Darkest World (K.T.H)

By yukiryu99

1.5K 286 77

HANAKO AYUMI - Seorang gadis yang cantik, lagi bijak dan peramah. Tapi biasalah kan kalau ada yang iri hati d... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24

Bab 11

67 11 10
By yukiryu99

Taehyung menghampiri Ayumi seraya menghulur tangannya.

"*가자."

"Huh?" Ayumi blur seraya memandang Taehyung. "Kita nak ke mana?"

"Honeymoon."

        AYUMI dan Taehyung tiba di suatu tempat. Atau lebih tepat di hadapan pintu gerbang yang teramat besar. Pintu istana je pun.

"Kita kat mana sekarang ni?" Tanya Ayumi.

Buat seketika dia hairan. Kata berbulan madu. Tapi beg pakaian tak ada. Oh lupa. Mamat ni kan dah jadi raja. So, dia ada duit nak beli baju.

"Kita sekarang ni kat Twilight Kingdom." Balas Taehyung.

Twilight Kingdom? Macam pernah dengar je tempat tu sebelum ni. Mmmm.. Tak penting kot.

Tiba-tiba pintu gerbang di buka dari dalam. Muncul dua wajah di sebalik pintu gerbang tersebut.

"Hohohoho.. Welcome to my kingdom, my lord." Jungkook menunduk hormat.

Apa yang dia dapat? Hanya sebuah ketukkan di kepala dari Taehyung.

"Tak payah baku sangat bahasa tu."

Jungkook tersengih sambil menggosok kepalanya. Haerin dan Ayumi berpandangan.

"Haerin-ah.. Bawa Ayumi ke dalam dulu. Oppa nak bawa chingu oppa jalan-jalan." Kata Jungkook.

Haerin mengangguk kepala seraya menarik tangan Ayumi. Sebelum beredar, Ayumi sempat memandang ke arah Taehyung. Taehyung? Dia hanya memberi senyuman semanis madu.

D U B !!

Tiba-tiba muka Ayumi terasa panas. Ayumi menarik tangan Haerin dan beredar dari situ.

Setelah memastikan tiada siapa di situ. Jungkook dan Taehyung berjalan hendak ke suatu tempat. Di sepanjang korido, Taehyung memandang sekeliling. Dia tersenyum. Banyak betul perubahan di sekitar istana Jungkook. Nampak lebih ceria berbanding dahulu.

"So, Jungkook.. Kau macam mana?" Tanya Taehyung.

"Huh? Macam mana, apa?" Jungkook memandang Taehyung.

"Banyak betul perubahan kat istana kau termasuk diri kau." Kata Taehyung.

Jungkook tersenyum. Kau pun sama Taehyung.

"Seingat aku lah kan. Kau kan benci bunga? Macam mana..." Taehyung menunjuk taman bunga yang berhampiran dengan mereka.

"Oh, yang tu. Haerin punya. Dia suka bunga. Sebab tu aku tanam." Kata Jungkook.

Taehyung tersenyum sinis 😏. "Baru seminggu Jungkook, kau dah jatuh cinta. Seriously?"

Jungkook mencebik. "Heh! Kata aku lebih, kau cermin diri kau tu dulu. Sebelum kata aku. Kau apa kurangnya.😑"

Taehyung berhenti seraya memandang Jungkook. Begitu juga Jungkook.

"Aku?"

Jungkook mengangguk kepala.

"Ak-"

"Hah! Elok sangatlah korang berdua ni. Sudah lah lambat, berhenti pulak kat situ." Celah Jimin.

Taehyung dan Jungkook menjeling Jimin.

"Jeling jeling.. Cucuk biji mata tu kang." Kata Jimin.

"Cucuklah kalau berani." Cabar Jungkook.

"Sudah! Jangan bergaduh. Taehyung." Panggil Jin.

"Dae hyung." Taehyung memandang Jin.

"Hyung baru dapat info dari Yoongi yang perempuan tu tengah bersendirian di sekitar kawasan ni." Kata Jin.

Jungkook tersenyum. "Masuk perangkap."

Jungkook memanggil Eun Jung dan Eun Ri. Tidak lama kemudian Eun Jung dan Eun Ri muncul menghadap Jungkook.

"Beta nak kamu berdua jagakan Haerin dan ratu Ayumi semasa ketiadaan beta dan raja Taehyung." Kata Jungkook serius. Perkara yang paling penting selain balas dendam ialah keselamatan Haerin.

