Abangku,Suamiku! (Raya)

By safikah_rohiman

92.7K 2.4K 115

Tahun ini,Irfan dan Alisya bercadang mahu raya di kampung Tok Mah. Iaitu tok kepada Alisya. Mereka akan beray... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10

Bab 11

11.6K 294 29
By safikah_rohiman

       "Assalamualaikum," ucap Alisya dan Irfan serentak. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah Tok Mah.

       "Waalaikumussalam," jawab Tok Mah, Fahmi,Siti,Adam dan Aida serentak.

       Alisya menyalam tangan Tok Mah, Siti dan Aida. Manakala Irfan berjabat tangan dengan Adam dan Fahmi.

       "Dah berbaik ke?" soal Adam.

       "Alhamdulillah. Dah," jawab Irfan lalu memeluk bahu Alisya.

       "Alhamdulillah. Baguih lah lagu tu. Kita ni, sebagai suami isteri kena bertolak-ansur. Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. Jadi, kalau gaduh, bincang elok-elok," nasihat Tok Mah.

       "Baik tok," jawab Irfan, Alisya, Adam dan Aida serentak.

       "Ha Aida, dah berapa bulan ni?" soal Tok Mah sambil mengusap perut Aida yang membucit.

       "Lagi berapa hari je nak masuk 9 bulan," jawab Aida.

       "Sya bila pulak?" soal Tok Mah.

       "Ha?" Alisya terkejut mendengar soalan Tok Mah.

       "Bila pulak Sya nak mengandung? Kesian Hayqal tu. Dia pun teringin nak ada adik," ujar Tok Mah.

       "Hahahahahaha," Alisya berpura-pura gelak. Dia memandang Irfan. Irfan juga turut memandang Alisya.

       "Masih mencuba," jawab Irfan. Membulat mata Alisya. Alisya hanya memberikan senyuman kepada semua yang berada di ruang tamu tersebut.

       "Assalamualaikum!" laung seseorang daripada luar rumah.

       "Waalaikumussalam," jawab mereka serentak.

       "Sat Fahmi pi tengok sapa yang mai," ujar Fahmi lalu berlalu menghampiri pintu rumah.

       "Eh, pak ngah. Masuk lah," ujar Fahmi. Dia menyalam tangan Dato' Megat.

       Dato' Megat melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.

       "Assalamualaikum semua," ucap Dato' Megat lalu menyalam tangan Tok Mah.

       "Apa khabar, mak?" soal Dato' Megat.

       "Alhamdulillah, sihat ja. Lama hang tak balik rumah mak," ujar Tok Mah. Air mata bergenang di tubir mata orang tua itu. Perasaan rindu terhadap anak sulungnya membuak-buak apabila bersua muka sekarang.

       "Maafkan Megat, mak. Megat sibuk sangat sampai tak ada masa nak jenguk mak," ujar Dato' Megat.

       "Takpa. Mak tau hang kerja. Ni pun mak dah bersyukur sangat sebab hang balik raya tahun ni," jawab Tok Mah.

       Dato' Megat memeluk tubuh ibunya itu. Lama mereka tidak berjumpa.

       Semua yang berada di ruang tamu itu hanya terdiam memandang Tok Mah dan Dato' Megat.

       Dato' Megat meleraikan pelukan. Dia menyeka air mata ibunya. Dato' Megat melabuhkan punggung disebelah Tok Mah.

       "Daddy," Alisya menghampiri Dato' Megat. Dia duduk bersimpuh di kaki Dato' Megat. Tangan Dato' Megat dikucupnya.

       Dato' Megat tersenyum. "Rindu daddy ke?" soal Dato' Megat.

       Alisya mengangkat mukanya untuk melihat wajah Dato' Megat.

       "Mestilah rindu. Dah lama Sya tak jumpa daddy," jawab Alisya.

       Dato' Megat mengusap kepala Alisya yang dilitupi shawl berwarna cream susu.

       Semua yang berada di ruang tamu tersebut menyalam tangan Dato' Megat.

       "Adam, bila sampai?" soal Dato' Megat.

       "Baru je sampai Maghrib tadi," jawab Adam.

       Dato' Megat hanya mengangguk. "Dah berapa bulan, Aida?" soal Dato' Megat lagi.

       "Lagi berapa hari je nak masuk 9 bulan," jawab Aida.

       "Ha Sya. Bila nak bagi daddy cucu lagi?" soal Dato' Megat.

       "Ish daddy ni. Lain kali lah tanya soalan macam ni," jawab Alisya.

        Semua yang berada di situ ketawa.

       "Sayang, kalau lah sayang ada lagi, mesti keluarga ni dah lengkap. Abang rindu sayang. Abang doakan sayang bahagia di alam sana," bisik Dato' Megat di dalam hati. Perasaan rindu terhadap isterinya tidak dapat dinafikan.

                             ***

       Azan raya berkumandang di kawasan perumahan Tok Mah. Semua ahli keluarga Tok Mah bersiap-siap untuk pergi sembahyang raya di masjid.

       "Sya! Irfan! Duk buat apa lagi tu? Cepat lah. Kita nak pi sembahyang raya, bukannya nak pi mall ka apa!" laung Tok Mah dari luar rumah.

       "Ya, tok. Kejap-kejap! Sya ni, tiba-tiba mual," jawab Irfan.

       "Mual?" semua ahli keluarga memandang satu sama lain. Bibir mereka mengukir senyuman.

       "Nampaknya, tambah sorang lagi lah cicit aku," ujar Tok Mah. Semua ketawa.

       "Kenapa semua gelak?" soal Hayqal.

       "Nampaknya, kamu nak dapat adik lagi lah, Qal," ujar Dato' Megat lalu mencuit hidung Hayqal.

       "Okey dah. Jom kita pergi masjid," ujar Irfan yang baru keluar. Dia memimpin Alisya.

       "Sya okey ke? Kalau tak okey, duduk lah rumah dengan Aida," ujar Adam.

       "Erm, okey lah. Sya duduk rumah dengan Aida. Tiba-tiba rasa tak sedap badan pula," jawab Alisya.

       "Nak abang temankan ke?" soal Irfan.

       "Tak apa. Abang pergi lah masjid dengan yang lain. Sya kuat lagi," jawab Alisya.

       "Kalau macam tu, abang pergi dulu. Hati-hati," ujar Irfan. Alisya mengangguk lalu menyalam tangan Irfan.

        Semua berangkat pergi ke masjid. Hanya tinggal Alisya, Aida dan anak pertama Aida iaitu Aisyah Humaira.

       Alisya masuk semula ke dalam rumah. Dia duduk di sofa yang berada di ruang tamu. Kepalanya terasa sakit. Dipicit kepala perlahan- lahan.

       "Ya Allah, kenapa dengan aku ni? Tadi muntah. Sekarang pening pula," ujar Alisya perlahan.

       "Eh, Sya? Kau tak pergi masjid ke?" soal Aida.

       "Tak. Pening kepala," jawab Alisya ringkas.

       "Ha? Kau demam ke?" soal Aida lalu melabuhkan punggung di sebelah Alisya. Dahi Alisya disentuh menggunakan tangannya.

       "Tak panas pun. Erm, ke........ kau...mengandung?" soal Aida.

       Soalan Aida membuatkan Alisya terkejut. "Mengandung?" dahi Alisya berkerut.

       "Kau ni. Nama je doktor. Tapi diri sendiri mengandung pun tak tahu," ujar Aida.

       "Kejap. Aku pergi check," ujar Alisya lalu bangun masuk ke dalam biliknya.

                             ***

       "Assalamualaikum," ujar Tok Mah dan yang lain.

       "Waalaikumussalam," jawab Aida yang sedang mendodoikan Aisyah Humaira.

       "Aisyah," panggil Adam. Adam mengambil Aisyah daripada Aida.

       "Aida, mana Sya?" tanya Irfan.

       "Ada dalam bilik. Tadi dia kata dia pening," jawab Aida.

       Kata-kata Aida membuatkan Irfan risau. "Irfan nak tengok Sya kejap ya," ujar Irfan. Semua hanya mengangguk dan tersenyum.

       Irfan masuk ke dalam bilik. Dia menutup pintu semula.

       "Sayang," panggil Irfan. Irfan mendekati Alisya yang sedang berdiri di tepi tingkap bilik.

       "Sayang. Kenapa ni?" soal Irfan. Dia merangkul pinggang Alisya.

       Air mata mengalir di pipi Alisya.

      "Ya Allah. Kenapa ni sayang?" soal Irfan panik. Dia memeluk tubuh Alisya.

       "Sya tak sangka," ujar Alisya.

       "Tak sangka? Tak sangka apa?" soal Irfan.

       Alisya meleraikan pelukan. Dia menghampiri meja solek. Sebuah kotak kecil di ambil. Dia menghampiri Irfan semula. Kotak kecil tersebut dihulurkan kepada Irfan.

       Irfan menyambut huluran tersebut. "Apa ni?" soal Irfan.

       "Buka lah," jawab Alisya. Dia menyeka air matanya.

        Buka sahaja kotak tersebut. Irfan memandang wajah Alisya dengan pandangan tidak percaya.

        "Betul ke ni? Sayang....pregnant?" soal Irfan. Pregnancy test yang berada di dalam kotak kecil tersebut membuatkan Irfan teruja.

       Alisya mengangguk. Sebenarnya, dia juga tidak percaya. Nasib baik dia ada pregnancy test lebih. Kata-kata Aida sebentar tadi yang membuatkan dia ingin tahu sama ada dia mengandung atau tidak.

       "Ya Allah. Terima kasih,sayang. Abang tak tahu nak cakap macam mana sekarang ni. Terima kasih. Terima kasih banyak-banyak. I love you so much," ujar Irfan lalu mengucup dahi Alisya. Dia memeluk tubuh Alisya erat. Air mata mengalir di pipi nya.

      Alisya ketawa kecil. Namun, air mata jatuh membasahi pipinya. Dia membalas pelukan Irfan.

      "I love you too mr hubby," balas Alisya.

       "Jom keluar," ujar Irfan. Alisya mengangguk. Mereka menyeka air mata.

       "Ha. Keluaq pun. Pasaipa lama sangat?" soal Fahmi.

       "Sya ni. Dia buat drama pula dalam bilik," jawab Irfan. Alisya menampar lengan Irfan perlahan.

       Semua ketawa. "Erm..sebenarnya, kami nak bagitahu sesuatu," kata Irfan.

        "Apadia? Cepat lah. Aku lapar ni. Nak makan," ujar Adam. Aida menampar lengan Adam perlahan.

       "Adoi. Sayang ni lah. Selalu lengan abang yang jadi mangsa. Kasihani lah lengan sasa abang ni," ujar Adam.

       "Okey dah dah. Ha, hampa nak bagitau apa?" soal Tok Mah.

       "Sya....dia.....mengandung," ujar Irfan.

        Suasana di ruang tamu sunyi seketika. Tiba-tiba.... "yeayyyyyyy!" sorak semua yang berada di situ.

        "Ya Allah, daddy akan dapat cucu lagi. Terima kasih Sya," ujar Dato' Megat.

         "Tahniah Sya dan Irfan," ujar Tok Mah. "Terima kasih tok," ujar Irfan dan Alisya.

        "Assalamualaikum," seseorang memberi salam dari luar rumah.

         "Waalaikumussalam. Masuk lah," jawab Tok Mah.

         "Hai semua!!! Rita is back!!!" ujar Rita ceria.

         Alisya menjeling. Manakala semua orang tersenyum.

         "Okey. Disebabkan semua dah ada kat sini, daddy nak bagitahu sesuatu. Sya, sebenarnya, daddy yang suruh Rita rapat dengan Irfan," ujar Dato' Megat.

        Kata-kata Dato' Megat membuatkan semua orang terkejut. Terutama Alisya.

        "But why?" soal Alisya tidak percaya.

        "Sebab daddy nak tengok sama ada Sya betul-betul cintakan Irfan atau tidak. Dengan cara ni, daddy dapat tengok sama ada kamu berdua ni pandai selesaikan masalah ke tak," terang Dato' Megat.

        "Sya, saya betul-betul minta maaf. Saya tak ada niat pun nak rampas Irfan dari awak. Ini semua hanya rancangana daripada uncle je," ujar Rita lalu menghampiri Alisya.

         "Nasib baik rancangan. Kalau betul-betul, Sya takkan maafkan," ujar Alisya.

           Semua ketawa. "Dah-dah. Hentikan drama semua ni. Jom kita bergambar!" celah Adam.

          "Jom!" sahut mereka semua.

          Mereka semua keluar dari rumah Tok Mah.

          Tok Mah berdiri di tengah-tengah. Dato' Megat berdiri di sebelah kanan Tok Mah. Fahmi, Siti, Adam dan Aida berdiri di sebelah kiri Tok Mah. Manakala Alisya, Irfan dan Rita berdiri di sebelah kanan Tok Mah. Irfan mendukung Hayqal.

          Klip! Kamera tersebut bersinar menandakan gambar sudah ditangkap.

           "Yeayy!!" mereka bersorak. Irfan menarik tangan Alisya menuju ke arah keretanya.

         "Abang nak bawa Sya pergi mana?" soal Alisya.

        Irfan tidak menjawab persoalan Alisya. Sampai sahaja di kereta Irfan, Irfan membuka bonet kereta.

         "Sya, cuba tengok," arah Irfan.

          Alisya menoleh ke arah bonet. Membulat matanya. Dia menekup mulutnya.

        Irfan tersenyum. "Suka tak?" soal Irfan.

          "Mestilah suka," jawab Alisya.

