Bab 7

1.3K 28 1
                                    

Mastura membuka mata perlahan-lahan. Deruan enjin kereta menangkap pendengaran. Dia menggosok mata beberapa kali. Dia masih mamai. Mata yang masih kabur hanya melihat warna hijau di sekeliling. Teksi sudah tidak bergerak. Dah sampai ke?

Sebaik saja pandangannya jelas, wajah Jebat begitu hampir dengannya. Suaminya itu tersenyum. Mastura membalas senyuman itu. Tidak ada yang lebih baik dalam hidupnya melainkan setiap kali dia bangun daripada tidurnya, wajah suaminya itu yang pertama dia lihat.

Agak lama mereka saling bertatapan mata barulah Jebat bersuara.

"Hmmm... Baik punya tidur kau, erk?"

Jebat mencuit hidungnya. Kemudian tangan kasar itu mengelus rambutnya. Jebat rasa lega melihat Mastura sudah terjaga. Setidaknya, Mastura dapat rehat setelah melalui perjalanan yang panjang.

"Penat..." jawab Mastura. Dia melentokkan kepala di bahu suaminya.

"Lain kali Mas nak naik flight duduk di first class aje... Sakit badan duduk kat economy seat tau tak? Save budget la sangat!"

Sempat pula dia memprotes. Ada tawa kedengaran.

Bagi Jebat, mungkin kata-katanya dianggap lucu tapi Mastura memang rasa tak selesa ketika berada di dalam kapal terbang.

"Lain kali kita pergi tempat yang boleh sampai dengan naik bas aje... Cepat dan jimat!"

Pap! Bahu Jebat ditampar agak kuat.

"Abang ni, kan... Mas serius dia main-main pula."

"Dah! Tak payah nak membebel... Kita dah sampai, cepat keluar!"

Jebat menolak kepala Mastura yang masih melentok di bahunya. Barulah Mastura perasan mereka berada di tempat yang sangat asing baginya.

"Kita di mana ni, sayang?" tanya Mastura.

Di sekeliling mereka hanya ada pokok-pokok yang menghijau. Nak kata hutan, tidak begitu tebal. Kelihatan seperti dusun tetapi kawasan itu terlalu sunyi. Kalau ada bunyi pun hanyalah suara unggas.

Suasana itu hampir sama dengan suasana dusun di belakang rumah Mak Cik Sari.

Soalan Mastura tidak berjawab. Jebat segera keluar dari teksi. Meninggalkan Mastura yang terpinga-pinga.

"Amoi... Lu sudah bangun, meh?" Pemandu teksi bertanya kepada Mastura.

Mastura memandang ke arah kerusi pemandu. Mencari-cari gerangan suara yang bertanya. Seorang lelaki berpaling kepadanya.

Arghhh!!!

Mastura terjerit kecil. Terkejut apabila melihat pemandu teksi itu yang tersengih sambil menayang giginya yang rongak.

Kus semangat... Aku ingatkan hantu gigi tadi!

"Haiyya... Apa pasal lu menjerit... Gua bukan hantu la... Gua taxi driver loh..."

Lelaki tua itu turut terkejut dengan reaksi Mastura.

"Errr... Sorry, uncle..."

Mastura menahan tawa. Tiba-tiba pintu di sebelahnya terbuka.

"Cepat keluar, Mas."

Jebat menghulurkan tangan. Segera Mastura sambut dan keluar dari perut teksi.

"Tempat apa ni, sayang? Ini bukan rumah kita... Mas nak balik rumah kita!"

Mastura rasa aneh berada di situ. Dia bawa aku kat tempat apa ni? Hijau aja...

Mastura menggaru kepala yang tak gatal. Tempat itu memang asing baginya.

Jebat masih tidak menjawab soalannya. Suaminya itu sedang berbicara dengan pemandu teksi. Dia tak berapa faham kerana berselang dengan bahasa Mandarin.

JEBAT (Diadaptasi Dari Filem)Where stories live. Discover now