Boyfriend Aku Psycho (1)

By arsdnil

396K 19.9K 943

Aku dan dia memang rapat sejak kecil dan sudah menjadi lebih daripada kawan. Satu peristiwa hitam yang tak d... More

Prolouge
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
A/N
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
NOTE
Epilog
Hai
Hye lagi

Bab 36

6.6K 352 19
By arsdnil


Pintu bilik wad dikuak perlahan. Abah menapak masuk ke dalam lalu duduk di sebelahku. Aku masih tidak memandangnya. Aku tidak mengakui lagi yang dia ialah abahku.

"Macam mana hari ni Aris? Rasa okay dah?"sapa abah. Abah merangkul tanganku tetapi aku menepis. Abah mengeluh kecil.

"Petang nanti Aris dah boleh keluar. Nanti Aris balik rumah abah dulu eh. Keadaan Aris lemah lagi. Nanti kalau tinggal sorang dalam rumah tu ada apa apa jadi nanti susah".bebel abah.

"Irsa ada. Dia boleh tolong Aris".jawabku biasa.

"Irsa tu perempuan. Lagi pun dia pun ada kerja dia. Dia pelajar kolej macam Aris juga kan. Banyak assignment nak kena buat".jawab abah. Aku menghela nafas berat.

"Aris nak tanya dan abah perlu jawab dengan jujur. Jangan cuba berdalih dengan Aris. Sebab Aris nak tahu".ujarku. Abah agak terkejut dengan soalanku.

"Apa dia?"

"Selain Aris,abah dan arwah ibu ada anak lain ke?"tanyaku.

"Mana Aris tahu?"jawab abah dengan soalan.

"Aris tanya tu jawab la".kataku tegas. Abah akur.

"Ya,memang. Aris sepatutnya ada seorang abang. Cuma Aris je yang tak tahu sebab Aris masih bayi masa tu. Kami sayangkan dia. Sejak Aris lahir,abang Aris mula menyendiri. Tak lama lepastu,dia hilang".

Abah menahan sebak bila teringatkan abang. Aku tidak memberi sebarang respon.

"Dah lama abah dan ibu cari abang. Lepastu kami putus asa. Kami dah anggap yang dia sudah tiada. Abang sangat sayangkan Aris".sambung abah.

"So,kenapa abah tak beritahu Aris? Kenapa abah buat Aris macam ni? Kenapa abah layan abang macam tu? Semua ni salah abah. Kalau abah layan anak anak abah dengan kasih sayang yang sama rata,semua ni tak kan terjadi. Ibu pun tak kan mati! Semua berpunca daripada abah!"kataku. Air mataku tahan bila aku teringatkan arwah ibu.

"Aris,abah minta maaf. Abah tahu abah salah. Tapi dalam kes ni jangan libatkan arwah ibu. Ibu dah lama meninggal. Nanti terseksa ibu di sana".jawab abah.

"Aris tak kira la sesiapa pun yang salah sekarang! Salah tetap salah! Sekarang beritahu Aris...siapa abang Aris? Siapa?!"marahku.

Abah menghela nafas lemah. "Nama dia Rafiq. Rafiq Daniel bin Hanafi".jawab abah sayu. Aku tersentak,terkelu,terkedu. Seakan akan tidak percaya akan jawapan abah berikan tadi.

"Rafiq? Abang kandung aku? Rafiq Daniel bin Hanafi? Kenapa aku tak perasan nama dia hampir sama dengan nama aku? Adik jenis apa aku ni?"

Abah sudah mengalirkan air matanya. Aku masih tidak percaya. Aku mimpi ke sekarang? Tolong cakap aku mimpi. Aku mimpi kan?

"Kalau lah abah diberi peluang untuk berjumpa dengan Rafiq,abah nak minta maaf dengan dia. Abah nak peluk dia puas puas. Abah  nak suruh dia balik ke rumah semula. Abah rindu".

"Kalau lah arwah ibu masih ada,mesti dia pun harapkan benda yang sama macam abah".ujar abah sebak. Aku rasa serba salah sekarang.

Patut ke aku beritahu pada abah yang Rafiq dah tak ada? Dan aku lah pembunuhnya? Patut ke aku? Patut ke? Help me guys!!

"Aris minta maaf abah. Aris dah bunuh dia. Aris dah bunuh abang kandung Aris. Darah daging Aris. Aris minta maaf".

******

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 69.2K 95
~Saya sedar mencintai awak bukan satu kesalahan~ -She- RAYYAN AIDEN~. Sebut sahaja Y pasti dia digeruni oleh mafia-mafia lain, lelaki bermata hazel i...
5.9M 150K 37
Ithink I wrote this story around 2016. Jadi barangkali jalan cerita ni agak (atau sangat) cringe. Bahasa pon barangkali tunggang-langgang. --- Baginy...
10.9M 259K 31
US Mafia: 1st Series [TERBIT 2022] Highest rank #1 in Romance [No.2 Hot in Killer] Quin Avrin binti Dato' Arfan dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun...