Prince on White Horse (Bakal...

By Nur_Haura

2.2M 51.7K 2K

Aira dan Haiqal... Pergaduhan mereka seperti anjing dengan kucing, kucing dengan tikus, tikus dengan tikus me... More

BAB 1: Airport
BAB 2: First Meet
BAB 3: Parking Kereta
BAB 4: Second Meet
BAB 5: Third Meet
BAB 6: Projek RM200 Juta
BAB 7: Officially Know
BAB 8: Aira is Project Manager
BAB 9: Haiqal d'Andrew
BAB 10: Kapten Lanun
BAB 11: Workaholic
BAB 12: Overnight
BAB 13: Shopping
BAB 15: D-day for Project
BAB 16: Tengku Izz Ilham
BAB 17: Ferrero Rocher
BAB 18: 'Ceramah' Datin Noriah
BAB 19: Rafiq Marah
BAB 20: Accidently in His Hug!
BAB 21: Fake Confession
BAB 22: He Save Her Life
BAB 23: Lamaran di Shopping Mall
BAB 24: Kad Misteri
BAB 25: Her Superman
BAB 26: Balik Kampung
BAB 27: Haiqal Sesat
BAB 28: Peneman
BAB 29: Sizzling
Bab 30: Reunion Party I
Appreciate + Promote
Extra
EBOOK POWH

BAB 14: Kawan Lama

31.8K 1.5K 58
By Nur_Haura

AIRA memerhati replika bangunan yang telah disiapkan pada minggu lepas. Dia sudah tidak sabra untuk menuggu hari esok di mana dia akan bersaing dengan syarikat yang lain untuk mendapatkan projek mega ini. Firasatnya menyatakan yang dia akan dapat projek mega itu tetapi dia tak nak terlalu yakin kerana dia tak nak kecewa dan mengecewakan orang lain. 'Agi idup, agi ngelaban'. Selagi aku hidup selagi itu akan berjuang untuk tanah air tercinta kerana di sini lahirnya sebuah cinta.

"Are you okay, Aira?" tegur Lee apabila melihat Aira mengengam tangannya ke atas.

Aira tersedar dengan kelakuannya yang terlebih emosi. "I okey cuma rasa lenguh sikit sebab tu I angkat tangan macam ni." Aira menggerakkan tangannya berpura-pura bersenam. Terlebih semangat patriotisme aku ni sampai boleh beraksi bagai.

"You are so funny, Aira," ujar Lee.

"You baru kenal dia Lee tak tahu perangai Aira macam mana lagi. Bila dah lama kenal tahu sendiri macam mana the real Aira is," sampuk Jay.

"Terima kasih untuk pujian Encik Jay. Mana Encik Zam?" tanya Aira apabila menyedari Zamani tida di dalam bilik itu.

"Dia cakap nak jumpa someone," beritahu Lee.

"Oh, I nak pergi pantri siapa nak air I boleh buatkan untuk you berdua," pelawa Aira.

"No thanks, Aira."

Aira meninggalkan mereka berdua dan menuju ke pantri. Sampai sekarang dia masih kagum dengan syarikat ni. Sebab apa dia kagum? Sebab pertama pekerja di sini semua mesra dan ada juga yang menyombong. Di samping itu, staf-staf di sini semua cantik dan kacak. Dia masih tertanya-tanya sama ada kriteria cantik dan kacak merupakan syarat utama untuk bekerja di sini. Ketiga, setiap tingkat disediakan pantri dan surau. Yang ni dia tabik hormat pada Haiqal kerana tidak melupakan tanggungjawab kepada agama. Macam mana dia tahu? Sudah tentu pasal kakinya yang tidak boleh duduk diam.

Aira tercegat di muka pintu pantri. Dia toleh ke kanan daan ke kiri. Tak ada orang. Dia memandang ke hadapan. Sepanjang dia terpaksa berkerja di sini tak pernah lagi dia berjumpa dengannya. Dari mana datang dia ni ya? Aira mendekatinya. Dia rasa geram apabila melihat pipi tembam yang putih gebu itu rasa macam nak cubit saja. Tambahan pula, mata bulat dengan bulu mata yang lentik dan rambut ditoncang dua. Makin geram Aira melihatnya. Pipi tembam itu dicubit membuatkan dia ketawa.

