Bebola Buih

By HaniAmy

5.2K 170 34

Himpunan cerita pendek pelbagai kisah yang menggunakan tema 'kalau rajin, adalah'. More

Woof Woof!
Mata Kuasa #1: Paranormal
Mata Kuasa #2: Paranoia
Kahwin
Curanglah, kalau berani...
Strip Komik: Miaw-Miaw Kucing
Kempunan Simpati
Aturcara Rambang: Writer's Block
Malas Nak Ambil
Aku, Dia, dan Video Game

Burger Bola Special

155 8 1
By HaniAmy

Kedengaran ringtone lagu Cherry Lips nyanyian kumpulan Garbage berbunyi.

"Helo?"

"Kau free malam esok?"

"Free."

"Kita keluar tengok wayang jom?"

"Okey."

"Ni awat seketul-seketul je jawab ni, busy ke woi?"

"Aku tengah siapkan design ni. Kejap lagi nak kena e-mel dah."

"Rehat la. Dah pukul berapa dah ni."

Mata dikerling pada jam yang terletak pada penjuru bawah kanan skrin monitor. Baru pukul 2:13 pagi.

"Kejap lagi dalam 30 minit siap la. Jangan risau la. Habis kerja ni aku tidur. Kau tu apesal tak tidur lagi? Tak kerja ke esok?"

"Kerja... tapi aku saja nak kacau budak kecik aku ni. Haha! Okey la, aku nak tidur dulu. Nanti aku bagitau kau bila nak keluar, eh?"

"Okay. Good night."

"Good night je? Muah-muah takde?"

"Banyak la kau punya muah! Kang aku bagi muah guna kaki, mau?"

"Okay, okay. Good night! Esok hari special tau! Bye."

"Ha? Special a-" Talian dimatikan. Telefon Blackberry itu ditatap dan kemudian dicampak saja ke atas meja. Malas nak fikir. Kerja yang tertangguh tadi disambung semula.

Klik sini. Klik sana. Save file. Hantar e-mel. Close windows. Shut down.

Yan mengeluh panjang. Bulan ni banyak betul kerja design yang dia kena buat. Buat banner la, kad jemputan la, t-shirt la... penat! Tapi sekurang-kurangnya, boleh tambah sikit side income. Harap tak ada kerja yang masuk inbox esok. Si Benjo tu ajak keluar pulak.

Yan bangun dari duduknya dan berjalan ke arah bilik air. Ditatap lama-lama mukanya dalam cermin. Kusam dan ada lingkaran hitam di sekeliling matanya.

Kepala pili dipulas sampai habis. Dicuci mukanya dan kemudian mencapai berus gigi. Dicalit sedikit ubat gigi dan terus digosok giginya. Selesai kumur-kumur, kepala pili dipulas tutup.

Dia berjalan keluar dari bilik air lalu mencapai tuala yang tersidai di penyidai. Dilap mukanya sampai kering lalu menyangkut tuala ke penyidai semula.

Kemeja yang besar satu saiz dari badannya dibuka. Bra juga dibuka. Kedua-dua pakaian itu dicampak ke dalam bakul pakaian kotor. Yan mengambil singlet dari dalam laci baju. Disarung singlet itu dan terus merebahkan badannya ke atas katil.

Sebenarnya, otak Yan ligat memikirkan apa yang ada pada hari esok. Sial betul sebab dia tak ingat apa-apa yang special hari esok. 21hb November 2011. Yan menggeleng-gelengkan kepalanya setelah dia gagal mengingat apa-apa, selain kerja-kerja yang berderet masuk sebulan ni.

Yan mencapai bantal dan dipeluk erat di dadanya. Terkebil-kebil, terkulat-kulat seorang diri di tengah-tengah katil. Kemudian, Yan terlena sendiri.

***

Kau siap2 la. Pukul 5 kang aku sampai. Pakai smart2, hari ni spesel utk kau!

Pesan Benjo melalui WhatsApp. Ada 30 minit lagi ke pukul lima petang. Entah apa yang special pun tak tau! Malas nak layan. Yan hanya memakai kemeja kotak-kotak warna merah dengan skinny jeans hitam.

Yan bukanlah seperti perempuan lain yang suka berdandan dan bermake-up. Dia selesa dengan gaya ala tomboy. Potongan rambutnya pendek, cuma rambut depannya saja dibiarkan panjang. Dia suka menyelitkan rambut depannya itu di telinga. Kasi nampak feminin, katanya. Tapi kehidupannya masih begitu. Seorang, tidak berteman. Kalau berteman pun dengan Benjo tu jela.

"Mana?" tanya Fatin, kawan serumah Yan.

"Keluar pi mana pun tak tau. Kau tau jela Benjo tu. Ada hari special kononnya. Merepek!" Yan merebahkan badannya ke atas sofa dan terus baring sambil menonton TV.

"Hari special?" Fatin terketawa kecil.

"Bengong Benjo tu! Mana ada kawan lain nak lepak dengan dia tu. Dan-dan la ada hari special pulak. Haih, macam-macam," bebel Yan. Dia mengerling jam tangannya. Sudah lebih sepuluh minit. Benjo ni entah ke mana.

***

"Kenapa lambat?" tanya Yan setelah melabuhkan punggungnya ke atas kerusi empuk dalam kereta Benjo.

"Tadi aku kena settle-kan kerja kitchen aku sampai habis dulu," jawab Benjo, acuh tak acuh. Terus memasukkan gear dan memandu kereta Gen-2nya.

Yan malas mahu bertanya lagi dan dia terus memandang ke luar. Termenung.

"Lapar?" tanya Benjo. Masih menumpukan perhatian pada pemanduannya.

"Lapar gila! Entah apesal aku teringin nak... burger!"

Benjo tersenyum lagi. "Takpe, kejap lagi ada la tu."

Kelihatan Yan tersenyum lebar. "Kau ada masak untuk aku lagi eh? Ni ke hari special yang kau cakap malam tadi ni, hah?" Yan menepuk tangannya seakan-akan budak kecil.

Tanpa meminta sebarang jawapan, Yan terus duduk tersenyum sambil memandang ke luar tingkap. Nampak sinar keceriaannya. Benjo memandang Yan sekilas, dan kemudian menggeleng perlahan.

***

Memandangkan hari itu adalah hari Isnin, jadi orang yang beratur di kaunter tak ramai. Tak sampai lima minit je dua tiket filem animasi Happy Feet 2 berjaya dibeli. Kemudian, mereka duduk di kerusi untuk berehat sebentar. Ada lagi setengah jam.

"Kau bawa apa harini?" tanya Yan tak sabar. Lapar.

"Tadi kau teringin apa?"

"Burger? Biar betul kau? Waaaa..." Yan terus membuka bekas yang terdapat burger di dalamnya. "Besar gila! Siap extra black pepper sauce!"

"Kau makan jela. Jangan nak batak sangat dapat burger tu, boleh?"

"Thanks weh!" ucap Yan dan terus makan burger yang dibawa oleh Benjo. "Kalau takat burger camni, kau pun pernah bawak untuk aku dulu. Celah mana specialnya? Kau tabur weed ke apa?"

Benjo hanya menghamburkan tawanya. "Hari tu kau tengok match Malaysia lawan Myammar?" Nak tukar topik punya pasal, Benjo membuka topik bualan hangat semasa.

"Tengok tapi kejap jela. Time nak habis tu la aku baru on TV. Banyak kerja la."

"Kau tau siapa yang sumbat gol?"

"Nazmi? Tak pun Shahrul yang tonggek tu, kan?" teka Yan. Masih mengunyah burger.

"Salah! Fakri. Budak yang kau tak suka sangat tu," usik Benjo. Terkekek dia ketawa. Sampai tersembur sedikit burger yang dikunyah Yan. "Bengong la kau main sembur-sembur!" Benjo mengeluarkan tisu yang diletakkan bersama dengan bekas burger dan dihulurkan pada Yan.

"Pffttt!! Kau biar betul?! Impossible lah!" Yan mengelap sisa burger yang tersembur tadi dengan tisu.

"Haha! Betul la... ingat aku nak tipu kau ke? Hahaha!" Benjo makin galak dengan tawanya. Yan juga ketawa bersama. Masih in denial state kerana dia begitu menyampah dengan prestasi Fakri Saarani dalam kelab Harimau Muda itu.

"Malam ni game final tau. Nak tengok sama?" ajak Benjo.

Yan yang masih berusaha untuk menghabiskan burger yang dibuat oleh Benjo itu pula hanya mengangguk. Perut yang lapar ni perlu diutamakan. Benjo pula terus menukar topik lain, sementara menunggu pintu hall wayang dibuka.

***

Penonton di dalam hall wayang keluar melalui pintu exit seperti kambing keluar kandang. Antaranya adalah Benjo dan Yan. Mereka berjalan sambil bertukar pendapat tentang animasi yang baru saja selesai ditonton tadi. Yang sorang suka dengan lawak udang kecil dua ekor tu, yang sorang tu suka dengan kecomelan anak-anak penguin tu pulak. Macam-macam yang dikongsi bersama.

