Part 14

3.3K 67 11
                                    

MATAKU tidak berkelip memandang skrin komputer riba di hadapanku. Meneliti setiap inci laporan yang kutaip.

Khaliq mengarahkan aku membuat laporan mengenai perbincangan semalam. Salah satu cara mengajarku tentang dunia perniagaan katanya. Aku sebagai pekerja perlu menurut walaupun aku tidak benar-benar faham akan perbincangan semalam.

Bagaimana mahu faham bila aku tidak diberi maklumat sebelum menghadiri mesyuarat? Sekurang-kurangnya aku perlu mengkaji dahulu.

Aku membelek dokumen yang diberikan Khaliq pagi tadi. Sejam berlalu sedangkan aku masih terkulat-kulat untuk menyiapkan laporan.

"You tak faham?"

Suara garau yang bergema hampir membuat aku meloncat dari kerusi. Jantungku melantun kencang memukul dada.

Aku jeling lelaki tinggi lampai yang entah bila sudah berdiri di belakangku. Terlalu khusyuk hingga tidak sedar kehadirannya. Atau dia yang begitu hebat muncul tanpa derap langkah menyapa gegendang telingaku?

Aku hampir tersedak liur sendiri bila lelaki tinggi lampai itu menunduk hingga tiada jurang antara aku dan dia. Jika aku bergerak walau seinci pasti tubuh aku dan dia bertaut.

Nafasku seakan terhenti. Tubuhku kejung di situ. Tidak berani bergerak walau seinci pun. Nafas lelaki itu lembut menyapa leherku. Meremangkan roma. Meniupkan gemuruh di dada.

"Apa yang you tak faham?" soalnya lembut.
Senyuman manis terbentuk di bibir dia. Sekejapan hilang bagai ilusi. Aku salah tengok ke?

"I... I..." Tiada kata yang mampu terlontar dari bibirku.

Jemariku yang menggenggam tetikus dengan selamba menjadi mangsanya. Dia melarikan tanganku bersama tetikus meneliti setiap patah perkataan yang tertaip di skrin.

Tak perlu menyentuh tanganku hanya untuk membaca laporan yang jelas di skrin. Nyata mahu mengambil kesempatan!

"Ta... tangan I..." Akhirnya terlontar juga protes yang tersekat di kerongkong. Aku tidak betah terus menjadi mangsanya.

"I pinjam kejap, princess," balasnya bersahaja.
Aku hilang kata mendengar balasan itu. Puas aku memaksa diri menyatakan protes dan bila terluah, dia begitu mudah memberi jawapan seolah-olah caranya itu tidak salah.

"Apa yang you tak faham? I akan ajar you," bisiknya rapat di telingaku.

'Dia nak ajar atau cuba menggoda? Perlu ke berbisik begini?' Akal mula menyatakan bantahan.
Malangnya lidah kelu untuk berbicara.

"Kalau you diam macam ni... I tak dapat ajar you." Senyum sinis terbentuk di bibir itu. Kali ini aku tak salah pandang. Senyum sinis di bibir itu kekal lama seperti menduga kesabaranku.

"I masih... cuba untuk faham."

Suaraku kedengaran begitu perlahan dan lemah di pendengaran. Aku tak suka kedengaran lemah begini. Hanya dengan kehadiran dia begitu rapat begini buat aku hilang rentak. Benci!

"Nak I terangkan?" soalnya melirik pada dokumen di atas meja yang terbentang di hadapan mata.

Aku mengangguk perlahan. Lebih senang untuk faham jika dia menerangkan padaku. Dia menyelak dokumen ke helaian yang pertama lalu satu per satu maklumat diterangkan padaku.

Aku tekun mendengar. Sesekali mata melirik sakit hati melihat tangannya masih melekap kemas pada jemariku yang menggenggam tetikus.

Mahu protes lebih-lebih aku bimbang dibaham harimau. Dia bos besar di sini. Bila-bila sahaja dia boleh menghalauku pergi dari syarikat ini. Lalu aku hanya mampu pura-pura lupa akan jemariku yang dibuat harta olehnya.

'Tangan aje. Bukan seluruh badan. Tangan aje pun.' Aku hanya mampu memujuk diri. Pasrah!

PILU TanpamuOn viuen les histories. Descobreix ara