Bab 14

1K 27 0
                                    

Mastura memandu laju. Dia dan Jebat tak bercakap sepatah apa pun. Jebat tahu Mastura dalam keadaan sangat marah. Bila Mastura menekan lagi pedal minyak untuk menambah kelajuan, Jebat memegang stereng kereta.

"Berhenti kat tepi... Biar aku yang bawa." Jebat fikir Mastura tentu sudah penat memandu.

"Tak payah! Mas nak drive terus ke balai polis."

Mastura sudah nekad. Jebat mula panik. Dia memang tak boleh melibatkan polis dalam hal itu. Dia masih belum bersedia untuk membongkarkan kisah silamnya kepada Mastura.

"Mas, tolonglah. Jangan libatkan polis. Kau mesti percayakan aku, Mas. Kalau kita libatkan polis, hal ni akan jadi lagi besar..."

Jebat separuh merayu. Mastura tak kata apa. Namun pemanduannya sudah semakin perlahan. Jebat rasa sedikit lega. Dia tahu Mastura degil tetapi isterinya juga mempunyai hati yang lembut jika kena cara pujuknya.

"Biar aku drive, ya?"

Begitu lembut suara Jebat seakan memujuk. Mastura geleng. Walaupun susah nak melihat suaminya memujuk begitu tapi dia tak boleh mengalah macam tu saja. Dia perlukan penjelasan.

"Tadi, Mas nampak dia orang tu mengerang sakit kena tembak. Siapa yang ajar abang guna pistol?"

"Kau pun tahu kan aku memang pandai menembak. Aku dah biasa tembak tupai kat dusun Abang Uwais. Bezanya, yang tadi tu aku tembak orang bukan tupai."

"Mas tak percaya! Cara abang tembak tayar kereta tadi tu, abang nampak profesional! Abang Ary pun mungkin tak secekap tu!"

Mastura terlalu geram sehingga kakinya turut menekan pedal minyak. Kereta itu tiba-tiba meluncur semakin laju.

Jebat telan liur. Mastura kalau dah tak boleh kawal emosi, kemarahannya boleh jadi seperti tsunami atau taufan hurricane.

"Sabar, Mas... Bawa bertenang, sayang..."

"Bertenang... Bertenang... Itu aje yang abang tahu cakap. Kalau nak Mas bertenang, beritahu siapa dia orang tu dan kenapa dia orang nak bunuh abang? Salah apa yang abang dah buat sampai tahap ada orang nak bunuh abang? Ini soal nyawa... Mas tak boleh nak bertenang bila fikir nyawa suami Mas terancam. Kalau abang cerita aja kan senang. Tak payahlah Mas nak rasa kusut fikirkan apa puncanya."

"Aku faham, Mas..."

"Faham... Faham... Tapi tetap tak nak jawab soalan Mas."

Jebat garu kepala yang tak gatal. Dia rasa serba salah. Ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak. Kalau dia beritahu semuanya kepada Mastura, tentu marah Mastura makin bertambah.

Dia takut Mastura tinggalkannya. Dia takut Mastura membencinya dan paling dia takut jika cinta Mastura juga tidak ada lagi buatnya.

Isterinya itu sajalah hartanya dunia akhirat. Kalau itu pun dia hilang, apa lagi harapan yang tinggal untuknya.

Jebat pandang ke luar tingkap. Balai polis sudah semakin hampir. Dia pejam mata, dia rasa putus asa untuk memujuk Mastura.

Dahi Jebat berkerut apabila Mastura memandu melewati balai polis di kampung itu. Dia rasa lega dan sedikit tersenyum.

"Terima kasih, Mas..." ucapnya tetapi Mastura diam membisu.

"Errr... Masuk sana Mas, jalan ke bandar."

Telunjuknya mengarah ke simpang menuju ke bandar.

"Abang jangan nak mengarah Mas boleh tak? Abang masih tak jawab soalan Mas. Jangan nak alih topik pula."

Kereta terhuyung-hayang apabila Mastura berasa kepalanya pening. Mungkin kerana terlalu stres. Dia memberi isyarat ke kiri sebelum berhenti di tepi jalan.

JEBAT (Diadaptasi Dari Filem)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora