Prince on White Horse (Bakal...

Nur_Haura द्वारा

2.2M 51.7K 2K

Aira dan Haiqal... Pergaduhan mereka seperti anjing dengan kucing, kucing dengan tikus, tikus dengan tikus me... अधिक

BAB 1: Airport
BAB 2: First Meet
BAB 3: Parking Kereta
BAB 4: Second Meet
BAB 5: Third Meet
BAB 6: Projek RM200 Juta
BAB 7: Officially Know
BAB 8: Aira is Project Manager
BAB 9: Haiqal d'Andrew
BAB 10: Kapten Lanun
BAB 11: Workaholic
BAB 12: Overnight
BAB 13: Shopping
BAB 14: Kawan Lama
BAB 15: D-day for Project
BAB 16: Tengku Izz Ilham
BAB 17: Ferrero Rocher
BAB 18: 'Ceramah' Datin Noriah
BAB 19: Rafiq Marah
BAB 20: Accidently in His Hug!
BAB 21: Fake Confession
BAB 23: Lamaran di Shopping Mall
BAB 24: Kad Misteri
BAB 25: Her Superman
BAB 26: Balik Kampung
BAB 27: Haiqal Sesat
BAB 28: Peneman
BAB 29: Sizzling
Bab 30: Reunion Party I
Appreciate + Promote
Extra
EBOOK POWH

BAB 22: He Save Her Life

32.6K 1.6K 70
Nur_Haura द्वारा

AIRA khusyuk menatap laptop yang berada di hadapan mata. Akhir-akhir ni dia sangat sibuk dengan kerja yang bertimbun-timbun sehinggakan terpaksa membawa balik kerjanya ke rumah. Kadang-kala dia balik lambat ke rumah.

Sebentar lagi dia akan melawat tapak projek mega sebelum memulakn kerja-kerja pembinaan. Sebelum ni, Jay sudah melawat jadi giliran dia pula perlu memastikan dulu tapak tersebut sesuai atau tidak dengan konsep projek mega tersebut.

“Ira, bos kau nak jumpa,” bagitahu Elisya melalui intercom.

“Okey, kejap lagi aku pergi,” balas Aira tetapi matanya tetap tertancap pada skrin laptop.

Aira menekup mulutnya tetapi gelak tawanya tetap kedengaran. Barulah manis anak dara ketawa. Sakit perutnya ketawa apabila menerima berita siaran langsung yang tak pernah dia terfikir nak dengar selama dia berkerja di sini. Ini boleh jadi berita utama.

Wajah kacak Rafiq sudah berkerut apabila mendengar gelak tawa Aira yang tak berhenti. Lawak sangat ke berita yang baru saja disampaikan olehnya. Kenapa berbeza sangat reaksi Haiqal dan Aira apabila menerima berita darinya?

Sebelum dia memberitahu Aira, terlebih dahulu dia sudah memberitahu Haiqal. Dia sudah agak Haiqal akan menerima beritanya dengan senang hati malah menyokongnya tetapi Aira pula lain reaksi yang dia dapat.

Aira menarik nafas untuk menenangkan diri apabila melihat wajah Rafiq yang sudah berdekut seribu satu itu. Kalau tak berhenti merajuk pula abang angkat kesayangannya.

“Saya ingat lagi yang awak caka nak jadi pencinta wanita yang setia untuk selama-lamanya.”

“Itu dulu masa saya kurang berfikir sikit. Sekarang ni dah banyak berfikir. No more enjoy and no more fun. I want to change,” tekad Rafiq.
“Suddenly?” tanya Aira.

Bukan dia nak memperlekehkan niat Rafiq untuk berubah. Dia gembira dengan berita yang baru sahaja yang dia dengar tetapi dia mahu dengar sebab lelaki itu hendak berubah. Dia harap Rafiq berubah bukan sebab perempuan.

“I don’t kow why but one thing I know is I want to make mama and papa happy with new Rafiq. Mungkin dah tiba masanya saya berubah dan tinggalkan semuanya yang berkaitan dengan enjoy, perempuan and be matured.”

“I’m glad to hear that.”

Setahu Aira, Rafiq bukan seorang lelaki yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam kerana dia didik dengan penuh ilmu agama di dada. Mesti orang tak percaya ada jenis playboy macam ni tapi itulah kebenarannya.

Kalau Rafiq seperti playboy kat luar sana, sudah dia akan mengapa-apakan Aira tetapi tidak malah Aira dijaga seperti adik kandungnya sendiri. Mungkin sebab itulah Aira hormatkan Rafiq sebagai abang walaupun hanya sebagai abang angkat tetapi sudah seperti abang kandung sendiri.

“Saya nak resign jadi playboy. Lagipun sakit kepala nak melayan perempuan-perempuan gedik yang nak kikis duit je,” luah Rafiq.

Tahu takpe! Aku ni dah lama membebel bagi nasihat tapi buat dek je. Baru sekarang nak dengar.

“At last my pray are fulfil to see my bro change. Alhamdulillah.  Keep it up, okay?  I always support you.”
Rafiq senyum.

“Alamak! Saya dah lewat nak pergi lawat tapak projek.”

“Pergi dengan siapa?”

“Sorang, ajak Elisya tak nak takut terbakar kulit dia. Kenapa?”

“Haiqal ada jugak?”

“Ada kot since dia pun melabur dalam projek ni kan?”

Rafiq mengangguk. Dia berasa lega apabila mendengar kata-akat Aira. Dia boleh harapkan Haiqal untuk jaga Aira bagi pihaknya. Tengku Izz Ilham juga akan berada di sana kerana projek ni usaha sama Silver Holding dengan Quarters Holding.

Apabila Tengku Izz Ilham ada, dia perlukan seseorang untuk menjaga Aira dan Haiqal adalah orang yang sesuai yang menjaga adik angkatnya yang sukar dikawal tindakannya. Satu-satunya orang yang boleh mengawal tindakan Aira ketika itu ialah Haiqal selain dia dan mak Aira. I hope you two going so well today.

WOI, apa kau termenung kat sini?” tegur seseorang dari belakang.
Aira sudah agak gerangan yang menegurnya kerana dia ingat seorang saja yang memakai perfume The Hugo Boss.

“Aku tanya kau ni. Kau ni pekak ke?”.

Dia ni asyik nak sakitkan hati aku je. Aku tak nak jawab sebab aku tak nak bercakap dengan kaulah. Aira tetap buat tidak tahu dengan kehadiran Haiqal. Dia asyik memikirkan bagaimana mahu mengelak dari Tengku Izz Ilham.

Bulat matanya apabila melihat Tengku Izz Ilham sedang berjalan ke arahnya sebaik sahaja dia memusingkan badannya. Alamak, alamak dia datang sini. Aira mengejar langkah Haiqal yang sudah jauh berjalan ke hadapan.

“Encik Haiqal, tunggu saya.”

Haiqal berhenti melangkah apabila namanya dipanggil. Aira melepaskan lelah kerana penat mengejar langkah Haiqal yang panjang.

“I have one favour.”

Kalau dia tak buat pengakuan palsu semasa di hotel hari tu dia tak akan sesekali minta tolong dengan lanun ni.

“Apa dia?”

Aira serba salah.

“Err…”

“Cakap jelah apa dia?”

Tuan badan yang bagi lampu hijau suruh cakap. Cakap sajalah, Ira.

“Err… Can we acting like… Hmmm… Acting like… You know like… Err… Boyfriend? I mean like a boy friend not boyfriend like couple. Its two word boy and friend. You understand right?”

“Tak, kau cakap macam Tamil berbelit-belit. Ni mesti kau fail bahasa Inggeris dulu kan?”

“Alah, Encik tolonglah saya. Ini antara hidup dan mati,” rayu Aira.

“Peduli apa aku! Tadi kau bukan main sombong dengan aku.”

Haiqal melangkah meninggalkan Aira. Sebenarnya dia sudah tahu maksud Aira tetapi saja dia nak mengusik gadis itu. Kalau bukan sebab pengakuan palsu itu, takkan dia nak mencemarkan duli bercakap dengan aku. Biar dia rasa.

“Kenapa Haiqal tinggalkan awak?” tanya Tengku Izz Ilham.

“Dia merajuk dengan saya. Saya nak cari jalan macam mana nak pujuk dia.”

Aira berpura-pura berfikir dan meninggalkan Tengku Izz Ilham.
Aira berpuas hati dengan kawasan yang menjadi pilihan untuk projek mega. Bahan-bahan untuk kerja pembinaan sudah dibawa masuk ke kawasan tapak projek.

Aira menerangkan serba sedikit tentang konsep bangunan untuk projek mega kepada Haiqal dan Tengku Izz Ilham melalui kertas projek yang dibentangkan oleh Jay. Aira berpuas hati apabila kedua-dua orang lelaki itu bersetuju dengan cadangannya.

“My dear.”

Aira terpaku seketika kerana tak percaya apa yang didengar.  My dear? Dear or deer?  Tolong aku bagai cotton bug. Aku nak korek telinga kut-kut telinga aku buat hal hari ni. Aku tengah bermimpi dalam jaga ke?

“My dear, are you okay?”

Sah, dia bermimpi.
Haiqal menghantar isyarat kepada Aira. Oh, berlakon! Tengku Izz Ilham sedang memandang mereka begitu juga dengan Jay yang memandang pelik ke arah mereka. Macam tak sesuai je berlakon kat sini tapi tak apalah. Action!

“I’m okay. Awak dah tak merajuk dengan saya lagi?”

“How can I sulking with you, my dear.” Aira senyum tak ikhlas begitu juga dengan Haiqal yang buat-buat tersenyum.

Tengku Izz Ilham meninggalkan mereka berdua mungkin tidak betah melihat gelagat gadis yang telah mencuri hatinya dengan lelaki lain.

“You owe me,” bisik Haiqal perlahan dan meninggalkan Aira.

Aira yang masih tercegat di situ mencebik. You owe me four apologize don’t you remember that? Ayat yang ingin diucapkan tetapi hanya diucapkan di dalam hati kerana lelaki itu sudah menolongnya.

He call me ‘my dear’ right? Hey, mister! Could call me that again? I want to record and let Arina and Syaqila hear because I want they get jealous of me. Boleh aku dengar suara dia tiap-tiap malam kalau aku tak boleh tidur.

“Cik!”

Aira berpaling apabila mendengar salah seorang pekerja di situ menjerit.
Palang besi yang hendak jatuh menghala ke arahnya. Dia kaku. Kakinya bagai disimen dan berat untuk melangkah. Dia pejam mata. Beginikah pengakhiran hidup seorang Nur Aira binti Ahmad?
Tangannya ditarik oleh seseorang menyebabkan badannya berada di dalam pelukan orang yang menariknya.

Palang besi jatuh berhampiran tempat dia berdiri. Jantungnya berdegup dengan laju dengan apa yang terjadi. Dia terkejut. Belakang badannya diusap lembut oleh seseorang membuatkannya sedikit tenang. Dia mengangkat muka. Mata mereka bertaut. Nafas hangat lelaki itu menampar deras pada wajahnya. Tangan yang memeluknya tadi terlerai.

“Are you gone mad, huh?”
Aira diam.

“Tak sayang nyawa ke?”

Aira masih diam.

“Tak fikir orang yang sayangkan awak?”

Aira tetap diam membisu.
Haiqal menarik hujung lengan baju Aira apabila tiada reaksi dari gadis itu. Aira hanya mengikut langkah Haiqal tanpa membantah kerana dia masih lagi terkejut dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi.

Aira tetap seperti tadi diam membisu. Dia tak boleh fikir apa-apa ketika itu biarpun ditanya bermacam-macam soalan. Dia memandang wajah Haiqal yang duduk bertentangan dengannya.

Lelaki ini dah selamatkan nyawa. Dia berhutang dengan lelaki itu. Hutang yang tidak boleh dibayar dengan harta benda yang tak akan laku.

“Apa tengok-tengok aku tahulah aku ni hensem. Dah minum air tu.” Aira hanya menurut tidak menjawab apa-apa.

Apa kena dengan budak ni? Aku dah bagi ayat yang menyakitkan hati pun diam jugak. Rasa pelik bila dia tak balas semula kata-kata aku.

“Awak terima kasih sebab dah selamatkan nyawa saya.” Setelah sekian lama Aira membisu, baru sekarang dia membuka mulut. Hatinya sudah semakin tenang.

“Terima kasih je?”

“Habis tu?” tanya Aira dengan nada geram. Dah berterima kasih pun tak cukup lagi.  Demand lebih. Aira tarik  muka masam seperti selalu.

Haiqal senyum apabila melihat Aira yang sudah berkerut. Inilah Aira yang aku kenal yang suka tarik muka masam bila dengan aku. She back now.

“Nanti aku bagitahu kau apa yang aku nak sebagai balasan.”

“Bagitahu sekarang tak boleh ke? Mana tahu awak nak suruh saya sponsor wedding awak ke boleh saya cari wedding planner secepat mungkin dahlah musim ni musim orang nak kahwin.”

Bantai jelah musim orang kahwin pun boleh, Aira.

“Kalau aku cakap nanti tu nantilah tak sabar betul.”

Aira menjongketkan bahu. Terserah. Nak buat baik pun kena marah. Aira menggamit pelayan restoran untuk memesan makanan. Perutnya sudah berpoco-poco kerana lapar.

