MR.DIMPLE ✔

De coretanhati

190K 7.3K 708

Highest Ranking🌟 #2 in short story🌟 (8 Jan 2017) #2 in short story🌟 (1 Jun 2017) #1 in kasih 🌟 (18... Mais

#1 - Cinta.
#2 - Selekeh dan buruk.
#3 - Miss dimple
#4 - Tak mati
#5 - Kahwin
#6 - Miss kepada Mr
#7 - The old Syed
#9 - Manja
#10 - Kejam
#11 - Baran
#12 - Serang
#13 - Rancangan.
#14 - No more tears, El
#15 - Janji sebelum ni
#16 - Menyesal
#17 - Surprise.
#18 - Merayu.
#19 - Putra... bunuh.
#20 - Report.
#21 - Malaikat ke?
#22 - Tumbuk
#23 - Meninggal.
#24 - Jumpa kembali (End)
#25 - Rujuk semula (Special Part)

#8 - Janji.

7.2K 253 32
De coretanhati

Dua Bulan berlalu.

AKU menggeleng apabila melihat gelagat suamiku yang sedang bermain kejar-kejar dengan Mahirah. Terkedek-kedek budak tu mengejar Putra yang berlari menjauhinya.

"It's not fair. I can't reach that placeeee" Mahirah dah mula merengek. Dengan malasnya, aku bangun untuk membantu dia. Haih laki aku ni pun satu. Dah tau si kecik ni pantang mengalah, nak jugak dia panjat atas meja ni. Dahlah badan laki aku tu berat macam gajah. Runtuh kejap lagi. Buat naya je

"Yeay I got youuuuu" Terus digeleteknya tubuh suamiku.

"Hahaha geli laa sayang" Aku tahu dia sengaja berkata begitu. Sebenarnya tak geli pun. Acah je tu.

"Mahirah menang yeay. Uncle jom pergi playground" Ditariknya tangan suamiku supaya turun dari meja itu.

"Bye sayang. Sebelum pukul 7 saya balik. Jaga diri. Jangan gossip dengan mummy saya tu sampai lupa diri"

Sempat dia meninggalkan pesanan buat aku. Kemudian dia menurunkan kakinya satu persatu ke bawah. Apabila dia sudah berada di lantai, dia mendukung Mahirah dan dikucup geram pipi budak kecil tu. Kucupan dia kemudiannya beralih pula pada dahiku. Segan pula rasanya bila dia buat macam ni depan Mahirah.

Sudah menjadi rutin hariannya jika hendak ke mana-mana pun, pasti dahiku akan dikucupnya. Pada mulanya memang kekok tapi sekarang ni dah okay. Dah biasa hehe.

"Bye pretty" Mahirah melambai aku apabila dia sudah berada dalam dukungan suamiku.

Amboi pretty hengkooo. Tang mana pretty nya aku ni pun aku taktau.

Aku melambai kedua-duanya. Ah, makin hari makin bertambah rasa sayang dan cintaku pada seorang lelaki yang bernama Syed Putra Mikhael ni. Love you! Muah muah muah! Hahaha over lak.

"Hei termenung nampak?" Aku tersenyum memandang Kak Sharifah Maisara atau lebih familiar as Kak Mai, yang berdiri di sebelah aku. Bila dia datang sini ya?

"Haha takdalah. El tengok Putra bawak Mahirah pergi taman permainan tadi. Akak, jom masuk dalam? Saya nak buat cucur sikit"

Dia mengangguk. Kami berlalu masuk ke dalam. "El memang suka cucur ke?"

"Putra yang suka sangat. Setiap hujung minggu mesti dia paksa El goreng cucur tu. Cucur bawang je. Jahat kan dia kak? Main paksa-paksa"

"Hahaha serious la dia suka cucur bawang? Akak tak pernah tau pun.. dia tu dulu tekak omputeh tau. Menyampah akak nak dengar bila dia mintak kat mummy makanan omputeh semua tu. Nyampah nyahh" Kak Mai memandang atas dan kedua-dua tangannya di letakkan ke atas bahunya.

Oh My God! Seriously? Bajet nya Miss Dimple aku ni hahaha.

Alhamdulillah semua okay je sejak malam tu. Alah... malam tu la... ehem ehem alaa faham-faham la. Kihkih.

Setiap malam kami akan makan malam bersama-sama. Tak kiralah makan di rumah, di luar atau di rumah umi. Dia dah tetapkan macam tu.

Katanya "Walau sesibuk mana pun kita, saya akan pastikan kita makan malam bersama. Sebab waktu pagi dan tengahhari confirm-confirm dah tak dapat makan sama-sama"

"Kenapa nak kena makan sama-sama? Dahlah awak balik lambat. Saya lapar tau" Aku mencebik. Lapar laa

"Alolo sorry baby. Lepasni saya tak balik lambat dah. Saya janji!" Dia mengangkat tangannya seperti berikrar

"Iyelatuuuuuu. Boleh percaya ke? Dah dua minggu saya makan sorang"

"Kali ni saya janji. Betuuuul. Kalau saya kena balik lambat jugak sebab ada hal, saya akan inform awak awal-awal. Saya call ke mesej ke ennn. Janjiiiii. Saya janji lah sayaaaaaaang" Tubuhku dibawa ke dalam pelukan eratnya. Terlalu erat hingga aku rimas. uhhh.

"I-iya, saya pee-rcaya"

----------------------

AKU merebahkan tubuhku di atas katil. Letihnya harini. Sumpah, letih sangat. Harini umi buat kenduri kesyukuran sikit sempena babah yang kenaikan pangkat.


Dari seawal jam 7pagi aku dan Putra dah terpacak depan rumah umi. Sibuk sangat. Aku terpaksa berulang dua tiga kali ke Pasaraya Tesco untuk beli bahan-bahan yang tak cukup. Putra awal-awal lagi dah keluar. Dia kata ada hal penting. Penting sangat kot sampai malam tak balik. Sampai aku kena balik rumah naik teksi. Melayang lah RM65 aku tu. Huuuu.

Dengan malasnya aku mencapai phone di dalam beg galasku di zip yang paling kecil. Aku tak bawa handbag harini. Beg galas tu tadi di isikan dengan sepasang pakaian yg private tu, pencuci muka, dompet, cermin dan ada la beberapa barang penting lagi.

To: Miss Dimple
Time: 2335
Awak tak aci la keluar awal tadi. Saya yang kena ulang alik beli barang. urgh.


Aku melelapkan mata. Nak rehat kejap.


"Meow"

Eh ciciput rupanya. Aku membuka mata dan dia sudah berbaring di sebelahku. Aku kembali melelapkan mata tetapi tanganku sibuk membelai bulu-bulu putih lebatnya.


"Ouch" Terus aku buka mata apabila terasa sakit di jariku. Dia gigit rupanyaaaaa. Aduhai ciciput ni. Pantang leka, suka menggigit. Sama macam Putra! Eh eh eh eh

Aku duduk. Phone dicapai semula. Aku tenung wallpaper phone ku. Gambar Putra yang tengah seronok gelak. Jelas lesung pipit pada kedua-dua pipinya. Comel sangat.

Okay berbalik pada apa aku nak buat tadi. Aku membuka inbox. Alaa dia tak reply pun.

"Ciciput, kenapa dia tak reply ciciput?" Aku menggunakan tangan kiri untuk mengusap lembut bawah dagu ciciput

"Meow"

Ciciput ni kucing jantan hadiah daripada Putra. Dia kata saja saja bagi hadiah. Aku pun terima je lah. Dah orang bagi, kan? hehe.

Aku tidak lagi mengusapnya. Terus si gedik Ciciput ni mengiau-ngiau.

TO: Miss Dimple
Time : 0001
Mana awak ni? Sampai hati biar saya tidur sorang-sorang malam ni. Saya nak hug and kiss hurm hurm.

Send!

Entah kenapa hormon gedik aku keluar pulak malam ni. Tapi kan...... serious aku rindu dengan hug and kiss dia. Macam mana nak tidur malam ni? Siapa nak peluk aku?

hahaha mesti reader kata aku gedik.


---------------------

SEWAKTU aku sedang sibuk mengubah kedudukan sofa di ruang tamu, aku terima satu message pelik dari nombor yang aku tak kenali.

