Sedang dia cuba untuk melepaskan diri , datang sebuah kereta BMW milik Khai . Lelaki tersebut tidak perasan dgn kehadiran Khai , Khai menutup lampu keretanya. Damia mengucap syukur dalam hati .
Khai keluar dari kereta lalu menendang belakang lelaki tersebut sebelum menumbuknya . Lelaki tersebut cuba membalas serangan Khai tetapi Khai dapat mengelak . Selepas Khai membelasah lelaki tersebut berkali kali .
Dia bangun lalu menyuruh Damia masuk ke dalam kereta BMW tersebut . Lelaki yg dipukul oleh Khai kelihatan lemah . Mukanya lebam dan berdarah . Khai menghalau lelaki tersebut dan memberi amaran supaya tidak menganggu Damia lagi.
Damia dan Khai masuk ke dalam kereta . Pergelangan tangannya yg berbirat merah akibat dicengkam oleh lelaki tersebut diusap perlahan .
" Cik Damia tak apa apa ? Dia ada buat apa lagi kat Cik ? " soal Khai bila melihat Damia yg mengusap tangan . Damia memandang Khai lalu menggeleng .
Mulutnya seakan terkunci untuk menjawab pertanyaan Khai . Dia takut Rayyan akan marahkannya . Dia cuba meminta bantuan daripada khai .
Wajah Khai dipandang . " Khai . Jangan cakap kat Rayy pasal ni boleh tak ? Saya takut Ray marah saya nanti . Saya tau memang salah saya sebab tak dengar cakap awak tadi . Please khai " rayu Damia . Dia takut sekiranya Rayyan tahu hal yg berlaku sebentar tadi .
" Tapi Cik .. "
" Tolong kali ni je Khai . Please ! " Damia memotong cakap Khai . Khai akhirnya terpaksa mengangguk dgn permintaan Damia .
Tuhan saja yg tau takutnya dia bila Damia menelefonnya tadi . Mujur dia cepat sampai , kalau Damia kena culik untuk kali kedua mungkin Rayyan akan menembaknya .
Rayyan memang tak suka orang yg mengulangi kesalahannya . Ingat lagi sewaktu mereka tersalah melanggar arahan Rayyan . Rakan yg sama dengannya ditembak bila ingin meminta maaf . Memang nampak macam kejam . Tapi itu adalah syarat Rayyan jika ingin bekerja dengannya .
Sampai sahaja dirumah , Damia mengucapkan terima kasih kepada Khai . Dia masuk kebiliknya lalu membersihkan dirinya . Kereta dia diambil oleh anak buah Rayyan . Dia juga berdebar menunggu kepulangan Rayyan pada esok hari .
Takut sekiranya Rayyan tahu dia ingin diculik untuk kedua kalinya . Dia melelapkan mata . Berharap esok lebih baik dari hari ini .