Part 16

98 5 0
                                    

TELEFON BIMBIT yang menjerit nyaring memaksa aku menekan butang hijau menyambut panggilan Abang Zi. Aku menadah telinga menanti bicara sepupuku itu. Mata fokus di jalan raya yang sibuk.

"Abang Zi tunggu kat basement," ucapnya tegas terus mematikan talian.

Aku mengetap bibir kurang senang dengan nada lelaki itu. Tentu ada yang tidak kena. Mahu membebel agaknya.

Tidak lama untuk Satria Neo yang kupandu memasuki basement kondominium Nuria di mana Abang Zi menantiku. Aku melangkah keluar dari perut kereta menuju ke arah keretanya.

Pintu kubuka lalu tubuh kubolos ke dalam perut BMW miliknya. Mataku melekap ke wajah kacak itu. Kening terjongket mempersoalkan kedatangannya.

"Kenapa tak bagitahu Abang Zi?" Keras suara yang menyoal. Marah.

"Mana Abang Zi tahu?" Aku tersenyum sinis. Cepat benar Abang Zi mendapat maklumat.

"Lees ingat Lees sorang aje ke nak balas dendam?"

"Siapa spy Abang Zi?"

"Lagi baik Lees tak tahu," bidasnya.

"Kalau Lees tahu mungkin lagi senang..."

"Lees tak perlu tahu!" potong Abang Zi tidak memberi peluang untuk aku menghabiskan kata.

Aku terdiam lama. Menayang protes pada lelaki yang begitu mudah meninggi suara. Aku tidak suka caranya.

"Sorry," ucap Abang Zi lembut memujuk. Jemariku diraihnya. Digenggam kemas.

Aku merentap kasar. Entah kenapa aku tidak selesa membiarkan dia menggenggam jemariku. Tidak seperti sebelum ini.

"Lees..."
Aku memalingkan wajah keluar tingkap. Tidak sudi memandang dia. Jika diikutkan hati mahu sahaja aku keluar dari perut kereta saat ini.

"I'm sorry." Suara Abang Zi cukup lembut memujuk.

Aku mendengus kecil. Kalah juga dengan kelembutan lelaki itu. Aku jeling dia di sisi.

"Teman Abang Zi dinner."

"Tak perlu," bidasku. Walaupun aku sudah mengalah, tidak bermakna aku sudi keluar dengannya. Tiada selera.

Abang Zi menghela nafas berat. Dia tidak mendesak. Mungkin sudah terlalu kenal akan sikapku yang pasti takkan berganjak bila tidak sudi.

"Abang Zi risaukan Lees. Lees dekat sangat dengan jantan tu."

"Dekatlah bagus. Banyak maklumat Lees boleh korek," bidasku.

Peti besi di dalam bilik Khaliq terlayar di mata. Dua hari bekerja di syarikat lelaki itu, hanya Sahil yang kulihat dibenarkan masuk ke dalam bilik Khaliq. Tiada staf lain yang berani dekat.

Aku sebagai pembantu lelaki itu cukup bertuah. Terlalu mudah untuk mencipta ruang dan peluang.

"Lees faham tak bahaya kalau jantan tu tahu niat Lees dekat dengan dia?!" Suara Abang Zi kembali meninggi.

"Bahaya?" soalku sinis.
Jika mahu difikirkan tentang bahaya apa perlu aku melakukan semua ini? Berhadapan dengan lelaki yang punya aura hitam seperti Khaliq tak mudah untuk aku.

Setiap kali berdepan dengan lelaki itu jantungku mudah sahaja mahu melompat keluar dari dada terancam bahaya. Setiap kali itu juga aku perlu memujuk diri untuk lebih kuat.

"Susah sangat ke Lees nak faham? Abang Zi risaukan Lees. Abang Zi tak nak jantan tu buat bukan-bukan kat adik Abang Zi."

Argh, bosan! Perkara yang sama juga yang diutarakan Abang Zi.

"Ni jalan yang Lees pilih. Tolong hormat pilihan Lees," bentakku.

Abang Zi diam tidak membalas. Aku juga membisu tanpa kata. Hening suasana terasa mencengkam. Lebih selesa begini dari bertelingkah dengan dia.

"Dua minggu lagi syarikat jantan tak guna tu akan rebut tender baru. Kalau Lees boleh dapatkan maklumat tender tu... jantan tu akan rugi besar. Ni langkah pertama untuk Lees balas dendam."

Aku tersenyum lebar mendengar bicara Abang Zi. Senang hati bila dia mula percaya padaku. Tidak terus mempertikaikan keputusanku.

"Syarikat Abang Zi nak rebut tender yang sama?" tebakku.  Abang Zi sekadar mengangguk.

Setahun yang lalu selepas kejatuhan daddy, Abang Zi dipanggil menjadi rakan kongsi dalam syarikat sahabatnya. Sejak itu syarikat rakan kongsi Abang Zi semakin kukuh.

Abang Zi cukup berbakat. Jika tidak daddy tidak akan membiarkan Abang Zi menjadi sayap kanannya. Disebabkan itu aku yakin dengan bantuan Abang Zi aku mampu menjatuhkan musuhku.

"Okey. Serah pada Lees," tingkahku meletakkan beban itu di bahuku. Walau apa cara yang patut digunakan, aku selesaikan misi yang diberi padaku.

"You need to be careful," pesan Abang Zi. Nadanya jelas kedengaran bimbang.

"Jangan risau," balasku seraya membuka pintu kereta terus keluar dari perut kereta meninggalkan lelaki itu.

Misi pertama. Aku takkan gagal!

PILU TanpamuNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