PILU Tanpamu

By MunaMahira

38.6K 750 45

Amra Aleesa, puteri yang ditatang di atas dulang emas. Hidup dalam kemewahan. Tak pernah merasa susah. Permer... More

Part 1
Part 2
Part 3
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18

Part 4

2.3K 48 0
By MunaMahira

LANGKAH kuatur satu per satu. Wajah terpamer riak tenang. Hakikatnya dada merusuh sendiri. Ada rasa yang tidak enak bermain di situ. Menimbulkan keraguan di atas langkah yang diambil.

Temuduga. Pertama kali buat untuk aku. Aku tidak pernah menduga aku perlu menghadiri sesi temuduga sepanjang hidup ini.

Daddy punya syarikat sendiri. Sebagai pewaris, aku tahu di mana tempat untukku bernaung. Sejak kecil aku digilap untuk menggantikan tempat daddy.

Siapa sangka lain pula yang terjadi. Tak terdetik di fikiran ini satu saat empayar daddy dengan mudah dihancurkan lelaki itu. Lelaki yang merampas masa depanku!

Aku menarik nafas dalam-dalam. Cuba membuang rasa gementar yang tiba-tiba mengusik kala membayangkan aku bakal disoal sekejap lagi. Lagi-lagi bila memikirkan majikan yang bakal mengajukan soalan itu Khaliq Hafiy!

Pintu lif terbuka menghilangkan bayangan yang kucipta sendiri di kepala. Aku melangkah masuk ke dalam lif yang kosong.

Butang nombor empat kutekan mengikut arahan yang diberikan Nuria semalam. Nuria yang mendapatkan aku peluang temuduga di sini. Selebihnya aku perlu bergantung pada diri sendiri untuk diterima atau ditolak lelaki itu.

Saat pintu lif hampir tertutup, sepasang tangan kekar menghalang hingga pintu lif terbuka semula. Sepasang tangan yang menunjukkan kekuatan pemiliknya. Sangat maskulin.

Aku mengetap bibir geram. Rasa terganggu dengan kehadiran lelaki yang selamba melangkah masuk tanpa sepatah kata.

Langkahnya cukup kemas. Setiap derap langkahnya menimbulkan debaran di dadaku. Seperti ada bahaya yang menanti. Membuat aku resah sendiri.

Rentak nafasku terganggu kerana lelaki itu. Seperti takut setiap helaan nafasku buat lelaki itu menerkam ke arahku. Kenapa aku begini?

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 35K 71
1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan...
93.8K 3.1K 16
"Kenapa you mesti pakai tudung hari-hari?" "Do you really want an answer to that?" "Well, if you don't mind explaining la kan." "I pakai selendang ha...
143K 3.4K 22
Batrisyia si Ice Queen bermata biru lebih senang hidup sendiri tanpa gangguan sesiapa. Hidupnya tiba2 terganggu oleh Ghazi Zayan yang hadir mengejar...
2.1K 83 32
" Alexa Alviena Seorang Gadis Muda Yang Bekerja Dalam Bidang Kemodelan ,..Kecantikan Dan Tubuh Nya Yang Menawan Telah Banyak Mengugat Hati Lelaki Yan...
Wattpad App - Unlock exclusive features