Bab 62

27.5K 772 27
                                    

Lepas solat subuh perut aku, pinggang aku sakit. Tapi selang seli, kejap sakit, kejap tak. Lagipun aku dah tak kisah sangat sakit macam ni, aku dah selalu rasa. Tapi sakit pagi ni makin lagi kuat sakitnya. Walaupun sakit, aku still boleh buat sarapan lagi. Lepas siap buat sarapan aku naik bilik. Nak tengok Afi.

Afi sendiri tengok muka isteri dia dah pucat. Muka berkerut-kerut macam tahan sakit. Okay ke tak isteri aku ni? Lagi tadi asik terduduk je kat kerusi. Selalu ada je nak dikemasnya.

"Sayang okay tak ni? Muka tu macam pucat je abang tengok. Abang cutilah hari ni jaga sayang" hanif usap pipi lembut Aiqa

"Ehh, tak payah mengadalah. Sayang okay je. Biasalah ni sakit sikit-sikit. Bak sini tie tu sayang pakaikan" Aku terus bangun nak pakaikan Afi tie. Routine aku walaupun bahagian pinggang aku ke bawah mula rasa sakit.

Tengah aku pakaikan afi tie, tiba-tiba perut aku rasa amat sakit sangat. Pinggang aku rasa macam nak patah.Terus aku berpaut kat lengan Afi. Afi menjadi cuak bila tiba-tiba isterinya berpaut disebabkan hampir jatuh.

"Abang! Sakit. Serius sakit sangat ni abang" jerit aku. Muka pun dah berpeluh dah ni. Aku tak pernah rasa sakit macam ni.

"Elehh, sayang tipu jekan? Macam semalam nak main-mainkan abang" acah Afi.

"Tak abang! Sakit sangat ni abang" terus aku paut kat lengan dia. Aku cengkam tangan dia.

"Means sayang dah nak bersalin ke ni? Okay, sayang tahan okay tahan. Tarik nafas perlahan lahan, lepaskan perlahan-lahan. Sayang sabar k" Afi kelang kabut.

Nak suruh isteri jalan memang lambat nanti. Nasiblah isteri dia tak berat mana. Jadi terpakslah dia dukung isteri dia masuk dalam kereta.

Terus Afi drive kereta selaju mungkin. Dia sendiri takut, doktor cakap lagi seminggu baru bersalin. Tapi kenapa awal seminggu. Nasib baik semua barang baby memang dah stand by dalam bonet.

Sampai hospital terus Aiqa dimasukkan dalam wad bersalin. Afi baru nak masuk tadi dah dihalang oleh doktor.

"Maaf Encik, Encik tak boleh masuk"

"But, please doktor. Saya nak temankan isteri sayang. Saya kesian tengok dia lawan sakit sorang-sorang. Please doktor" rayu Afi.

Doktor tu terdiam sekejap "Takpelah. Awak boleh masuk"

Tak tunggu lama, terus Afi masuk, berdiri sebelah katil isteri dia untuk memberikan kata-kata semangat untuk isteri yang berjuang nyawa.

"Abang, sayang sakit sangat abang!" rintih aku. Peluh pun dah merecik.

"Sabar sayang sabar. Banyak zikir ye. Abang ada dengan sayang, sayang kuat okay. Kuat untuk diri sayang, untuk baby untuk abang ye sayang" Afi genggam tangan aku.

'Auwww'

First time aku rasa sakitnya genggaman aiqa, agaknya inilah yang isteri kau rasa sekarang. Tapi lebih teruk lagi sakit aiqa.

Betullah orang cakap badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin, ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. Besarnya pergorbananmu ibu.

"Abang, sayang mintak maaf..."dalam kesakitan aku tetap nak cakap.

"Suhhh...Diam sayang, abang dah maafkan semua kesalahan sayang. Sayang kuat k. banyakkan mengucap. Banyakkan berzikir sayang" Afi cium ubun-ubun aku.

Aku rasa sakit sangat sekarang ni. Aku sedang bertarung dengan ajal. Inilah rasanya ibu melahirkan aku dulu. Habis satu badan aku dah berpeluh-peluh. Lambatnya doktor ni.

Jodoh I Encik SweetWhere stories live. Discover now