Abangku,Suamiku! (Raya)

By safikah_rohiman

92K 2.4K 115

Tahun ini,Irfan dan Alisya bercadang mahu raya di kampung Tok Mah. Iaitu tok kepada Alisya. Mereka akan beray... More

Bab 1
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11

Bab 2

8.4K 223 3
By safikah_rohiman

       "Assalamualaikum Doktor Puteri Alisya binti Megat Idrus," tegur seseorang yang sedang berdiri di muka pintu pejabat Alisya.

        Alisya yang sedang memeriksa dokumen pesakit memandang ke arah pintu.

        "Waalaikumussalam. Eh, Aida! Mari masuk," pelawa Alisya.

          Aida masuk ke dalam pejabat Alisya yang di khas kan oleh doktor.

          Aida melabuhkan punggungnya di kerusi yang telah disediakan berhadapan dengan Alisya.

         Bibir Alisya mengukir senyuman. "Dah berapa bulan?" soal Alisya. Alisya melihat perut Aida yang buncit itu. Tak sangka yang Aida sudah mengandung. Ini kali kedua Aida mengandung.

          "8 bulan," jawab Aida sambil mengusap perutnya. "Untung lah. Dah nak dapat anak lagi satu. Nampak gaya nya dah 2 orang lah anak kau," kata Alisya.

         "Itu lah kau. Dah 6 tahun kahwin tapi baru sorang anak. Tengok aku ni. Baru 5 tahun dah 2 orang," kata Aida.

         "Eleh. Beza setahun je pun. Itu pun nak berlagak," kata Alisya. Alisya menyambung memeriksa dokumen pesakit.

          "Aku pelik lah dengan kau. Kau kahwin dulu dari aku. Tapi baru sorang anak. Aku yang kahwin lambat dari kau pun dah nak masuk dua orang," kata Aida.

           "Tak payah lah cakap pasal anak. Nanti aku beranak ramai dari kau baru kau tahu," ujar Alisya.

          Aida ketawa kecil. "Ha. Kau asal datang hospital ni? Sakit ke? Abang Adam mana? Tak teman kau?" soal Alisya.

          "Abang kesayangan kau tu pergi Langkawi. Ada projek dekat sana," jawab Aida sayu. Rindu suami lah tu.

         "Daddy tak bagi abang Adam cuti ke? Maklum lah, daddy aku nak dapat cucu satu lagi," soal Alisya.

         "Adam ada minta cuti. Tapi itulah, abang kau sorang je yang uruskan syarikat tu. Maklum lah kau tak nak kerja kat syarikat daddy. Jadi Adam sorang je lah yang buat kerja," balas Aida.

         "Kesian kakak ipar aku ni," ujar Alisya. "Oh ya,Sya. Raya ni kau raya kat mana?" soal Aida.

        "Dekat Kedah. Rumah Tok Mah. Aku dengan Irfan dah bincang pasal ni. Dia setuju. Minggu depan aku dah start ambil cuti. Sampai lah raya nanti. Kami puasa kat kampung sekali," jawab Alisya.

         "Oh. Okey lah. Aku balik dulu ye. Kirim salam dekat Irfan," ujar Aida. Alisya berlaga pipi dengan Aida. "Take care," ucap Alisya. Aida mengangguk lalu keluar dari pejabat Alisya.

                               ***

       "Hayqal, buat apa tu? Pergi solat Asar. Dah pukul 6:15. Nanti nak maghrib dah," ujar Alisya yang sedang mengacau sup ayam di dapur.

         "Kejap mama! Qal nak tengok kartun. Pukul 6:30 Qal solat," jawab Hayqal yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

         Alisya menggelengkan kepala nya. "Qal! Tak baik tangguhkan solat. Pergi solat cepat. Kartun tu tak lari mana pun. Dah pergi solat. Nanti nak berbuka dah," kata Alisya dari arah dapur.

          "Baik mama. Qal solat," jawab Hayqal lalu menutup televisyen dan naik ke atas untuk menunaikan solat.

         "Assalamualaikum," ucap Irfan yang baru pulang dari kerja.

        "Waalaikumussalam," jawab Alisya.

       "Buat apa tu?" soal Irfan sambil memeluk pinggang Alisya dari belakang.

       "Masak untuk berbuka kejap lagi," jawab Alisya sambil mengacau sup sayur.

        "Mana Qal?" soal Irfan lagi. "Ada dekat bilik dia. Tengah solat," jawab Alisya.

        "Sayang dah solat ke belum?" soal Irfan sambil mengusap rambut Alisya yang paras bahu.

        "Sya dah solat tadi. Abang pergi lah solat. Nanti habis waktu," jawab Alisya sambil menoleh menghadap Irfan yang berada di belakangnya.

         Irfan meleraikan pelukannya. "Takpe ke abang tinggal sayang masak sorang-sorang ni? Sayang tak rindu abang ke?" soal Irfan.

          Alisya ketawa kecil. "Takpe lah abang. Abang pergi lah solat. Biar Sya uruskan dapur ni," balas Alisya.

         "Okey. Abang naik dulu ye," kata Irfan. Sebelum naik, Irfan mengucup dahi Alisya dahulu.

                               ***

          "Abang! Hayqal! Dah lah tengok televisyen tu! Dah nak berbuka ni!" laung Alisya dari arah dapur. Alisya sedang menghidang makanan di meja makan.

         "Qal, tutup televisyen. Mama dah panggil tu. Nanti kena bebel pula," kata Irfan sambil mengusap kepala Hayqal.

         Hayqal segera menutup televisyen. Irfan dan Hayqal jalan beriringan menuju ke arah meja makan.

         Setelah beberapa minit menunggu di meja makan, akhirnya azan Maghrib berkumandang di kawasan perumahan mereka.

        "Qal baca doa," arah Alisya. Mereka membaca doa sebelum berbuka puasa.

        "Sayang tolong ambilkan kurma untuk abang," pinta Irfan.

        Alisya mencapai mangkuk yang berisi kurma. Dihulurkan kurma itu kepada Irfan.

         "Terima kasih sayang," ucap Irfan. Alisya hanya membalas dengan senyuman.

         "Mama, Qal nak air oren lagi," ujar Hayqal. Alisya berhenti menyuap makanan ke dalam mulutnya. Dia menuang air oren ke dalam cawan Hayqal.

        "Terima kasih mama," ucap Hayqal. Alisya hanya membalas dengan senyuman seperti tadi.

       "Uhuk..Uhuk..". Tiba-tiba Irfan tersedak. Alisya bingkas bangun. Alisya menghulurkan air oren kepada Irfan sambil mengusap belakang Irfan.

            "Abang okey tak ni? Itulah kalau makan jangan gelojoh. Tengok dah tersedak," bebel Alisya.

           "Abang okey. Sayang tak perlulah membebel. Abang dah penat dengar sayang membebel," kata Irfan sebaik sahaja selesai meneguk air oren.

           Alisya berhenti mengusap belakang Irfan. Sebenarnya dia terasa hati apabila Irfan mengatakan dia sudah penat mendengar Alisya membebel.

          "Qal dengan abang makan lah dulu. Mama nak naik atas dulu. Nanti letak je pinggan ni dekat sinki. Nanti mama basuh bila mama dah habis solat," kata Alisya lalu berlalu menuju ke arah sinki untuk membasuh tangan.

          "Kenapa mama makan sikit je?" soal Hayqal.

         "Mama takde selera. Qal makan lah bagi kenyang. Mama naik dulu," balas Alisya lalu memanjat anak tangga menuju ke biliknya.

        Irfan memerhati Alisya yang sedang menaiki tangga. Dia tahu Alisya terasa hati dengan dia.

         "Haih, kenapa lah dengan aku ni? Boleh pula aku kata dah penat dengar dia membebel. Padahal dia tak pernah penat pun layan karenah aku dengan Hayqal ni," bisik Irfan di dalam hati.

          Alisya menutup pintu biliknya. Dia menuju ke arah balkoni. Setitis air mata jatuh di pipinya.

          Alisya menangis teresak-esak di balkoni. "Sampai hati abang cakap abang dah penat dengar Sya membebel. Padahal Sya tak penat pun melayan abang. Sya tak penat pun jadi isteri abang. Abang dah ada perempuan lain ke? Kenapa abang buat Sya macam ni?" ujar Alisya perlahan.

          "Abang minta maaf," ucap Irfan yang sedang berdiri di sebelah Alisya.

           Alisya pantas menekup mukanya. Bahunya terhinjut-hinjut akibat menangis.

        "Sayang, abang minta maaf. Abang tak sengaja," pujuk Irfan. Irfan memeluk Alisya. Alisya tidak membalas pelukan Irfan.

          "Abang tahu abang salah. Abang tak sepatutnya cakap macam tu dekat sayang. Abang minta maaf ye," pujuk Irfan lagi.

           Alisya memandang wajah Irfan. Air mata masih bersisa di tubir mata.

            "Kenapa abang cakap abang dah penat dengar Sya membebel? Sya ni teruk sangat ke abang? Sya minta maaf kalau Sya buat abang tak selesa bila Sya membebel. Sya membebel sebab Sya sayangkan abang dengan Hayqal," ujar Alisya. Sekali lagi air matanya jatuh di pipi.

          "Shhh. Jangan nangis my red rose. Abang tak suka tengok Sya nangis. Abang yang sepatutnya minta maaf dekat sayang. Abang janji yang abang takkan cakap macam tadi dah," balas Irfan sambil menyeka air mata Alisya.

         Bibir Alisya mengukir senyuman. Irfan juga turut membalas senyuman Alisya.

        Alisya memeluk Irfan. "I love you hubby,"ucap Alisya.

         "I love you too my red rose," balas Irfan. Irfan juga turut membalas pelukan Alisya.

    

Continue Reading

You'll Also Like

553K 13.9K 45
Amirah- seorang gadis yang merupakan anak orang kaya , diminati ramai lelaki termasuk rakan sekelasnya, namun ada sesuatu yang membuatkan Amirah tert...
700K 21.2K 60
Bakal suami ibu yang pilihkan? Masih adakah gadis-gadis yang setuju jika suami ibu sendiri yang carikan di dunia moden kini? Tapi tidak mustahil ba...
548K 14.2K 33
Dia kaum adam yang mampu menundukkan para gadis di bawah kaki nya, dia memiliki segala2 nya di dunia ini katakan sahaja apa yang tidak ada pada lelak...