Jodoh I Encik Sweet

By Zeefarha

2.2M 69.2K 1.2K

"wei, kalau aku nak kawin dengan kau boleh tak?" - Afi "Gila apa? Aku baru habis exam" - Aiqa "Kita kawin mud... More

Author's note
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Promote
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
EPILOG
RUANG LUAHAN
PRESENT
Special Part 2
Last Special Part

Special Part 1

22.8K 687 9
By Zeefarha

Diatas permintaan ramai, special part sudah tersedia untuk pembaca setia sis semua. Special part ni sis ada sediakan 3 part. Sis akan update secepat yang boleh untuk korang tak terasa tertungu-tungu. So tunggu. . .

Selamat membaca. Hope dapat puaskan hati pembaca setia saya 😉

❤❤❤❤❤🌸🌸🌸🌸❤❤❤❤❤

Kehidupan aku dan Afi semakin bahagia ditambahkan dengan kehadiran dua permata hati aku. Mohd Shah Harraz dan Mohd Shah Hadrian. Si abang pun sekarang sudah besar dan pandai berdikari sendiri almaklumlah umur pun dah 7 tahun, dah sekolah pun. Satu perangai si abang ni, dia sayang dengan orang sekililing dia dan dia akan cuba untuk protect orang sekeliling dia. Tak nafikan perangai tu sebiji ikut perangai papa dia.

Si adik pula sejenis mengada-ngada. Asik nak bermanja je walaupun umur dah 4 tahun. Ikut perangai mama sangat si Had ni. Nasib baik manja dia tak sampai suruh mama dia teman tidur. Kalau tak, ada yang papa dia kahwin dua nanti.

Aku dan Afi pun sekarang sudah tidak tinggal di Segamat lagi. Selepas sahaja aku tamat diploma, Afi terus mengajak pindah ke Shah Alam, hmm nak tak nak terpaksalah ikut dan Alhamdulilah, aku pun dah bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat, yang penting bukan syarikat papa sebab aku tak nak sama tempat kerja dengan suami sendiri.

“Yang, tak kerja ke?” soal Afi yang sedang memakai tie di hadapan cermin.

“pening kepalalah. Tak larat sangat ni. Lagipun sayang dah call ofis minta cuti” balas aku sambil memicit-micit kepala yang sakit ni. Minyak angin cap kapak menjadi bauan di badanku.

“Laa, habis budak berdua tu siapa nak hantar? Abang ada meeting ni” rungut Afi. Ini pun dia rasa dah lambat ni nak pergi kerja kerana terlambat bangun selepas subuh tadi.

“Pleaselah abang hantarkan budak berdua tu. Tak larat sangatlah” pujuk aku.

“Paham abang please. Meeting penting ni. Kalau abang terlepas projek ni, papa will nagging with me and syarikat papa akan rugi sayang” Afi menggeleng kepalanya. Susah ke nak paham kerja aku? Rungut Afi dalam hati.

Aku bangun dah terus menarik tudung sarung aku dari dalam almari “Fine! Kerja abang lagi penting daripada sayang, daripada anak-anakkan? Go head with your work! Pergi berbahagia sana dengan harta dunia abang ni!” dengan perasaan marah terus aku turun ke bawah.

Afi hanya mengendahkan dengan perangai Aiqa yang segak dua menjak terpesong dari Aiqa yang dia kenal. Lagipun bukan dia tak pernah hantar anak-anak pergi sekolah, tapi cuma hari ni je dia busy sebab ada meeting penting, pahamlah sikit,itu pun susah ke!

“Harraz! Had dah cepat siap, masuk dalam kereta” arah aku.

Di dalam kereta aku hanya diam. Anak-anak aku sendiri paham dengan perangai mama dia, kalau mama dia tengah bad mood, jangan sesekali tegur mama dia, nanti ada yang kena makan cubitan dan tengkingan mama dia. So, better diaorang diam.

Lepas hantar Had ke tadika, aku akan hantar Harraz je sekolah rendah. “Mama, mama sedih ke mama?” soal Harraz sebelum keluar dari kereta.

“ehh, mana ada mama sedih” nafi aku.

Harraz mengusap pipi mamanya “kalau mama sedih, mama cakap dengan abang tau. Nanti abang marah orang yang buat mama sedih, abang tak suka tengok mama abang sedih sebab abang sayang mama sangat sangat” pujuk Harraz dan terus mencium pipi aku dan dia keluar dari kereta.

Mengalir air mata aku selepas aku mendengar apa yang dibicarakan oleh Harraz. Mama pun sayang abang. Harraz buat aku rasa rindu dengan Afi. Tapi aku tahu, Afi tak akan sentiasa ada untuk melayan rindu aku ni. Bagi dia, kerja lagi bagus dan penting daripada family.

Tanpa menunggu lama terus aku pulang ke rumah. Sakit kepala aku makin kuat menyerang, tapi demi kejayaan anak-anak aku gagahkan diri aku.

*****

“Afi, kenapa papa tengok macam tak focus je hari ni? Tadi meeting pun otak Afi macam melayang, nasib baik abang shafiq cepat bertindak tau. Kalau tak, kita boleh kehilangan projek tu tahu tak”

Terkejut Afi apabila otaknya sedang melayang jauh, tiba-tiba ada suara lain yang menggangu fikirannya. “papa ni masuk ketuklah, terkejut Afi”

“nampak sangat otak melayang lagi. Afi ni kenapa haa? Ada problem? Kerja? Family? Cepat share dengan papa” soal Encik Shah Amin terus duduk di sofa yang berada di bilik anaknya.

“Aiqa” jawab Afi sepatah.

Berkerut muka Encik Amin, “kenapa dengan menantu papa yang sorang tu?” bagi dia Aiqa bukan jenis suka timbulkan masalah dan bergaduh. Tapi kali ni macam serius sangat je.

“Dia sakit kepala kat rumah and dia suruhlah Afi hantar si Harraz dengan Had sekolah. Tapi you know Afi dah lambat gila tadi and up Afi kena marah dengan dia”

Encik Amin menggeleng “So, siapa yang hantar cucu-cucu papa tu?”

“Aiqa” jawab Afi slumber.

“You are to much Shah Afiq! You know your wife tu tengah sakit, sanggup pentingkan kerja daripada family sendiri. You boleh call papa right? And papa or abang Shafiq boleh gantikan tempat Afi. Ehh ni papa nak cakap, you oleh bayangkan tak kalau wife you yang tengah sakit, drive and exciden? Can you imagine that Shah Afiq? And you kehilangan wife and anak-anak you sekelip mata. Can you imagine that again?” marah Encik Amin. Tertunduk Afi dibuatkan apabila papanya betul-betul marahkan dia kalinya.

Marah bukan disebabkan projek syarikat, marah disebabkan dia gagal handle masalah keluarga sendiri.

“I’m sorry pa. Afi tahu semua ni salah Afi”

“Dah, now Afi pergi balik, cari wife Afi settle benda ni. Papa tahu dia makan hati dengan perangai Afi yang tak kisah pasal dia. Jangan sampai one day, si Harraz dengan Had tak rapat dengan Afi macam dia rapat dengan Aiqa. Sebabnya Afi lebih penting kerja daripada diaorang. Diaorang kecil lagi Afi, diaorang perlulah kasih sayang daripada mama and papa diaorang. Terutama you yang always busy tu. Please bagi perhatian dengan family. Dah pergi balik, jam tu pun dah pukul 1. Ambik sekali budak berdua tu sekolah. Dan jangan cakap papa yang Afi tak tahu sekolah diaorang berdua”

Terus terangkat muka Afi memandang wajah Encik Amin. Ingat aku ini papa paling teruk ke sampai sekolah anak sendiri tak tahu “Afi tahulah sekolah diaorang. Afi ikut sekali ea masa daftarkan diaorang dulu”

Encik Amin ketawa “baguslah macam tu. Papa bagi Afi cuti hari ini dan esok. Ingat, please spent time secukupnya dengan family. Jangan menyesal kemudian hari. Papa keluar dulu” terus Encik Amin hilang dari pandang Afi.

Afi duduk di kerusinya sambil memikirkan apa yang dibicarakan oleh papanya. Betul apa yang papa cakapkan tu. Semuanya betul. Sorry sayang abang selalu abaikan sayang dan anak-anak.

*****

Sedang aku nyenyak tidur akibat sakit kepala yang melampau, aku terasa ada tangan yang memicit kepala aku. Bila aku pusingkan badan aku. Aku nampak Harraz? Harraz? Siapa ambil dia sampai rumah ni? Takkanlah van sekolah, selalukan van akan hantar Harraz kat rumah pengasuh terus.

