Suami Sementara © ✔️

Autorstwa dsyluv

2.9M 98.4K 2.3K

" TIADA BENDA DI DUNIA INI YANG KEKAL. SEMUANYA HANYALAH SEMENTARA. " - Kisah silam Rasya membuatkan dia lan... Więcej

1 MILLION
PROMOTE ;
FIRSYA;
SATU - ' Permintaan daddy '
DUA - ' Buat dia jatuh cinta '
TIGA - ' Awak saya punya. '
EMPAT - ' Jodoh kita kuat '
LIMA - ' Rasya setuju '
ENAM - ' Awak bukan kawan saya '
TUJUH - ' Cuma sementara '
LAPAN - ' Daddy pergi '
SEMBILAN - ' Jangan ganggu kami '
SEPULUH - ' Rindu daddy '
SEBELAS - ' Siapa Daniel ? '
DUA BELAS - Jumpa Firash.
TIGA BELAS - Perth, Australia.
Penjelasan.
EMPAT BELAS - Sakit hati.
LIMA BELAS - Rahsia bocor
ENAM BELAS - Malaysia
TUJUH BELAS - Wasiat.
LAPAN BELAS - Asya&Mika
SEMBILAN BELAS - Kahwin
DUA PULUH - Jatuh
DUA PULUH SATU - Honeymoon
DUA PULUH DUA - Honeymoon ( 2 )
DUA PULUH TIGA - Honeymoon ( 3 )
DUA PULUH EMPAT - Datang rumah.
DUA PULUH LIMA - Dendam
DUA PULUH ENAM - Kejam
DUA PULUH TUJUH - Risau.
DUA PULUH LAPAN - Makcik
DUA PULUH SEMBILAN - Ibu Angkat
TIGA PULUH - Bukan Harriz.
TIGA PULUH SATU - Beranikan diri
TIGA PULUH DUA - Merayu
TIGA PULUH TIGA - Berahsia
TIGA PULUH EMPAT - Mimpi
TIGA PULUH LIMA - " Prove it to me "
TIGA PULUH TUJUH - Kebenaran.
TIGA PULUH LAPAN - Positive!
TIGA PULUH SEMBILAN - hembusan nafas terakhir.
EMPAT PUlUH - Selamat tinggal sayang
EMPAT PUlUH SATU - Benci
EMPAT PUlUH DUA - Terimbau kembali
EMPAT PUlUH TIGA - Anak kita.
EMPAT PUlUH EMPAT - Keluarga bahagia
- Special Chapter -
EPILOG
Terima kasih readers 💕

TIGA PULUH ENAM - Bersatu

50.1K 1.5K 33
Autorstwa dsyluv

Kejadian tadi membuatkan suasana di rumah tidak ceria seperti selalu. Puan Sri Mariam masih lagi tidak mahu bertegur sapa dengan orang di dalam rumah ini. Puan Katrina pula dari tadi tidak mahu keluar dari bilik tetamu. Keadaan di dalam rumah ini menjadi dingin. Tiada lagi gelak tawa di bibir Puan Sri Mariam saat ini. Semua yang berada di dalam rumah ini langsung tidak mahu membuka mulut.


Hafiz yang baru saja pulang dari pejabat juga terkejut melihat suasana di rumah menjadi dingin dengan tiba-tiba. Bila dia menanyakan kenapa pada Puan Sri Mariam, dia disuruh jangan masuk campur. Makin bingung di buatnya . Bila orang tak tahu cerita apa-apa dia akan cari tahu sampai dapat jawapan. Itu lah yang Hafiz lakukan.



Hafiz terlihat adiknya Rasya Medina duduk termenung di tepi kolam ikan . Sesekali dia bermain-main dengan ikan. Hafiz datang dekat pada adiknya. Hafiz berdehem kecil. Rasya menoleh ke kanan untuk melihat siapa di sebelahnya. Kemudian dia tersenyum kelat melihat abangnya yang berada di sebelahnya.


" Kenapa duduk dekat sini sorang-sorang ? " soal Hafiz. Tanganya mencapai bekas makanan ikan di sisi nya. Penutup bekas di buka dan makanan di campakkan ke dalam kolam ikan.


" Bosan duduk dalam. Tu yang duduk dekat sini. Dah lama kan tak datang sini.. " Balas Rasya mendatar.



" Firash mana? Hidup lepas kahwin okey ? Dalam perut tu dah ada ke belum anak buah abang ? " tanya Hafiz lagi. Rasya tergelak kecil. Sudah dapat mengagak abangnya pasti menanyakan hal yang sama. Biasalah kalau orang belum kahwin ditanya bila mahu kahwin. Kalau orang sudah berkahwin disoal tentang anak pula. Jadi yang kita ni haruslah menjawab saja dengan tenang.


" Ash ada dekat bilik agaknya. Hidup lepas kahwin alhamdulillah bahagia. Suami pun bagi makan cukup ... Pasal anak buah tu rezeki belum ada lagi lah bang... " Satu-satu Rasya menjawab pertanyaan Hafiz. Riak wajahnya tenang saja. Sudah biasa ditanya begini.

" Usaha lah sikit. Abang nak anak buah ni. " Kata Hafiz lalu dia tergelak kecil.


Rasya mencebik
" Pergilah kahwin. Buat anak sendiri. Sibuk dengan anak kita pulak. "



" Abang nak jaga mama dulu. Nanti-nanti jelah fikir pasal kahwin. Tak sanggup rasanya nak tinggalkan mama sorang-sorang. Haaa bercakap pasal mama, kenapa mama dingin semacam ? " Riak wajah Rasya bertukar seratus peratus. Dia jadi serba salah untuk menceritakan hal sebenar. Rasa nak lari masuk ke dalam rumah saja sekarang ini.


" Hm abang tanya Ash lah kenapa. Biar dia cerita kan semuanya. Asya taknak. " Jawab Asya takut-takut. Dahi Hafiz berkerut seribu. Dia makin tak faham apa yang jadi sebenarnya.  Semua mahu berahsia.


" Asya cerita jelah dekat abang. Kenapa semua taknak bagitahu abang ni ? "


" Asya tak tahu pape lah. " Tipu Rasya. Dia sedaya-upaya menyorokkan rasa takutnya.


" Tadi Asya suruh abang jumpa Firash tanya pada dia, sekarang pula Asya cakap Asya tak tahu apa-apa. Semua dalam rumah ni mula nak berahsia kan ? Abang bukan orang luar pun. " Kata Hafiz dalam nada berkecil hati.
Dahulu boleh saja berkongsi cerita dengannya tetapi sekarang sudah mula pandai berahsia. Hafiz juga susah hati kerana perkara ini melibatkan mamanya.


Rasya terdiam. Dia mula teringat saat Firash menceritakan segalanya padanya. Allah sungguh dia rasa suaminya memang perahsia . Banyak perkara yang terbongkar hari ini. Satu-satu Firash mula menceritakan padanya.

Flashback.

" Kenapa jadi macam ni? " Rasya mula menyoal Firash setelah sekian lama dia mendiamkan diri.

" Maafkan abang kerana berahsia dengan sayang. Semua ni bersebab. Kalau abang beritahu semua orang tanpa soal siasat tentang ibu pasti lagi rumit. " Jelas Firash. Rasya memandang wajah Firash.


" Dengan isteri pun abang masih nak berahsia kan.... " Perlahan ayat itu diungkapkan. Jujur dia sangat kecil hati dengan suaminya tapi pada saat begini dia tidak seharusnya memarahi suaminya. Suaminya perlukan dia, Firash memerlukan Rasya untuk memberi semangat supaya Firash mampu membuktikan pada mama yang Puan Katrina memang ibunya.


" Maafkan abang.... " ucap Firash sambil tangan Rasya dicapai dan dikucup lembut. Rasya mengangguk kepalanya perlahan.

" Rasya sayangkan suami Rasya... "

End Flashback.

" Abang tengah bercakap dengan Asya ni. " Hafiz menepuk peha Rasya dengan kuat. sakit betul hatinya bila tengah bercakap dengan orang tapi orang tu sibuk berangan.

Rasya tersentak. Kemudian dia mengeluh kecil.
" Asya dengar. "

" Firash dah jumpa Ibu kandung dia.... " Sambung Rasya. Riak wajah Hafiz yang tadinya muram terus bertukar menjadi terkejut. Terkejut sungguh dengan apa yang baru dia dengari tadi. Adakah itu benar ?


" Siapa nama ibu kandung Firash ? Dia ada dekat mana sekarang ni ? Macam mana Firash boleh jumpa ? " Bertalu-talu soalan di beri.


" Katrina... Nama dia Katrina. Sekarang dia ada dekat rumah ni lah. Dekat bilik tetamu. Entahlah tak tahu macam mana dia boleh jumpaa... Dia pun tak ceritakan secara details pada Asya. "

Selepas itu Hafiz terus bangkit dari tempatnya dan meluru masuk ke dalam rumah. Dia mahu melihat perempuan yang dikatakan ibu kandung Firash itu. Rasya terpinga-pinga. Kelihatan abangnya sungguh kelam-kabut masuk ke dalam rumah. Nak buang hajat mungkin (?)


Hafiz berdiri di hadapan pintu bilik tetamu. Lama dia memandang pintu bilik itu. Tiba-tiba pintu dikuak dari dalam. Terkejut Puan Katrina di buatnya. Wajah Hafiz berubah menjadi bengis.



" Jadi kau lah perempuan tu ? " Soal Hafiz, dingin. Puan Katrina kurang mengerti apa yang Hafiz cuba cakapkan. Tiba-tiba saja menyoalnya. Perempuan apa yang di maksudkan ?


" Maksud kamu ? " Puan Katrina menyoal kembali pada Hafiz.


" Firash Mikhail tu anak kau ke ? " Puan Katrina terkejut mendengar nama anak yang dia cari-cari selama ini disebut oleh lelaki yang dia tidak pasti siapa yang sedang berdiri dihadapannya sekarang ini.


" Macam mana tahu nama anak saya ? " Makin pelik Puan Katrina di buatnya.


" Jadi betullah Firash Mikhail anak yang kau buang dulu ? "


" Tak ! Saya tak buang anak saya ! " Suara Puan Katrina mula meninggi bila Hafiz mula menuduhnya .


" Kamu tahu anak saya dekat mana ? Kalau kamu tahu, tolong lah bagitahu pada saya. Saya nak minta maaf pada dia. Saya banyak buat salah pada dia. Saya abaikan dia. " Kata Puan Katrina separuh merayu. Air matanya hampir saja mahu jatuh tapi di tahan.



" Ibu Firash Mikhail dah mati. Mati masa kemalangan. Aku tak percaya kau ibu dia. " Sekali lagi Puan Katrina terkejut dengan apa yang Hafiz katakan.



" Saya masih hidup, saya belum mati lagi... Tolong saya merayu pada awak beritahu lah di mana anak saya. Saya nak jumpa dan minta ampun pada dia. " Akhirnya air mata Puan Katrina yang ditahan tadi jatuh juga membasahi pipi . Macam ' Hujan yang turun membasahi bumi. '


" Kalau kau ibu kandung Firash, mesti dari mula kau jumpa dia kau kenal dia. Naluri seorang ibu kan kuat. " Balas Hafiz sedikit sinis. Dia langsung tidak mengasihani perempuan di hadapannya ini. Baginya perempuan ini jahat kerana melupakan tanggung jawab sebagai seorang ibu. Jahat meninggalkan anak yang masih kecil yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Kemanakah pergi sifat keibuanya ketika itu ?




" Saya tahu khilaf saya sebab tinggalkan anak saya tapi masa tu Allah butakan saya dengan duit. Sekarang saya dah sedar. Sepatutnya saya menyayangi anak saya . Sepatutnya saya jaga anak saya . Sekarang bila saya susah, saya keseorangan tiada siapa peduli tentang saya. Tapi alhamdulillah Allah masih kasihani saya dan jumpakan saya dengan seorang anak seperti Mika. Dia sanggup ambil saya sebagai Ibu angkat dia... "



" Kau seorang ibu lupakan anak. Tapi anak kau tak pernah lupakan kau. Sekali pun tak pernah. Layakkah engkau untuk di panggil ibu ? " Sampuk Puan Sri Mariam dari belakang. Hafiz terus memusingkan badannya. Tak sangka ramai mata melihat kejadian ini. Bukan niat Hafiz mahu membuat kecoh tapi dia betul-betul marah pada Puan Katrina dari dulu lagi.




" Masa kau tinggalkan anak kau, mana perginya sifat keibuan kau? Pernah kau fikir perasaan anak kau masa tu ? Bila dia dah besar, baru kau terhegeh-hegeh cari dia. Kau patut bersyukur Rina sebab dapat anak macam Firash. Anak yang tak pernah lupakan kau. Kalau orang lain di tempat Firash, dia mesti dah benci pada kau. Tapi dia tak ! Dia mempertahankan kau depan aku. Depan aku Rina ! " Puan Sri Mariam luahkan segalanya yang terbuku di dalam hatinya. Dia sungguh kecewa dengan sikap Puan Katrina dahulu.



Makin kuat esakan Puan Katrina. Dia sudah terduduk di lantai. Puan Sri Mariam juga terikut menangis. Dia sedar kesilapannya kerana menafikan kebenaran yang Puan Katrina memang benar-benar ibu kandung Firash. Dari gambar yang dia dapat dari Nenek Senah lima belas tahun yang lalu memang sama . Perbezaannya cumalah separuh wajah Puan Katrina sudah cacat sahaja.



Rasya cuba menenangkan Firash agar berhenti menangis. Ya Firash juga ada dan melihat semuanya dari awal. Dia mahu saja berlari ke arah Puan Katrina dan memeluk tubuh orang tua itu. Tetapi di halang oleh Puan Sri Mariam. Dia tidak berani membantah. Firash dan Rasya hanya mampu menjadi pemerhati.....



" Maafkan ibu nak... Ibu salah sebab tinggalkan kamu. Ampunkan ibu sayang... " Berkali-kali kata maaf itu diucapkan oleh Puan Katrina.



Puan Sri Mariam menarik Firash untuk berdiri bersebelahannya.
" Anak ini yang kau buang dulu. Dulu dia menangis sebab mahukan ibu dia. Dulu tiap malam dia selalu mengigau panggil ibu... Tiap-tiap hari dia mesti duduk depan pintu dengan berharap ibu dia datang ambil dia . Datang peluk dan cium dia. Semua itu dia tak pernah dapat Rina. Tapi aku bersyukur sebab Allah jumpakan aku dengan Firash. Aku bersyukur sebab aku dapat berikan dia kasih sayang walaupun tidaklah sehebat kasih sayang seorang ibu kandung. Aku cuba sebaik mungkin untuk puaskan hati dia. Aku terlalu sayangkan anak-anak aku. "



" Firash, mama tahu dia memang ibu kandung kamu. Mama menidakkan semua yang Firash cakap tadi sebab mama takut lepasni Firash lupakan mama. Tapi bila difikirkan balik, kalau mama dekat tempat ibu Firash, mesti mama derita seumur hidup. Maafkan mama Firash.... Pergilah nak . Pergilah nikmati saat-saat yang kamu nanti kan selama ini nak... Bahagiakan ibu kamu..... " Sambung Puan Sri Mariam dalam nada sayu. Air mata dikesat perlahan.



Firash terus mencium tangan Puan Sri Mariam tanda berterima kasih kerana menerima Puan Katrina. Kali ini air matanya bertukar. Bukan lagi air mata kesedihan. Tetapi air mata kebahagiaan. Firash amat bersyukur kerana semua yang berlaku ada hikmahnya. Dia langsung tidak memarahi Puan Sri Mariam dengan apa yang Puan Sri Mariam lakukan malah dia mengucapkan terima kasih kerana menjadi ibunya selama ini.



Firash datang dekat pada Puan Katrina. Dia duduk bersila di lantai. Baru saja dia duduk, tubuhnya terus di peluk erat oleh Puan Katrina.
" Maafkan ibu. Maafkan ibu nak... Ibu sayangkan kamu. Ibu sayangkan anak ibu. "



" Ash sayangkan ibu juga. Ash dah lama maafkan ibu. Terima kasih ibu sebab masih ingat Ash walaupun terlewat sedikit. Ash tetap bersyukur bu... "



" Ibu salah Ash, Ibu salah sebab tinggalkan Ash. Ibu salah sebab dulu ibu tak pergi jenguk Ash. Ibu gagal jadi seorang ibu yang baik buat Ash. "



" Seteruk mana pun ibu, Ibu tetap ibu Ash. Ibu jangan nangis. Ash taknak tengok ibu nangis.... "


" Ibu sayang anak ibu..... "


Puan Katrina mengelap air matanya. Lalu dia tersenyum gembira, begitu juga Firash. Akhirnya ibu dan anak yang terpisah kini bersatu semula..........



Semoga kekal bahagia :))
Terima Kasih Allah ❤️

 

                            ➖➖➖

PROMOTE STORY;

Encik suami terlajak macho - Miss-aeygo
Selamanya bidadari adam - NurAmaya

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

1.8M 44.8K 45
Pertemuan antara Azwina Sofea dan Airul Syafiq telah mengubah hidup Azwina serta merta. Dari pekerja bawahan kepada seorang yang bergelar isteri. Ist...
1.5M 51.8K 55
Bila dah sayang mula datang orang ketiga, Bila dah sayang mula tinggalkan kita sendiri. Tapi bila dah hilang, Baru datang mencari. Siapa saya? Bonek...
20.6K 690 49
"Umi dengan Aunty dah siapkan semua..korang ada masa lagi 5 bulan kenal antara satu sama lain semula"-Puan Sri Zahirah "Sorry umi...Dan tak boleh...T...
135K 4.4K 55
Orang kata bila lelaki dan perempuan berkawan baik pasti salah seorang akan menaruh hati kan? Begitulah juga dengan situasi Nur Adeena dan Zaim Amsy...