Pelangi hinggap tak berpanjangan
Muncul dia hamparkan niat pernikahan
Sedang kita masih dalam aturan
Kita janji nanti- bukan kini
Kau permata dia jua
Jiwa meronta mahu yang mana
Bukan niat mahu berdusta
Bukan mahu mendua
Bukan mahu persiakan cinta
Lalu ku bongkar kotak memori
Siapa dulu yang aku melonjak kerna sepatah ayatnya
Siapa yang memaut tangan tika aku dikejahilan
Siapa yang menerima saat aku jauh dari agama
Berselerak keping keping cinta
Seribu satu kasih kau dan aku
Ku pungut kembali
Cantumkan lekat dalam hati
Mohon jangan gugur lagi
Meski yang datang nanti persis mutiara langit