Tuhan
Dulu aku pernah minta
Mendekat dengannya
Biar berteman saja
Ternyata permintaan dikabulkan
Ya, aku bahagia
Kadang derita
Semakin lama dirinya menghilang
Sering menghenyak aku kebawah
Hingga jatuh terbungkam
Lalu, aku pinta lagi
Berikan seorang lelaki yang halus tuturnya
Tidak menghiris hati
Itu jua dikabulkan
Dia datang bukan sahaja mahu berteman
Datang terus bersama lamaran
Tapi aku tolak tanpa istikharah
Kerna janjiku padanya dulu
Tuhan, aku masih cinta dia
Walau hati kerap berdarah
Tetapi hati ini rupanya tak mampu berpaling arah
Hanya terarah kepadanya tanpa ragu
Tiada yang lain melainkan dia yang satu
Tuhan, sungguh aku masih cinta