          Di dalam bonet tersebut terdapat puzzle gambar Alisya dan Irfan semasa kahwin. Terdapat juga 8 kuntum bunga ros merah dan juga 2 kuntum bunga ros putih.

          "Ya Allah, bila abang buat semua ni?" soal Alisya.

          "Semalam," jawab Irfan.

           "Cantik tak?" soal Irfan.

           "Cantik sangat," jawab Alisya.

           "8 kuntum bunga ros merah ni bermaksud I love you so much my red rose," ujar Irfan sambil jarinya mengira jumlah ayat 'I love you so much my red rose'.

           "2 kuntum bunga ros putih ni pula bermaksud kesucian cinta kita. Satu cinta abang. Satu lagi, cinta sayang. Abang janji yang abang akan jaga sayang sehingga akhir hayat abang," ujar Irfan.

         Irfan mengenggam kedua-dua tangan Alisya.

          "Sayang, abang janji yang abang akan cintakan sayang sehingga akhir hayat abang. Abang janji akan jaga sayang dan anak-anak kita sebaik mungkin. Abang nak sayang tahu yang abang cinta sangat-sangat dekat sayang. Sayang, terima kasih sebab terima abang sebagai suami sayang. Banyak dugaan yang kita alami. Dulu, abang kemalangan dan hilang ingatan. Abang tak ingat langsung yang sayang ni isteri abang. Tapi alhamdulillah, Allah pulihkan balik ingatan abang. Sayang, abang minta maaf sebab selalu luka kan hati sayang. Abang tak pernah sangka yang abang akan kahwin dengan adik abang ni," Irfan mencuit hidung Alisya.

         "....sayang, I love you so much. Terima kasih sebab selalu buat abang bahagia. Terima kasih sebab lahirkan Hayqal. Terima kasih sebab mengandungkan zuriat abang. Terima kasih sangat-sangat. I love you. I love you red rose," ujar Irfan.

         Air mata mengalir di pipi Alisya. Kata-kata Irfan membuatkan dia merasa bahagia.

          "I love you too mr hubby. Terima kasih juga sebab selalu layan karenah Sya yang macam budak-budak ni," Alisya ketawa kecil.

         "..... Sya pun nak abang tahu yang Sya cintakan abang. Tiada siapa yang boleh pisahkan kita selain Allah. Cinta Sya terhadap abang kerana Allah. Terima kasih abang," Alisya memeluk tubuh Irfan.

          Irfan membalas pelukan Alisya. Bibirnya mengukir senyuman.

           "Suami mu ini hanya untuk diri mu seorang. I love you," ujar Irfan lalu mengucup dahi Alisya lama.

            "I love you too," balas Alisya.

           
          "Ya Allah, aku bersyukur. Terima kasih ya Allah sebab temukan kami. Terima kasih sebab hantarkan dia untukku. Untuk bimbing ku. Untuk menjaga ku dan anak-anak ku. Terima kasih ya Allah. Hanya pada-Mu ku bermohon. Bahagiakan lah kami di dunia dan di akhirat. Aku cintakan dia kerana-Mu ya Allah. Terima kasih," bisik Alisya di dalam hati.

   
                             TAMAT




                                ***

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga Abangku, Suamiku! (Raya).. Terima kasih kepada semua yang membaca story ni daripada awal hingga lah habis. Terima kasih kepada yang vote dan comment.. Saya hargai sangat-sangat.. Terima kasih juga kepada yg support saya drp awal hingga lah sekarang...

Saya minta maaf kalau saya ada terguriskan hati sesiapa. Harap kosong kosong lah ya? ;)
Bye semua!!!!
                             
                           
      

Continue Reading

You'll Also Like

64.8K 1.4K 11
Ashraff , lelaki yang bengis , yang ditakuti orang bercita cita untuk merubah dirinya tetapi dia perlukan seseorang yang membimbingnya , yaitu Isteri...
83.7K 1.4K 9
"saya nak kita cerai" kata suamiku. "a..apa abang cakap ini? Abang main main kan?" kataku sambil menahan air mata yang ingin mengalir. Apa sebenarnya...
521K 16K 74
Sebab ego, aku terjebak dengan benda gila ni. Kerana pantang dicabar, aku sanggup buat benda yang dilarang dalam agama Islam. Ya, aku akui iman aku n...
104K 3.3K 7
SETELAH KU DIMILIKI KAU LEBUR SEGALA KATA DAN JANJIMU KU LAKUKAN SEMUA BERIKAN YANG KU ADA PERCAYA KEPADAMU KEBODOHANKU Inspirasi dari lagu2 sedih da...