Bab 20

35.1K 1K 17
                                    

Akhirnya sampai juga di langkawi. Sakit pinggang aku dekat 6 jam perjalanan dari Shah Alam.

"Apamacam? Best tak langkawi tempat kita honeymoon ni?" Afi peluk belakang aku.

"Best sangat sangat sangatlah abang. Thanks bawak sayang kat sini" Aku cium tangan dia tanda terima kasih keatas hadiah ini.

"Most welcome dear. Everything for you" Afi cium pipi aku dari belakang.

"Jom kita check in hotel. Lepas ni kita meround satu langkawi ni k" ajak Afi.

Gembira sungguh aku. Aku pantang diajak berjalan, lagi-lagi tempat yang pernah aku jejak lagi seperti Langkawi.

Selepas check in hotel kita orang terus pergi Dataran Helang. Hari ni plan taknak buat aktiviti lasak lagi sebab kepenatan. So, kitaorang nak lepak-lepak kat dataran helang jelah. Boleh dating dating. Selfie selfie. Haha

"Sayang sayang! Sini cepat!" jerit Afi

"Haa, kenapa bang?" Afi terus paut bahu aku.

Klikk.. klikk..klikk

Waaa! Suami aku ambik gambar candid aku dengan dia. Mesti buruk muka aku phone tu.

"Abanggg! Apa ni ambik gambar candid bagai. Bak sini orang nak delete gambar tu. Mesti hodoh" jerit aku. Malu jugalah orang pandang.

"Wekk! Tak nak. Sayang comel sangat dalam gambar ni. Tak sanggup bro nak delete" gelak Afi

"Abang memang pendengki!" jerit aku

Ishh dia ni, lagi dilarang lagi dibuat. Reda jelah dia simpan gambar aku. Takpe, malam nanti dia tidur aku delete gambar tu. haha.

Keesokannya kami pergi buat aktiviti lasak sikit. Kitaorang memang suka aktiviti lasak lasak ni lagi-lagi Encik husband.

So, kitaorang pergi skytrex langkawi.
Best gila wei! Mula-mula takutlah juga. First timelah katakan aku join skytrex macam ni. Tapi serius, dah join sekali mesti nak join lagi. Tambah- tambah Encik Suami ada. Auchh!

"Abang! Sayang tak nak mainlah skytrex ni. Takut ahh"

"No! sayang kena naik juga. Dengan abang"

"But sayang takut" Aku dah telan air liur bila tengok bawah.

'Makkkk ai, tinggi betul. Kalau jatuh nanti mati tak? Huwaa! Ibu nak balik' jerit hati aku.

"it okaylah sayang, abangkan ada. Abang follow sayang dari belakang" Afi peluk pinggang aku

"Kan sayang cakap sayang takut!" Aku sembamkan muka kat dada bidang dia. Ngeri tahu tak.

"Haa, melawan cakap abang. Abang adalah sayang" Penat dah Afi pujuk. Tak sangkut juga bini aku ni.

"Taknak juga"

"by hook or by crook you must go"

"Okay fine. Sayang join" Aku angkat dua-dua tangan. Macam angkat sumpah.

Kesian pulak tengok Afi main skytrex ni sorang-sorang nanti. Kata honeymoon. Tak feel ahh nanti kalau aku tak join.

"That my good wife....muahh" Afi cium pipi aku.

Darah naik muka aku, arghh, pipi aku blushing.

"Sayang janganlah takut, abang peluk sayang kat dari belakang k" pujuk Afi

"Apa pula, sayanglah peluk abang dari belakang"

"Habis, kalau sayang nak jatuh nanti sapa nak tolong? Beruk? Monyet?"

"huhh? Okay.. hehe" Aku cubit pinggang dia.

Sejak aku jadi wife dia ni, aku ada hobi baru tau. Tahu hobi apa? Hobi mencubit suami sendiri sampai birat. Ahaha

Dah penat main skytrex kitaorang pergi naik kereta kabel pula. Lawa dan cantik betul pemandangan dari kereta kabel ni. Ya Allah, cantik sungguh ciptaanmu.

"Wahhh, abang! Cantiknya pemandangan kat sini. Segar je"

"Segar macam abangkan?" Afi pakai cermin mata hitam. So, tak Nampak dia jongketkan kening.

Tapi nampak perfect husband! Walahhh!

"Suami saya bajet wehh" Aku jerit dari kereta kabel tu. Bukan ada yang dengar pun

"Haha, sayang so childishlah dear.Memanglah tempat ni nampak cantik kalau datang dengan suami yang handsome ni" Afi angkat kening dia dua tiga kali.

Walawehh! Suami aku dah perasan ni.

"Hekeleh mamat ni, perasan pula dia. Jangan perasan boleh tak?" aku julingkan mata.

"Tak nak mengaku suami sayang handsome ea? Takpe, tunggu malam nanti. Siaplah sayang. Abang akan buat sayang sampai mengaku yang abang ni handsome" Afi dah gelak sakan dah tu.

Muka aku pula dah merah tahan malu. Nasib baik aku berdua ke dengan dia dalam kereta kabel ni.

"Miang extra gatal ekk abang ni. Dahlah duduk diam-diam. Malas nak layan suami gatal macam abang" aku jelir lidah kat dia. Dia pun gelak jelah.

"Sayang nak dengar something tak?" Afi mula bangun

"Dengar apa?"

"Aiqa Farhana Binti Hazli! I LOVE YOUUUUU!" Afi jerit dari kereta kebal tu

"Oh no! so sweet my handsome husband" aku peluk dia erat. Tak nak lepas.

"Abang tahu tak kita macam apa sekarang ni?" aku peluk lengan dia.

"Tahu" Afi senyum

"kalau tahu apa dia?" aku pandang muka dia.

"Kita macam logaritma yang memerlukan indeks untuk sentiasa memudahkan penyelesaian masalah dia" aku dengan afi cakap saing.

Sebab kitaorang yang buat formula ni masa zaman hingusan. Masing-masing gelak.

"Macam kita. Sayang perlukan abang dan abang perlukan sayang untuk melengkapkan hidup kita" Afi tarik hidung aku.

Aku bahagia dengan Afi. Sangat! Sangat! Sangat!

Hari terakhir kat langkawi ni kitaorang habiskan masa dengan bershopping. Nak buat ole-ole untuk ibu ayah dan mama papa mertua. Benda paling wajib beli kat sini apa lagi coklatlah.

Afi gila coklat, dia borong habis kat sana.

"Abang, lama lagi ke abang nak pilih coklat ni. Macam dah banyak je" rungut aku.

"Mana ada banyak, sikit je ni. Susah tau nak dapat coklat sedap-sedap macam ni kat Shah Alam" bebel Afi. Mata tak lepas dari belek coklat.

Geleng kepala jelah layan orang kaki shopping ni. Shopping mengalahkan aku siot mamat ni. Tak pelik pun, suami aku ni memang gila shopping macam wife dia juga. Tapi aku tak seteruk dia okay.

Jodoh I Encik SweetWhere stories live. Discover now