Prince on White Horse (Bakal...

By Nur_Haura

2.2M 51.7K 2K

Aira dan Haiqal... Pergaduhan mereka seperti anjing dengan kucing, kucing dengan tikus, tikus dengan tikus me... More

BAB 1: Airport
BAB 2: First Meet
BAB 3: Parking Kereta
BAB 4: Second Meet
BAB 5: Third Meet
BAB 6: Projek RM200 Juta
BAB 7: Officially Know
BAB 8: Aira is Project Manager
BAB 9: Haiqal d'Andrew
BAB 10: Kapten Lanun
BAB 11: Workaholic
BAB 12: Overnight
BAB 13: Shopping
BAB 14: Kawan Lama
BAB 15: D-day for Project
BAB 16: Tengku Izz Ilham
BAB 17: Ferrero Rocher
BAB 18: 'Ceramah' Datin Noriah
BAB 19: Rafiq Marah
BAB 20: Accidently in His Hug!
BAB 22: He Save Her Life
BAB 23: Lamaran di Shopping Mall
BAB 24: Kad Misteri
BAB 25: Her Superman
BAB 26: Balik Kampung
BAB 27: Haiqal Sesat
BAB 28: Peneman
BAB 29: Sizzling
Bab 30: Reunion Party I
Appreciate + Promote
Extra
EBOOK POWH

BAB 21: Fake Confession

30.8K 1.7K 112
By Nur_Haura

MEREKA berbual sambil duduk di meja yang dikhaskan kepada mereka. Masing-masing bertukar cerita. Aira sekali sekala menyampuk jika memerlukan pendapatnya selebihnya dia hanya menjadi pendengar dan melayan kerenah comel Lily yang tak mahu berenggan dengannya. Kenapa Aira tak banyak bercakap? Sebab dia duduk disebelah Haiqal dan dia masih malu dengan kejadian tadi jadi memilih untuk diam.

“Assalamualaikum. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir malam ni,” ucap Tan Sri Tengku Kamil selaku tuan punya majlis.

Lebih dari itu Aira sudah tidak mendengar ucapan Tan sri Tengku Kamil. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Bab orang berucap dia paling tak suka mudah sangat matanya tertutup. Sejak masa dia sekolah lagi, apabila hari perhimpunan memang wajib dia akan tidur kerana bosan dengan ucapan pengetua. Apabila ada motivasi pun begitu juga. Kalau bagi motivasi yang tak ada lawak, memang dia boleh ‘setuju’ saja penceramah cakap. Jalan mudah nak hilangkan kantuknya dia melayan keletah Lily lagi best.

Ucapan Tan Sri Tengku Kamil akhirnya tamat dan majlis ditersukan lagi dengan acara yang telah diatur. Aira tidak kisah semua itu yang penting acara makan yang dia kisah kerana perutnya sudah berbunyi. Semua jenis makanan dia cuba kerana dia suka makan jadi dia makan apa yang dihidang. Makanan free rugi kalau tak makan.

“Awak, tolong ambilkan dessert tu boleh?” pinta Aira dengan nada yang paling lembut yang belum dia pernah guna. Rasa malu tu kita tolak tepi makanan lebih utama.

“Ambil sendiri.” Dua patah perkataan yang keluar dari Haiqal sudah mampu menyakitkan hati Aira.
Aku cakap baik-baik macam ni dia buat kat aku.

“Tolonglah ambilkan. Dessert tu dekat je dengan awak. Lily ni nak makan. Lily tengok uncle ni tak nak bagi chocolate dessert untuk Lily. Lily marah uncle ni.” Lily yang tak tahu apa-apa memandang Haiqal.

“Lily yang nak ke? Kau yang nak?”

“Dua-dua nak.”

Haiqal bangun apabila melihat wajah innocent Lily yang asyik memandangnya. Haiqal kembali dan meletakkannya di hadapan Aira. Dia kembali duduk ditempatnya disebelah gadis itu.

“Thanks,” ucap Aira bersama senyuman yang manis dihadiahkan kepada Haiqal.

Gulp! Kenapa budak ni senyum macam tu kat aku? Selalunya wajah yang mencuka yang dia selalu tengok tapi hari tak. Tapi cantik jugak dia senyum macam tu. Ish, apa aku merepek ni.

“Look Lily its so delicious. Say thank you to Uncle Haiqal.” Lily senyum kepada Haiqal sebagai tanda ucapan terima kasih yang mengerti kata-kata Aira. Aira menyuapkan Lily chocolate dessert dan juga untuknya.

