Abangku,Suamiku! (Raya)

By safikah_rohiman

92.7K 2.4K 115

Tahun ini,Irfan dan Alisya bercadang mahu raya di kampung Tok Mah. Iaitu tok kepada Alisya. Mereka akan beray... More

Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11

Bab 3

7.8K 225 9
By safikah_rohiman

       "Sayang! Cepat sikit! Dah pukul 11 pagi ni! Nanti lambat pula sampai Kedah!" laung Irfan dari arah ruang tamu.

       "Ya! Sya dah siap ni!" balas Alisya. Alisya menuruni tangga dengan laju.

        "Eh, sayang jangan laju sangat turun tangga tu. Nanti jatuh," tegur Irfan.

         Alisya tidak menghiraukan teguran Irfan. Tiba-tiba Alisya tergelincir menyebabkan dia terjatuh. Tapi nasib baik Irfan sempat menyambutnya.

         Alisya menutup matanya. "Buka mata tu. Sayang tak jatuh pun. Mr hubby tolong selamatkan," kata Irfan.

         Alisya membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Dia tersengih apabila melihat wajah Irfan. Irfan hanya menggeleng.

         Irfan meleraikan pelukannya. "Itulah, abang dah cakap jangan laju sangat. Tengok dah tergelincir. Nasib baik abang ada. Kalau tak, tak tahu lah jadi apa dekat sayang," ujar Irfan.

         "Sya minta maaf abang. Sya nak cepat sebab tu lah Sya laju macam The Flash. Sya tak nak sampai Kedah lambat," kata Alisya.

          "Takpe. Dah jom keluar. Qal dah ada dalam kereta. Bersemangat dia bila nak balik kampung," kata Irfan.

          Dan mereka pun keluar dari rumah banglo 2 tingkat itu. Alisya masuk ke dalam perut kereta BMW milik Irfan. Irfan mengunci pintu rumah sebelum masuk ke dalam perut kereta.

                                 ***

        "Sayang, bangun. Dah sampai R&R ni. Jom solat dulu," Irfan mengejutkan Alisya yang sedang tidur di seat sebelah pemandu.

        Alisya terjaga dari tidurnya. Dia mengeliat kecil. Irfan hanya menggelengkan kepala melihat Alisya mengeliat.

         Irfan mengejutkan Hayqal pula yang sedang tidur di seat belakang.

         "Qal, jom turun. Dah sampai R&R ni. Tadi kata nak solat," Irfan mengongcangkan bahu Hayqal perlahan supaya Hayqal tersedar.

         "Dah sampai mana ni papa?" soal Hayqal yang masih mengantuk. Dia menguap kecil.

         "Dah sampai R&R. Lagi berapa kilometer je nak sampai Kedah," jawab Irfan. Dan mereka bertiga keluar dari perut kereta dan menuju ke surau yang berada di R&R tersebut.

         Selesai sahaja mereka  menunaikan solat Asar dan berehat seketika, mereka menyambung perjalanan semula.

         Tepat pukul 6:30 petang, akhirnya mereka sampai juga halaman kampung Alisya.

         "Sayang, mana satu rumah Tok Mah?" soal Irfan yang sedang memandu. Ye lah, selama dia kahwin dengan Alisya, dia tidak pernah balik kampung Tok Mah. Mereka cuma bertemu di Kuala Lumpur sahaja.

         "Tu abang! Belok kanan," jawab Alisya. Suaranya kedengaran begitu gembira. Hayqal yang berada di seat belakang sudah bersorak gembira.

         Irfan memarkirkan kereta BMW nya di hadapan rumah kayu moden milik Tok Mah. Di sebelah kereta Irfan terdapat kereta Volkswagen Polo merah milik maksu Alisya iaitu Siti.

         Alisya keluar dari perut kereta. "Assalamualaikum! Tok Mah! Oh Tok Mah!" laung Alisya dari arah tangga.

        Irfan dan Hayqal juga sudah keluar dari perut kereta. "Sayang, jangan lah menjerit. Cuba bagi salam elok-elok. Nak Maghrib dah ni. Tak elok menjerit," tegur Irfan.

        Alisya tersengih. "Sorry abang. Sya excited sangat. Tu yang menjerit tak ingat dunia ni," ujar Alisya.

         Irfan ketawa kecil. Irfan berjalan menuju ke bonet kereta untuk mengambil bagasi.

        "Waalaikumussalam. Ya Allah, Sya!" jerit Siti teruja. Siti berlari mendapatkan Alisya. Dipeluknya tubuh Alisya erat. Alisya juga turut membalas pelukan Siti.