“Banyaknya makanan. Siapa yang nak makan?” tanya Haiqal.

“Saya yang nak makan,” jawab Aira selamba.

“Makan macam orang sesat dalam gua sepuluh tahun.”

“Biarlah. Saya bayar makanan yang saya order, awak bayar makanan yang awak order. Problem solve.”

Rama-rama kupu-kupu, makan sama-sama, bayar suku-suku. Iya tak?
Bila bercakap selalu nak menang je? Tak nak mengalah langsung. Nasib malanglah siapa yang jadi suami budak ni nanti. Kena tahan perangai dia ni, desis Haiqal dalam hati.

JAM menunjukkan pukul satu pagi. Aira masih tidak dapat melelapkan mata. Sudah puas dia berfesbuk, berTwitter, berWechat, dan berWhatsapp dengan emaknya. Segala jenis laman sosial diterokai masih tidak dapat membuatkan matanya mengantuk.

Jarinya menyentuh ikon Instagram. Seminit yang lalu Arina mengupload gambarnya yang bercuti di Paris dengan keluarganya pada dua hari lepas jadi tinggallah dia dengan Syaqila di rumah. Puas membelek laman sosial tersebut dia meletakkan telefon di atas meja yang bersebelahan dengan katilnya. Wahai mata tidurlah kau. Princess Aira nak tidur.

“Satu biri-biri, dua biri-biri, tiga biri-biri, empat biri-biri…”

“Are you gone mad, huh?”

“Memang taklah. Aku masih waras lagi. Lima biri-biri, enam biri-biri, tujuh biri-biri…”

“Tak sayang nyawa ke?”

“Siapa yang sayang nyawa mister? Lapan biri-biri, sembilan biri-biri…”

“Tak fikir orang yang sayangkan awak?”

“Mestilah aku fikir orang sayangkan aku.”

Aira bangun daripada pembaringan apabila aktiviti mengira biri-biri terhenti kerana terngiang-ngiang suara Haiqal yang memarahinya pagi tadi. Pertama kali dia bercakap menggunakan kata ganti nama diri kedua ‘awak’. Kenapa ye dia cakap macam tu? Kenapa muka dia nampak macam risau plus takut je? Jangan-jangan dalam diam dia dah jatuh cinta kat aku.

Pap!

“Aduh! Sakit pulak pipi aku kena tampar dengan tangan sendiri. Jangan nak perasanlah Ira sebab ia takkan jadi kenyataan. Entah-entah dia dah blacklist aku jadi calon isteri dia sebab dah tengok semya perangaai aku yang hampeh ni. Apasal aku gedik nak jadi calon isteri dia. Tak naklah aku,” bebel Aira seorang diri. Dia kembali merebahkan badan di atas katil.

“Apalah yang dia nak untuk balas budi dia yang dah selamatkan aku. Jangan suruh aku kahwin dengan dia sudahlah. Kalau betul aku lari  masuk dalam gua tak ada siapa yang nak cari aku.”

AIRA pelik apabila ramai yang begitu prihatin terhadap dirinya. Soalan yang popular hari ni yang selalu dituju kepada dirinya, “Are you okay, Miss Aira?”. Setiap kali ditanya setiap kali itu dia menjawab dengan jawapan yang sama atau mengangguk berserta dengan senyuman. Adakah hari ni merupakan hari ‘I’m okay’? Apasal pelik bunyinya?

“Aira.”

Tanpa salam dan bunyi ‘knock, knock’ Aira sudah tahu siapa yang terlebih budi bahasa masuk ke dalam biliknya jadi dia buat dono saja.
Rafiq duduk di atas kerusi yang bertentangan dengan Aira yang tengah khusyuk membuat kerja.  Dia berdehem.

“Kat sini tak ada jual ubat sakit tekak,” kata Aira dengan selamba tanpa memandang wajah Rafiq. Matanya tetap menumpu pada fail yang perlu disemak.

“Tajuk besar dalam Berita Hari-Harian ‘Project Manager Silver Holding Selamat dalam Pelukan Pengarah Urusan Hd’A Shipping’.”

“Cerita mengarut.”

“Mengarut? Kalau macam tu Jay menipu sayalah.” Aira menjongketkan bahu tanda tidak tahu.

“Oh, come on. I know the real story. Nak saya bagitahu mak dan abah? Atau bagitahu kat mama dan papa? Kalau papa tahu, apalah papa akan buat ye?”

