Love In Silent ✔

By CikVelvet

1.5M 59.2K 1.7K

Orang kata,cinta tu boleh datang bila-bila masa saja.Cinta tu jugak dikatakan buta.Betul ke? Tak! Tidak sama... More

INTRO
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
PROMOTE
BAB 17
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG I
EPILOG II
LOT LOVE
New Story

BAB 18

24.6K 1.1K 12
By CikVelvet

"LET'S get married.."

Aurell terkelu.Terkebil-kebil matanya memandang wajah tekad lelaki di hadapannya sekarang ini.Dia tersalah dengar ke atau lelaki ni yang tersalah cakap?

"Apa dia?" soalnya lagi.Sengaja nak pastikan semula.Tapi rasanya telinganya tak ada sebarang masalah.

"I said,let's get married", ulang Riyadh sekali lagi.Kali ini dengan bicara yang lebih yakin.Tak jelas ke dia cakap tadi?

Aurell ketawa yang dibuat-buat.Dia menghampiri lelaki itu yang masih berwajah tenang."Awak merepek apa ni? Awak sedar tak apa yang awak cakap?"

"Sedar.."

"Jadi kenapa tiba-tiba.."

"Sebab tadi awak cakap yang awak tak nak menyusahkan saya lagi sebab saya bukan siapa-siapa dalam hidup awak.Jadi saya melamar awak sekarang,Ell.Bila awak dah kahwin dengan saya,I'm your husband.Hana akan jadi adik ipar awak dan mama saya akan jadi mak mentua awak.Itu cukup untuk buang rasa bersalah dalam diri awak?" soal Riyadh.Kali ini dia lebih serius.

Aurell terdiam.Adakah sekarang ni dia terpaksa menelan semula kata-katanya? Tapi dia tidak bermaksud macam ni.Bukan ini yang dia mahu.

"Tapi kenapa awak perlu buat semua ni,Ad? Kenapa awak perlu ambil keputusan untuk berkahwin dengan saya? Saya yakin awak tak cintakan saya.Tapi kenapa awak buat semua ni?" soal Aurell.Dia betul-betul tak faham.Ada ke lelaki yang macam ni?

Riyadh mengeluh perlahan.Terpaksa jugak dia jujur dengan gadis ini.

"Kali pertama saya selamatkan awak depan hospital,I don't know why but I've promised to myself,kalau saya dipertemukan sekali lagi dengan awak dalam keadaan awak yang memerlukan pertolongan,saya akan lindungi awak dan jaga awak.Dan beberapa hari kemudian.. saya terjumpa awak pada malam tu",

Sekali lagi tiada kata-kata yang keluar dari mulut Aurell.Takkanlah sampai lelaki ini sanggup berjanji untuk membantunya?

" Tapi Ad,awak dah banyak berkorban untuk saya,so please stop! Tolonglah jangan musnahkan hidup awak dengan berkahwin dengan saya", kata Aurell.Permintaan Riyadh kali ini terlampau mustahil.Dia tahu lelaki ini berniat baik tapi tidak perlulah sampai sanggup musnahkan impiannya sendiri.

"Teruk sangat ke keputusan saya ni untuk berkahwin dengan awak sampai boleh musnahkan hidup saya?" soal Riyadh.Dia benar-benar tak faham dengan Aurell.

"Ad! Dari mula saya jumpa awak,saya ni memang menyusahkan awak.Saya menumpang rumah awak.Saya menyusahkan awak untuk uruskan kereta saya.Dan saya dah mengheret awak dengan masalah saya ni.Awak sedar tak? Saya malu dengan awak dan Kak Hana! Dan keputusan awak untuk kahwin dengan saya adalah satu keputusan yang tak masuk akal! Saya tak nak awak terjebak dengan masalah saya lagi dan permintaan awak tu akan lagi mengheret awak,faham tak?",

Aurell memalingkan badannya dari menghadap Riyadh.Sekali lagi air matanya bertakung.Tapi kali ini dia sendiri tidak pasti kerana apa.

" Apa guna saya jadi suami awak nanti? Bila kita dah kahwin,masalah awak akan jadi masalah saya.Saya akan lindungi awak,saya akan jaga awak.Saya takkan biarkan mereka tu semua dekatkan diri dengan awak.Awak akan selamat dengan saya.Please.. trust me", pujuk Riyadh.Kali ini dia memandang wajah Aurell.Dia mementingkan keselamatan Aurell saja sekarang.

