Selesai solat zohor aku merehatkan diri didalam bilik bacaan kecil yang direka sendiri oleh papa . Macam dekat rumah papa juga .
Kepala aku tongkat menghadap keluar tingkap besar yang boleh menampakkan suasana diluar .
' Apa betul ke dengan idea si Nawal ni ? Macam tak yakin je . '
Aku mengimbas kembali rancangam yang diberikan kepada aku . Kak Rita pula bukan nak menghalang , macam mana la Nawal umpan sampaikan Kak Rita pun terjebak sekali .
" kalau boleh datang awal . Misya tolong khabarkan pada Umairah . Assalammualaikum."
Selesai bahagian pertama .
" Baiklah macam ni . Untuk tamatkan hal ni . Aku nak long menangis . " kejam betul ada adik macam si Nawal ni .
" menangis ? Itukan abang Nawal . " kak Rita menolak awalnya .
" Mestilah , tak kira abang atau apa . Dia dah dera Lina , Nawal . Jadi air mata dibalas air mata . Long dah tau cerita sebenar apa yang berlaku antara Abang Aliff dan kau .Cuma sekarang aku nak ungkit pasal dahi kau tu aje . " akal fikiran Nawal mula berfungsi luas .
" tak keterlaluan sangat ke ?" aku mengganguk setuju dengan pertanyaan akak nawal .
Ya , walaupun aku masih nak marah pada Rafi'e . Nak tengok dia nangis ni kesian la pula . Well , masih suami aku kan ? Lagi pun dia bukan sengaja dah marah tu memang padah la sebab aku melawan . Haishh . . . Entah la ikuy ajelah cakap Nawal.
Tapi kan .. Sekali sekala nak juga kenakan Rafi'e . Asyik tengok dia usik aku , pujuk aku , miang keladi dan semuanyalah tentang dia .
Nak juga la kan ? Hehe
" Biarkan . Akak dan Lina tak perlu risau yang akan lakonkan watak heroin of course me , Nawal Iman bersama pembantu khas saya Badriyah Umairah dan Noor Misya untuk menjayakan drama kita ini . " Nawal sudah belagak diva . Suka hati kau la Nawal .
Aku menampar lengan Nawal . " perlahan sikit , baby tengah bermain tu . Nanti karang dengar suara over kau terkejut dia macam mana ? " marah aku .
" potong la kau ni ."
" Jadi apa rancangan Nawal ?"
" Bahagian pertama , maklumkan kedatangan Umairah dan Misya . Selesai ! Kedua , masa parti tu bermula akak teman Lina masuk kedalam rumah . Kau Lina kena mulakan cerita dulu , pilih masa yang sesuai untuk kau lari masuk . Kalau berkaitan dengan long lebih bagus . Senang untuk aku menyerang . Ketiga , aku , misya , umairah akan join masuk rumah dalam 5 atau 10 minit aku akan keluar kononya nak marah dia . Misya dan Umairah akan tahan aku danmereka sendiri akan tokok tambah dialog dia orang dan masa tu juga kita akan kenakan long sampai dia mengaku bersalah . " satu persatu langkah rancangan itu disebutnya .
" setuju ." kata putus daripada kak Rita menaikan ibu jari Nawal . Bagus .
" kau Lina ?"
" Aku tak pasti , tapi macam seronok . " senyumku tak ikhlas . Sebenarnya terbahagi sama ada nak setuju atau pun tak ?
" Jadi semuanya setuju . "
Kami mengganguk setuju . Aku harap lakonan aku berjaya nanti . Harap . . .
Aku menarik nafas supaya bertenang , Apa betul ke apa yang aku buat ni ? Terima ajalah , yang rancang pun adik Rafi'e sendiri .
Pintu bilik diketuk lalu dibuka oleh seseorang . Dia masuk kedalam lalu menutup kedua belah mataku .
" cuba teka siapa saya ." suara kartun dibuat- buat supaya aku tak megenali identitinya . Tapi aku menghampanya . Aku cam sangat suara tu .
" Awak nak apa ?" tanyaku sambil menepis tekupan tangannya itu .
" Saja nak berbual - bual kosong dengan isteri kesayangan biy ." katanya lalu secara rawak dia berbaring dan meletakkan kepalanya di atas pehaku .
Aku tetkejut . Apa pula ni ? Strategi memujuk apa pula kali ni ?
" kalau macam tu , saya keluar dulu . " baru aku hendak bangun dia menahanku dengan soalan . .
" kenapa rahsia kan hubungan sayang dengan abang Aliff ? Untuk apa dan untuk siapa ianya dirahsiakan ?" dia menyoalku tanpa memandamg wajahku .
"Jawab sayang , please ." rayunya kini menatap wajahku .
Aku masih berdiam diri.
" abang Aliff cakap , ini semua rancangan sayang sendiri. " sambungnya .