F

ROM: +601123789008
TIME : 1015
Put can we meet? I ada banyak benda nak cakap.

Aku masih berfikir sama ada nak reply atau tak. Tiba-tiba ada seseorang menyentuh bahuku dari belakang.

Aku menoleh.. oh, sayang.

"Why sayang? Nak I tolong apa-apa ke?" Aku tersenyum manis memandangnya. Raut wajah itu aku tatap penuh kasih. Aku terlalu sayangkan dia. Sebab tu lah panggilan 'sayang' tu tak boleh nak tukar.

"Rindu dengan lesung pipit tu" Hampir ternganga aku mendengar kata-kata dia tadi.

"Hehehe gurau laa. Ni ha tolong alihkan meja kat dapur tu ke belakang. Ganggu kami nak buat kerja"

"Alaa baru nak rasa bahagia kejap tadi sebab ada orang rindu walaupun kat lesung pipit je" Aku cebik padanya. Sengaja aku memusingkan badan. Tidak mahu memandangnya.

"Alololo merajuk ke? Awaak..." Phoneku berbunyi kuat. Alamak lupa nak silent. Banyak mata-mata yang sedang membuat kerja memandang ke arah aku. Mereka ketawa kan aku!

Malunyaaaa

"Awak, angkatlah call tu. Nak bagi satu rumah ni dengar lagu Sarang Surowo tu dua kali ke? Hahahaha" Dia menekan-nekan perutnya sambil ketawa. Eyy dia ni kan. Nak kena ni

"Siap sayang malam ni!" Sempat aku bagi amaran padanya. Terus dia berhenti ketawa. Ha tahu takut.

Aku keluar ke halaman rumah. Jauh sedikit dari orang ramai. Dah ada 2 misscall. Oh number tadi rupanya.

Aku mendail kembali nombor tadi.

"Hello? Sorry I busy tadi. Siapa ya ni?"

Orang di sana masih senyap.

"Hello?" Eh, kenapa orang ni? Nak main-main ke?

"Takpelah. Mungkin salah nombor kot. I..."

"miss you..." Aku terkedu. Suara tu... suara yang aku rindu..

"Put I know you're still there.. I miss you so bad.. can we meet?" Lidahku kelu. Tak tahu nak balas apa.

"Er.. siapa ni?" Sengaja aku bertanya begitu.

"Jangan nak pura-pura. Baru 3 tahun kita pisah, takkan you tak cam suara I?"

"Dari mana kau dapat nombor aku ni?"

"wow Put. I tak pernah tahu pun you dah sekasar ni"

"It doesn't matter lah Mira. So, apa yang kau nak ni? Aku sibuk"

"I...I...ada banyak benda nak cakap. Kita jumpa sekejap dekat tempat date kita yang biasa tu"

"Huh, suka hati kau je nak arah aku. Kau siapa? Ada hak ke?"

Terdengar orang di sana mengeluh. "Okay fine. I'm sorry okay? I nak jumpa pun sebab my mum yang nak kita bincang benda ni. Please?"

Berkerut dahiku mendengarnya. Dah kenapa sampai libatkan orang tua ni? Nak taknak terpaksa aku setuju. Cepat aku pergi, cepatlah urusan dengan perempuan tu selesai.

Putra, kau kena kuat! She's your past!

Baru selangkah aku masuk semula ke dalam rumah, aku sudah terlihat kelibat isteriku.

"El, saya ada hal penting. Saya keluar sekejap ya? Apa-apa nanti mesej saya okay? Take care sayang" Terus dahinya kukucup. Tak kisah dah depan orang ke apa ke sebab dah jadi tabiat hehe

----------------------


OH GOD, lambatnya Putra ni. Dah 30 minit aku tunggu sini. Nasib baik aku ingat lagi fav tempat kami time couple dulu.

Aku mesti tebus kesalahan aku yang dah berlaku 2 tahun yang lepas. Yaa I know that was a big mistakes ever I made!

Perlahan-lahan senyuman terukir di bibirku apabila melihat kelibat orang yang aku tunggu-tunggu dari tadi lagi.