Sedang mereka turun ke tingkat bawah melalui eskalator, Benjo bersuara, "So lepas ni? Ke mana?"

"Kata nak layan final match malam ni. Sekarang dah pukul..." Yan Mengerling pada jam tangannya. "...7:45, agak-agak sempat?"

"Sempat. Aku tengok iklan haritu bagitau game start pukul 8:30."

"Then?" Yan mengangkat keningnya.

"Kita layan bola kat mapley dekat dengan rumah kau tu la. Situ luas sikit, skrin pun besar," cadang Benjo.

Yan terus berjalan ke depan. Benjo hanya memandangnya sambil tersenyum. Tersenyum lagi mamat ni, haih!

***

Jalan raya sesak dan penuh dengan kereta. Namun, Benjo masih sempat sampai ke mapley tepat jam 8:30 malam. Tak apa, game tu mungkin bermula 30 minit lagi. Masa yang ada ni mereka gunakan untuk makan. Yan tu mana boleh tak bagi makan, kang ada je hantu lapar dia mengadu lapar bagai.

Di mapley ketika itu, masih terdapat banyak tempat kosong. Benjo memilih tempat yang betul-betul berdekatan dengan TV. Selesai saja makan, game baru nak start. Cantik! Benjo terus duduk tegak. Yan pula hanya duduk menyandar. Perutnya mengah kerana banyak sangat makan.

Dari satu gelas air, bertambah menjadi dua, dan makin bertambah. Seperti juga jumlah gol. Dari 0-0, jadi 1-0, dan kemudian seri 1-1 pulak. Kelihatan penyokong Malaysia di mapley ketika itu berasa tegang kerana perlawanan kali ini adalah penentu samada Malaysia layak untuk bergelar juara dan membawa pulang pingat emas untuk Sukan SEA atau tidak.

Habis 90 minit, ditambah pula dengan masa tambahan. Keputusan masih juga seri. Apa pun tak boleh, akhirnya kena buat sepakan penalti.

Orang sekeliling dah mencarut-carut apabila ada seorang pemain tu sepak bola tak masuk-masuk pun gawang gol.

"Bangang betul! Kaki kau ni alignment lari ke apa?"

"Badigol, balik kampung la kau!"

"Dari dulu lagi aku tak suka mamat ni bila dia masuk padang tau!"

Dan macam-macam lagi.

Akhirnya, Badrol Bakhtiar masuk padang. Ketika itu, skuad negara terikat 3-3 dengan skuad Indonesia.

"Kau nak bet tak?" Tiba-tiba Benjo bersuara.

"Bet apa?"

"Kalau betul Badrol dapat score penalti ni, aku bagitau kau apa benda yang special sangat tu nanti, amacam?" Benjo mengangkat kening kanannya.

"Kalau tak?" Yan dah buat muka curious dia.

"Kalau tak, takde la aku bagitau kau."

Yan dah mula buat muka cuak pulak. Benjo masih cool kat sebelah kirinya. Matanya concentrate pada skrin TV. Kelihatan Badrol Bakhtiar sudah siap sedia di posisinya. Tidak sabar untuk merembat bola ke gawang lawan. Pengulas pula bikin penonton cuak.

Peluh kecuakkan Benjo pula mengalir laju dari alis kanannya. Benjo hanya perlu mengharapkan 'hari special' seperti yang dikatakannya malam tadi berjalan lancar. Jadi atau tidak, dia tetap akan beritahu jugak.

GOLLLLLLLLL!!!!!

***

"Thanks for today!" Yan tersenyum gembira.

Benjo mengambil sesuatu di poket belakang tempat duduknya. Diseluk poket itu dalam-dalam sehingga dia yakin telah mencapai benda yang dicari. Kemudian, dia duduk menghadap Yan. Yan juga membetulkan duduknya supaya betul-betul menghadap Benjo.

"Happy birthday, Dayana." Benjo menghulurkan bungkusan kecil itu dan kemudian diletakkan ke atas telapak tangan Yan. Yan tiba-tiba menjadi blur. Membisu agak lama. Sebenarnya, dia lupa birthday dia sendiri!

"Aku... dah lama nak bagitau... pasal hal ni," kata Benjo tergagap. Lalu bungkusan kecil itu dibuka. Ada sebentuk cincin. Tak ada la besar sangat permata putih itu, tapi cukup membuatkan Yan terdiam dan matanya terkebil-kebil berselang-seli memandang cincin dan Benjo. Dalam kepalanya hanya berulang-ulang mengatakan lelaki itu gila.

"Aku tau kau mesti nak cakap aku gila punya. Aku kenal kau bukan setahun dua. Dah tujuh tahun lebih. Aku minta maaf la kalau buat kau tak suka. Aku just nak express feeling aku ni. Kau nak reject ke apa, itu terpulang kat kau. Dah lama simpan, takkan nak biar camtu je," jelas Benjo panjang lebar. Agak laju tutur katanya tadi dari biasa. Cuak!

Yan pula memandang Benjo. Matanya mula berkaca. Jangan kata dia nak...

"Aku nak jaga kau. Kasi kau makan sedap-sedap. Tengok match bola sama-sama. Lepak sama-sama. Tak kisahlah kau macam ni pun. Tomboy ke apa orang nak kata. Aku... nak kahwin dengan kau, Dayana." Lancar saja tutur Benjo. Yakin.

Yan memandang mata Benjo dalam-dalam. Dia perlu pergi. Perlu keluar dari kereta. Sebelum air mata ni mengalir, baik pergi.

Yan membuka pintu kereta dengan tergesa-gesa. Dia menghentam pintu dengan kuat. Mungkin tidak sengaja. Dia terus berjalan masuk ke dalam perkarangan rumah sewanya. Pintu dibuka dan dia masuk ke dalam rumah secepat mungkin.

Benjo ditinggalkan begitu saja. Dia hanya mampu memandang Yan pergi. Mungkin dia perlu memberikan Yan sedikit masa. Atau... mungkin dia tiada sedikit peluang, memandangkan mereka telah berkawan sejak di Tingkatan 6.

Akhirnya, Benjo memasukkan gear dan terus berlalu dari rumah itu...

***

Kita jumpa kat mapley biasa, kul 3 nanti, leh? Tolong orderkan teh o ais bila kau sampai nanti tau.

Itulah pesanan WhatsApp terbaru dari Yan sejak senyap menghilangkan diri selama lima hari. Sempat lagi minta order tu. Haih!

Bukan tak dicari, dah macam-macam cara dah buat. Telefon, SMS, Twitter, WhatsApp, YM Messenger... tinggal nak cari kat rumah parents dia kat Kajang je (ini cuak!), tapi satu pun tak di-reply.

Kejap lagi, Yan akan sampai di depan mata Benjo. Harap dia masih seperti sebelum malam kejadian. Menderita weh hidup tak lepak dengan Yan selama lima hari.

Lebih kurang 15 minit menunggu, Yan tiba. Masih seperti sebelumnya. Dengan t-shirt dan disarung dengan kemeja longgar berserta dengan skinny jeans.

Yan duduk di depan Benjo. Dia menghirup sedikit air teh o' ais. Kemudian, dia terus membuka bicara.

"Aku nak jumpa kau ni sebab nak say sorry, aku senyap je kan haritu."

Benjo lega mendengar kata-kata Yan. "Aku ingat kau marah aku."

"Sebenarnya mak aku tanya, bila family kau nak datang meminang?" tanya Yan direct.

Benjo yang sedang menghirup air barli itu tersembur. Habis biji-biji barli terkeluar dari mulutnya. Tersedak tak tentu pasal. Yan macam biasa, ketawa. Dia menarik dua-tiga helai tisu dan menghulurkannya pada Benjo.

"Meminang? Kau..."

Tak sempat dia mahu menyambung kata-katanya, Yan terus menunjukkan jari manisnya.

TAMAT
*cerpen ini pernah diterbitkan di dalam Antologi Cerpen Bola oleh Fixi*

Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 61.4K 65
@Choco_Lyn @CintaKeranaDia @2018 @storyke-7@Romantic @Best Engku Adrian Faizur adalah lelaki yang amat aku cinta dan aku sayang. Setelah tiga tahun b...
42.8K 5.1K 15
⋆.ೃ࿔*:・ Silly Love Universe >>> 𝗟𝗶𝘁𝘁𝗲𝗲 𝗟𝗼𝘃𝗲 𝗦𝘁𝗼𝗿𝘆, 𝗨𝗻𝘁𝗶𝗹 𝗜 𝗙𝗼𝘂𝗻𝗱 𝗬𝗼𝘂 ❝Aku jatuh cinta dengan segala yang diciptakan tuha...
2.5M 55.5K 43
Aku dibeli dengan harga Rm 500 000oleh seorang Tengku yang aku sangkakan baik tapi ternyata silap , dia membeli aku untuk kepuasan nafsunya sendiri ...
211K 7.7K 27
Suatu malam yang membuatkan masa hadapan Sara menjadi gelap gelita, di mana dia diculik ketika dalam perjalanan pulang dan hampir dirogol oleh seora...