Jungkook tahu yang Taehyung ramai musuh. Secara tidak langsung, musuh Taehyung adalah musuhnya juga.

"Baik, tuanku." Balas Eun Jung dan Eun Ri sebelum menghilang.

       AYUMI memandang Haerin yang turut memandang dirinya. Ayumi menongkat dagu.

"Bosan." Kata Ayumi.

Haerin mengangguk kepala. Sejujurnya dia pun bosan.

"Apa kita nak buat ni?" Tanya Ayumi.

"Jalan-jalan kat pekan nak?" Cadang Haerin.

"Okay, setuju." Ayumi bangkit. "Tapi kita kena keluar senyap-senyap." Sambung Ayumi lagi.

"Okay." Haerin menghampiri meja solek dan mengambil rantai permata merah.

"Uwah~ Cantiknya rantai tu.." Puji Ayumi.

"Jungkook kata, rantai ni boleh lindungi kita dari sihir." Kata Haerin.

Ayumi dan Haerin pun mula sesi menyelinap keluar dari istana. Mereka berdua keluar dari istana menggunakan tembok istana. Gila keluar guna pintu istana. Tak pasal-pasal kantoi.

Eun Jung dan Eun Ri mengetuk pintu sebanyak tiga kali.

"Lady Haerin, Ratu Ayumi. Boleh kami masuk?" Tanya Eun Jung.

Eun Ri sudah tidak sedap hati. Tanpa menunggu jawapan, Eun Ri terus membuka pintu. Eun Jun hendak marah terhadap kembarnya, atas kebiadapan adik kembarnya. Tapi tak jadi apabila melihat bilik tersebut kosong.

"Oh my.."

"Kita cari seluruh istana. Kalau tak jumpa kita cari dekat pekan." Cadang Eun Ri.

Setelah mencari seluruh istana, masih juga tiada tanda Haerin dan Ayumi dalam istana. Tanpa memikir dua kali, Eun Jung dan Eun Ri berlari keluar istana. Sempat lagi mereka mengarahkan pengawal untuk cari Haerin dan Ayumi.

       AYUMI dan Haerin ketawa sepanjang perjalanan. Macam-macam tempat mereka pergi. Kedai baju, gerai makan, tempat persembahan, sarkas (?) dan macam-macam lagi.

Bagi mereka, hari tu adalah hari yang paling menyeronokkan. Tapi mereka silap. Hari tu bukanlah hari yang paling menyeronokkan.

Tanpa mereka berdua sedar. Seseorang memerhati mereka dari gerai makan tadi. Rasanya bukan seorang, tapi sekumpulan.

Semasa Haerin dan Ayumi berborak. Tiba-tiba Monica muncul secara tiba-tiba.

"Ratu dan Lady dalam bahaya." Katanya tiba-tiba.

"Huh?"

Belum sempat Monica berkata apa-apa, tiba-tiba badannya yang kecil pelanting jauh dek kerana di pukul menggunakan sesuatu. Ayumi memegang tangan Haerin. Mereka berdua mendongakkan kepala. Seorang lelaki berbadan besar dengan muka yang berparut merenung bagai nak telan hidup-hidup gadis dihadapanya.

"Kita patut lari." Kata Ayumi.

Haerin dan Ayumi memusing kebelakang dan lari. Namun larian mereka terbantut apabila dua orang lagi lelaki berbadan besar menghalang laluan Haerin dan Ayumi.

"Habislah kita." Haerin sudah ketakutan.

         BADAN Ayumi dan Haerin di hempas pada dinding dengan kuat. Rambut Haerin di cengkam dengan kuat. Haerin mengaduh sakit. Ayumi meronta-ronta. Dua orang lelaki berbadan besar menahan Ayumi dengan kuat sambil menghala pisau ke arah Ayumi.

"Bagitahu aku. Siapa kau! Siapa korang! *말해바!"

Haerin tersenyum sinis. "Perlu ke aku bagitahu siapa aku pada korang?"

Lelaki 1 tu menampar muka Haerin. Haerin tersungkur.

"Yah! *나쁜 남자! Lelaki dayus!" Makin kuat rontaan Ayumi. Dia tidak perduli lehernya sudah luka.

Lelaki yang menampar Haerin tersenyum sinis. "Lelaki dayus? Kau tu pendatang asing. Entah-entah kau ni dari kerajaan moonlight. Datang ke kerajaan kami sebab nak hancurkan kerajaan ni kan? Baik kau mati je lah." Lelaki tu menarik pedang dari sarungnya.

