Liliput ✔

By suenshenn

1.2M 66.9K 3.6K

Senyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka d... More

Let's Not Fall in Love
Prolog
1
2
3
Cast
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
Connect the Dots - Liliput, Tunku Jalil, HSA
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
Spoiler
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
42
43
44
45
46
47
48
49
50
Playlist
Epilog :')
Thanks :)

41

20.6K 1.1K 173
By suenshenn

Sorry la kalau chapter sebelum ni fast forward sangat. I ni pemalas gaiss.

"Sorry lambat. Photoshoot pagi tadi tak ikut schedule, habis drag semua schedule I hari ni. Ranap!"

Bebelan Bella sebaik sahaja menarik kerusi untuk duduk di hadapannya disambut tawa oleh Amry Putra. Perempuan, ada je benda nak dibebelnya.

"It's okay la. Biarkan I jadi penunggu,"

"Eii... tajuk novel! Choii!" sahut Bella sambil ketawa. Sakai betul bila masuk mod jiwangnya.

Ye la, selalunya Amry jiwang bila menyanyi je.

"You lambat sangat, I dah orderkan untuk you. Tapi tak tahulah you suka ke tak. Sorry,"

"Nahh... okey la ni," jawab gadis itu sambil mencapai sudu dan garpu.

Untuk beberapa minit pertama, mereka berdua fokus pada makanan. Mestilah fokus, lapar kut! Tapi ini Melayu! Mana boleh makan senyap-senyap, kita kena berborak.

Bak kata omputih, bonding over food.

"So, how's your week?" soal Bella sebelum meneguk minumannya.

Amry yang masih mengunyah hanya membuat mimik muka berfikir. Setelah itu mengangkat bahu pula.

"Biasa je. Tak busy sangat, alhamdulillah, so I spend more time on our bistro. How about you?"

"Damn hectic!"

"Oii, mencarut!" tegur Amry sambil membulatkan matanya. Haishh!

Gadis itu menayang sengih sahaja pada Amry. Sedar keterlanjurannya. "Sorry. It's just, penat..."

"Takpe la, itu kan rezeki," pujuk Amry lembut. Jus epalnya disedut dengan straw. Lega dapat air sejuk tengah-tengah panas macam ni.

"Ermm... Ry, can we take this relationship one step further?"

"Maksud you?"

Bella mengeluh lemah. Sudu dan garpunya dilepaskan dari tangan. Amry ni tak faham ke, saja buat-buat tak faham? Kadang-kadang sampai Bella rasa nak menyerah dengan sikapnya.

Tapi give up sekejap je la sebelum telad dikumpul kembali. Duduknya ditegakkan semula menghadap Amry.

"I'm not young anymore, Ry. I'm 27, I want to get married, have a family. You know what I mean, right? Don't play dumb la,"

"Yeah, I know," ujar Amry. Dia pula yang lemah kali ini.

Ini bukan kali pertama Bella membangkitkan soal perkahwinan dengannya. Sepanjang lima tahun ini dah tak terhitung berapa kali isu ini berbangkit. Dan setiap kali itu jugalah jawapan Amry sama.

"Tapi you tahu kan I dah kahwin? Dah ada isteri, dah ada anak,"

Dan selalunya ayat ini mematikan terus hujah Bella. Namun sayang, hari ini tidak seperti selalu.

"Isteri nusyuz yang tinggalkan you for years? Anak yang you tak pernah jumpa? Amry, it has been five years! For all these years, I yang ada dengan you, I yang tengok jatuh bangun you. Please, Ry,"

Amry Putra menggeleng lemah. Lemah dirinya terasa apabila kenyataan itu dicampak ke mukanya.

"No. I'm sorry, Bell, but no. You cantik, you pandai, you dah berjaya. You deserve some one better. Banyak lagi lelaki dekat luar sana nak dekat you,"

"Tapi I nak you! Please, Ry. I janji I tak paksa, but give me a chance. You dah banyak kali jumpa parents I, so let me meet yours. And from that, we'll see where the flow will take us to. Alright?"

Wajah cantik Bella, Putra pandang lembut. Bella Ridzwan sempurna. Tetapi kenapa masih pada Nur Emiliya dia mengharap?

Kerusinya ditarik merapat ke meja. Wajahnya didekatkan dengan wajah Bella. Suara yang keluar begitu perlahan. Cukup untuk mereka berdua dengar.

"Kalau satu hari nanti wife I balik, you sanggup berkongsi?"

***

"Mama, papa, Adam. Lili balik," gumamnya lembut sebaik sahaja pintu rumah itu terbuka.

Senyum yang terukir di bibir Lili tidak tahulah untuk apa. Mungkin hanya manifestasi sebuah kelegaan apabila mampu pulang ke rumah ini tanpa depresi.

"Mama, shouldn't we say 'assalamualaikum' when entering house?"

"Ya Allah, yes dear! Sorry, mama lupa," ujar Lili sambil mengusap kepala Emir. Dah besar dah anaknya, pandai menegur.