Aira tarik muka masam apabila diugut oleh Rafiq. Kalau Dato’ Razlan tahu sudah tentu dia akan ditukar jawatan dan dia tak sanggup kalau itu terjadi kerana dia sukakan kerja ini kerana lebih mencabar.

“Okay, fine. Memang betul pun.” Aira mengalah.

Rafiq sengih. Memang dia dah agak Aira tidak akan bagitahu kepada sesiapa apa yang terjadi pada diri kerana tidak mahu sesiapa  risaukan dirinya.

“I feel something fishy between you and Haiqal.”

“Nonsense. Takkan awak tak tahu saya dengan kawan awak tu macam mana? Lagipun kalau bukan saya pun, dia akan lakukan perkara yang sama jugak.”

“Are sure about that?”

“Entahlah. Dia kawan awak mesti awak tahu perangai dia macam mana.”

Rafiq mengangguk setuju. Dia kenal Haiqal. Selalu tolong orang yang susah. Dari dulu sampai sekarang perangai yang satu itu tak pernah berubah.

“Do you like him?”

“Nope!” jawab Aira dengan yakin dan tidak ada perasaan langsung. Dia menyambung kerjanya.

Bila mendengar jawapan yang tidak ada perasaan dari Aira dia tahu adik angkatnya memang tidak ada perasaan langsung terhadap Haiqal. Begitu juga reaksi Haiqal apabila diajukan soalan yang sama. Hati kering betullah dorang ni.

“Aira?”

“Ya, ada apa?” tanya Aira tanpa memandang wajah Rafiq.

“Kalau saya tanya ni awak jangan marah.”

“Berdasarkan pada soalan.”

“When you gonna have boyfriend?” tanya Rafiq.

Ketawa Aira meletus. Dia menutup fail apabila sudah menyemaknya. Dia memandang Rafiq.

“Kenapa dah tak sudi nak jaga adik yang susah nak kawal ni?” tanya Aira kembali.

“Bukanlah. I’m just asking.”

“I just wonder what kind of man gonna take care of you.”

“And what kind of man you like to take care of me?”

“A man that can take care and protect you with his whole heart and more than I did.  It is because I can’t take care of you always but I will watching you.”

Aira tahu hubungan mereka hanya berdasarkan adik angkat dengan abang angkat saja tetapi tak semestinya dia tidak hormatkan Rafiq sebagai abang.

“When the right time come, please give me a chance to let you go with your man as a brother. Can I?”

“Of, course. You can. I willingly you do that.”

“Thanks.” Rafiq melangkah menuju ke pintu dia berpaling.

“Thank for being my lil’ sister.”

“And thanks for being my brother.”

Rafiq melangkah keluar. Sebenarnya dia dah jumpa lelaki yang boleh menjaga dan melindungi Aira dengan sepenuh hati tetapi dia tidak pasti akan isi hati lelaki itu. Biarlah masa menentukan segalanya. Kalau ada jodoh di antara mereka, dialah orang yang paling gembira sekali.

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

4M 246K 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami ran...
1.1M 59.1K 57
#1st series of His Secret Status ; [ COMPLETE ] Pertemuaan antara Zaskia Melania dengan seorang jejaka di lorong madrid bagaikan dejá vu. Setiap kali...
546K 4.9K 7
sᴏᴍᴇʙᴏᴅʏ ᴀsᴋᴇᴅ ᴍᴇ ɪғ ɪ ᴋɴᴇᴡ ʏᴏᴜ. ᴀ ᴍɪʟʟɪᴏɴ ᴍᴇᴍᴏʀɪᴇs ғʟᴀsʜᴇᴅ ᴛʜʀᴏᴜɢʜ ᴍʏ ᴍɪɴᴅ ʙᴜᴛ ɪ ᴊᴜsᴛ sᴍɪʟᴇᴅ ᴀɴᴅ sᴀɪᴅ ɪ ᴜsᴇᴅ ᴛᴏ. [Haiyan Rifqi X Qisya Aadora] Cerit...
[C] Tunang Paling Sweet ꠸ꪑꪖꪀ द्वारा

किशोर उपन्यास

812K 53.2K 52
"𝙮𝙤𝙪 𝙧𝙚𝙩𝙪𝙧𝙣 𝙡𝙞𝙠𝙚 𝙖𝙪𝙩𝙪𝙢𝙣 𝘼𝙣𝙙 𝙞 𝙛𝙖𝙡𝙡 𝙚𝙫𝙚𝙧𝙮 𝙩𝙞𝙢𝙚" Aku menantikan Harraz memujuk aku tapi tak, dia terus menghidupkan...