"Comelnya," puji Aira tak henti apabila melihat kanak-kanak yang berusia setahun itu. Dia mengangkat tubuh kanak-kanak perempuan itu lalu diletakkan di atas meja manakala dia duduk di atas kerusi. Dia pantang tengok baby comel mula dia nak cubit. Dia pernah disindir oleh kawan-kawannya. "Kau nak anak, buat sendiri." Ada ke patut keluar ayat macam tu.

"Anak siapa la ni? Punyalah comel boleh tinggal kat sini sorang-sorang. Nasib baik aku yang jumpa. No worry sweetie aunty here can take care of you." Aira mengagah kanak-kanak itu terkekeh ketawa. Aira turut senyum dan bermain dengan kanak-kanak tersebut.

"Ehem!"

Deheman yang kuat membuatkan Aira berpaling dan terus wajahnya berubah. Tengok baby lagi best sejuk mata memandang.

"Apa kau buat ni?" Haiqal mendekati Aira yang sudah mendukung bayi perempuan.

"Saya tak buat apa-apa pun."

"Habis tu siapa budak ni?"

"Saya tak tahu. Masa saya masuk sini dia dah ada."

"Kau jangan nak tipu aku." Suara Haiqal yang agak kuat membuatkan bayi itu mencebikkan mulutnya kerana hendak menangis.

"Tengok awak dah takutkan baby ni. Sayang jangan nangis aunty ada. Pretty girl don't cry," pujuk Aira.

"Apa-apa jelah."

"Jangan risau ye sayang kalau uncle buat sayang nangis aunty hempuk dia. Wait a minute, sejak bila awak ada kat sini?"

"Kau rasa?"

Aku tanya dia, dia tanya aku balik. Agak-agaklah kan dia sempat ke tengok aku duk berselfie dengan baby ni? Aduh, malunya aku! Tengok muka kuih cek mek tak ada gula Haiqal dia sudah agak yang Haiqal sudah berada di situ agak lama.

"Nur Aira binti Ahmad!"

Siapa pula seru nama aku ni? Tak nak sebut alamat rumah, nombor telefon dan nombor kad pengenalan aku sekali ke? Aira menoleh. Dia?

AIRA meleraikan pelukan. Mereka duduk di atas kerusi yang telah sedia ada di pantri.

"Ya, Allah! Ira, lamanya tak jumpa kau. Makin cantik kau sekarang ye?"

"Aku dari dulu lagi cantik kau je yang tak perasan."

"Menyampah aku dengar."

Aira ketawa.

"Amboi, happynya sampai tak ingat dunia!" sampuk Zamani.

"Mestilah, bang. Dah lama tak jumpa. Lepas dia masuk universiti terus tak dengar khabar dia. Nak buat macam mana orang dah berkerjaya sekarang manalah nak ingat orang ni," perli Najwa.

"Amboi, sedapnya kau perli aku! Aku sibuklah. Kau tu terus tak dengar khabar lepas kahwin. Yelah, orang dah bahagia katakan." Giliran Aira pula menyindir rakannya itu. Najwa merupakan kawannya sejak di sekolah menengah. Kawannya itu memilih untuk menamatkan zaman bujangnya pada umur dua puluh dua tahun.

"Aku tak sangka Encik Zam ni suami kau. Patutlah aku macam pernah jumpa pun suami kau ni. Kau pun dah lain dah sekarang ni," sambung Aira.

"Yelah, dulu aku chubby."

"Anak kau putih gebu macam kau," ujar Aira. Pipi tembam si comel yang sedang bermain di atas riba Aira dicuit geram.

"Macam mana kau boleh tinggalkan Lily kat pantri?" tanya Aira ingin tahu.

"Aku tak tinggalkan. Masa kau nak nak jumpa suami aku tadi aku bawak dia sekali. Kami bercakap sebentar je tengok-tengok dia dah lesap. Orang baru boleh berjalan manalah tahu duduk diam. Puas ibu dan ayah cari Lily rupa-rupanya Lily main dengan Aunty Ira ya."

"Bu... yah..." panggil Lily dengan pelat membuatkan Najwa dan Zamani tersenyum bahagia.

"Kau tu bila nak dapat anak? Kahwin pun tak ajak aku."

Dahi Aira berkerut mendengar kata-kata Najwa. "Bila masa pula aku cakap yang aku dah kahwin?"

"Ni bukan suami kau ke?"

Aira menoleh di sebelahnya. Pirates of Caribean ni suami aku? Aku rela jadi Presiden Pertubuhan Andartu Sedunia yang diva daripada dapat suami macam lanun mata biru ni. Please la... Nak match kan aku pun carilah yang macam Shahrul Ridzwan tu. Tak payah lamar aku, aku sendiri rela sain kontrak jadi bini dia.

"Apalah sayang ni kan abang dah bagitahu yang bos abang ni masih single lupalah tu," bagitahu Zamani.

Erk? Single? Jangan buat lawaklah der. Minah tiga orang aku jumpa tu siapa?

"Lupa. Maaf, Encik Haiqal.

"It's okay. That's not a big deal," tutur Haiqal tenang.

"Jadi kau tak kahwin lagilah ni?"

"Yelah... Kau tengok dahi aku ada cop hak milik sesiapa ke?"

Najwa menggeleng. "Bila kau nak kahwin?"

"Kau tanya pada orang yang salah. Sepatutnya kau tanya...

"Aduh!" adu Aira apabila terasa kakinya dipijak oleh sesuatu. Dia memandang hamba Allah yang bermata biru yang berada sebelahnya. Lelaki itu tayang riak wajah yang tenang dan tak bersalah. Tak guna kau, lanun... Kaki aku, kau pijak. Dahlah kaki kau mengalahkan bigfoot. Boleh kau tayang muka tak ada gula kau tu. Aku korek jugak mata biru kau biar jadi Kassim Tak Selamat.

"Kenapa Ira?" tanya Najwa

"Tak ada apa-apa. Lily dia gigit tangan aku. Dah ada gigi rupanya." Tak pasal-pasal dia menyalahkan Lily. Dia melihat Haiqal senyum sinis. Jaga kau lanun.

"Lily jangan nakal," tegur Zamani tetapi Lily buat tak tahu kalau boleh bercakap mesti dia cakap, "Lily tak buatlah ayah, Uncle Haiqal yang buat." Boleh pengsan semua orang.

"Eh, nampaknya kau dah curi masa kerja kau! Maaf Ira, maaf Encik Haiqal." Najwa mengambil Lily yang berada dalam dukungan Aira tetapi anaknya itu enggan malah memeluk erat leher Aira.

"Jom sayang. Kita balik. Kita tak boleh ganggu Aunty Ira kerja. Come," pujuk Najwa. Lily menggelengkan kepala dan mengeratkan lagi pautan di leher Aira.

"Let's make a deal. Kalau Lily ikut ibu balik, aunty janji datang ke rumah Lily dan kita boleh main sama." Selepas Aira pujuk barulah Lily mahu pulang bersama Najwa.

"Kau dah janji jadi kau kena tunaikan. Salam aunty dan uncle, Lily." Lily menyalami tangan Haiqal dan Aira.

"Yelah. Nanti hari minggu aku datang ke rumah kau. Tata." Aira melambaikan tangan kepada Lily dan lambaian dibalas oleh kanak-kanak itu.

Zamani menghantar isteri dan anaknya ke lobi dengan meninggalkan Aira dan Haiqal bersendirian.

"Aduh, sakitlah kaki aku kau pijak!" Haiqal terjengket-jengket apabila kakinya dipijak oleh high heel lima inci milik Aira. Dia kembali duduk dia atas kerusi.

Aira senyum meleret. Puas hatinya dapat membalas dendam. "No hard feeling, Mister Haiqal." Aira keluar dari pantri dengan senang hati. Dia terserempak dengan Jeffry, PA Haiqal.

"Encik Jeffry," tegur Aira.

"Ya, Cik?"

"Encik Haiqal nak jumpa awak di pantri katanya emergency." Jeffry bergegas ke pantri apabila diberitahu oleh Aira.

Baikkan aku? Hantar bantuan untuk selamatkan lanun mata biru tu. Muahaha...

"Bos? Ada apa nak jumpa saya?" tanya Jeffry sebaik sahaja tiba di pantri.

"Bila masa saya nak jumpa awak?"

"Tadi saya terserempak dengan Cik Aira. Dia cakap bos nak jumpa saya. Eh, kenapa dengan kaki bos? Bos tunggu sini saya pergi ambil first aid. Bos tunggu sini jangan pergi ke mana-mana." Jeffry menghilang.

Haiqal menggosok kakinya yang telah ditanggalkan kasut dan stoking. Merah jugak kakinya dipijak oleh Aira. Aku acah-acah aja tapi dia balas macam nak tembus kaki aku. Padan muka kau Qal cari pasal dengan dia. Nak buat macam mana lagi. Kerana kakiku, kakiku juga jadi mangsa.

SENYUMAN tak lekang diukir di wajah Aira. Ada dua sebab kenapa dia sangat gembira hari ini. Sebab pertama mestilah dia dapat jumpa kembali kawan baiknya manakala sebab kedua adalah dia dapat kenakan Haiqal. Puas hatinya dapat membalas dendam terhadap lelaki itu. Thanks to my high heel. Itu baru dia pijak dengan penuh 'kasih sayang' kalau dengan 'cinta yang membara' mungkin kaki Haiqal boleh tembus.

"Kau ni kenapa Ira? Gelak sorang-sorang," tegur Arina apabila melihat Aira ketawa seorang diri.

Aira terhimpit di tengah-tengah sofa yang berangkai tiga apabila Arina dan Syaqila memenuhi ruang kosong di sebelah kiri daan kanannya.

"Aku happy hari ni sebab dapat membalas dendam yang membara."

"Kau balas dendam kat siapa?" tanya Arina ingin tahu. Sejak dia kenal Aira, belum pernah kawannya itu berdendam dengan sesiapa kerana kawannya itu jenis seorang yang pemaaf. Marahnya sekejap, sejuknya pun sekejap juga. Boleh dikatakan Aira tak pandai nak marah orang lama-lama.

"The blue eyes pirate."

"Kau buat apa kat Haiqal?" soal Syaqila yang dari tadi menjadi pendengar.

"Aku pijak kaki dia," jawab Aira dengan bangga.

"What?" jerit Syaqila dan Arina serentak.

"Memang patut pun aku pijak kaki dia sebab dia pijak kaki aku dulu. Jadi adillah aku buat macam tu. Satu sama satu."

"Kesiannya Abang Haiqal hensem," ujar Arina.

Abang? Eee... Gelinya tekak aku. Sejak kawan-kawannya mengenali Haiqal dan mereka tahu orang yang dia selalu kutuk adalah Haiqal, mereka berdua sudah berpaling tadah. Asyik-asyik bela dan puji Haiqal tak kira siang dan malam. Menyampah Aira dengar. Kalau dengar dek Haiqal mahu kembang setong kerana dipuji.

"Kau ni Ira orang terlajak hensem macam Haiqal pun kau boleh buat musuh," kata Arina.

"Ada aku kisah? Buat apa muka terlajak hensem tapi budi bahasa terlajak ke longkang."

"Tapi aku tengok dia baik je," sampuk Syaqila.

Aira mencebik mendengar kata-kata Syaqila. "Korang jumpa dia baru sekali dah puji melambung. Kau tak tengok lagi perangai dia yang mengalahkan Davy Jones, si kepala sotong tu."

"Tak baiklah kau cakap macam tu," sanggah Syaqila.

"Malaslah layan korang ni. Asyik-asyik puji Haiqal je. Tengok Naruto lagi best." Pandangan Aira sudah beralih pada skrin televisyen.

"Oh, Abang Haiqal hensem." Arina sudah mula mahu bersajak.

"Panahan mata birumu yang bercahaya menusuk tepat di jantungku," sambung Syaqila yang mula mengikuti jejak langkah Arina.

"Senyuman menggoda dari bibirmu yang seksi membuat diriku terpaku dan tak terkata."

"Di setiap ada kamu mengapa darahku mengalir, mengalir lebih cepat seperti kenderaan mahu perang." Syaqila menyambung dengan menyanyi lagi ST12.

"Aku sedang ingin bercinta kerana, mungkin ada kamu oh Abang Haiqal ku ingin." Tiba giliran Arina menyanyi lagu itu sudah diubahsuai.

Aira menggeleng melihat kelakuan kawan-kawannya. Kesian kawan aku dua orang ni. Dia mencapai telefon yang berada di atas meja.

"Assalamualaikum, ni Hospital Suka Hati Aku, Aku Bahagia Kau Ada? Nama saya Aira. Saya nak daftar kawan saya ni. Dah tahap kronik dah encik. Saya tak tahu nak buat macam mana dah. Nama? Syarifah Arina binti Haji Deraman dan Syaqila binti Hamid. Ya, dua orang. Encik datang ye? Nanti saya Whatsapp alamat rumah. Terima kasih."

Selesai sahaja Aira bercakap, dia digeletek oleh Arina dan Syaqila. Dia terjerit kegelian apabila digeletek. Itu satu-satunya kelemahannya. Puas dielak tetapi tak berjaya dan akhirnya dia merayu kepada kawan-kawannya.

"Sorry. Aku dah tak buat dah." Rayuan sepuluh sen Aira membuatkan Arina dan Syaqila berhenti menggeleteknya.

"Qila, kenapa kau tumpang dua kaki puji Haiqal?"

"Kenapa? Kau sorang je yang boleh puji Haiqal, Cik Arina?"

"Bukan tak boleh, boleh tapi bukan ke kau in love dengan bos Aira tu ke?"

"Mana ada. Mengarutlah kau ni Rina," sanggah Syaqila.

"Ye ke?" tanya Aira dan Arina serentak. Perkataan 'ke' dipanjangkan kepada enam harakat dan menjongketkan kening berkali-kali. Mereka berdua ketawa apabila melihat wjah Syaqila sudah merah.

"Siapa entah nak kat playboy macam tu?" tanya Syaqila geram.

"Ada... Kaulah. People can change, Qila. Lagipun sejak dua menjak ni aku tengok bos aku dah 'berjurus' dah. Aku dah tak nampak dia keluar dengan perempuan lagi." Aira menaikkan saham lelaki itu. Kena mintak upah kat Rafiq ni. Memang dia dah nampak Rafiq keluar dengan mana-mana perempuan kerana dia masih berkerja di Hd'A Shipping.

"Malaslah aku layan korang ni. Tidur lagi best." Syaqila bangun meninggalkan Aira dan Arina di ruang tamu. Makin lama dia di situ makin giat dia diusik oleh kawan-kawannya yang kaki mengusik sejak zaman universiti lagi. Tambahan pula, mukanya sudah merah menahan malu.

"Ececeh... malulah tu," usik Aira dan Arina apabila melihat Syaqila sudah memanjat tangga. Bukan mereka tak tahu yang Syaqila sengaja melarikan diri kerana wajah gadis itu sudah merah menahan malu. Aku doakan yang kau dapat jodoh yang paling baik, Qila.

Continue Reading

You'll Also Like

5.4M 238K 51
" ― cause your personality makes me fall for you all over again." - Hani Daerina Dawson. [ Start - 18 / 5 / 2018 ] [ End - 4 / 12 / 2018 ] p/s: sumpa...
104K 4.4K 30
πŸ₯€π’΅π“Žπ’Άπ“ƒ ℛ𝒢𝒻𝒢ℯ𝓁 x π’œπ“π“Žπ’Ά π’¬π’Άπ’Ύπ“ˆπ’Άπ“‡π’ΆπŸ₯€ _ℛℯ𝓁𝒢 π’¦π“Š π’Ÿβ„―π“‡π’Ύπ“‰π’Ά π’Ÿβ„―π“‚π’Ύ ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒢𝓉 β„³π“Š β„¬π’Άπ’½π’Άβ„Šπ’Ύπ’Ά_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
399K 34.8K 56
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagak...
622K 55.3K 61
β†’fiction novel← ❝Because the stars will always need the night sky to shine.❞ Furqan al-Wafiy. Dia lelaki dengan berjuta dugaan. Dia lelaki yang tersa...