"Tapi..saya tak nak.."

"Ell! boleh tak sekarang ni awak buang pemikiran awak yang rasa awak tu menyusahkan saya? I never say that and I will not say that.Please.. fikirkan keselamatan awak.Kalau betul awak menyusahkan saya,awak ingat saya akan buat semua ni?"

"Ad.. tolonglah jangan seksa diri awak macam ni.Kalau kita kahwin,awak takkan bahagia sebab awak berkahwin bukan kerana cinta", kata Aurell perlahan.Dia sudah berbelah bahagi.Sama ada rasa bersalahnya atau pun keselamatannya? Mana satu dia perlu pilih?

"Cinta tak menjaminkan kebahagiaan.Dan rasa cinta tu boleh dipupuk selepas kita berkahwin.Saya ikhlas kerana Allah untuk mengahwini awak.Siapa tahu,mungkin awak adalah jodoh saya yang saya cari selama ni?"

Aurell menundukkan wajahnya.
Macam mana ni? Apa patut dia buat? Dia tahu Riyadh memang ikhlas dengan semua ini.Dia nampak keikhlasan lelaki itu dan dia tidak sangsi.Tapi.. banyak kisah hidupnya yang Riyadh masih belum tahu.Riyadh belum mengenalnya.

"Ell,saya tak paksa awak untuk semua ni.Saya akan bagi awak masa.Kalau awak betul-betul tak boleh terima,awak pergilah.Buatlah apa yang awak mahu.Ingat Ell,jangan fikirkan soal lain.Ini hidup dan mati awak.Saya sanggup berkorban untuk awak,kenapa tidak awak sendiri?"

Aurell tidak bersuara lagi selepas itu.Selama berjam-jam,dia memikirkan tentang lamaran mengejut Riyadh ini.Mampukah dia memberi jawapan yang terbaik untuk dirinya?

BEEP!

Riyadh yang sedang leka menonton televisyen,pantas mengambil telefon bimbitnya di atas meja.Dia hanya memandang skrin telefonnya sekilas saja untuk melihat pesanan ringkas yang masuk.

Aurell

Hai.. dah tidur?

Dahinya berkerut.Duduk satu rumah pun nak bermesej? Tapi tetap jugak dia membelas pesanan Aurell tadi.

Riyadh

Belum lagi.Kenapa?

Aurell

Saya ada benda nak bincang dengan awak.Jumpa dekat ruang tamu..

Dalam beberapa minit,Aurell turun ke ruang tamu.Waktu itu dia lihat Riyadh sudah duduk di sofa sambil menonton televisyen.Rupanya memang dari tadi dia di ruang tamu.

Aurell berdeham sekadar untuk menyedarkan lelaki itu dengan kehadirannya.Riyadh hanya memandang sekilas sebelum dia mematikan siaran televisyen.
Mungkin ini perbincangan yang penting.Jadi dia tidak mahu ada gangguan.

"Duduklah.."

Aurell duduk bertentangan dengannya.

"Nak bincang apa?"

Aurell menarik nafas dalam sebelum dia bersuara.

"Saya dah fikirkan tentang lamaran awak tu",

Riyadh mengangguk.Entahlah.. dia sendiri tak dapat teka apa keputusan Aurell.Gadis itu sukar diduga.Apa saja keputusannya,dia terima.

" Saya... saya setuju untuk berkahwin dengan awak", kata Aurell.Riak wajahnya tidak terlalu gembira dan tidak terlalu sedih.Puas dia berfikir,dia rasa ini keputusan yang terbaik.Dia seorang diri di sini.Kalau jadi apa-apa padanya,macam mana dengan maklong dan Suraya? Siapa yang akan menyara hidup mereka?

Riyadh tersenyum.Gembira pulak dia rasa.Mungkin setiap lelaki akan rasa perkara yang sama apabila lamarannya diterima.Walaupun tiada cinta dalam diri mereka.

"Terima kasih.. saya akan bawak awak jumpa mama nanti", Riyadh kembali bersandar.Apalah agaknya reaksi mama nanti ya? Tiada angin dan ribut,tiba-tiba saja mahu berkahwin.

Aurell senyum kecil." Awak tak menyesal ke dengan semua ni?"

Riyadh pandang Aurell.Keningnya bertaut rapat."Menyesal? Sebab?"

"Kahwin dengan saya?"

"Ohh.. " Riyadh tersenyum lagi.Dan Aurell baru tersedar,Riyadh ada senyuman yang manis.

"Untuk apa saya nak menyesal? Saya sendiri yang melamar awak",

Aurell diam seketika.Kemudian mulutnya dibuka semula setelah ada soalan yang muncul difikirannya.

"Saya nak tanya awak.. Apa akan jadi pada hubungan kita nanti? Contohnya kalau saya dah selamat dari Luk?" Itu yang Aurell fikirkan dari dalam bilik lagi.Apa kesudahan hubungan mereka nanti?

Riyadh kembali duduk tegak.Gayanya seakan berfikir.

"Kenapa? Awak nak berpisah ke selepas tu?" usik Riyadh.Sengaja nak menduga bakal isteri.Ewahh! Dah ada status ya?

"Tak ada perempuan yang inginkan perkahwinannya berakhir macam tu saja", jawab Aurell tenang.Tapi ketika bercakap,dia memandang tepat ke mata Riyadh.Berdebar pulak hati lelaki itu.

Riyadh berdeham.

"Sepanjang perkahwinan kita,saya akan cuba jatuh cinta dengan awak.Dan saya harap awak pun akan berbuat macam tu.Andai kata antara kita tiada yang jatuh cinta walau hampir setahun hidup bersama,
mungkin perpisahan secara baik adalah yang terbaik",

Aurell diam.Macam takut je.

"Andai kata salah seorang dari kita dah jatuh cinta,bukan ke sama je? Cinta tu memerlukan dua orang untuk saling mencintai",

Riyadh senyum kecil." Bila seorang dari kita dah jatuh cinta,mestilah dia nak yang seorang lagi turut jatuh cinta pada dia kan? Dan waktu tu,dia akan buat segalanya untuk buat pasangannya jatuh cinta jugak.Dia akan buat dengan pelbagai cara", terang Riyadh.

Aurell mengangguk faham.
Baiklah,dia dah faham.
Kesimpulannya,kalau dalam tempoh hampir setahun perkahwinan mereka nanti tapi sama ada dia dan Riyadh masih tidak saling mencintai,mungkin perpisahan adalah jalan yang terakhir.Tapi seandainya salah seorang dari mereka telah jatuh cinta,orang itu mesti akan berusaha untuk membuat pasangannya turut meluahkan rasa cintanya juga.

"Awak okey dengan semua ni?" soal Riyadh setelah mereka berdiam diri selama beberapa minit.

"Saya okey.. mungkin saya akan selamat dengan awak.Mungkin jugak awak akan tepati janji awak untuk sentiasa jaga saya sebagai suami saya nanti", Aurell tersenyum.Riyadh juga membalasnya.

"Awak percayakan saya untuk jadi suami awak?" soal Riyadh.Mahu menduga lagi.

Aurell tersenyum."Sebab kepercayaan saya ni lah saya bersetuju untuk perkahwinan ni",

Sekali lagi Riyadh tersenyum.Baiklah.. kini yang sedang duduk di hadapannya sekarang ini bukan seorang gadis biasa.Bukan seorang doktor yang pernah merawatnya dulu di hospital.Tapi juga merupakan bakal isterinya tidak lama lagi.

Continue Reading

You'll Also Like

513K 12.5K 47
Selepas kematian isterinya,Haris Adham menjadi seorang yang pemarah dan lelaki dingin..Sedingin salju.. Perkahwinan yang dipaksa oleh mama,Haris Adh...
93.2K 4.3K 53
Haaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik y...
23.5K 1.3K 42
Cover by :: @hottesPuaka Aaira Khayla, kerana satu peristiwa hatinya menjadi keras dan sukar mempercayai sesiapa. Kawan baginya, hanya sekadarnya sah...
3.8K 108 10
also known as Mrs. Ninja Kesayanganku , by @AisyOfficial Karya ke 2 *** Setiap pasangan mendambakan cahaya mata bagi menyerikan lagi rumah tangga yan...