Bab 42

24.6K 718 15
                                    

"Thanks Ain untuk hari ni, sorry sebab kau tengok semua benda ni"

"Welcome, takpe. Kau tabah k ika. Jangan cepat melatah dengan semua ni. Ini ujian kau kawin muda"

"Aku tahu. Entahlah. Aku keluar dulu. Bye, baik baik balik batu pahat tu" kami berpelukan.

Ainan tinggalkan perkarangan rumah aku. Baru nak lepas rindu, macam ni jadinya. Stress!

Masuk rumah, terus aku masuk bilik. Sekarang ni aku tak nak pikir apa, aku nak tidur! Aku kusut!

Pehal rasa loya pula tekak aku ni. Adoiii. Terus aku lari masuk toilet. Muntah semua isi perut. Macam nilah bila stress, makanan pun tak boleh hadam. Terbantut.

Lepas makan panadol terus baring.Tidur lagi bagus.

**************************

"Sayang bangun, dah asar ni. Sayang tak solat lagikan?" kejut Afi sambil tepuk peha aku.

Yelah, lepas dia gaduh kat MCD tadi dia terus balik. Takut bini dia buat benda gila. Bila balik tengok bini dia lena tidur dengan muka ada kesan air mata lagi. Muka pucat. Nak kejutkan, kesian. Biar jelah dia tidur.

'Hais bila dia balik ni, pukul 6? Lamanya aku tidur. Zohor pun aku terlepas. Ya Allah' bisik aku.

"Tepilah" aku bangun dari katil. Aku tolak dia.

'Kenapa hati sayang keras sangat sayang' sayu Afi.

Lepas Aiqa siap lipat sejadah dia. Afi terus tarik Aiqa duduk sebelah dia kat ruang tamu tingkat atas. Dia tak senang duduk bila tengok Aiqa macam tu.

"sayang, abang mintak maaf"

"maaf? Go dielah dengan maaf abang"

"Sayang ni kenapa? Okay, nak pukul abang, nak marah abang. Marahlah, abang rela sebab abang tahu semua ni salah abang. Abang ikut sangat cakap daddy niza supaya berkawan dengan anak dia"

Aku diam. Dalam diam aku, ada air mata tunggu keluar.

"Sayang please, cakaplah something, janganlah diam"

Aku bangun. Tengok muka Afi lagi buat hati aku sakit. Lagi-lagi ingatkan pasal perempuan tu.

"Sayang nak pergi mana ni? Abang tak habis cakap lagi" Afi bangun juga. Dia pegang bahu aku.

"Jangan pegang oranglah! Orang rimas dengan abang! Lepas! Orang benci abang! Abang dah tak sayang orang lagikan. Abang pergilah dengan perempuan tu. Pergilahhh " aku jerit kat Afi, air mata aku masa ni terus keluar. Aku tumbuk-tumbuk dada Afi.

Aku jatuh terduduk lepas aku marahkan Afi. Aku lepaskan semua. Sakit rasanya.

"Stop it sayang stop! Like I said, I'm sorry. Janganlah macam ni sayang. Demi Allah abang sayang sayang sangat sangat dari dulu sampai sekarang. Tak pernah berubah hati dan sayang abang kat sayang. Hati abang dah penuh dengan semua kasih sayang, sayang yang melimpah ruah tu. Abang takut kehilangan sayang. Please jangan buat abang macam ni sayang" Afi pun menangis. Dia peluk aku. Kali ni pelukan dia aku tak tolak, tak juga aku sambut.

"You know abang, orang tak kisah abang nak kawan dengan sesiapa pun lelaki or perempuan. But please behave abang. Perangai macam tadi buat orang pandang abang lelaki dayus tahu tak. Dahlah abang, abang tipu jekan semua ni. Abang cuba nak ambik hati orang jekan biar orang bagi abang kawin lagi. Macam yang orang tadi tadi, kalau nak kawin dengan dia, abang ceraikan sayang! Sayang tak nak ada madu" Aku menangis kat dada dia.