Gelagat Aira, Lily dan Haiqal menjadi perhatian orang yang berada di meja itu. Macam keluarga bahagia! Kan best tengok dorang happy together daripada tengok argue together, bisik Rafiq dalam hati. Sejuk hatinya melihat kemesraan mereka. Puh! Mintak-mintak mereka ni ada jodoh.

Aira menyerahkan Lily kepada ibunya kerana hendak pergi ke tandas. Apabila keluar dari tandas, ada seseorang yang sedang berdiri membelakanginya. Aira terus berjalan tanpa menoleh apabila melintasi lelaki itu.

“Aira!”

Tangan Aira dipaut kemas. Matanya mencerun jatuh pada tangan sasa yang memaut tangannya.  Dia ingat aku ni Barbie doll ke?

“Tengku, hand off!” tutur Aira dengan tegas.

Tengku Izz Ilham melepaskan pegangannya. Dia tahu kelakuannya membawa kemarahan gadis itu.

“Awak masih tak dapat nak maafkan saya?”

“Saya dah cakap yang saya dah maafkan, Tengku,” kata Aira tanpa riak.

“Tapi kenapa awak pulangkan gaun yang saya bagi?” Itu pun nak kecoh.

“Saya tak nak berhutang dengan Tengku lagi. Saya harap Tengku faham.” Aira melangkah pergi meninggalkan Tengku Izz Ilham.

“Can’t we become friend? Like before.”

Langkah Aira terhenti dia menoleh. “Maaf, Tengku. Bukan niat saya nak berkasar dengan Tengku tapi saya ada sebab saya sendiri. Lagipun saya bukan sesiapa pada Tengku.”

“But Aira I already realise that I love you and I want to marry you to redeem my mistakes.”

Wow! 2in1. Kalau perempuan lain yang dengar ni mesti dah lompat kijang sekarang ni tapi Aira tak rasa apa. Dia ni memang. Hati cap kayu. Aira cuba mencari keikhlasan dan kejujuran dari wajah kacak Tengku Izz Ilham tetapi dia tak dapat rasa semua itu. Dia tak layak nak mempersoalkan keikhlasan dan kejujuran orang. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui tentang keikhlasan dan kejujuran hamba-Nya.

“I’m sorry, Tengku. I’m really sorry to make you love me but I can’t accept it.” Aira kembali melangkah.

“But why? It is because Haiqal d’Andrew? You love him?”

Langkah Aira terhenti untuk kedua kali. Aku? Cintakan si lanun mata biru tu? Memang taklah. Itu jawapan yang dia hendak beritahu tapi dalam keadaan ni dia tak boleh cakap macam tu kerana Tengku Izz Ilham mungkin tak pernah berputus asa untuk menganggu dirinya. Only one thing I have to do to make this Tengku stop disturb me.

“Yes! I love him! I love Haiqal d’Andrew.” Tanpa menoleh Aira mengaku dan dia terus melangkah.  Bukan sekali bukan dua kali tapi tiga kali dia mengaku.

Dia tak pernah ucapkan kata-kata cinta untuk seorang lelaki dalam hidupnya. Haiqal orang yang pertama dia ungkapkan khas untuk lelaki itu tetapi mujurlah Haiqal tidak ada masa itu kalau tak mesti dia menanggung malu yang menggunung. Balik nanti aku nak listerinekan mulut aku.

AIRA hendak menguap tetapi sempat dia menekup mulutnya. Buruk anak dara ternganga-nganga. Zamani dan Najwa sudah pulang setengah jam lalu apabila Lily merenyek-renyek nak tidur. Jadi, tinggallah Aira keseorangan tanpa teman. Jay dan Lee entah hilang ke mana mungkin duk mengurat anak orang manakala Rafiq dan Haiqal sedang berbual dengan beberapa orang lelaki yang tak jauh dari tempatnya duduk.

Aira pelik kenapa dua orang jejaka yang selalu mendapat perhatian itu tidak menari sedangkan ramai lelaki syok menari dengan pasangan masing-masing. Nak kata takde perempuan cantik bohonglah sebab ramai yang cantik cuma tunggu untuk diajak oleh kedua-dua lelaki itu.

Telefonnya berdering menandakan Whatsapp masuk. Aira mengukir senyuman apabila Syaqila dan Arina bertanyakan soalan yang sama. Gatalnya kawan aku ni..