         "Rindunya maksu dengan Sya ni. Lama tak jumpa Sya," kata Siti sebaik sahaja meleraikan pelukan.

         "Sya pun rindu dekat maksu. Maksu apa khabar?" tanya Alisya sambil menyalam tangan Siti.

         "Alhamdulillah. Sihat ja," jawab Siti. "Siti, sapa mai tu?" soal Tok Mah yang berada di muka pintu.

         "Ni cucu kesayangan mak lah. Alisya ni. Dia sampai dah. Laki dia ngan anak dia pun duk ada sekali," jawab Siti.

         "Ya Allah,Sya! Mai masuk. Ajak suami ngan anak hang sekali. Rindu tok ngan anak hang," ujar Tok Mah teruja.

         "Qal, salam toksu," arah Alisya. Hayqal menurut. Dia menghampiri Siti lalu menyalam tangan Siti.

          "Macam tak percaya pulak yang maksu ni dah jadi toksu," ujar Siti. Alisya dan Irfan ketawa kecil.

          "Toksu muda," kata Irfan sambil membawa masuk bagasi mereka ke dalam rumah kayu moden tersebut.

           Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rumah, Alisya menyalam tangan Tok Mah. Irfan juga turut menyalam tangan Tok Mah.

         "Mana suami maksu? Si Fahmi tu?" soal Alisya.

         "Dia keluaq. Pi sawah. Satgi balik lah tu," jawab Siti.

          "Sya, Irfan pi lah mandi dulu. Hampa bertiga baru sampai. Pi bersihkan badan. Satgi nak Maghrib dah. Nak berbuka dah. Pi cepat," ujar Tok Mah.

          "Baik tok," balas Alisya dan Irfan serentak. Mereka masuk ke dalam bilik yang telah di sediakan untuk mereka berdua.

          "Hayqal nak tidur mana?" soal Hayqal. "Hayqal tidoq ngan moyang ja lah," jawab Tok Mah.

          "Okey!" jawab Hayqal.

         Sebaik sahaja Irfan dan Alisya masuk ke dalam bilik, Irfan terus membaringkan tubuhnya di atas katil.

        "Penatnya," ujar Irfan perlahan. Alisya menggelengkan kepala. Dia menghampiri meja solek. Tudung bawal crepe nya di buka.

        "Abang, Sya mandi dulu. Abang jangan tidur. Nanti nak berbuka dah," kata Alisya. Irfan hanya mengangguk.

                             ***

         Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya azan Maghrib berkumandang di kawasan kampung yang begitu indah dengan permandangan sawah padi itu.

        Alisya, Irfan,Hayqal,Tok Mah,Siti dan Fahmi membaca doa berbuka puasa sebelum memulakan suapan.

        "Ya Allah, sedapnya ikan tempoyak masak lemak ni. Pandai tok masak. Nanti ajar Sya tau," kata Alisya.

        "Tok boleh ja ajaq hang masak lauk ni. Takdak masalah," balas Tok Mah. Alisya tersenyum mendengar jawapan daripada Tok Mah.

         Selesai sahaja mereka berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, mereka berbual-bual di ruang tamu.

        "Sya, dengaq cita Aida mengandung lagi. Betul ka?" tanya Siti.

         "Ye maksu. Aida mengandung. Dah masuk 7 bulan," jawab Alisya.

         "Aida dah nak masuk dua orang anak. Hang tu baru satu. Bila lagi nak bagi tok cicit?" soal Tok Mah yang duduk di sebelah Siti.

        Alisya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia memandang wajah Irfan yang duduk di sebelahnya. Irfan hanya membuat muka selamba.

        "Erm, belum ada rezeki lagi kot," jawab Alisya sambil memandang wajah Tok Mah.

         "Macam mana nak dapat anak lagi satu kalau dua-dua sibuk? Cuba luangkan masa sikit. Hampa ni lah. Takkan nak kena ajaq?" bebel Tok Mah.

         "Dengar tu sayang," bisik Irfan di telinga Alisya. Alisya mencubit lengan Irfan. "Adoi!" Irfan terjerit kecil.

          "Ha, pasaipa tu?" soal Tok Mah yang terkejut mendengar Irfan terjerit. Orang tengah layan drama dia boleh pula pergi jerit. Menganggu ketenteraman orang ja.

         "Ada semut gigit," jawab Irfan sambil menggosok tempat cubitan Alisya.

         "Haih, Sya. Pi bawak laki hang masuk bilik. Buh minyak gamat kat tangan dia tu. Kesian dia," kata Tok Mah. Alisya hanya menurut.

         Masuk sahaja dalam bilik, Alisya mengunci pintu. Irfan sudah membaringkan tubuhnya di atas katil.

         Alisya menghampiri Irfan. "Sakit sangat ke lengan tu?" soal Alisya sebaik sahaja melabuhkan punggung di birai katil.

         "Sakit lah. Ingat awak cubit ni perlahan ke? Kuat tahu tak?" jawab Irfan. Irfan tidak memandang wajah Alisya.

        Alisya menundukkan kepalanya. Rasa sedih menguasai dirinya. Sedih kerana Irfan memanggilnya dengan panggilan awak. Padahal selama ini Irfan memanggilnya dengan panggilan sayang.

        "Sya minta maaf," ujar Alisya sayu. Air matanya menitis di pipi. Irfan yang tadinya baring kini duduk bersila.

         "Sayang,kenapa menangis? Abang ada tersalah cakap ke?" soal Irfan panik. Dia memeluk tubuh Alisya.

         "Kenapa abang panggil Sya awak? Selalunya abang panggil Sya sayang," kata Alisya yang masih berada di dalam pelukan Irfan.

        Irfan meleraikan pelukan. Dia memandang wajah Alisya yang lencun dengan air mata. Di seka air mata Alisya. Dia tersenyum manis.

        "Sayang nangis sebab abang panggil sayang awak ke? Alololo, sorry lah. Abang saja nak uji sayang. Nak tengok sayang cintakan abang ke tak," ujar Irfan.

        Alisya memandang wajah Irfan. "Mestilah Sya cintakan abang. Abang suami Sya. Abang ayah kepada anak Sya. Abang pelindung Sya. Abang pemimpin Sya ke syurga," kata Alisya.

         Irfan tersenyum. "Kalau tambah 'anak-anak' tu lagi betul," ujar Irfan bersama senyuman nakal.

         "Ish, gatal!" ujar Alisya.

           "Kalau abang gatal, sayang lah yang kena garukan. Sebab sayang isteri abang," usik Irfan.

         "Oh betul lah. Mari sini Sya garukan abang. Mana tempat yang gatal tu? Oh Sya tahu. Sini kan," ujar Alisya lalu menggeletek perut Irfan.

         "Hahahaha!! Geli sayang. Geli." Irfan sudah berdiri. Alisya juga turut berdiri. Irfan mula melarikan dirinya dari Alisya. Alisya pula mengejar Irfan. Oleh itu, berlaku lah aktiviti kejar-mengejar antara mereka berdua di dalam bilik itu.

          Sedang leka Irfan berlari menjauhkan diri dari Alisya yang mengejarnya, tiba-tiba kaki Irfan tersandung pada kaki katil.

          Irfan terjatuh di atas katil kerana tidak dapat mengimbang kestabilan badannya. Alisya pula terjatuh di atas badan Irfan.

          Mereka memandang antara satu sama lain. Keadaan di dalam bilik itu menjadi sunyi untuk sementara waktu.

         Irfan membaringkan tubuh Alisya di tempatnya tadi manakala dia sudah berada di atas Alisya.

          Alisya hanya membiarkan Irfan mengubah posisinya. Dia hanya mendiamkan diri.

          "Izinkan abang," ujar Irfan. Muka Alisya sudah berona merah. Dia hanya mengangguk.

         Dan malam itu, disaksikan oleh malam yang begitu indah, terjadinya hubungan suami isteri antara mereka berdua buat kali kedua.
        

Continue Reading

You'll Also Like

3.7K 134 33
Wanita mana yang sanggup hidup bermadu? Hakikatnya tiada seorang wanita pun yang sanggup berkongsi kasih. Perkahwinan mereka diuji lagi. Perkahwinan...
89.8K 3.9K 23
Beautiful Cover by @azleyanaa_ Karya Pertama✔️ #ExanderAdward #ExanderAdward2019 Dia bagaikan kaca terhempas ke batu setelah apa yang berlaku pada...
Sakit By si hati tisu

Historical Fiction

4.9K 147 101
sekeping hati yang seringkali disakiti tanpa henti .sungguh indah bukan ?
35.4K 1K 28
Mengisahkan tentang Becky seorang CEO yang bengis,garang,dingin dan menakutkan bagi para pekerjanya tapi apabila bersama isterinya ia akan menjadi ma...