»ERROR« [ZombieMalay]

Por Ly_Arlay

148K 15.1K 1K

"Semuanya telah berakhir," Daerah kecil Kudat menjadi huru-hara apabila satu wabak misteri melanda daerah ter... Más

√Prologue√
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Extra Ch.
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Author Note ❤
Bab 19 pt 1
Bab 19 [Finale]
Watak
Epilog I
Epilog II
Epilog III
👋Author Note👋
💖Author Note💖
SEQUEL
Note
Note 2
ANNOUNCEMENT
ANNOUCEMENT PT2

Bab 5

5.8K 616 138
Por Ly_Arlay

'Amaran!'

8.45 pagi, 27 Disember 2016

"Cikgu Siti hilang!"

Jantungku bagaikan berhenti berdegup. Guru-guru mulai panik! Suara pengetua tenggelam dalam kekecohan.

Satu jeritan nyaring bergema. Menghentikan semua kekecohan. Aku terkaku di tempatku. Itu suara Cikgu Siti! Pengetua bangun daripada kerusi dan menghampiri pintu.

"Dr Christine, boleh beritahu bagaimana wabak ni berjangkit?" Tanya beliau.

"Setakat kajian saya kelmarin, ia tersebar melalui sentuhan." Jawab Dr Christine.

Kelihatan Pengetua mengangguk kemudian berfikir seketika.

"Nor, ambil kotak sarung tangan dalam almari ketiga." Arahan Pengetua terus dituruti tanpa banyak soal.

Cikgu Nor mengeluarkan 10 buah kotak sarung tangan. Semuanya masih berbungkus dalam plastik.

"Ada 5 lagi kotak sarung tangan ada di Makmal Kimia 2." Deks bersuara.

Pengetua mengangguk sekali lagi, "okey. Sekarang Chan pergi bawa pelajar-pelajar ni edarkan sarung tangan ini. Asri, Charios, Rey, Midzan pergi cari Siti dan jangan pegang dia. Saya, Jodd dan Deks pergi ambil sarung tangan lebih. Yang lain tunggu di sini. Pastikan telefon kamu on." Guru-guru yang disebut mula bergerak.

*
Suasana sunyi dan menyeramkan. Destinasi kami ialah blok B di mana terletaknya kelas-kelas tingkatan 4 dan 5.

Rem telah memaklumkan yang kelas 4 Oppo dan 4 Huawei berada di bengkel memasak. Cikgu Chan mengambil keputusan untuk ke kelas kami terlebih dahulu. Kami mengambil jalan melalui koridor tingkat 1 menuju ke kelas 4 Samsung.

Sedang aku memerhatikan sekeliling sambil mengatur langkah beriringan dengan Rem, dia tiba-tiba terhenti dan turut menarik aku berhenti bersamanya.

"Apa tarik-tarik ni?" Aku mendengus.

Dia bagai terkaku dengan mata yang memandang ke arah penghujung koridor. Aku berpaling memandang ke arah yang sama. Saat itu aku terkedu.

Rica berdiri dengan mata kemerahan yang tajam memandang ke arah kami. Air liur meleleh ke dagu dan lehernya. Lengan dan betisnya dipenuhi calar-calar merah dan torehan. Darah mengotori uniform pinaforenya.

"T-Teacher," panggilku dengan getar suara yang jelas. Cikgu Chan dan Edd berpaling hampir serentak.

Ketika itu juga Rica menderam kuat. Langkah diatur, perlahan kemudian semakin laju.

"Run!" Cikgu Chan menjerit.

Aku dan Rem tidak membuang masa. Kami berputar dan membuka langkah seribu mengejar Cikgu Chan dan Edd yang turut berlari beberapa kami ke hadapan. Larian Edd dan Rem jauh lebih laju berbanding aku dan Cikgu Chan. Kaki kami membuka langkah besar memanjat tangga menuju ke kelas 4 Samsung. Edd dan Rem sampai terlebih dahulu.

"Teacher! Ana! Cepat! Cepat!" Kedua lelaki itu menjerit.

Layla, Lynn dan Wanah muncul di hadapan pintu. Ekspresi mereka yang kehairan bertukar terkejut dan ketakutan.

"Close the curtains!" Arah Cikgu Chan. Ketiga-tiga gadis itu pantas bergerak.

Aku hampir sampai namun kira-kira beberapa meter daripada kelas, kepalaku bagai dihentak dengan sesuatu yang keras. Rambutku ditarik kuat dan aku jatuh terhempap ke lantai.

Aku tercekik, menarik nafas sedalam-dalam yang aku mampu. Rica cuba menindihku. Aku mengumpulkan segala kudrat yang aku ada kemudian menendang gadis itu sekuat hatiku. Rem dan Lynn tiba membantuku berdiri. Kami berlari bersama ke kelas.

Sebaik sahaja tubuh kami melintasi pintu kelas, Cikgu Chan menutup dan mengunci pintu tersebut. Aku dapat merasakan Rica melanggar pintu berkali-kali menghasilkan bunyi yang kuat.

"Teacher what's that?" Angeline bertanya. Dia berpelukan dengan Vieoly. Ketakutan jelas terpancar daripada wajah semua rakan sekelasku.

"Actually, a mysterious plague attacked our town. Anyone who got infected will become like Rica." Jelas Cikgu Chan dalam bahasa Inggeris sebagaimana beliau merupakan guru bahasa Inggeris kelas kami.

"Like zombie?" Sampuk Nue. Cikgu Chan mengangguk perlahan.

"So how-- emm" Adem tercari-cari perkataan yang sesuai untuk dituturkan.

"spreading you mean?" Adam, kembarnya mencelah. Adem mengangguk "yeah, how the plague spreading?"

"By skin contact." Jawab Edd pantas. Pasti dia juga tahu kerana dia ada ketika Dr Christine memberitahu perkara tersebut.

Rakan sekelasku yang lain mula berbisik-bisik sesama mereka. Ada yang mempamerkan kegusaran, kegelisahan tidak terkecuali ada yang menggeletar. Tiba-tiba bunyi hentakan pada pintu terhenti. Aku saling berpandangan dengan Layla dan Cikgu Chan.

"Dia dah pergi ke?" Celies bertanya.

"Ke dah penat hentak pintu tu." Sahabatnya, Cherry membalas.

Cikgu Chan menghampiri tingkap sebelah pintu dan menyelak langsir yang menutupi tingkap tersebut. Beliau meninjau keadaan luar.

"She's gone," bisik beliau sambil berputar menghadap kami.

Aku terkejut, namun turut lega. Namun bayangan seseorang berhampiran tingkap, berdiri tepat di belakang beliau membuatkan kelegaanku lesap. Rakan yang lain juga perasan.

"Teacher! Behind you!" Emanuela menjerit, yang bagiku buat pertama kalinya.

Bayangan seseorang itu menjadi jelas. Cikgu Siti! Beliau melanggar tingkap dan menghentaknya kuat. Cikgu Chan menjerit dan berundur ke belakang. Rica muncul kembali menghentak pintu.

"Tingkap tu akan pecah!" Wanah menjerit, melawan pekikan rakan-rakanku yang lain.

"Sana! Kita keluar daripada tingkap tu then tembus ke kelas 3 Sony."

Idea bernas Lynn mendapat persetujuan semua. Dyka dan Luis mengangkat sebuah meja ke tingkap tersebut. Satu persatu rakanku memanjat naik dan lesap ke kelas sebelah.

Saat 12 pelajar lagi yang menunggu, tingkap yang dihentak Cikgu Siti retak. Aku, Lynn, Layla, Edd, Rem dan Nell menghalang Cikgu Siti daripada memanjat masuk. Edd dan Rem menjatuhkan papan kenyataan kelas. Mereka mengangkat papan itu bersama dan menampalnya pada tingkap yang pecah.

Aku, Lynn dan Nell membantu menahan papan kenyataan tersebut. Aku perasan hentakan semakin kuat, seperti ada yang membantu Cikgu Siti. Ketika aku meninjau ke luar, panik bertambah. Cikgu Charios telah dijangkiti!

"Weh! Korang nampak apa yang aku nampak?" Aku bertanya. Melalui ekspresi mereka, aku tahu mereka nampak.

"Hoi! Lambat lagi ke?!" Rem bersuara kuat.

"Last!" Cikgu Chan memanjat keluar diikuti Dyka dan Nue. Hanya tinggal kami berlima berada di kelas.

"Kau kau orang pergi dulu." Arah Nell.

Aku dan Lynn menggeleng-geleng serentak. "Takkan nak tinggalkan kau orang kat sini."

"Kau orang tu perempuan. Leceh nak panjat keluar jadi kau orang pergi la dulu. Kami ni sprinters okay." Aku sempat menjeling tajam ke arah Edd sebelum memanjat keluar daripada tingkap. Aku membantu menarik Lynn. Kami berdua menunggu di luar tingkap, sedia untuk menutupnya sebaik sahaja jejaka bertiga tersebut berjaya memanjat keluar.

Nell, Edd dan Rem berpandangan kemudian mengangguk. Mereka bersedia membuka langkah.

"...tiga!"

Mereka melepaskan papan kenyataan dan terus memecut ke arah tingkap di mana aku dan Lynn menunggu. Ketiga mereka berjaya memanjat keluar namun aku dan Lynn tidak sempat menutup tingkap tersebut. Cikgu Charios dan Rica laju mengejar. Kami tiada pilihan selain untuk lari.

Sebaik sahaja kami tembus ke kelas 3 Sony, Cikgu Chan dan seisi kelas 4 Samsung menunggu kami di sana.

"They're coming!" Lynn memekik.

Cikgu Chan berputar membuka langkah, beliau melambaikan tangannya menyuruh semua berlari ke luar kelas.

Cikgu Charios, Rica dan Cikgu Siti berjaya masuk ke dalam kelas.

Koridor blok B tingkat 2 yang sebelum ini sunyi, menjadi kecoh. Rakan sekelasku berlari menuju ke blok A seperti yang diarahkan oleh Cikgu Chan.

Cikgu Charios mengejar dengan pantas. Aku berlari bagai tidak cukup tanah. Belum pernah di dalam hidupku aku berlari sepantas ini. Dalam hatiku, tersemat tiga perkataan yang kini menjadi peganganku. Aku nak hidup!

"Run!!!"

Seguir leyendo

También te gustarán

276 22 5
Terbitan K-Lit - Karangkraf @ PBAKL 2024 Di Universiti VerseMedia, para pelajar bersorak teruja menyambut inovasi terbaru universiti tersebut - sebua...
1K 141 30
Sejujurnya ini buka kisah tentang Nu'aiman sahaja :) Andai ada salah atau silap dimana-mana,kau orang boleh tegur aku. Jangan segan-segan sama aku. A...
DIAM ✔ Por Aîm

Misterio / Suspenso

51.1K 8.2K 38
Pabila suara demi suara berbisik kata, yang dia mahu hanyalah sunyi tanpa bicara. Hati meronta agar dilepaskan dari dimensi dunia yang tiada siapa bo...
QUOTES Por AdielaNash

Novela Juvenil

327K 10.7K 183
I ❤ Quotes so much.... I'll try my best. Do enjoy it !!! May all this words can inspire you all!😁😘 ~QUOTES is where to escape from stupid people~