Part 13

2.1K 40 0
                                    

NURIA yang baru melangkah masuk ke bilik terus melabuhkan punggung di sisiku. Mahu mengorek ceritalah tu. Faham sangat niatnya.

​"Aku tunggu ni," desak Nuria terus ke persoalan pokok.

​"Tunggu apa?" soalku pura-pura tak faham.

​"Kau jangan nak berahsia dengan aku. Siapa yang kasi kau jalan masuk ke kandang harimau tu?" soal Nuria separuh mengugut.

​"Kalau aku tak nak cerita apa kau nak buat?"

​"Aku tidur sini malam ni," tingkah Nuria terus berbaring di tilam empuk. Matanya dipejam rapat mahu lelap.

​"Sibuk aje," bidasku menjeling geram dengan taktik Nuria.

​"Nak cerita ke tak nak ni?" Dia membuka sebelah mata. Memandangku dengan bibir tercebik tidak puas hati.

​Aku mendengus halus. Kalau bukan dengan Nuria, dengan siapa lagi aku mahu berkongsi rahsia? Mama jauh sekali. Mama langsung tidak tahu apa yang aku cuba lakukan.

​Sejak semalam aku menumpang di rumah Nuria. Mama menyatakan protes. Aku yang berdegil. Risau mama tahu. Dan aku tidak mahu lelaki itu curiga tentang latar belakangku yang menyatakan aku merupakan anak yatim sejak kecil lagi.

​"Kau rasa dia tu playboy ke?" soalku masih keliru dengan sikap lelaki itu yang terlalu selamba menyentuhku. Macamlah aku ni hak milik dia!

​"Dia?" Mata Nuria kini terbuka luas memandangku.

"Khaliq?"

​"Bukan kau nak tau pasal dia ke?" dengusku. Pura-pura tak tahu pulak.

​"Khaliq... playboy?" Senyum nakal terbentuk di bibir itu. Mata Nuria kini bersinar galak.

​Aku mendengus kasar. Tahu sangat apa yang bermain di kepala sahabatku itu.

​"Dia usik kau ke?"

​"Dia playboy ke?" soalku serius. Aku hanya tahu maklumat tentang pencapaian lelaki itu. Bukan hal peribadi dia.

​"Aku tak pernah dengar pulak dia tu playboy. Member aku tak pernah pulak cakap."

​"Member kau yang mana?"

​"Yang kasi kau lubang kerja tula. Member aku tu kenal ramai jantan."

​"So, member kau tu kenal dia?"

​"Aku tak pasti. Kalau kau nak tahu aku boleh panggil dia jumpa kau nanti."

​Aku terdiam sejenak. Berfikir. Mungkin ada baiknya bertemu kawan Nuria. Lebih banyak rahsia lelaki itu aku tahu, lebih senang untuk aku menjalankan misi. Dan lebih bersedia untuk aku berdepan dengan tindakan selamba dia.

​"Aku nak jumpa member kau tu."

​"Okey. Nanti aku set masa dengan dia." Aku mengangguk setuju.

​"Aku masih tunggu jawapan kau ni," tekan Nuria.

​"Jawapan apa?"

​"Dia buat apa kat kau?"

​"Buat apa?" Aku tayang wajah tak bersalah. Segan mahu buka cerita.

​"Kau jangan nak main wayang dengan aku. Kalau dia tak buat apa-apa kat kau... kau takkan fikir dia playboy," desak Nuria geram.

​Aku mengeluh berat. Tahu benar jika tiada jawapan yang keluar, Nuria takkan mengalah denganku.

​"Dia pegang tangan aku," tuturku bersahaja.

​"Pegang tangan kau? Dia pegang tangan kau? First day dah pegang tangan kau?!" Bibir Nuria terbentuk hufuf O dengan jawapan itu.

​Aku mengangguk lemah. Tak kuasa mengulang ayat yang sama.

​"First day dah pegang tangan." Tergeleng-geleng kepala Nuria bagai susah benar mahu percaya.

"Esok apa agaknya dia nak buat kat kau?" Nuria mengusap dagu licinnya. Kepala mula ligat berfikir membayangkan yang bukan-bukan.

"Kau jangan nak fikir ke laut sangat," tingkahku menujal dahinya perlahan. Ingat aku suka agaknya lelaki itu buat tanganku macam harta?!

Dia tersengih menayang gigi tanpa riak bersalah. Matanya melekap di wajahku seperti menilik harta yang berharga.

"Apa?" sergahku.

"Cantik."

​Pujian yang terletus dari bibir sahabatku itu buat aku mahu tanam Nuria dengan bantal di tanganku. Lalu kubenam bantal di tangan ke wajah polos Nuria. Nuria lebih pantas menepis.

​"Main kasar, babe," tingkahnya terus bingkas duduk. Bahaya diserang dalam keadaan berbaring.

​"Mulut kau tu..."

​"Puji pun salah ke? Dah memang betul kawan aku ni cantik. Sampai harimau tu pun tak sabar nak baham kau."

​Aku hanya mampu menjeling Nuria. Tidak mampu membalas bila bicaranya ada kebenaran yang tak dapat aku nafikan.

​"Bibir merah bak delima. Hidung mancung bak seludang. Mata..."

​Aku tidak menunggu lama untuk membenam bibir Nuria dengan bantal. Memang cari nahas!

​"Sakitlah," jeritnya menyeringai menahan sengal di bibir.

​"Sendiri cari maut."

​"Puji pun makan bantal. Kau memang cantik, Lees. Mana-mana lelaki yang tengok kau mesti tak berkelip mata. Semua nak datang dekat. Kau aje yang tak pernah bagi peluang. Aku risau kau jadi makanan harimau tu aje."

​"Mengarutlah kau ni."

​"Playboy pun tak pegang tangan staf dia hari pertama kerja tau. Ini dah tahap buat harta. Macam isteri dia pulak," tingkah Nuria.

​Gulp! Isteri? Ada rasa yang tidak enak membelit dada. Naluriku menjerit agar aku mengundurkan diri. Melupakan semua rancangan melibatkan lelaki itu.

​"Aku nak tidur ni," tuturku setelah lama mendiamkan diri.

​"Nak halau akulah tu," sungut Nuria mencebikkan bibir.

​"Tahu pun. Tunggu apa lagi?" Aku menjongket kening seraya merebahkan tubuh di tilam empuk yang setia menanti.

​"Nanti aku contact member aku tu. Kau tu jaga-jaga. Hari ni baru tangan kau aje jadi mangsa. Esok macam mana?"

​Nuria turun dari katil melangkah santai ke pintu. Dia berpaling memandangku seketika. Ada lagi yang mahu diungkapkan oleh bibir itu. Belum puas membebel.

​"Aku pandai jaga diri."

​Nuria tertawa sinis. "Pandai cari masalah memang betul. Jaga diri, huh?" Dia tergeleng-geleng sebelum melangkah keluar seraya menutup rapat pintu bilikku.

​Aku menghela nafas berat. Mataku melekap pada jemari runcing yang menjadi mangsa lelaki itu. Masih terasa hangat genggaman tangan itu.

​Pertama kali jemariku berada di dalam genggaman lelaki asing. Dan lelaki itu pula musuhku!

​Gurauan apakah ini? Jalan yang kupilih, di mana pengakhirannya? Kalah atau menang? Senyum sinis terbentuk di bibir. Cuba menghilangkan kesayuan yang mula menghimpit.

​"Tidur lagi bagus. Esok..." Aku pejam mata rapat. Membiarkan kelam malam menjemputku ke alam mimpi. Untuk seketika aku mahu lupa segalanya.

PILU TanpamuWhere stories live. Discover now