama, Tengku Iskandar memerhati Nur Wardina dari atas. Senyuman yang tidak pernah lekang di hadapan orang lain itu ditatap dari jauh. 'Kenapa bila berdepan dengan aku kau tak pernah senyum macam tu?'

"Weh, kau apahal tadi? Lain macam je," tegur Aliff Ashrul penuh tanda tanya. Tengku Iskandar menggelengkan kepalanya.

"Itu strategi permainan aku. Untuk sementara waktu, aku taknak dia tahu aku pengarah tempat ni. Tunggu masa yang sesuai bila aku nak kenakan dia," jawab Tengku Iskandar membuatkan Aliff Ashrul ketawa sedikit.

"Haha. Pandai kau jawab eh. Kau still nak main-main dengan dia?"

"Biarlah. Itu sumber hiburan aku."

Tidak lama selepas itu, telefon bimbit iPhone 7 milik Tengku Iskandar berdering menandakan seseorang menghubunginya. Jejaka tampan itu menyeluk poket mendapatkan iPhone nya. Tertera nama 'Olivia' di skrin telefon tersebut.

"Hello?" Ucap Tengku Iskandar setelah menjawab panggilan itu.

"Hello, Iskandar! Weh, kau tahu tak apa bakal bini kau tu dah buat??" Ujar Tengku Olivia mewujudkan rasa ingin tahu pada lelaki tersebut.

"Kenapa ni, Olivia?"

"Dia tolak Mak Jah sampai sakit-sakit tulang Mak Jah dibuatnya." Terbuntang mata Tengku Iskandar mendengar aduan dari Tengku Olivia itu.

"Apa? Betul ke? Mak Jah okay?"

"Soalan apa tuu?? Mestilah betul takkan aku nak tipu pula? Mak Jah masih meraung cakap dia sakit. Kena pergi klinik ni aku rasa ada masalah dengan tulang dia. Baliklah awal," cadang Tengku Olivia penuh prihatin. Kadang-kadang dia terasa rugi kerana tiada lesen memandu. Jika tidak, biar dia sendiri yang hantar Mak Jah ke klinik tanpa perlu mengharapkan abangnya.

"Ha yelah aku balik awal hari ni. Tolong tengok-tengokkan dia ya. Nanti aku cakap dengan Brittani," jawab Tengku Iskandar lalu memutuskan talian. Aliff Ashrul yang berada di sebelah lelaki itu membuang pandangan ke arah telefon bimbitnya.

"Brittani buat hal lagi?" Soal Aliff Ashrul dan Tengku Iskandar mengangguk sebagai respon, lantas lelaki tersebut mengeluh.

"Kasihanlah tengok kau ni. Tengok, Is. Korang belum kahwin lagi dia dah buat hal macam-macam. Cuba kalau lepas kahwin?"

"Aku terpaksa Lep.."

"Terpaksa? Maksudnya kau tak cinta dia?"

"Bukan tak cinta. Aku sayang dia. Sayang gila kat dia. Sebab tu aku nak kahwin dengan dia," kata Tengku Iskandar seikhlas hati.

"Kalau kau cinta dia, asal kau tak nikah dengan dia sejak lima tahun lepas? Kenapa sampai skearang tak kahwin-kahwin?" Tengku Iskandar menghembus nafas berat dengan soalan Aliff Ashrul itu.

"Kau faham tak perasaan aku? Aku sayang dia but at the same time family aku benci dia. Aku dilemma."

++++

Kring! Kringg! Telefon di kaunter perkhidmatan pelanggan itu berdering. Julian, petugas yang bertugas di bahagian perkhidmatan pelanggan mengangkat gagang telefon untuk menjawab panggilan tersebut. Di skrin telefon itu tertulis 'B340' menandakan panggilan tersebut dari pelanggan yang menginap di bilik B340.

"Ya, puan? Boleh saya bantu?"

"Coffee? Boleh boleh. Bayaran you buat after check out ya?" Gagang telefon diletakkan kembali ke tempat asal.

"Wardinaaa!!" Nama wanita yang baru bekerja di hotel tersebut dipanggil dengan suara nyaring Julian.

"Ya, Puan Julian?" Sahut Nur Wardina setelah berdiri tegak di hadapan seniornya itu.