Walaupun Emir dilahirkan dan dibesarkan di luar negara, Lili sedaya-upaya menarapkan nilai Timur yang di amalkan pada Emir. Supaya anaknya tak menjadi kacang lupakan kulit.

Macam mana sekali pun, Emir masih anak Melayu. Takde mix-mix segala ni. Cuma tu la, tak berapa reti cakap bahasa Melayu. Takpe la, nak masuk tadika nanti mama train cakap Melayu, ok?

"Aasalamualaikum!!!" laung Emir ke segenap ruang. Melilau matanya memandang ruang tamu itu sebelum pandangannya beralih kembali pada sang ibu.

"Why there's no one here? Where's papa? You said we will meet papa?"

"Later we will meet papa, okay? Now help me with these bags,"

"Aww... I'm tired..."

Rengekan Emir benar-benar mengundang tawa Lili. Dengan muncungnya, dengan muka kesian, mata kelip-kelip itu lagi. Haish, ikut perangai siapa ni?

"Go sleep on the couch first-"

Tak sempat nak menghabiskan ayat, anaknya sudah buat lompat kijang ke sofa di ruang tamu itu. Lili yang masih berdiri di muka pintu hanya mampu menggeleng pasrah.

Perlahan-lahan beg-beg pakaiannya dan Emir dibawa ke bilik, satu demi satu. Mujurlah barang-baranya yang lain sudah diuruskan syarikat kurier dan rumah ini Aiza dah tolong upah orang untuk kemaskan. Kalau tak patah kaki juga Lili nak buat semuanya seorang diri.

Selama beberapa tahun ini, hanya Uncle Azman dan Aiza sahaja yang tahu keberadaan Lili. Aiza tu pun tahu sebab mereka terserempak di London. Lili sedang mengikuti kursus manakala Aiza pula sedang honeymoon.

Ya, Aiza dah kahwin. Dan sekarang sedang menunggu masa sahaja untuk bersalin. Lincah kan?

Ketika sedang memunggah barang di bilik, Lili dikejutkan dengan suara Emir yang menjerit memanggilnya. Terkocoh-kocoh Lili berlari ke ruang tamu, bimbang jika apa-apa terjadi pada anak kesayangannya.

"Yes, sayang. I'm coming, what's wrong?"

Namun kerisauan Lili sia-sia apabila dia sampai ke muka pintu. Drama king betul la Emir jerit-jerit.

Tetapi ternyata kehadiran mereka berdua membuatkan Lili terkaku. Hanya Emir sempat ditarik agar menyorok di belakangnya. Air mata Lili bertakung entah kerana apa.

Rindu, rasa bersalah, semuanya bercampur-baur.

"Lili," seru wanita separuh baya di hadapannya itu.

Tak sempat Lili membalas, tubuhnya sudah didakap erat wanita itu. Tersedu-sedan kedua-duanya menangis.

Lelaki itu pula hanya tersenyum segaris sebelum pandangannya beralih pada si kecil. Anak kecil itu menjengulkan kepala dari belakang ibunya, cuba mencerna drama petang itu.

"Emir, sini sayang," panggil lelaki itu sambil menghulurkan tangan. Namun Emir malah menggeleng dengan wajah marah.

"I don't want! You guys are bad people! You make mama cry!"

"Emir..."

"Mama..." rengek Emir sambil tercebik-cebik. Sebaik sahaja berada di dalam dukungan Lili, wajah basah mama dilap dengan jemari mungilnya. "Don't cry, mama. I will chase these bad people out,"

Lili ketawa kecil. Sebuah ciuman hinggap di wajah kacak Emir. "They're not bad people, sayang. They're your atuk and nenek,"

Izham dan Wahi di muka pintu hanya mampu tersenyum. Cucu mereka yang gagah. Kuat mahu melindungi sang ibu dari menitiskan air mata.

Walaupun banyak penjelasan yang mereka mahu dari Lili, namun melihatkan wajah yang sebenarnya fotostat muka Putra masa kecik ternyata menyejukkan hati.

"Ma, pa, masuklah,"

Kahkahkah! Aku nak gelak! Izham dengan Wahi dah jadi atuk nenek 😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

Hahahhaa aku takleh bayangkan 😂😂😂

Continue Reading

You'll Also Like

25.1K 1.2K 31
[cover drawn by me] "Kau nak aku buat apa?!" Aisy menjerit, suaranya menjadi nyaring sebab dia terkejut dengan permintaan kawannya. "Shh, eh kau ni...
163K 14.8K 39
"Hey, don't cry. I'm here for you, Hanna. I'll fly you to the moon" - Amir ---
669K 63.8K 102
ALPHABET SERIES: B for BFF 2# Apa pendapat korang tentang kawan baik sendiri? [C]Jun2018-Disember2018
75.7K 5.6K 29
status:complete This book is a sequel from A SINGLE TRUTH. Before you proceed, please do read A Single Truth in advance.