Ramai tak hot guy kat sana?

Oh… Nak hot guy ye. Aira curi-curi mengambil gambar Rafiq dan Haiqal yang tengah berdiri. Setelah itu dia menghantarnya melalui Whatsapp. Smiley terkejut dihantar oleh kedua-dua sahabatnya.

Arina: Ira! Aku nak yang pakai white tuxedo tu!

Syaqila: Aku pun nak jugak!

Arina: Mana boleh! Aku dah chup awal-awal. Kau ambil yang silver tu.

Aira: Dah-dah jangan gaduh. Dua-dua aku punya.

Syaqila: Ira! Kau tamak!

Arina: Selfish!

Aira: Hahaha.

Tiba-tiba lagu yang terpasang berhenti dimainkan dan lampu pula terpadam membuatkan tetamu yang hadir panik dengan keadaan yang gelap gelita. Beberapa saat kemudian, cahaya dari  spotlight menyuluh seseorang yang tengah duduk dihadapan piano. 

Petikan pada piano mula kedengaran mengisi ruang sunyi dewan itu. Aira kenal orang yang tengah bermain piano itu. Dia teringat pada dua tahun lepas yang lalu sebelum kejadian itu. Dia ditanya ciri-ciri lelaki idamannya.

“A person who playing piano while singing a song that show his feeling towards me.”

Ingat lagi rupanya. Tapi itu dulu…

Same day but it feel just
A little bit bigger now
Our song on  the radio
But it don’t sound the same
When our friends talk about you
All it does is just tear me down
Cause my heart breaks a little
When I hear your name
It all just sound like (oooooh)
Mmm too young too dumb to realize

Rafiq merenung tajam ke arah Aira bagai bertanya, ‘what is going on here?’ Aira mengangkat bahu dan menggeleng kepala tanda dia tak tahu. Takut kena marah dengan Rafiq kerana dia sudah mengangkat sumpah setia.

That I should of bought you flowers
And held your hand
Should of gave you all my hours
When I had the chance
Take you to every party
Cause all you wanted to do was dance
Now my baby is dancing
But she dancing with another men

Tetamu yang hadir mula menari mengikut rentak lagu ‘When I was your man’ yang dinyanyikan oleh Tengku Izz Ilham.

My pride my ego my needs and my selfish ways
Cause the good strong woman like you to walk out my life
Now I never never get to clean up the mess I made
Ooh and it hunt me every time I close my eyes.
It all sounds lile (oooooh)
Mmm too young too dumb to realize

Alahai, hati! Sila tetap berdiri teguh, okey? Jangan nak menderhaka pada tuan badannya. Tapikan best jugak suara anak raja ni boleh masuk AF ni. Tapi rasa macam nak tidur pun ada. Aira menutup mulutnya apabila hendak menguap.

“Agak-agaklah kan dia tujukan pada siapa ye?” tanya Rafiq.

“I don’t know anything. Anak raja tu dah weng agaknya,” jawab Aira.

“He’s crazy of you. Seems like.”

“Itu dia punya pasalah.”

“You like it huh?”

“You like him to be your adopted brother in-law?”

“Huh! Never! Saya takkan setuju dan restu,” tegas Rafiq berkata.

“Probably someone will jealous,” tutur Rafiq.

Kening Aira bertaut. Siapa pulak nak jeles?

AIRA termenung di lobi sambil menunggu Rafiq yang sudah berjanji hendak menghantarnya pulang kerana Arina terpaksa menginap di rumah ibu bapanya. Mana brader Rafiq ni? Kata nak hantar kau balik. Kalau dia tinggalkan aku, aku bakar dia hidup-hidup.

Sebuah kereta Lamborghini berwarna red chrome berhenti dihadapannya. Cermin kereta diturunkan. Tersembul wajah kacak milik Haiqal.

“Come in.” Aira toleh ke kiri dan ke kanan, tak ada orang. Dia bercakap dengan kau ke?

“Tiang lampu, masuk!”

Aira ketap bibir geram. Aku yang cun ni  boleh dia samakan aku dengan tiang lampu yang tegak tu. Jauh berbeza aku dengan tiang lampu. Lanun ni dah rabun agaknya. Harap mata je biru tetapi rabun.

“Mana Rafiq?” tanya Aira.

“He has something to do. He ask me to send you home,” terang Haiqal.

“Kau nak balik ke tak nak balik ni? Kalau tak nak balik takpe, aku bukannya teringin pun nak jadi driver kau,” kata Haiqal apabila melihat Aira yang masih tak bergerak.