" Kalau ye kenapa ? " aku menyoalnya kembali .
" biy cuma nak tahu sebab itu aje ."
" jawab sayang jangan diam macam ni. kita dah janji dalam deal kita , biy bagi kunci sayang cakap dengan biy . Jangan mungkir janji . " oh , sekarang ungkit pasal perjanjian tu pula la .
Pipi aku disentuhnya lembut . " biy cakap apa sayang ? Biy pantang orang tak pandang muka biy bila biy bercakap dengan dia . " suara suruhan tegas menarik mataku untuk memandangnya .
" dan 'dia' adalah sayang . "
Sentuhannya aku leraikan sebelum membalas.
" awak tak penat ke ?"
" biy takkan penat dengan orang yang biy sayang dan cinta Orang yang biy pernah sakiti . Biy sanggup buat apa saja untuk hati sayang kembali pada biy semula . "
" sudah la Rafi'e , mengalah ajelah . Awak dah hancuran hati saya . Walaupun awak dah tahu siapa abang Aliff pada saya , kenapa saya buat macam ni , semuanya demi kebaikan awak . "
"Apa ? Apa kebaikan Rai'a yang biy tak nampak ? " dia bangun daripada baringnya . Rafi'e duduk di atas lantai sambil menarik kedua belah tanganku lalu digengamnya .
" awak memang tak akan pernah nampak kebaikan saya . Tak pernah ." aku cuba menarik tangan aku tapi tidak mampu .
" sayang ! Tolong beritahu biy sebab apa sayang buat biy macam ni . Biy perlu tahu untuk ubah sikap biy . Kalau terus macam ni bila kita nak berdamai ? Biy nak Rai'a yang dulu . Biy merayu sayang . "
" Waktu awak herdik saya , ada awak fikir apa perasaan saya ? Saya tak pernah herdik awak sampaikan tahap menghina . Masa tu Tuhan saja yang tahu bagaiman sakitnya terima kata - kata pukulan yang keluar daripada mulut suami saya sendiri. "
Aku menarik nafas supaya tidak menitiskan air mata .
" Mulanya saya mahu satukan ikatan keluarga saya yang dah lama hancur disebabkan buah mulut orang kampung . Saya nak keluarga saya kembali semula . Hampir setahun , setahun ! saya cuba pujuk abang Aliff berjumpa abah dan umi . Saya mula nak minta bantuan awak. Tapi , awak sangat sibuk kan ? Saya cadang untuk lakukannya sendiri dan bila dah selesai baru saya nak beritahu semua orang . Saya ingat rancangan ni boleh berjaya . Tapi tidak , awak sedikit pun tak pernah percayakan saya malah awak tuduh saya curang. Mana sifat awak sebagai suami ? Mana peranan awak ?! " aku bangun daripada tempat duduk . Aku melangkah ke tingkap besar disebelahku sambil berpeluk tubuh .
Dia tak boleh tengok aku menangis . keraskan hati kau Rai'a Amalina . Kau boleh !
" Kalau awak ditempat saya , apa awak rasa ?" soal aku menahan sebak .
" biy ikutkan perasaan . sayang banyak kali keluar dengan kawan - kawan . Setiap kali dengan siapa biy tanya mesti dengan kawan . Bila biy tanya lelaki ke perempuan , sayang diam . Bila biy tanya nama , sayang tak nak beritahu . Biy terasa seperti ditipu . Biy mengaku biy ekori sayang , biy nak tahu siapa kawan yang sayang maksudkan . Hati biy sakit bila sayang peluk lelaki lain . Pedih sangat . " Rafi'e menapar dadanya berkali - kali saat perkataan pedih disebutnya .
" perlu ke awak seksa saya ?" soal aku setelah suasana sunyi tidak berbalas .
" saya perempuan yang lemah , awak suami saya patut jaga saya bukan seksa saya . Saya faham kalau awak nak marah saya , tapi kenapa perlu sakiti saya. Awak -" sambungan aku terhenti apabila tubuh aku dipeluknya daripada belakang .
" Bolehkan biy peluk sayang ?"
Aku menggerakkan tubuhku sedikit untuk memberi tanda aku tidak menyukai pelukkannya .
" Tolong , sekejap pun jadilah . "
" awak ." panggil aku lembut
"Ye , sayang ? Ada apa sayang dah lembut hati ?" Rafi'e mula ingin tersenyum .
Tapi , bukan . Maafkan bukan seperti yang kau harapkan .
" 1 0 minit . Lepastu jangan buat macam ni lagi ."
Luluh hati Rafi'e . Tapi Rafi'e tersenyum juga . Walaupun isterinya tidak lagi berlembut . Cukup la pelukkan itu menenangkan rindunya pada Rai'a .
- isteri 17 tahun -
Promote 🔊📚
Bakal Suamiku Mr . Bola
by - nnaqibah