Mak Timah yg melihat wajah sayu Damia menghampiri dia yg sedang duduk di tepi kolam . Damia bebas berada di rumah Rayyan . Rayyan membenarkan dia bebas tapi satu je yg dia tak suka . ' Bodyguard ' yess ! Bersepah anak buah dia yg kawal aku . Pergi mana mana je mesti nampak muka bodyguard dia tu . Kadang takut pun ada tengok muka sorang2 macam singa lapar .
Haishh ! dah rumah dia , suka hati dialah nak letak beratus bodyguard pon , yg kau sibuk apahal Mia ?! '
Damia berpaling kekiri bila melihat Mak Timah Menghampirinya . Dia tersenyum . Senyum terpaksa . " Mia ada masalah ke ? Sedih je Mak Timah tengok Mia dua tiga hari ni . Ceritalah dekat Mak Timah , mana tau Mak Timah boleh tolong Mia " ujar Mak Timah . Dia selalu perasan sejak kebelakangan ni Mia selalu monyok .
" Takde apalah Mak Timah . Encik Rayyan ajak Mia kawin dgn dia . Kalau Mia taknak dia nak bunuh mak Mia pastu seksa Mia . Mak Timah kan tau Rayyan akan buat apa yg dia cakap ? " kata Damia sebak .
" Sabarlah Mia . Mungkin jodoh Mia dgn Tuan Rayyan kot . Rayyan memang akan buat apa yg dia cakap . Tapi Mia terimalah dgn ikhlas ye . Mak Timah yakin Tuan Rayyan tak sakitkan Mia . Dia cuma panas baran sikit . Cepat melenting . Sabar ye Mia . " kata Mak Timah sambil menggosok lembut bahu Damia . Cuba menenangkan hati Mia .
Dia tau Rayyan tak akan buat macam tu dekat Damia . Mungkin tu cara Rayyan nak kawin dgn Damia . Damia berasa sedikit lega mendengar kata kata Mak Timah . Mungkin betul apa yg Mak Timah cakap . Harap macam tu lah .
" Thanks Mak Timah sebab banyak tolong Mia . " Damia memeluk bahu Mak Timah . " Jom masuk . Dah nak maghrib dah ni " ujar Mak Timah lalu memimpin tangan Damia masuk ke dalam rumah .
KAMU SEDANG MEMBACA
KAU MILIK AKU
RandomDamia Qalisha yang terpaksa berkahwin dengan seorang gangster berpengaruh setelah secara tidak sengaja melihat pergelutan yang berlaku ketika pulang dari rumah kawannya . Dia diculik oleh anak buah Tengku Rayyan Danial iaitu ketua gangster yang berp...