JEBAT (Diadaptasi Dari Filem)

Od karyaseni2u

25.8K 487 29

Tajuk: Jebat (Diadaptasi Dari Filem) Penulis: E-man Sufi Penerbit: Karyaseni Isbn: 978-967-469-044-1 ... Více

BAB 1
BAB 2
BAB 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 15

Bab 14

1K 27 0
Od karyaseni2u

Mastura memandu laju. Dia dan Jebat tak bercakap sepatah apa pun. Jebat tahu Mastura dalam keadaan sangat marah. Bila Mastura menekan lagi pedal minyak untuk menambah kelajuan, Jebat memegang stereng kereta.

"Berhenti kat tepi... Biar aku yang bawa." Jebat fikir Mastura tentu sudah penat memandu.

"Tak payah! Mas nak drive terus ke balai polis."

Mastura sudah nekad. Jebat mula panik. Dia memang tak boleh melibatkan polis dalam hal itu. Dia masih belum bersedia untuk membongkarkan kisah silamnya kepada Mastura.

"Mas, tolonglah. Jangan libatkan polis. Kau mesti percayakan aku, Mas. Kalau kita libatkan polis, hal ni akan jadi lagi besar..."

Jebat separuh merayu. Mastura tak kata apa. Namun pemanduannya sudah semakin perlahan. Jebat rasa sedikit lega. Dia tahu Mastura degil tetapi isterinya juga mempunyai hati yang lembut jika kena cara pujuknya.

"Biar aku drive, ya?"

Begitu lembut suara Jebat seakan memujuk. Mastura geleng. Walaupun susah nak melihat suaminya memujuk begitu tapi dia tak boleh mengalah macam tu saja. Dia perlukan penjelasan.

"Tadi, Mas nampak dia orang tu mengerang sakit kena tembak. Siapa yang ajar abang guna pistol?"

"Kau pun tahu kan aku memang pandai menembak. Aku dah biasa tembak tupai kat dusun Abang Uwais. Bezanya, yang tadi tu aku tembak orang bukan tupai."

"Mas tak percaya! Cara abang tembak tayar kereta tadi tu, abang nampak profesional! Abang Ary pun mungkin tak secekap tu!"

Mastura terlalu geram sehingga kakinya turut menekan pedal minyak. Kereta itu tiba-tiba meluncur semakin laju.

Jebat telan liur. Mastura kalau dah tak boleh kawal emosi, kemarahannya boleh jadi seperti tsunami atau taufan hurricane.

"Sabar, Mas... Bawa bertenang, sayang..."

"Bertenang... Bertenang... Itu aje yang abang tahu cakap. Kalau nak Mas bertenang, beritahu siapa dia orang tu dan kenapa dia orang nak bunuh abang? Salah apa yang abang dah buat sampai tahap ada orang nak bunuh abang? Ini soal nyawa... Mas tak boleh nak bertenang bila fikir nyawa suami Mas terancam. Kalau abang cerita aja kan senang. Tak payahlah Mas nak rasa kusut fikirkan apa puncanya."

"Aku faham, Mas..."

"Faham... Faham... Tapi tetap tak nak jawab soalan Mas."

Jebat garu kepala yang tak gatal. Dia rasa serba salah. Ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak. Kalau dia beritahu semuanya kepada Mastura, tentu marah Mastura makin bertambah.

Dia takut Mastura tinggalkannya. Dia takut Mastura membencinya dan paling dia takut jika cinta Mastura juga tidak ada lagi buatnya.

Isterinya itu sajalah hartanya dunia akhirat. Kalau itu pun dia hilang, apa lagi harapan yang tinggal untuknya.

Jebat pandang ke luar tingkap. Balai polis sudah semakin hampir. Dia pejam mata, dia rasa putus asa untuk memujuk Mastura.

Dahi Jebat berkerut apabila Mastura memandu melewati balai polis di kampung itu. Dia rasa lega dan sedikit tersenyum.

"Terima kasih, Mas..." ucapnya tetapi Mastura diam membisu.

"Errr... Masuk sana Mas, jalan ke bandar."

Telunjuknya mengarah ke simpang menuju ke bandar.

"Abang jangan nak mengarah Mas boleh tak? Abang masih tak jawab soalan Mas. Jangan nak alih topik pula."

Kereta terhuyung-hayang apabila Mastura berasa kepalanya pening. Mungkin kerana terlalu stres. Dia memberi isyarat ke kiri sebelum berhenti di tepi jalan.

Kepala Mastura tersandar pada stereng. Dia dilarang pergi ke balai polis dan semua persoalan yang bermain di benaknya belum berjawab. Apa yang patut dia buat selain menangis?

"Kenapa, Mas? Kau okey tak ni?"

Jebat mengusap rambut Mastura. Dia risau melihat keadaan Mastura yang begitu emosi. Selalunya Mastura tidak begitu. Bertengkar selama mana pun isterinya takkan stres.

"Tanya lagi... Memanglah tak okey," jawab Mastura dengan esakan masih bersisa.

"Aku minta maaf Mas kalau aku buat kau stres..."

Mastura angkat muka. Mata dan hidungnya kemerahan. Jebat menyeka air mata di pipi Mastura tapi ditepis perlahan.

"Abang, apa maknanya perkahwinan kalau antara kita ada rahsia... Mas tak nak perkahwinan yang penuh dengan rasa curiga. Abang nak Mas percayakan abang tapi apa yang Mas nampak, abang asyik mengelak daripada berterus terang. Mas curiga yang abang tak jujur. Mas tak pernah bersangka buruk kat abang tapi keadaan kita sekarang ni buat Mas rasa syak yang abang ada buat sesuatu di luar pengetahuan Mas."

"Mas... Kan aku dah cakap, aku tak tahu kenapa orang tu nak bunuh aku. Tapi hal ni memang berkaitan dengan kisah silam aku sebelum aku kenal kau. Sebenarnya aku... Aku... Aduh Mas, aku tak tahu nak mulakan dari mana..."

Belum sempat Jebat habis bercakap, Mastura sudah memasukkan gear dan kereta dipandu semula.

Jebat kaget seketika. Bila aku nak cerita, dia pula yang tak nak dengar!

"Mas, kau jangan macam ni... Aku nak ceritalah ni. Boleh tak kau berhenti semula kat tepi jalan biar aku yang drive? Aku janji aku akan ceritakan semuanya!"

Jebat sedikit terjerit. Mastura memandu melebihi had laju di kawasan bandar, silap-silap boleh kena saman.

Tiba-tiba Mastura masuk ke satu lorong dan brek mengejut di hadapan sebuah mini market. Tanpa mempedulikan Jebat, Mastura mengambil beg tangan dan membuka pintu kereta. Dia terus keluar meninggalkan Jebat terpinga-pinga di dalam kereta.

"Wei, Mas! Kau nak ke mana pula tu?" jerit Jebat yang separuh badannya keluar melalui tingkap kereta.

Dah kenapa pula dia keluar tiba-tiba macam ni? Jebat mati akal dibuatnya.

"Mas!!! Aku panggil kau ni!"

"Tak nak ikut, duduk aja dalam kereta tu. Mas lapar! Mas nak beli makanan."

Jebat tepuk dahi. Lapar pula? Tadi beria-ia menangis. Sekarang dah lapar pula? Apa kenalah dia ni... Macam bipolar pun ada!

"Lain kali kau boleh tak jangan buat saspens mcm ni?" Jebat membebel. Dia keluar dari kereta dan mengekori Mastura masuk ke dalam mini market.

"Kau buat apa ni, Mas? Sampai ambil troli ni... Kau nak borong satu market ni ke? Kita ni dalam perjalanan nak ke tempat yang jauh Mas oi... Mana sempat nak shopping."

"Kalau Mas nak borong satu market, Mas tak ambil satu troli aja... Dua tiga troli Mas ambil!"

Jebat garu kepala. Matanya ralik memandang Mastura mengambil pelbagai jenis barang di dalam mini market itu.

Tak sampai lima minit, troli itu sudah separuh penuh. Ini tak boleh jadi... Dia main pakai angkut aja semua yang dia nampak! Kalau macam ni, tauke balak pun bankrup!

Apabila Jebat mengambil beberapa barang yang dirasakan tidak perlu dan diletakkan semula di rak, Mastura memukul lengannya.

"Siapa suruh abang letak balik?"

"Banyak sangat makanan ringan... Tak elok untuk kesihatan."

"Biarlah... Abang bukan pedulikan Mas pun. Tak payah nak ambil berat sangatlah pasal kesihatan Mas."

Sindiran Mastura begitu tajam. Jebat garu kepala sambil memikirkan apa yang perlu dia lakukan untuk memujuk Mastura.

"Kau ni, Mas... Cakap macam orang merajuk. Aku ni bukan reti nak pujuk-pujuk ni, Mas."

"Tu pasal Mas rasa makin stres dengan perangai abang..."

Semakin lincah pula tangan Mastura mengaut beberapa peket coklat di rak. Troli dah separuh penuh.

Jebat geleng kepala. Mastura berlalu ke ruangan minuman pula. Dia mengambil lima botol air mineral.

Setiap kali ambil barang, Mastura memandang Jebat. Sengaja nak buat Jebat geram.

"Memang sengaja nak kenakan akulah tu..."

Jebat mengeluarkan dompet dari saku seluar jean. Dia mengira not RM50 yang masih ada. Hanya ada beberapa keping. Dia ketap bibir. Kesal kerana terlupa menukarkan beberapa keping wang asing yang masih berbaki semasa bercuti tempoh hari.

"Masak aku macam ni..."

Jebat pandang sekeliling mini market. Entah ke mana hilangnya Mastura. Dia perlu keluarkan juga sebahagian barang dari troli itu kerana duitnya tidak cukup untuk membayar barang-barang yang diambil oleh Mastura. Ada baiknya barang yang tak perlu dia letakkan semula.

Dengan kenaikan harga barang dan ditambah pula kadar GST yang agak tinggi, mahunya kosong dompetnya itu nanti. Lagipun, perjalanan ke Taiping masih jauh. Mereka perlukan duit untuk perkara yang jauh lebih penting.

Jebat mencari Mastura. Dia nampak Mastura sudah beratur di kaunter. Cepat-cepat Jebat menghampiri. Matanya memandang sekeliling. Malu jika ada orang yang mendengar apa yang mahu dibincangkan dengan isterinya itu.

"Mas..." Jebat berbisik.

Mastura kerut dahi. Pelik tengok muka Jebat yang nampak resah. Dahi suaminya sedikit berpeluh.

"Apa lagi, abang..."

"Errr... Aku rasa kan, elok kita letak balik separuh daripada barang-barang ni, Mas..."

"Kenapa pula?"

Suara Mastura agak kuat. Jebat pandang sebelah. Nasib baik tiada sesiapa. Mujur juga hanya tinggal seorang sahaja pelanggan untuk sampai ke giliran mereka.

Jebat tayang senyum kambing kemudian berpaling semula menghadap Mastura.

"Jangan cakap kuat sangat, Mas..."

"Okey... Okey... Tapi Mas tak akan letak semula barang-barang yang Mas dah ambil."

"Tapi Mas, duit aku tak cukup..."

Jebat berbisik lagi. Tiba-tiba tawa Mastura meledak. Spontan dia menutup mulutnya bila wajah Jebat mencuka. Aku serius dia boleh pula ketawa...

"Abang ni buat lawak ke?"

"Masa bila pula aku melawak... Kau tak nampak muka aku serius ni?"

Mastura paut lengan Jebat. Dia masih tertawa kecil. Patutlah suaminya berpeluh semacam aja. Rupanya risau pasal duit.

"Sayang... Duit Mas kan ada... Kalau tak cukup tunai... Mas ada kad debit dan kredit. Bila-bila boleh pakai, yang... No worries... Abang ni kelakarlah."

"Apa yang kelakarnya?!"

Jebat menekan sedikit suaranya. Cuba dikawal agar tidak meledak. Dia kecil hati apabila Mastura mentertawakannya.

"Aku ni suami... Sepatutnya pakai duit aku bukan duit kau."

"Uhfff... Tipikal lelaki... Apa salahnya guna duit isteri?"

Mastura memutar mata sambil menggeleng kepala. Entah apa yang dirisaukan sangat dia pun tak faham. Kalau Jebat tak ada duit sekalipun, dia masih ada duit simpanan yang boleh digunakan bila-bila masa diperlukan.

"Mas..."

Jebat menahan troli yang mahu ditolak Mastura ke kaunter. Dia memang dah agak Mastura tak akan ambil peduli tentang masalah kewangan. Dia tahu isterinya berduit tetapi dia tak mahu Mastura menggunakan duit sendiri. Bukan dia tak boleh beli makanan itu semua cuma kalau dah terlebih banyak macam tu, seeloknya diletakkan semula mana yang tidak perlu.

"Abang... Jangan nak buat drama kat sini. Malulah kalau kita letak semula barang..."

"Nak malu apanya... Meh aku yang letakkan balik."

"No way! Biar Mas bayar dulu. Kalau nak gaduh, kita gaduh dalam kereta ya, sayang..."

Mastura senyum paksa sambil tangannya mengusap muka Jebat. Namun matanya mengisyaratkan supaya Jebat berhenti menahan troli itu.