"Hey, Put. Duduk la. I dah order your fav drinks. Harap citarasa you tak berubah" Senyuman yang paling manis aku berikan padanya.

"Hmm. So, apa benda yang penting sangat tu yang your mum nak bincang tu? And dia mana?" Matanya melilau mencari seseorang.

"Err.. di-dia tak dapat datang.. ha err takpelah kita boleh cakap je tanpa dia"

"What do you mean by 'kita'? I thought there's no more 'kita' since you left me last 2 years" Sinis kata-katanya saat itu. Sakitnya tuh di sini di dalam hatikuuuuuuu.

Tapi layak ke aku rasa sakit hati tu lepas apa yang aku dah buat pada dia?

Sabar Mira, sabar. Kau yang pilih jalan ni so kau perlu teruskan.

"Okay Put. Dengar ni.." Aku mencapai tangannya yang berada di atas meja.

"Tak perlu nak pegang-pegang la" Serentak itu terus dia menarik tangannya.

"Okay fine. Sorry. I nak minta maaf atas apa yang I dah buat selama ni. I tahu I salah. I dah buat hidup you sengsara lepas I tinggalkan you. I'm so sorry Put"

Dia mengalihkan pandangannya dari memandang tepat pada sepasang mataku yang sudah bergenang dengan air mata.

Nampaknya dia masih sama seperti dulu. Dia memang tak suka tengok orang menangis depan dia. Maksudnya.... perasaan dia juga pasti masih tidak berubah. Masih sayang dan cintakan aku. Ya, aku yakin tu!

"Put... maafkan I" Aku mencuba memegang tangannya semula tetapi cepat-cepat dia menarik kembali.

"Aku.. dah lama maafkan kau. Dahlah aku balik dulu" Dia bangun dari kerusinya.

"Tunggu dulu Put. Duduk.. kalau you betul-betul dah maafkan I, you duduk dulu. Dengar apa yang I nak cakap"

Dia menarik kembali kerusinya dan duduk. Matanya hanya sesekali menyapa wajahku. Tiba-tiba dia mengeluarkan sapu tangannya dari poket seluar dan menghulurkan padaku.


"Ambil ni. You pun tau kan yang I tak suka tengok orang menangis"

Semakin lebat pula air mata menuruni pipiku. Terangkat-angkat bahuku kerana menahan tangisan aku daripada menjadi lebih teruk.

Dia tiba-tiba sahaja menarik kerusi di sebelahku dan memeluk bahuku. Aku terkedu. "Shh don't cry. I'm here"

Aku mengelap air mataku dengan sapu tangan yang dia bagi tadi. "Putra..." Tangannya aku capai. Cubaan ke tiga... yes, berjaya! Aku menggenggam jari jemarinya dan dia tidak menolak malah membalas genggaman tanganku lebih erat

"Ya, I dengar. Cakap la" Matanya redup memandangku.

"I still love you. Boleh tak you bagi peluang untuk I tebus balik salah I yang dulu? I janji I akan jaga hati you baik-baik. I janji" Aku tunduk mencium jari jemarinya yang berada dalam genggamanku.

"Hmm bagi I masa untuk fikir"

"Tak apa. I faham. Dah dah jom makan. I rindu nak makan dengan you" Aku mencuit dagunya dan dia hanya membalas dengan satu senyuman manis yang amat aku rindui

Continue lendo

Você também vai gostar

801K 30.4K 63
10 tahun lalu, waktu mama Umi aku tanya pasal kahwin. "Kahwin? Nak~," Sekarang, "Kahwin? Mak dah makan ubat ke belum ni?," Aku, Lisa bersepakat denga...
53.3K 1K 7
Perkahwinan. Punca hidup Delia diperjudikan. Status: Completed Cerita pendek yang clichè
148K 6K 21
"Alia.. Nadia.. Sebenarnya Mak Long dah bincang dengan keluarga kamu masing-masing untuk meminang kamu berdua menjadi isteri kepada Azad dan Izani." ...
887K 17.9K 31
Siti aisyah yang kini bergelar isteri kepada seorang lelaki yang sangat workaholic dan jarang menemaninya di rumah kadang2 terasa juga hati seorang...