Ambik kau Ira. Straight to the point. Nak masuk ke tak? Dia menoleh ke belakang. Tengku Izz Ilham sedang melangkah ke arahya. Ish! Ke mana je aku ada mesti dia ni ada.

“Wait for me.” Aira cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Seat belt ditarik.  Keselamatan mesti diutamakan. Kereta mula bergerak.

Bertuahnya aku hari ni dapat naik Lamborghini Aventador si kerbau merah menyala. Hari tu dapat naik Ferrari 458 si kuda putih melepak. Bila agaknya aku dapat naik BMW i8 pulak? Lagi bertuah kalau aku perempuan pertama naik kereta dia.

Aira teringatkan kejadian jatuh tak jadi. Dirinya diburu perasaan malu. Belum pernah dia berada dekat dengan seseorang lelaki dan belum pernah dirinya disentuh oleh seorang lelaki biarpun berlapik. Tetapi dalam satu malam semuanya terjadi dan lelaki yang bertuah itu adalah Haiqal. Kenapalah semua yang terjadi mesti ada dia?

“Yes! I love him. I love Haiqal d’Andrew.”

Ayat it terngiang-ngiang ditelinganya. Pengakuan palsu yang dibuat didepan Tengku Izz Ilham. Dengar dek Rafiq, Syaqila dan Arina sampai tahun depan dia kena gelak sebab sebelum ni dia tak pernah nak mengaku cinta pada seseorang. Kalau Haiqal dengar tayang muka tak ada gula dia lagi ke? Bukan senang tau Aira nak mengungkapkan kata cinta. Dan sekali lagi Haiqal jugalah lelaki pertama dia ‘mengakui cintakan lelaki itu’..

“Kau termenung sebab tak dapat nak balik dengan boyfriend kau?” tanya Haiqal yang memecah kesunyian di antara mereka.

“Dia tu bukan boyfriend saya,” tegas Aira menjawab.

Haiqal senyum kegelian apabila wajah Aira yang tegang. Garangnya. Memang taklah tu bila muka macam singa lapar. Dia memang tahu apa yang terjadi kepada Aira pada dua tahun dahulu kerana Rafiq yang memberitahunya.

“You try to deny your own feeling. Sudah terang disuluh spotlight lagi, siap main piano lagi nyanyi lagu Bruno Mars. How sweet,” tutur Haiqal.

Sweet kepala abah kau. Dia ni memang saja nak sakitkan hati aku ke?

“My feeling is my own business not yours. So, tak payah berlagak tahu yang awak tahu perasaan saya.”

Pandangannya di paku di luar tingkap tak sesaat pun berkalih arah.  Tengok muka dia buat sakit hati je. Betul ke sakit hati atau takut jatuh suka? Huh! Never.

“Its clear now you love him.”.

“No! I’m not.” Pandangannya sudah berkalih arah merenung si pemandu tang sja nak cari pasal dengannya. Kereta diberhentikan di bahu jalan dengan tiba-tiba. Haiqal membals renungan Aira.

1 saat, 2 saat, 3 saat, 4 saat, 5 saat…

Aira sudah mengalihkan pandangannya kerana tak sanggup nak lawan mata siapa yang paling cantik. Sudah tentulah dia yang kalah. Jantungnya pula terlebih aktif mengepam darah dengan laju.

Haiqal tersenyum apabila Aira sudah mengalih pandangan matanya. Five second only. I hope more longer after this. Kereta kembali bergerak semula.

Kedua-duanya senyap hanya kesunyian yang menyelubungi diri mereka. Aira rasa dah berjam-jam duduk di dalam kereta mewah Haiqal. Lambat lagi ke nak sampai rumah? Dia sudah berasa tak selesa dengan keadaan ini. Apabila sampai sahaja di rumah, Aira mengucapka terima kasih lalu terus menonong masuk ke dalam rumah tanpa memandang wajah Haiqal.

HAIQAL merebahkan badannya di atas katil untuk melepaskan penat. Siling bilik direnung olehnya. Dia teringat kembali apa yang terjadi pada majlis di hotel. Dia merenung pula tangannya yang melingkar di pinggang Aira semasa hendak menyambut Aira daripada terjatuh. Kalau aku tak sambut, mesti dia jatuh dan dapat malu. Jarak antara mereka pada waktu itu sangat dekat sehinggakan dia dapat merasa nafas hangat gadis itu di wajahnya.

Dia memejam matanya. Her eyes… Something missing in those eyes. Her lips… It never smile at me. She’s a hidden precious gem. Wake up, Haiqal. Kalau sekali ingat takpe lagi, ni dah berkali-kali ingat ni apa kes buat tambah dosa je.

Kenapalah aku boleh teringatkan budak tak cukup umur macam tu? Dia bangun lalu menanggalkan blazer dan tali teher kemudian mencapai tuala lalu dia masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Selesai sahaja dia membersihkan diri, dia menunaikan solat tahajud yang selalu diamalkan sejak zaman sekolah lagi. Sebaik sahaja mengaminkan doa, telefonnya berdering menandakan mesej masuk. Sejadah dilipat dan sidai lalu telefon yang berda di atas katil dicapai. Senyuman terukir dibibirnya apabila menerima mesej dari Rafiq. Since when kau jadi paparazi, Fiq.

Dia turun ke bawah kerana tekaknya terasa haus dan  terus dia menuju ke dapur. Mug diambil dan menuangkan air di dalam mug lalu meneguknya. Dia duduk di meja makan sambil termenung..

Sunyi. Perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan rumahnya sekarang.  Bilalah rumah ni nak meriah? Asyik sunyi sepi je. Balik rumah ni mesti rasa sunyi. Mungkin takde orang atau mungkin dia jarang balik ke rumah ini.  Rumah yang baru dibeli tiga tahun yang lalu. Bilalah rumah ni nak ada penghuni?

“Kalau along kahwin senang makan, minum, dan pakaian isteri yang sediakan. Gosok baju pun isteri gosokkan.”

Dia kembali teringat kata-kata adiknya.

“Sudah-sudahlah pegang jawatan playboy tu. Resign jelah bagi kat orang lain pulak. Fikirlah pasal kahwin pula umur dah menjangkau 30 ni sepatutnya dah kahwin beranak-pinak.”

Dia teringat pada kata-kata Datin Noriah. Resign jadi playboy tu Rafiq yang kena fikir bukan aku. Kahwin? Tapi calon isteri pun tak ada macam mana nak kahwin. Apa yang susahnya kalau ada jodoh kau kahwin kalau tak ada sampai ke tua la kau membujang, Qal.

“Yes! I love him! I love Haiqal d’Andrew!”

Haiqal tersenyum apabila teringatkan pengakuan Aira di depan Tengku Izz Ilham. Dia terdengar secara tak sengaja. Dia keluar dari dewan sekejap kerana menerima panggilan penting apabila selesai dia ternampak Aira dan Tengku Izz Ilham. Mula-mula dia tak menghiraukan tetapi situasi tersebut membuatkannya ingin mengetahui apa yang terjadi. Sebagai langkah berjaga-jaga kalau terjadi apa-apa pada Aira seperti dua tahun lepas.

Dia mengaku agak terkejut mendengar pengakuan dari Aira. Tapi apabila melihat Aira yang terkumat-kamit berkata sesuatu dengan wajah yang berkerut. Dia tahu gadis itu hanya hendak melepaskan diri dari Tengku Izz Ilham. Dia tahu gadis itu mahu Tengku Izz Ilham berhenti mengganggunya. Dia juga tahu yang gadis itu berat dan tak suka untuk mengaku ‘cinta’ terhadap dirinya.

“Bertuahnya kau, Qal. Selama ni tak pernah seorang perempuan mengaku cintakan kau tapi malam ni…” Haiqal ketawa kecil.

Nak selamatkan diri, dia main hentam cakap macam tu. Aira… Aira…

Continue Reading

You'll Also Like

4M 246K 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami ran...
1.1M 59.1K 57
#1st series of His Secret Status ; [ COMPLETE ] Pertemuaan antara Zaskia Melania dengan seorang jejaka di lorong madrid bagaikan dejรก vu. Setiap kali...
8.9M 468K 68
Highest Rank #1 in Romance Dia jahat. Dia samseng. Dia annoying. Dia selfish. Dia gengster. Tapi, dia aku punya. Ayna Maisarah dan Alief Danyel yang...
HYDRA 187 By eynaasarah

Mystery / Thriller

22.2K 2K 29
#1 ๐—–๐—ข๐——๐—˜ ๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿณ ๐˜ผ๐™š๐™ก๐™š๐™–๐™จ๐™๐™– ๐˜ฟ๐™ฎ๐™ง๐™– yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universi...