"Andwae!" Haerin menolak lelaki tersebut.

"Aish!" Lelaki berbadan besar dan muka yang berparut tu hendak menyerang Haerin tetapi di halang oleh lelaki 2.

Lelaki 4 mengambil pisau di tangan lelaki 2. "Kita sihir je perempuan ni untuk bunuh diri di hadapan kawannya. Baru seronok."

Lelaki 1 sudah tersenyum sumbing. Suka dengan cadangan rakannya.

Lelaki 4 mula menyihir Haerin seraya memberi pisau. Haerin mengambil pisau tersebut. Ayumi sudah panik.

Haerin tersenyum sinis seraya menghala pisau pada lelaki 4. "Ingat aku bodoh ke nak bunuh diri huh?"

Semua lelaki di situ terkejut. Ayumi menarik nafas. Buat seketika dia terlupa rantai yang Haerin gunakan.

"Lepaskan kawan aku." Kata Haerin.

Lelaki 4 memandang Haerin, kemudian dia ketawa. Rantai. Baru dia tahu kenapa sihirnya tak menjadi.

"Tanggalkan rantai tu." Kata Lelaki 4. Masih ada sisa tawanya. Entah, apa yang kelakarnya. Author pun tak tahu.

"Aku tak sebodoh tu lah nak ikut arahan kau." Kata Haerin.

"Kalau kau tak tanggalkan rantai tu, kawan kau akan mati." Kata lelaki 3.

Haerin mengetap gigi. Ayumi menggeleng kepala. "Don't listen to him. Biar aku yang mati. Kau kena selamatkan diri kau." Kata Ayumi.

"Bodoh." Kata Haerin sebelum menanggalkan rantainya. Tak lama lagi aku akan jumpa Mira. Mianhae, Ayumi-ah.

Lelaki 4 tersenyum sinis setelah menjampi Haerin. Mata Haerin bertukar warna hijau. Ia bermakna Haerin dipengaruh sihir.

Lelaki 1 mengangkat dagu Ayumi. "Kita enjoy kematian kawan kau, ye sayang." Sinis kata-kata lelaki tersebut.

"Aku nak kau bunuh diri kau di hadapan chingu kau." Arah lelaki 4.

Haerin mengambil pisau dan berdiri dihadapan Ayumi. Haerin mengangkat kedua tangannya tinggi.

"Andwae, Haerin-ah.."

Haerin membenamkan pisau di perutnya.

"HAERIN!!!!" Tiba-tiba angin berada di sekeliling badan Ayumi. Matanya turut bertukar warna biru terang.

Dua orang lelaki berbadan besar yang menahan Ayumi, pelanting akibat angin yang berada di sekelilingnya. Ayumi menghalakan tangannya dan menembak secara rawak. Lelaki 2, lelaki 3 dan seorang lagi lelaki berbadan besar serta muka berparut dapat mengelak. Lelaki 1 dan lelaki 4 tidak sempat mengelak. Mereka berdua terhempas pada dinding dengan kuat.

"Tch! Jom blah. Aku nak korang bertiga uruskan perempuan ni." Kata lelaki 1 sebelum menghilang bersama lelaki 2, lelaki 3 dan lelaki 4.

Ayumi menghampiri Haerin. Dia mencabut pisau yang berada di perut Haerin. Mata Haerin masih berwarna hijau. Darah Haerin banyak mengalir. Ayumi menangis sambil menahan luka di bahagia perut Haerin.

"*제발 제발... Jangan tinggalkan aku."

Lelaki berbadan besar dan muka berparut mengarah dua orang lagi lelaki berbadan besar menarik Ayumi. Ayumi meronta. "Lepaskan aku. Jebal, kawan aku dalam bahaya."

Mereka mengendah rayuan Ayumi seraya menjauhkan Ayumi dari Haerin. Tiba-tiba Ayumi nampak satu susuk tubuh yang dia kenali.

"KIM TAEHYUNG!!!"



*가자 kaja = let's go
*말해바 mal-haeba = tell me
*나쁜 남자 nappeun namja = bad guy
*제발 jebal = please

Continue Reading

You'll Also Like

1.9K 22 5
kisah menceritakan tentang kehidupan aku yang pertama kali kena batang orang lain
61.1K 318 3
Kisah athirah yang masih di bangku sekolah dimanfaatkan kepolosan nya oleh si tua.
35.2K 1.8K 57
Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghantui dirinya. Bisikan halus kerap menghas...
296K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.