Aku nampak frame gambar kawin aku dengan Afi yang kat atas meja kecil belakang aku. Aku ambik frame tu, terus aku baling kat dinding.

Prakkkkk...

Habis pecah gambar tu. Jatuh ke lantai. Aku puas!

Afi pandang frame yang pecah tu. Gambar kawin dia Aiqa baling sampai pecah. Luluh hati dia tengok semua tu.

"Sayang, janganlah buat abang macam ni. Abang terseksa sayang. Abang tak akan sesekali nak lafaskan talak kat sayang. Tak sanggup sayang, abang. Sayang lupa ke semua kisah cinta kita dulu? Sayang ingat senang abang nak dapatkan sayang dulu? Abang terpaksa tahan malu untuk melamar sayang walaupun masa tu sayang masih sekolah sebab abang takut ada orang ambik sayang"

Afi tarik nafas. Lepaskan lelah yang bersarang dalam hati dia.

"Abang sanggup tiap minggu hari khamis ambik sayang kat sekolah. Abang gunakan mama untuk dapatkan sayang. Abang rapat dengan semua family sayang, kawan-kawan dan cousin-cousin yang sayang rapat untuk dapatkan kepercayaan sayang. Dengan semua kesusahan abang untuk dapatkan sayang tu buat abang menghargai sayang. Susah abang nak dapat sayang. Lagi susah abang nak lepaskan sayang macam tu je. Jangan nak bermimpi sayang, Aiqa Farhana Binti Hazli. Abang tunggu sayang tiga tahun untuk dapatkan sayang jadi isteri abang yang sah"

Afi terus rapatkan badan dia ke badan aku yang tak henti-henti menangis. Dia peluk aku erat.

Entah kenapa, bila dia cakap semua tu hati aku sejuk sikit. Ada kejujuran kat mata dia. Dia tak tipu semua tu, tiga tahun dia sanggup tunggu aku.

"Dahlah abang, orang nak masuk bilik. Leave me alone please. Kalau tak, malam ni juga orang suruh abang mal ambik orang balik kampung" ugut aku. Aku terus bangun walaupun badan aku, aku rasa lemah. Aku gagahkan

"tapi sayang..."

"Terpulang abanglah. Kalau sejejak kaki abang masuk dalam bilik tanpa izin orang. Orang balik kampung"

"Fine" Afi memandang sayu tengok isteri dia masuk bilik.

Dia tengok muka isteri dia. Pucat sangat muka. Sihat ke tak isteri dia ni?

Sayang, cepatlah sejuk hati sayang. Turunkanlah sikit ego sayang demi cinta kita. Demi kasih sayang abang kat sayang. Semua berlaku berpunca abang sayang. Abang lalai sayang. Maafkan abang. Sayu hati Afi.

Biarlah Aiqa sejukkan hati dia dalam bilik tu. Janji sayang tak tinggalkan abang kat rumah ni sorang-sorang. Abang sanggup walaupun kena tidur dalam bilik tetamu.

Dalam bilik Aiqa tak dapat tahan sedih dia. Dia menangis sepuas-puas hati dia. Nangis tanpa mengeluarkan suara. Dia tak nak Afi makin risau dengan dia. Terdetik juga rasa simpati dengan Afi. Tapi dah ego, dia biarkan je.

Puas dia menangis, azan maghrib pun berkumandang. Tak nak ikutkan hati yang marah. Dia terus bersihkan diri untuk solat. Dia nak mengadu semua kesedihan dia dengan maha pencipta. Hanya mengadu dengan Allah je yang dapat menenangkan hati dia yang gundah, sedih, kecewa ni.

Solat maghrib tanpa berjemaah. Tanpa berimamkan Afi. Rasa canggung.

Jodoh I Encik SweetWhere stories live. Discover now