"Dik... Nak bayar tak ni?"

Wanita yang bertugas di kauntar bertanya. Wajahnya mula kelat apabila barisan pelanggan yang menanti giliran semakin panjang.

"Kejap ya, kak..."

Mastura segera menolak troli setelah Jebat mengalah. Dia membuat bayaran menggunakan kad debit. Jebat melihat jumlah yang tertera pada skrin komputer. RM350? Ini macam dah beli barang untuk dua minggu!

Kecil aja mata Jebat memerhatikan Mastura yang sedang menerima resit bil. Mastura mengerling Jebat dengan reaksi bersahaja. Dia tahu Jebat tak berpuas hati dengan tindakannya.

"Sayang... Tolonglah letak barang-barang ni dalam troli... Berat."

Mastura merengek manja. Jebat mengambil plastik-plastik berisi barang lalu dimasukkan semula ke dalam troli.

Wajahnya mencuka dan langsung tak bercakap apa-apa. Jebat menolak troli itu keluar dari mini market.

"Dah kenapa abang diam aja ni?"

Mastura bertanya apabila Jebat berdiam sahaja ketika memasukkan barang-barang ke dalam bonet kereta. Merajuklah pula Abang Jebat aku ni...

"Nanti aku bayar balik duit kau."

"Tak payah... Mas tak kesah pun... Barang-barang ni semua Mas juga yang nak makan. Apalah salahnya Mas beli guna duit sendiri..."

"Mas, dulu masa kau bujang, lantak kaulah nak beli apa pun dengan duit sendiri. Mahal ke... Murah ke... Sekarang, kau isteri aku. Semua keperluan kau tanggungjawab aku. Aku tahu, kau ada duit... Kau mampu bayar apa pun kau nak... tapi kau kenalah hormat aku juga, Mas... Apa kata keluarga kau kalau tahu barang runcit macam ni pun aku pakai duit kau?"

"Alah abang ni... Takkanlah pasal hal kecil macam ni pun nak jadi isu... Lagipun, famili Mas bukan kesah pasal benda kecil macam ni. Abang aja yang ambil serius."

Mastura memeluk lengan Jebat lalu digosok perlahan.

"Pada kau kecil... Pada aku ni soal maruah aku. Lepas aku cucuk duit kat ATM, aku ganti balik."

Jebat tetap dengan pendiriannya. Mastura menghela nafas seakan lelah nak bertegang urat dengan Jebat tentang duit. Apa yang susah sangat dia pun tak faham.

"Tak payah, abang... Kalau nak ganti juga, ganti dengan benda lain. Tak nak duit." Mastura geleng tanda tidak setuju.

"Ganti dengan benda lain?

"Yup!"

"Kau nak apa?"

Jebat kerut dahi. Dia mula curiga melihat senyuman Mastura dan muka nakalnya. Jebat arif benar dengan senyuman dan wajah begitu.

"Seven kiss..." Mastura kenyit mata. Jebat memutar matanya. Dah agak!

"Kau memang kan... Ada aja akal kau."

Jebat ketawa. Dia menutup bonet kereta.

"Okey apa... Jimat duit abang."

"Sudah... Kita gerak sekarang."

"Lambat bayar Mas kenakan bunga berganda tau..."

Jebat buat tak tahu. Mastura mengecilkan mata. Dia perasan telinga Jebat memerah.

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti líbit

76.7K 2.9K 36
First story from sweethearttina🌹 Kisah sepasang sepupu yang disatukan tanpa kerelaan masing-masing hanya disebabkan satu peristiwa yang tidak diingi...
2.2M 85.6K 72
Highest; # Wattpad Picks : Senarai Cerita Istimewa (2018) #1 in General Fiction (Nov 2017)(Jan 2019) #2 in Romance (Okt 2017) ❅ SilauunPurii 1st Gene...
9K 571 40
𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝑷𝒆𝒓𝒕𝒂𝒎𝒂 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑩𝒂𝒏𝒚𝒂𝒌 𝑴𝒆𝒎𝒑𝒖𝒏𝒚𝒂𝒊 𝑲𝒆𝒔𝒂𝒍𝒂𝒉𝒂𝒏~ [ʀᴇᴠᴀᴍᴘ][sʟᴏᴡ ᴜᴘᴅᴀᴛᴇ] 𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓜𝓸𝓱𝓭 𝓕𝓪𝓱𝓲𝓶...
8.2K 388 41
🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Rean...