“Harraz bila balik? Macam mana boleh ada kat rumah ni? Harraz tak balik rumah ibu yat ea?” soal aku dengan suara yang serak basah.

“Dah lama dah abang balik. Mama tahu tak papa ambil abang dengan adik hari ni. Abang rasa happy sangat hari ni, pergi sekolah mama hantar, balik sekolah papa ambil. Kalau hari-hari macam nikan best” cerita Harraz ceria.

Aku terdiam, luahan hati seorang anak apabila mama papanya bekerja dan mereka terpaksa dihantar ke rumah pengasuh. Jauh dalam lubuk hati aku sebak, I’m sorry Harraz tak dapat curahkan sepenuh kasih sayang kat abang dengan adik.

Aku tahu kehidupan zaman aku sebaya dengan Harraz adalah jauh berbeza dengan kehidupan zaman anak aku. Dulu ayah akan sentiasa ada masa untuk hantar dan ambil aku sekolah walaupun dia sibuk, tapi sekarang aku dan Afi sibuk bekerja, untuk ambil anak-anak pun tidak sempat. Rasa bersalah menyerbu diri aku.

“Sorry abang mama papa selalu sibuk. Insyallah kalau sempat lepas ni mama ambil abang dengan adik okay” senyum aku.

Harraz mengusap pipi aku lembut “Takpe ma, abang tahu mama papa kerja untuk abang dengan adik. Abang tak kisah” terus Harraz memeluk aku erat. Aku membalas pelukannya.

Air mata aku hampir mengalir lagi, tapi aku cuba untuk menahan, aku tak nak nampak lemah depan anak-anak. “Mama sayang abang juga”

Aku menolak badannya supaya aku dapat memandang wajahnya yang mirip dengan Afi “Abang dah makan? Sorry sayang mama tak sempat masak langsung. Kepala mama sakit, lepas hantar abang tadi terus mama tidur. Sorry sayang, siap ea kita makan Subway” ajak aku.

“Ehh, tak payahlah mama. Tadi sebelum balik papa beli Pizza Hut. Jom kita makan mama” terus Harraz menarik tangan aku untuk turun bawah.

Apabila aku turun, kau nampak Afi tengah melayan Si Had bermain tablet. Terus aku duduk di sofa bersebelah denga Harraz.

“Ehh, sayang dah okay ke ni? abang kacau mama tidur ea?” teka Afi. Aku hanya diam tanpa kata, sengaja aku alihkan focus aku pada kaca tv.

“mana ada papa. Mama yang bangun sendiri. Lepas tu abang ajaklah mama makan pizza hut yang papa beli jadi. Jomlah, abang dah lapar ni” pujuk Harraz sambil menunjukkan perutnya yang bakal kempis kalau tak makan dalam masa 5 minit lagi.

Aku ketawa kecil dengan keletah dia. Aku mengosok-gosok kepala Harraz. “Yelah, jom kita makan” terus aku bangun untuk menyediakan makanan.

Sampai di meja makan, aku bau sesuatu yang sangat busuk sehingga buat tekak aku berasa loya. Terus aku berlari ke bilik air memuntahkan segala isi perut.

Afi yang perasan isterinya berlari masuk ke bilik air cepat-cepat dia ikut sama. Apabila masuk sahaja ke dalam bilik air, Aiqa sudah jatuh terduduk. Mukanya juga kelihatan pucat, badannya seperti tidak bermaya.

“Sayang, hey sayang. Dengar tak abang panggil ni?” soal Afi sambil menampar perlahan pipi Aiqa.

Aku merasakan badan aku seperti di awang-awangan. Afi panggil aku pun seperti perkataan itu tidak masuk ke dalam telinga aku. Lama kelamaan badan aku terasa ringan.

“Papa, kenapa mama?” soal Harraz apabila melihat mamanya berada di lantai.

“papa… mama sakit ke?” soal Hadrian takut. Dia sudah menangis teresak-esak melihat mamanya.

Baru Afi ingin membalas soalan anak-anaknya, tiba-tiba tangan yang menampung badan isterinya terasa berat. Aiqa pengsan? Ya Allah. Cepat-cepat di mencempung badan isterinya untuk di bawa ke hospital.

“Abang tolong bukakan pintu kereta nih… mama pengsan… cepat abang” gesa Afi.

Cepat-cepat Harraz membukakan pintu kereta belakang.

“Dah cepat abang dengan adik masuk kereta. Cepat” arah Afi cemas. Dia sendiri seperti hilang arah, Aiqa jatuh pengsan secara tiba-tiba. Kenapa dengan isteri dia? Dengan laju dia membawa kereta.

Afi masuk ke dalam wad yang menempatkan isterinya. Aiqa sedang tidur dengan lena. Dia mengulas lembut tangan isterinya dan mencium tapak tangan isterinya. Tiba-tiba tangan yang diciumnya bergerak, terus dia duduk di birai katil.

“sayang dah sedar sayang abang ni?” soal Afi ceria. Risau dia di buatnya apabila Aiqa pengsan secara tiba-tiba di rumah tadi.

Kepala aku masih terasa pening, aku keliru. Ini bukan bilik aku “Kat mana ni abang?” soal aku sambil menahan pening kepala.

“Sayang tadi pengsan lepas muntah tadi kat rumah. Abang takut, terus abang bawa sayang pergi hospital ni haa. And now, sayang just rehat. Abang tak nak sayang penat okay, kalau boleh pun abang nak sayang berhenti je kerja” pesan Afi sambil mencuit manja hidung isterinya.

Aku jadi blur. Kenapa Afi tiba-tiba suruh aku berhenti kerja ni. Dia buat kepala aku yang pening jadi makin kusut. “Kenapa ni sampai nak berhenti kerja? Tak puas hati lagi ke pasal hal pagi tadi? Takkan tak paham abang” soal aku. Aku malas nak bergaduh dengan Afi. Janganlah disebabkan hal pagi tadi sampai dia sanggup nak suruh aku berhenti kerja. Dia sendiri paham cita-cita aku.

“taklah, abang dah lupakan pasal pagi tadi. Dah sayang pun lupakan. Abang tak nak sayang stress, kusut-kusut ni semua abang tak nak. Sayang kena cukup rehat, jaga kesihatan sebabnya ada pengikat cinta kita dalam rahim sayang ni. Senyap-senyap je ye anak papa dalam ni, rupanya dah 6 minggu dia dalam perut mama. Patutlah mama selalu sakit, kuat membebel, kuat merajuk, rupanya ada orang dalam perut mama” senyum Afi sambil meletakkan tangan Aiqa di perutnya.

Tercengang aku. Aku mengandung lagi? Berita gembira yang Afi katakan tadi ibarat satu hadiah untuk aku. Hadiah yang telah buat semua perasaan sakit hati, geram, marah bertukar gembira dan indah.

Terus aku peluk Afi. Aku gembira sangat bila mengandung lagi. “Sayang gembira sangat abang. Kita ada anak lagi dan Harraz ada adik lagi. Hadrian bakal jadi abang. Macam mana abang tahu ni?”

Afi menyeka air mata yang berada di pipi isterinya. Isteri dia ni pelik sikit, sedih menangis suka pun menangis “Makcik clener tadi datang yang bagi tahu sayang pregnant” jawab Afi slumber.

Aku terus cubit perut Afi geram “kuat ekk abang bergurau”

“Dah tahu ini hospital, tentulah doktor bagi tahu. Apalah sayang abang ni” Afi menarik pipi Afi. Memuncung Aiqa dibuatnya.

“Ni budak berdua mana? Jangan cakap tinggalkan diaorang berdua kat rumah je ea”

Afi ketawa kuat “Abang tak se stupid tulah sayang. Abang hantar kat rumah ibu diaoranglah. Dahlah sayang rest okay. Abang nak pergi surau kejap nak solat Isyak”

Berkerut muka aku “Tak Isyak lagi? Berani dia melambatkan solatkan” marah aku. Padahal Afilah orang yang tak suka isteri dan anak-anak dia solat lambat.

Afi mencebik “paku dulang paku serpih, kata orang sendiri yang lebih. Ingat ea sayang, orang sakit pun kena solat tau” perli Afi pedas dan terus keluar dari bilik Aiqa.

Aku tersentak. Ciss, kenakan aku balik rupanya.

Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 85.4K 72
Highest; # Wattpad Picks : Senarai Cerita Istimewa (2018) #1 in General Fiction (Nov 2017)(Jan 2019) #2 in Romance (Okt 2017) ❅ SilauunPurii 1st Gene...
5.9M 218K 66
Luqman Rafi'e seorang jejaka yang bekerjaya ,setelah tamat berlajar di luar negara.Suatu hari ibubapanya meminta dirinya untuk berkahwin dengan anak...
318K 11.7K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
2.3M 67.6K 41
"Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pe...