Malamnya sedang Damia dan Mak Timah berehat di ruang tamu , tiba tiba mereka terkejut bila dua orang lelaki yg memakai pakaian serba hitam dan bertopeng yg tak dikenali masuk ke dalam rumah lalu menghampiri mereka berdua .
" Korang sapa ?! Apa yg korang nak ?! " Damia bertanya walaupun takut tapi dia kuatkan semangat berhadapan dgn lelaki tersebut .
" Aku nak kau lah . Nak sapa lagi " lelaki itu berkata lalu ketawa . Seorang lagi lelaki menyuruh Mak Timah ke bilik . Mak Timah terpaksa pergi . Dia kesiankan Damia tapi lelaki tadi mengugut akan mencederakan Mia kalau dia tak mengikut arahan lelaki tersebut .
Lelaki tadi menghampiri Damia lalu memeluk Damia dari belakang . Damia meronta ronta untuk melepaskan diri . " Encik Rayy tolong saya . Encik Rayy !! " Damia menjerit . Airmatanya jatuh perlahan lahan .' Ya Allah , Tolong aku ' rintihnya dalam hati .
Lelaki tersebut menutup mulutnya dgn sapu tangan . Rontaan Damia makin lama makin lemah . Kepalanya terasa pening . " Encik Ray . Tolong saya " ujar Damia lemah sebelum matanya perlahan lahan tertutup . Dunianya gelap . Dia pengsan .
# Apa yg terjadi pada Damia ? Siapakah lelaki yg menculiknya ? Adakah lelaki itu mempunyai kaitan dgn Tengku Rayyan ?
KAMU SEDANG MEMBACA
KAU MILIK AKU
RandomDamia Qalisha yang terpaksa berkahwin dengan seorang gangster berpengaruh setelah secara tidak sengaja melihat pergelutan yang berlaku ketika pulang dari rumah kawannya . Dia diculik oleh anak buah Tengku Rayyan Danial iaitu ketua gangster yang berp...