"Ni, tolong buatkan dua cawan kopi. Ambil sachet dekat rak dalam stor tu. Lepas tu pergi hantar ke bilik B340 ya?"

"Baiklah, puan," sahut Nur Wardina sambil tersenyum lantas bergegas ke stor untuk mendapatkan dua sachet serbuk kopi. Kakinya terus melangkah ke pantry untuk membancuh kopi.

"Weh, nak aku tolong tak?" Tawar Sha dengan hati terbuka, datang mendekati Nur Wardina yang sedang mengacau kopi dengan menggunakan sudu.

"Hm boleh juga. Kau bawa satu, aku bawa satu. Okayy?"

"Okay sangat! Jom."

++++

Maisarah bersandar di atas sofa sambil menguis rambut hadapannya. Pakaian tak cukup kainnya sesuai dengan tempat yang dia kunjungi sekarang ini. Kedengaran bunyi muzik yang agak kuat sehingga menyengat telinga membuatkan manusia yang lain berjoget terkinja-kinja bagai tidak ingat Tuhan. Mujur Ameena sudah tidak tinggal bersamanya. Kalau tak, pasti telefon bimbitnya akan asyik berdering dan budak tak guna itu akan ganggu kerjanya. Kakinya yang bersih tanpa sebarang bulu itu disilangkan. Adrian yang berada di hadapan Maisarah mula memandang wanita cantik itu dari atas ke bawah.

"You, I nak cakap something boleh?" Maisarah membuka bicara membuatkan Adrian mengangkat kening.

"Ada apa?" Soal Adrian sebelum meneguk air kencing syaitan dengan gelas kecil.

"You sudi tak tidur dengan perempuan lain, selain I?" Soal Maisarah dengan soalan bodoh. Adrian yang mendengar soalan tersebut serta-merta tersedak dan terbatuk.

"You cakap apa ni?!" Bentak Adrian dengan nada marah membuatkan Maisarah tersentak. Kepalanya ditundukkan memandang lantai.

"Maafkan I. I bukan nak sindir you. Tapi I ada janji dengan kawan I," jawab Maisarah, jujur terus dengan Adrian. Brittani membantu Maisarah untuk 'menjaga' anaknya, sebagai hadian Maisarah perlu benarkan Brittani bersama Adrian. Adrian meletakkan gelas kaca itu di atas meja lalu tangan lelaki itu memegang lembut pipi Maisarah. Mata mereka bertentangan pada saat itu membuatkan jantung Maisarah berdebar.

"Maisarah, you jual I ke?"

"EH, no no. I tak sebut pun nama you depan dia. Dia... Brittani. Dia yang kata dia nak you untuk satu malam." Maisarah terus menyebut nama perempuan itu lantas Adrian melepaskan pipi Maisarah.

"Kalau I taknak?" Soal Adrian sinis.

"Kalau you taknak, habislah I. Boleh, Adrian? Just for one night. Brittani tu cantik. I yakin you takkan menyesal." Dengan serta-merta, Adrian ketawa terbahak-bahak. Maisarah pula mengharapkan persetujuan dari lelaki tersebut.

"Boleh tapi dengan syarat..."

"...you kena serah diri pada I malam ni," ujar Adrian sambil tersenyum sinis. Maisarah meneguk air liur. Sejak berstatus janda, dia perlukan duit. Dia sangat berharap Adrian akan berkahwin dengannya. Dan kerana itu juga Maisarah agak takut dengan lelaki itu.

Continue Reading

You'll Also Like

2.6M 235K 84
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
2.3M 100K 79
#1 ENCIK'S SERIES 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐅 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐑 𝐗 𝐊𝐀𝐔𝐒𝐀𝐑 𝐔𝐌𝐀𝐈𝐘𝐀𝐇 "Assalamualaikum, cinta." Thaqif Jabar - seorang duda yang kacak, bekerjaya...
266K 14.8K 56
BUKAN KALI INI Pertemuan Dhea Haneesa dengan seorang lelaki bernama Tengku Elhan membuatkan hidupnya tidak tenang. Kemana sahaja dia pergi, pasti lel...
2.9M 148K 84
• romance • ; 1ST SERIES OF MISTER SYED DARIEL HAKIEM × MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum...