BAMM # 9

111K 4.1K 133
                                    


"Morning kakak ipar . So, how first night with the hotties guy, haa? "Nawal Iman yang berselisih dengan aku di anak tangga mengusik aku.

aku menarik cuping telinganya. Budak ni, geram betul la. Suka sakat aku. Nasib la Luqman Rafi'e masih tumbang , kalau tak habis dia nampak diri aku yang sebenarnya, yang disangkakan 'bisu' .

"Lina sakit la. " adu Nawal Iman.

" Tak habis-habis nak usik aku kan . Geram la dengan kau ni . Dari dulu sampai sekarang tak ubah-ubah nak usik aku . Ada ja benda nak usik aku ,kan . " Semakin kuat aku memulas telinganya manja .

Nawal Iman menepis pulasan pada telinganya . Digosok-gosoknya perlahan . Kuat ke ? Manja sungguh la adik ipar aku sorang ni .

"Alah , dulu aku panggil kau tembam boleh je ? "

"past is past , Nawal. Aku tak nak ingat hal memalukan tu . "

"Sorry , aku tak dak niat pun nak.. you know . "

Aku memandang Nawal Iman. Nampaknya dia memang rasa bersalah. Aku menggengam kedua tangannya . "Hei , it's sokey . Amalina yang dulu dah tak ada , now buka buku baru , lempar buku lama . "

"Sokong. "

Kami ketawa , dan saat ini juga aku rindukan Badriyah Umairah . Entah apa agaknya kau buat , kalau pagi macam ni , mesti tidur . Almaklumlah , cuti seharian .

Luqman Rafi'e menuruni anak tangga . Kalut dia membersihkan diri apabila dilihatnya Rai'a Amalina sudah tiada disisi . Geram juga la, bangun-bangun isteri tak ada sebelah. Tak dapat morning kiss pepagi ni. Nanti kau ! Dilihatnya , isterinya sedang seronok berbual dengan adiknya ,Nawal Iman .

"Morning sayang. " badan aku ditarik menghadap dirinya lalu dicium dahiku yang diliputi furdah. Guess what , semalam aku tidur dengan bertudung and berfurdah , sikit pun dia tak usik . Lega , rancangan aku berjaya . Dia mengikut arahan . Bagus , suamiku Luqman Rafi'e .

Aku memandang dirinya. "Morning kiss . Untuk biy ada tak? " soalnya manja.

Aku menggeleng. Gila kau nak minta kiss dekat tangga pula . Gila ka apa? Nawal Iman pun dah menayang muka meloya.. again..

"Macam tu nak kiss sini boleh? sebagai ganti. " jari telunjuknya dimain-main lalu, diletakkan dibibirku. Anak mata aku hanya mengikut gerakkan jari telunjuknya itu. Sampai sahaja pada bibir aku , aku menggeleng laju .

"Alah, semua tak boleh. " renget Luqman Rafi'e seperti anak kecil.

"Oh my god . Sejak bila abang jadi gedik ni . " Nawal Iman bersengkang separuh menjerit . Sengaja la tu.

" sejak abang jatuh cinta dengan isteri abang sendiri. " dahi aku dikucupnya lagi. Ya Allah . Bahagianya.

Tapi , ' jatuh cinta dengan isteri sendiri ? Like seriously . Jatuh cinta. ' Terasa mau lompat kegembiraan aje , masa tu.

"Please stop the drama. Ini menggelikan. " dada Nawal  dipegangnya dan menelan air liurnya . Seperti susah untuk menerima drama ombak rindu dihadapannya.

Mama atau dikenali Puan Hamzah datang kepada kami . Niat dihati mahu memanggil kami bertiga . Tapi lain pula jadinya apabila sudah 'terkonggol' kami di anak tangga. Puan Hamzah mencekak pinggang sambil menggeleng kepalanya.

"Buat apa lagi tu. Cepat turun makan. " arah Puan Hamzah.

" semua dah ada , tinggal kamu bertiga je . Cepat. " sekali lagi Puan Hamzah mengarah .

"Ma , tengok abang . Dekat tangga pun nak mengatal . Kesian Lina nak melayan . " adu Nawal Iman sambil berlari menuruni anak tangga.

"Biarlah , pengantin baharu . Kamu tu , bila pula ? Asyik berkepit dengan Rai'a aje . Bila masanya abang kamu nak bermanja. "

"Adik pula yang kena . " Nawal Iman mencebik.

Manakala Luqman Rafi'e sudah tersenyum mengejek kepada Nawal Iman . Semakin panas la kawan. Haha . Adik - beradik ni karang . Aku hentak kepala dedua . Baru berakai . Comel je tengok . Ishh , lahai.

"Sudah , mari adik . Jangan ganggu. " mama menarik tangan Nawal Iman.

"Ala , ma . "

Anak mata aku hanya mengekori kepergian Nawal Iman dan mama . Kenapa tinggal aku ? aku still kekok dengan Luqman Rafi'e . Oh , please help me ! Umi , abah . Someone ?

"Erk . Jom . Breakfast. " aku mengajak dengan beraninya.

"Ajak siapa? " soalnya keras.

"Ajak awak lah ."

"Pardon , siapa awak? "

"You're ?" Soal aku pelik .

Dah terang-terangan hanya ada aku dan dia . Boleh dia tanya siapa awak ? Memang minta lempar dalam loji ke apa?

"And call me what? " dia memandang aku . Lidah aku kelu . Bukan kelu pada pandangannya tapi kelu pada panggilan yang dia minta dipanggilkan . Dan itu amat susah untuk mulut aku panggil . Ya , memang itu arahan suami . Tapi aku tak boleh sebut dalam lisan hanya dalam hati . So , tak berdosa kan ?

"Amm .. " aku tunduk menghadap lantai. Masih kelu.

"Amm.. what? "

Aku menggigit bibir . Apa nak buat ? tarik tangan dia ke dapur ? Boleh la . Beranikan diri Rai'a . You can do with. Seperti yang bermain difikiran aku menariknya bersahaja. Yang bagusnya dia ikut tanpa keras , tanpa tanya , dan semuanya bermula dengan tanpa.

"Morning. " ucapku ramah.

Luqman Rafi'e sudah mengambil tempat disebelah aku.

"Lama betul mengatal abang? " dan sekali lagi mulut si Nawal Iman ni nak mengusik . Asyik bukak aje kerja mulutnya tu . Tak pernah ambil cuti ke ?

"Nawal. " tegur Encik Abdul Fattah.

Nawal Iman hanya tersengeh sambil menyuap mee goreng kedalam mulutnya.

"Rai'a , jemput laki kamu tu makan. " umi menghulurkan mangkuk besar yang berisi mee goreng kepada aku . Aku menyambut huluran umi.

Aku menyeduk mee goreng kedalam pinggannya . Dia hanya memerhati langkahku . Haishh , ini yang nak tercabut jantung . Suka tenung aku ! korek juga biji matu tu .

Aku memejam biji mata selepas mangkuk ditangan diletakkan semula di atas meja . Lalu, beristifar didalam hati . Apa yang aku mengarut ni . Dia suami kau Rai'a . Luqman Rafi'e suami kau .

"sayang tak makan? " soalnya apabila melihat dipinggan aku masih kosong.

Aku menggeleng .

" Rai'a memang tak makan pagi . Dari dulu lagi Rafi'e ." beritahu umi.

" kau ni , dari dulu sampai sekarang tak berubah . Kau tahu tak roti yang kau tak makan masa rehat , aku bagi pada Ra-"

kaki Nawal Iman aku tendang di bawah meja . Budak ni nak bagi kantoi ke apa ? Sudahnya suami aku ada disebelah . kalau dia tahu aku kanak perempuan tu macam mana. Masak la aku.

"sakit la , Lina. "

Aku membulatkan mata kepada Nawal Iman seperti berkata kau nak cari nahas ke apa? Nawal Iman yang sudah faham maksud tendangan aku segera tersengeh dan memohon maaf tanpa mengeluarkan suara.

"Roti ?" Luqman Rafi'e menjongket kening.

"Tak ada apa-apa ." Serentak kami berdalih.

Sekian lama sesama membisu . Abah memulakan semula bicara yang diajukan kepada aku .

"Rai'a , masih malu ke ? sampai nak breakfast pun pakai ? " teguran abah automatik aku memandang orang sekeliling aku.

' Apa aku nak jawab ni? '

"Rafi'e yang suruh abah . " Luqman Rafi'e melindungi aku. Terpana aku seketika. Lalu , memandang aku dengan senyuman manisnya . Seperti benar kata-kata walhal bukan sama sekali .

Tapi kenapa ?

- isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora